Jumaat, 1 Oktober 2010

RABITAH HATI


Hati ini telah bersatu,
Berkumpul di perut bumimu,
Hati ini telah berpadu,
Bersatu memikul beban dakwahmu

Hati ini telah mengikat setia,
Untuk mendaulat untuk mendokong,
Syariatmu di alam maya,
Maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkanlah kemesraan yang ada,
Tunjukkanlah jalan yang benar,
Penuhkanlah dengan cahaya-Mu,
Tiada malap terangi alam-Mu

Hidup suburkanlah dengan makrifat-Mu,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai syuhada,
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan