Memaparkan catatan dengan label RieRockMantik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RieRockMantik. Papar semua catatan

Sabtu, 30 Jun 2012

Brutal Mania @Bersama suara hati


Maaf sekiranya ada yg kurang senang dengan post ini. Aku ni jenis yg malas dan tak suka sangat nak ulang cerita yg sama jadi aku postkan kat sini untuk tetapan sahabat semua. Lepas ni sesiapa yg tanya lagi aku akan tempeleng tanpa keraguan hahaha.

Seperti lagu diatas... yes... bebeh.. aku telah ditinggalkan. Kowang masih tak percayakan.... entah muka aku ni jenis pak lawak gamaknya. Serius aku berkata-kata tapi semua orang ingat aku bergurau, kowang memang hampeh hahaha. Yelah mana kowang nak percayakan sebab semua persiapan untuk perkahwinan sudah pun dirancang dan dibuat. Duit hantaran dan kos untuk geng brutal sudah mencukupi, baju sudah pun siap reka... opsss bukan baju pengatin ok tapi baju untuk sahabat pahang ni pakai semasa rombongan nanti hehe... alaaa kowang penah tengok tak baju sesebuah persatuan tu. Haaaa baju yg direka khas tu... ada tertera Brutal Mania dan warna semua sama je... sowi lah tak dapat aku nak tunjukan kat sini sebab dah tak jadi. Segala impian aku sudah hancur berkecai bersama hati. Mula2 aku ingat nak buat kejutan pada sidia tetapi sidia dulu yg beri kejutan pada aku dan seluruh puak Brutal Mania. Dia pergi meninggalkan aku dan segala kasih, cinta aku sendirian.
Memang salah aku....sob..sob.. bak kata orang duit tak dapat untuk membeli kebahagian. Tapi bila nak kawin kena ada duit jugak kan. Aku terlalu sibuk mencari duit sehinggakan kurang masa untuk dia, bukan apa aku telah merancang selepas je sepupu aku nikah bulan 7 ni aku pula yg akan bernikah. Oleh sebab aku dengan dia kerja sama tempat dan tugas yg sama jadi bila dia kawin aku kena ganti dia jadi kitaorang dah rancang untuk cuti yg seimbang. Contoh mula2 dia cuti panjang dulu lepas tu aku pulak.
Walaupun pada hari cuti aku masih buat kerja sampingan untuk mencari duit lebih, yelah lepas nikah kompom nak pergi honeymoon kan jadi biarlah bajet tu banyak baru best hakhak. "segalanya untuk dia, untuk dia, untuk dia"(aku lupa pulak kempulan mana yg nyanyi lagu ni)...  tapi segalanya sudah musnah tak perlu lah aku nak bercerita lebih lagi. Memang tiada lelaki seperti aku tetapi yg lebih baik banyak  , atas pertolongan orang tertentu maka dapatlah aku jejak lelaki baik yg bekas tunang aku pilih. Aku pun mesej lah kat fecebook lelaki baik itu, tiada ugutan apa2 pun sekadar memberi pesanan yg baik2 dan ini membuatkan anak sedara aku marah. Yelah.. dia kata dah orang buat macam tu kat kita masih nak buat baik lagi ke.... hahahaha. Ok bagi aku mudah jek... jangan fikir apa yg orang buat pada kita tapi fikir apa yg kita dah buat pada orang.
Yang sidia block aku terus di FB tu memang membuatkan aku keliru... Kenapa??? memang banyak yg membuatkan aku tak mengerti... dah le ditinggalkan terkongtang kanting dan banyak menda tanpa pejelasan. Apa yg nak ditakutkan pada aku?? aku bukan jenis orang yg saiko kalau aku meroyan tu pun sorang2 jek tak menganggu orang.
Memang korang tak faham perasaan aku, selepas kematian mak dan akak aku dia lah segalanya. Sidia banyak membantu aku dalam kebangkitan dan mencari arah kehidupan. Dia perempuan yg baik2 jadi elok lah dia memilih lelaki yg baik juga, terpaksalah aku merelakan. Aku dah lara maut sehinggakan membuatkan ramai orang risau hahaha, walaupun aku tengah lara tahap maut tak bermaksud aku akan bunuh diri, kowang jangan risaulah..... cuma... aku tak kisah dah pasal hidup ni.... hidup tak bermakna lagi. Aku hidup kerna dia, dia nyawa dan segalanya.... 
Entah sampai bila hati ini ingin menangis..... entah bila luka ini akan terawat ,,,, setahun kah?? dua tahun kah?? atau untuk selamanya..... setiap hari semasa pergi dan balik kerja aku akan melalui satu kawasan yg akan melukankan hati ini. Memang seksa bila hidup menderita seperti ini, hidup pun jadi kucar kacir tanpa arah tuju. Dalam ramai2 yg memberi kata semangat pada aku yg sedang semangat yg hilang ini adalah seorang itu memberikan kata yg membuatkan semangat aku sedikit membara. Yeessss akan aku menunggu dan menanti sampai mati.....

Ada beberapa pengajaran yg korang boleh ambil dari kisah duka aku ni...
1) Jangan setia pada orang yg kamu cinta tetapi setia dan kasih lah pada orang yg mencintai kamu
2) Jangan terlalu sayang dan cinta pada seseorang sebab nanti korang akan jadi seperti aku.... rasa nak mati bila ditinggalkan
3) Bila pasangan anda menuduh anda melakukan sesuatu perkara yg tak baik.... itu sebenarnya dia yg sedang melakukannya
4)Biarlah anda dizalimi jangan anda membalas kezaliman itu kerna anda akan menjadi seperti mereka
Dan banyak lagi lah.. pandai2 lah korang fikirkan... dah lejut leptop aku dengan air mata sebelum berliau meletop harhar mestilah aku menyudahkan entri ini. 

"apapun yg terjadi, ku kan selalu ada untuk mu, janganlah kau bersedih cos everting going be ok" (ada video untuk lagu ni tapi ada masalah sikit untuk aku uploud) aku masih simpan segalanya...

Ada beberapa isu yg timbul... isu yg agak panas juga lah... akak aku tanye pasal DENDA... kalau ikut cara kat tempat aku ni kalau pihak perempuan putuskan pertunangan kena bayar 2 kali ganda dari duit hantaran.... entah lah.. malas aku nak fikir... bukan senang kalau nak putuskan sesuatu yg berkaitan dengan adat ni. Kenapa aku masih tidak mencari penganti??? semua orang dalam dunia ni tak sama jadi kat mana aku nak cari penganti??? kalau cari yg lain tu boleh lah. Aku mencintai seseorang itu pada siapa dirinya bukan pada rupa parasnya. Oleh sebab ramai yg cintai rupa paras lah yg akan membuatkan lelaki mula cari lain bila bini masing2 dah meningkat tua dan dah tak cantik hahahaha ini adalah hakikat.. jadi korang tahu lah sebab apa laki korang duk mengatal kat luar rumah tu.

Diperlukan seminggu untuk entri ini disiapkan tapi masih banyak yg tak ditulis dan penulisan masih lintang pukang hahaha. Fikiran aku masih celaru, jiwa kosong dan hati entah kemana....

Ada orang nak tolong cantumkan hati aku yg hancur berjuta-juta ni tak?? Jom kita nyanyi lagu anak kampung... eehhh tukar sikit.. "anak felda" hehehe yoosshhh Felda Global... kenang daku dalam saham mu harharhar..

P/S= Gambar kat atas tu bukan aku yg edit... sekian.. 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 18 Oktober 2011

9 Sebab Hubungan Tidak Mampu Bertahan



Lama dah aku tak post macam ni kan. Wokey setiap hubungan itu kita harap dapat bertahan sehingga ke jinjang pelamin, kita mungkin rasa kita sudah jaga hubungan tersebut dengan baik namun, hubungan itu tetap tidak dapat bertahan, kenapa? apa sebab hubungan tersebut tidak mampu bertahan lama?



1. Menipu

Menipu adalah “pembunuh” utama dalam sebuah perhubungan. Ia umpama ledakan gunung berapi yang meletus hebat. Ada yang menipu untuk “menyelamatkan” sebuah perhubungan, namun mereka tidak mahu hati pasangan terluka. Sesetengah orang tidak dapat menerima bahawa hati mereka telah dipermainkan.

2. Harapan / Kebebasan

Ada pasangan meletakkan harapan yang sangat tinggi kepada pasangannya malah mereka bergantung penuh kepada pasangan. Ada lelaki menyukai hal ini tetapi ada juga yang sebaliknya. Di sinilah timbulnya konflik yang mungkin menyebabkan hubungan terputus di tengah jalan. Ada pula lelaki yang inginkan kebebasan, tetapi dikongkong. Hal-hal beginilah membuatkan perhubungan tersekat.

3. Terlalu Memikirkan Aspek Perkahwinan

Perhubungan yang sihat biasanya berlangsung dalam suasana yang sangat harmonis. Ia perlu diisi dengan kasih sayang dan sikap saling memahami. Bila semua ini ada barulah perhubungan boleh sampai ke peringkat serius. Tapi sesetengah wanita, yang baru saja berkenalan terus saja mengharap akan ia berakhir dengan perkahwinan. Mereka takut jika perhubungan dijalinkan hanya sia-sia sahaja. Jadi kalau timbulnya konflik ini, perhubungan boleh menjadi putus.

4. Mengungkit Hal Yang Lalu

Menjadi kepantangan bagi sesetengah orang untuk mengungkit hal-hal yang lepas. Apatah lagi jika mengungkit akan kekasih lama. Belajarlah dari kesilapan, jangan mengungkit kisah lalu kalau anda sayangkan perhubungan.

5. Berbeza Pendapat

Dalam menjalin sebuah perhubungan, perbezaan pendapat memang sering terjadi. Kita mempunyai idea yang berbeza dengan pasangan dan hal-hal inilah yang membuatkan pasangan sering berbalah. Ada yang mempunyai cita-cita tetapi tidak dapat ditunaikan hanya kerana pasangan tidak mengizinkan. Itu adalah antara perkara yang boleh membantutkan sesebuah perhubungan.

6. Status Yang Tinggi

Ada sesetengah pasangan sangat gembira dengan perhubungan yang dijalinkan. Mereka sangat bahagia namun ada sesetengahnya begitu mementingkan status diri. Mereka memilih pasangan yang dirasakan sangat sesuai dengan diri mereka.

7. Hal-hal Yang Menyakitkan Hati

Ada perkara yang dibuat oleh pasangan memang menyakitkan hati. Malah sanggup melakukan hal-hal bodoh semata-mata mahu menyakiti hati orang lain. Jadi kalau inilah yang terjadi, hubungan anda pasti tidak akan bertahan lama.

8. Kehidupan Yang Sangat Mendesak

Ada sesetengah pasangan memang suka menyusahkan pasangannya. Mereka sering memberikan masalah dengan membuat pelbagai perkara hingga ia menyakiti hati pasangan. Kehidupan yang sangat terdesak ini adakalanya membuatkan perhubungan tidak berlangsung dengan baik.

9. Kawan-kawan dan Keluarga

Tidak mustahil, kawan-kawan dan keluarga juga boleh membuatkan sebuah perhubungan menjadi tidak stabil. Pengaruh dari kawan-kawan dan keluarga boleh mempengaruhi keputusan. Jangan salah sangka, orang yang anda sayang pun boleh terlepas dari tangan jika keluarganya tidak menyukai anda.
 

Adakah 9 sebab diatas ini betul atau sekadar padangan seseorang, jawapannya korang sendiri yang tahu so renung-renungkan dan selamat beramal, Klik lah iklan bawah ni ye hehe

Iklan PenganjurSayangi Keluarga 
                               Tips Untuk Mengesan Kecurangan 
                               Cara Bemesra Dengan Pasangan 
                               Tips Cantikkan Wajah
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 4 Oktober 2011

Playing With The Moon

Malam memang indah apabila diterangi oleh pancaran sinar rembulan. Wajahmu umpama cahaya bulan yg menyerikan malam.... eewah!! Ok mari kita layan gambar yg diambil dengan kreatif mengunakan bulan sebagai motif.























a
Lagi gambar Indah = Di Tepi Pantai
                                    Matahari Terbenam 
                                    Di Puncak Gunung 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 29 September 2011

Sampai Hujung Nyawa by Purple


Tidak pernah
Ku terfikirkan
Bahawa kau dan aku
Ditakdirkan bercinta

Aku bagaikan tak percaya
Bila kau melafazkan
Kau cinta kepadaku

*Terasa indahnya perasaan
Sejak kau hadir dalam hidupku
Setiap hari merinduimu
Tanpa jemu ku menantikan mu

Gelora di jiwa membuatku gelisah
Menanti saatnya untuk bersama
Betapa sabarnya ku dibakar rindu
Yang menjulang-julang

cintaku kasihku kusimpankan untukmu
Tidak sedikit berubah hati
Bertapa setianya cintaku kepadamu
Sampai hujung nyawa

Kuberdoa agar kau pun setia...
Ya Tuhanku bahagiakan kami...
(* ulang)

kekasihku....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 5 Julai 2011

Seni Dari Bunga

Cantik kan... semuanya diperbuat dari bunga betul bukan bunga plastik ok..



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 7 Jun 2011

Anak Muda, Apa Yang Kau Banggakan?


Anak Muda,
Rambutmu kini menjadi perang
Entahlah, kau cat dengan wang dari orang tuamu
ataukah sekadar mengikut kenkawan

Anak Muda,
Ada besi melingkar menembusi cuping telingamu
Bukan hanya kaum hawa
Engkau pun sekarang memakainya
Kamu menyangka kamu nampak hebat
Tapi sebenarnya semakin membuatmu seakan wanita

Anak Muda,
Pakaianmu yang kemas semasa bersekolah menengah
Telah berubah setelah menjadi mahasiswa
Koyak sana, conteng sini
Baju yang baru sengaja kau burukkan

Anak Muda,
Sebatang rokok selalu menemanimu
Ringgit demi ringgit kau bakar
Pengubat stress katamu
Padahal kau sedang bahayakan diri dan sekitarmu
Kau benci orang yang ego
Padahal kau sendiri termasuk darinya

Anak Muda,
Usia yang semakin bertambah
Tak juga membuatmu berubah
Waktu demi waktu
Engkau habiskan berlalu begitu sahaja
Dari warung ke restoran mamak
Dari mall ke kelab
Pengisiannya sama tetapi tempat yang berbeza

Anak Muda,
Ibu dan ayah amat risau memikirkanmu
Dulu anak soleh yang mereka pinta
Setiap malam, tiap selesai ibadah
Mereka sempat mendoakanmu
Namun, apa balasanmu?

Anak Muda,
Ayahmu membanting tulang bersengkang mata
Mencari nafkah kos sekolah dan makanmu
Sedangkan ibumu
Sabar mengajar mengira satu dua tiga
Dan mengeja a b c d
Namun, apa baktimu?

Anak Muda,
Masa mudamu menentukan masa tua
Barangsiapa bersenang-lenang di waktu muda
Kemungkinan akan bersusah payah di waktu tuanya
Dan sebaliknya,
Barangsiapa bersusah payah di masa muda
Insyallah akan menuai nikmatnya hari tua

Anak Muda,
Bukan kehensemanmu yang boleh kau banggakan
Bukan pula penampilanmu yang kononnya cool
Bukan pula aksesori dan gaya jalanmu
Tapi berbanggalah kerana akhlakmu
Berbanggalah kerana kebaikanmu
Dan berbanggalah kerana keikhlasan mu

Anak Muda,
Pilihan di tanganmu sekarang
Diam bererti menanti kehancuran
Berubah bererti mencipta masa depan
Renungkan, fikirkan
Dan cepatlah ambil keputusan
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 13 Mei 2011

Marry You



IT'S A BEAUTIFUL NIGHT,
WE'RE LOOKING FOR SOMETHING DUMB TO DO
HEY BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU

IS IT THE LOOK IN YOUR EYES,
OR IS IT THIS DANCING JUICE?
WHO CARES BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU

WELL I KNOW THIS LITTLE CHAPEL
ON THE BOULEVARD WE CAN GO,
NO ONE WILL KNOW,
COME ON GIRL
WHO CARES IF WE'RE TRASHED
GOT A POCKET FULL
OF CASH WE CAN BLOW,
SHOTS OF PATRON,
AND IT'S ON GIRL

DON'T SAY NO, NO, NO, NO-NO
JUST SAY YEAH, YEAH, YEAH, YEAH YEAH
AND WE'LL GO, GO, GO, GO-GO
IF YOU'RE READY, LIKE I'M READY

CAUSE IT'S A BEAUTIFUL NIGHT,
WE'RE LOOKING FOR SOMETHING DUMB TO DO
HEY BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU

IS IT THE LOOK IN YOUR EYES,
OR IS IT THIS DANCING JUICE?
WHO CARES BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU

I'LL GO GET A RING LET THE CHOIR BELLS SING LIKE OOOH,
SO WHATCHA WANNA DO?
LET'S JUST RUN GIRL

IF WE WAKE UP AND YOU WANNA BREAK UP THAT'S COOL
NO, I WON'T BLAME YOU
IT WAS FUN GIRL

DON'T SAY NO, NO, NO, NO-NO
JUST SAY YEAH, YEAH, YEAH, YEAH-YEAH
AND WE'LL GO, GO, GO, GO-GO
IF YOU'RE READY, LIKE I'M READY

CAUSE IT'S A BEAUTIFUL NIGHT,
WE'RE LOOKING FOR SOMETHING DUMB TO DO
HEY BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU

IS IT THE LOOK IN YOUR EYES,
OR IS IT THIS DANCING JUICE?
WHO CARES BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU

JUST SAY I DO,
TELL ME RIGHT NOW BABY,
TELL ME RIGHT NOW BABY
JUST SAY I DO,
TELL ME RIGHT NOW BABY,
TELL ME RIGHT NOW BABY

CAUSE IT'S A BEAUTIFUL NIGHT,
WE'RE LOOKING FOR SOMETHING DUMB TO DO
HEY BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU

IS IT THE LOOK IN YOUR EYES,
OR IS IT THIS DANCING JUICE?
WHO CARES BABY,
I THINK I WANNA MARRY YOU


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 27 April 2011

Sering kali


Seringkali, aku hanyut dalam bayangan
Berterbangan perasaan ini... walau
Kau ku gambarkan dalam lamunan

Diri ini selalu ingin bersamamu
Bila ku terkenang kemesraan bersamamu sayang
Masihkah aku di hatimu

Masih jauh rasanya perjalanan ini
Bilakah masanya harus jua aku kecapi
Walau ranjau penuh berduri

Akan ku bawa cintamu bersama selalu
Tak akan kubiarkan ia tersisih dari perasaan ini
Dan ingin ku luahkan dalam lagu ini
Sebagai bukti cintaku, agar kau terus menanti diriku

Hanya kau yang ku cinta
Hanya kau yang ku harapkan
Ke puncak asmara
Ingin kita kecapi bersama

Walau gambaran yang ku gambarkan
Yang seringkali, ku renungkan
Menjadi lukisan di jiwaku
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 19 April 2011

Sayangilah aku


Sayangilah aku
Walau sesaat itu cukup untuk ku
Bisikkanlah aku kata-kata cinta yang indah padaku

Ohhh terimalah diri aku hadir dalam hidupmu
Walaupun ku tahu aku dosa-dosamu
Itulah takdirku....


Kasihanilah aku
Agar jelas cahaya didepan mataku
Kau pandanglah aku
Agar bisa kau selami hati kecil ku

Ohhh mungkinkah aku hanya
Sesalan cintamu terlanjur memanggilku
Dan terburu nafsu lalu membunuh ku


Ohh tuhan.. tiada siapa yang tahu betapa deritanya aku
Menahan sakit zahir dan batin ku..
tapi ..
tetap ku lafazkan alam suci nurani...
ku unjukkan pada ilahi robbil izzati
Semoga dosa-dosa ini di ampuni...


Insan fahamilah diri ini
Aku tak mengerti jika aku disakiti

Kering airmata ini..
Tanpa disedari akhirnya terhenti

Suara tangisan ini seketika didengari
Kini tiada lagi..

Sayangilah aku
Walau sesaat itu cukup untuk ku
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 16 April 2011

Ku ingin bersama selalu


Aku mencintaimu seiring nafas ku .
Berharap dapat menyayangimu sampai akhir hidup ku .
Aku pun mengharap hal yang sama darimu .
Berharap smua ini takan pernah berakhir .
Berharap kau selalu ada dalam setiap langkah ku .

Maaf jika slama ini aku tak slalu mengerti dirimu .
Aku hanya takut kau pergi .
Takut kau hilang dari hidup ku .
Karna aku ingin kau menjadi yang terakhir di hidup ku .
Karna aku memerlukanmu, kasih sayangmu, perhatianmu,
belaian-belaian lembutmu yang mampu tenangkan hati ku .
Aku ingin kau slalu bersama skarang, esok dan slamanya .
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 10 April 2011

Jangan padam bulanku


Mimpi mu malam ini ku harap indah...
Seindah apa yang kau lihat saat bunga bunga merekah..
Di taman mimpi mu berteman dengan bidadari...
Merasakan Keharuman bunga bunga tak berduri...
Semoga harapan esok kan terwujud nyata...
Mengiringi angan yang selama ini menyapa...
Semoga bunga hati mu sentiasa tersirami oleh sejuta kasih sayang...
Dan kan tetap mekar...
Menyebarkan keharuman yang takkan pernah hilang..
Selamat tidur kawan...
Dan Selamat Malam...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 6 April 2011

INILAH SEBENARNYA HATI LELAKI.....


Sejak aku mula bersekolah aku kenal erti kehidupan,
aku hilang rasa takut,
hilang sedih,
hilang rasa kesakitan, 
walaupun di pukul,dirotan,dimarah, 
aku masih mampu menahan dari menangis,
menahan dari air mataku mengalir,
mugkin itu lah ertinya hati lelaki.... 
TETAPI 
Kini setelah aku dewasa aku mula menangis,
aku tak mampu menahan air mata yg sebelum ini tidak gugur walaupun aku di sakiti, 
Setelah aku kenal erti rindu,
aku kenal erti sayang 
dan lebih lagi setelah aku kenal erti CINTA.... 
Apakah ini juga ertinya hati lelaki??? 
Yang dapat mengharungi bahang mentari yg terik 
TAPI luruh hanya dengan tiupan angin RINDU.... 
Yang dapat menahan walau dihiris belati tajam
 TAPI lebur hanya dengan sedikit ucapan SAYANG..... 
Yang sebelum ini kental tetap berdiri walau maut bertandang 
TAPI?? 
tiada satu ungkapan pun yang boleh di gambarkan hanya kerana BAHANA CINTA.... 
Inilah hati lelaki yang mampu mengharungi setiap cabaran, 
menempuh setiap dugaan,
menyusuri liku-liku kehidupan... 
TETAPI hati lelaki ini juga lah yang tewas,yang terluka,yang hancur walaupun hanya dengan secebis CINTA......


P/S= Ooopppsss bukan semua hanya segelintir sahaja... hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 31 Mac 2011

kawan

kawan... apa itu kawan... sejauh mana aku tahu apa itu kawan... atau kawan itu sekadar perkataan yang dilafazkan... aku kawan kau, kau kawan aku... mungkin aku tidak tahu apa itu kawan... tidak tahu erti kawan... tapi kerana kawan... kerana sayangkan title kawan... kerana dia yang bergelar kawan... aku lupakan perasaan ku... lupakan perasaan dan sentiasa lupakan perasaan itu... perasaan yang dah lama berbuku... di setiap pelusuk batinku... demi menjaga kawan... demi memelihara kawan... demi dia yang tak mahu tiada lagi kawan... kerana bila dah berkawan... sayang akan kawan... kelahi tetap kawan... marah tetap kawan... itu ini tetap kawan... segalanya tetap kawan... bila dah tukar status kawan... mungkin tiada lagi kawan... itu yang dia runsingkan... antara dia, aku, kawan, dan perasaan... aku pilih dia, aku dan kawan... perasaan, aku lemparkan berjauhan... kerna takut jika sayangkan perasaan... aku hilang dia, aku dan kawan...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 30 Mac 2011

Kasih Sejati

Angin menghembuskan tanpa suara 
Mengalir di seluruh hati yang ada 
Terasa bagaikan hidup di alam surga 
Yang begitu indah dalam hidup kita  
Cinta berjalan dalam hati yang terasa dalam jiwa 
Yang telah melalui segala yg ada dalam hidup ini 
Terkadang bahagia terkadang sedih dan sepi 
Air mata selalu mengiringi langkah hidupku ini  
Cinta kau selalu hadir dalam diri manusia 
Kau mengukir segala yang indah dalam hati ini dan terkadang kamu berubah yang bukan seperti cinta yang telah menyebarkan kesedihan dalam hidup ini kujalani segalanya dan kulewati harinya ku tersenyum tertawa dalam menemani hidupnya tapi akhir segalanya hanyalah cinta bermandi air mata itulah erti cinta yang ku lalui dalam hidupku

Disaat aku dalam kesedihan kau ukirkan senyuman
untuk membuat ku tersenyum kembali..
disaat ku perlukan seseorang untuk bebicara 
kau sanggup menjadi pedengar setia,
sayang nya saat ku menagis mengalirkan airmata 
bahu mu terlalu jauh untuk ku rebahkan tagisan ku...
terima kasih sayang meluangkan masa mu dengan rintihan ku 
walau kau jauh dimata..kasih sayang mu amat ku hargai..

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 29 Mac 2011

Cinta yg hakiki

Semakin aku menjauh dari-Mu 
Semakin hati merasa kosong
Jauh daripada kedamaian
Walaupun ku ada semuanya 
Namun terasa tiada apa-apa ...
Hati seolah terpenjara 
Tak mampu merasa bahagia 
Aku benci apa yang kurasakan 
Aku ingin mendekati-Mu 
Namun hati merasa malu 
Setelah hakmu kuabaikan 
Setelah anugerahmu kudustakan 
Setelah hariku berlalu penuh dosa 
Lalu kupergi jauh, lebih jauh 
Tak bisa kureguk cinta-Mu  
Namun hati semakin kosong 
Semakin merindu sesuatu 
Semakin jauh kupergi dari-Mu 
Semakin parah gelora jiwaku 
Tak bisa kukecap tenang 
Sekalipun di hujung dunia 
Kerana aku tak bisa lari dari-Mu 
Aku bertekad bulat Mendekati-Mu seikhlas hati 
Biar apa terjadi di pertengahan 
Aku tak akan berpatah jalan 
Aku benci kehidupan tanpa-Mu 
Sesalanku tak henti memburu 
Menyekat rasa tenang jiwaku  
Aku gagahkan kaki berdiri 
Di balik tirai malam-Mu 
Mengharap kasih dan cinta 
Mengadu pedih dan derita jiwa
Tak tertanggung lagi olehku 
Tak mampu lagi kulari dari-Mu
Aku memang memerlukan-Mu 
Aku tak bisa hidup tanpa-Mu  
Ketika itu, derai air mata kuseka 
Aku begitu terharu tak terkata 
Dengan cinta-Mu kurasa bahagia 
Andai kutahu begini nikmatnya
Takkan kulari dari-Mu 
Pasti kutagih cinta-Mu Sejak dulu…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 26 Mac 2011

Sabar itu indah

Bersabarlah… 
Sepahit apapun getir kehidupan yang kau rasa 
Sesakit apapun luka yang kau derita 
Sesusah apapun jalan yang kau telusuri 
kuatlah, seperti karang di lautan yang tak tergoyahkan riak gelombang 
Sayang, bersabarlah… 
Aku disini, disampingmu kan menghapus air matamu
Aku disini, menemanimu mengusir sepimu 
Aku disini, senantiasa menjaga bintang-bintangmu 
Aku disini, selalu menjadi dermaga jiwamu 
Sayang, bersabarlah… 
Perpisahan ini bukanlah akhir dari segalanya 
Tapi awal perjalanan sayang untuk merangkai cerita baru 
Kesedihan bukanlah gembukan tanah yang akan mengubur hatimu 
Tapi perkasa langit yang akan menjunjung hatimu
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

LONESOME!!



Kerana cinta aku terluka.... 
Menitis air mata karna cinta itu datang dari hatiku yang tulus ikhlas 
Tapi apakan daya, hatimu telah berubah Walau apa pun yang terjadi,  
Api sayang, kasih, cinta aku terhadapmu akan sentiasa menyala dihati ini dan ia tidak akan pernah padam.  
Aku akan menunggumu selama mana yang kau perlu biarpun beribu tahun,
Aku akan menantimu seperti mana kau pernah menantiku dahulu, 
Aku akan menjaga cinta ini biarpun ada yang cuba merampasnya, 
Aku akan pertahankan dirimu biarpun ada yang menjauhkan dirimu dari diriku, 
Kerana Aku terlanjur mencintai Dirimu Dan ku tahu kita diciptakan bersama. 
Aku berharap kitakan bertemu Dipintu Syurga. 
Terima kasih kerana membuat diriku mencintai


Dan aku pun tak pernah sedetik pun mengingikan kau pergi dari hatiku...  
Tapi ternyata kesetiaaku tak mampu..membuat dirimu tetap disini duduk bersamaku... 
Mengisi ruang hatiku.. 
Meski ku masih sayang dan cinta.. kasihmu juga masih tetap ada dihatiku, tapi dirimu sekarang telah berubah hingga sampai ku tak mengenalimu lagi... 
Biarlah kasihmu kan ku simpan didalam gudang hatiku,dan takan pernah ku buka kecuali bila dirimu memang inginkan lagi duduk disini..  
Entah kan berapa lama kau pergi tinggalkan ruang kosong dalam hatiku, ataukah memang ku harus mengisinya dengan yang lain, meski aku sendiri tidak menginginkan gantian... 
Kehangatan suaramu yg indah dulu kini kurasa dingin, sedingin hatiku yg mulai beku di sapa pantulan dinginya yg telah kau ciptakan...  
Sebenarnya aku sudah berusaha untuk bersabar, tapi ternyata bersabar itu agak sulit bagi diriku ,meski kata orang bersabar itu indah..  
Maafkan aku ya, bila aku diam bukan bererti ku marah, tapi ku hanya ingin hening sesaat, agar ku dapat menata hatiku kembali seperti dulu...  
Biarlah semua yg pernah ada aku lukis sebagai bait kenangan kehidupanku, meski aku tak pernah mengkuburnya,karna rasa sayang itu indah...  
Dan hapuslah semua cerita tentangku, namaku di hatimu dan semua ceritaku yg pernah ada agar aku lebih tenang tanpa hadirmu..  
Pergilah kasih bila pilihanmu itu dapat membuatmu bahagia lebih dari ketika kau bersamaku.... 
Aku sudah rela, karna aku pun tak mahu menjadi seorang yg EGO.  
Tak usahlah kau kembali padaku atau bertitip salam jika itu hanya sesuatu kebimbangan, karna salammu hanya akan membuat ku sedih dan berduka....  
Aku telah berhenti berharap padamu, kerana adanya dirimu sekarang bukanlah yg pernah aku kenali dulu...kini orang lain..  
Biarlah memang aku takan bersedih lagi... Mudah-mudahan aku sanggup menjadi seorang yg sangat sabar, karna bagaimanapun bersabar itu indah....




P/S= Haaa korang jangan salah sangka pulak... ini bukan hasil luahan dari aku tapi dari orang lain yg aku dengan rela hati postkan huhuhuhu. Bukan yg ori dah ni sebab aku dah ubah suai banyak ayat dan perkataan hahaha tetapi tidak merosakan apa yg ingin disampaikan oleh orang ini kepada orang yg dia tujukan. Sory dude... aku terpaksa ejas ko punya sajak ke ape tah ni sebab bahasa ko agak sengal dan memeningkan kepala termasuklah 'bahasa kayu'. Nasihat aku bila korang nak buat menda alah macam ni jangan lah gunakan singkatan ngekk hehehe macam lah aku ni pandai sangat ek.


MEMO= Apa dia "bahasa kayu" yg aku maksudkan itu???? hehehe ok sebenarnya ayat atau perkataan yg korang isikan tu tak kena dan bila orang baca tak rasa "feel" atau membangkitkan sebarang perasan huhuhu. Wokey apa2 hal email aku yek...Waasalam...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 25 Mac 2011

Kisah CINTA

Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN,KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya. Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri. CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.
"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong aku!" teriak CINTA. 
Lalu apa jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf,CINTA!" kata KEKAYAAN. "Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Aku tak dapat membawamu serta, nanti perahu i! ni tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam. CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya. 
"KEGEMBIRAAN! Tolong aku!", teriak CINTA. Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira karena ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN. "KECANTIKAN! Bawalah aku bersamamu!", teriak CINTA. Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor.Aku tak bisa membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN. CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis terisak-isak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan aku. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA memelas, "Oh, KESEDIHAN, bawalah aku bersamamu", kata CIN! TA. Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. Aku sedang sedih dan aku ingin sendirian saja... ", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya. CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh tuhan tolonglah aku, apa jadinya dunia tanpa aku, tanpa CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara,
"CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!" CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua reyot berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi lagi. Pada saat itu barulah CINTA sadar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu."Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu. Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? Aku tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA heran. 
"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu... ...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bidadariku

Pagi cerah.. 
Sejuk terasa di dada.. 
Duduk ku memandang..
Rumput hijau dihadapan.. 
Terasa bahagia setiap pagi.. 
Mengharap pertemuan kekasih hati.. 
Sayang.. 
Ku ingin jumpa dengan mu saat ini.. 
Ku amat merindukan mu sayang 
Ku rindu senyum manis mu, 
Ku rindu lirik matamu, 
Ku rindu hidung mancung mu, 
Ku rindu lembut bibir mu.. 
Ku rindu lentik jarimu untuk ku cium.. 
Ku rindu hitam rambut mu utk ku belai.. 
Sayang..  
Walau hatimu tak selalu untukku.. 
Aku akan tetap menyayangimu.. 
Aku akan tetap menjagamu.. 
Hatiku kan selalu memanggil namamu.. 
Percayalah sayang .. 
Hatiku kini milikmu.. 
Kan selalu kunanti hadirmu disisiku.. 
Selalu kunanti..bersama embun embun rindu…
Kutulis sebait lagu tentang kerinduan 
Terpendam dibatas jarak yang memisahkan 
Jujur ingin aku bertemu 
Mencoba lukiskan bayang 
Selintas wajah gadis yang kurindukan 
Di awan kugureskan bayangan dan bisikkan 
Tetap setia padaku 
Betapa bererti 
Sesaat pertemuan kita 
Ubati rindu sekian waktu lamanya 
Hanya hati 
Setia pada cinta dijiwa
Kan membawa ini jadi selamanya
hati ini merasa kehilangan akan wajah kepribadian yang begitu lembut yang menemani dalam kesendirian yang menghangatkan dikala hati membeku hari-hari dalam bersamaan mungkinkah hanya tinggal kenangan belaka canda tawa bersamamu kini hanya penantian tutur sapa dengan dirimu kini hanyalah impian semata jauh tatapan untuk bertemu jauh kata untuk menyapa walau jarak membentang menghalangi namun hati menanti hadirnya dirimu
Bintang malam ........ katakan padanya aku ingin melukis sinarmu di hatinya.......... 
Embun pagi....... katakan padanya biar kudekap erat waktu dingin membelenggunya taukah engkau..... 
Wahai langit aku ingin bertemu membelai wajahnya.. 
Akan kupasang hiasan angkasa yang terindah hanya untuk dirinya puisi rindu ini kuciptakan hanya untuk bidadariku tercinta walau hanya agak sederhana izinkan kuungkap segenap rasa dan kerinduanku..




P/S= Biarpun masih ada cinta, biarlah masa yg membuktikan kesungguhannya
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!