Memaparkan catatan dengan label tips-tips yg berguna. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips-tips yg berguna. Papar semua catatan

Sabtu, 19 November 2011

Unusual ways and ideas to survive the flood

Semua gambar ni diambil dari Thailand hehehe jadi untuk sebagai langkah berjaga-jaga korang bolehlah tiru semua idea ni yek. Aku tengok paras air sungai semakin hari semakin meningkat je...



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 18 November 2011

Awas!! 30 Anti Virus Palsu Yang Harus Di Hindari

Mesti computer atau leptop korang mengunakan anti virus kan kecuali korang memang jenis hebat macam aku hehehe yaaaa aku tak mengunakan langsung anti virus. Sekiranya korang pun macam aku jadi tak perlu lah nak ambil perhatian pada entri ini. Bagi korang yg mengunakan anti virus sila ambil perhatian, hari ni aku nak tunjukan senarai anti virus palsu.

1. Cyber Security
2. Alpha Antivirus
3. Windows Enterprise Suite
4. Security Center
5. Control Center
6. Braviax
7. Windows Police Pro
8. Antivirus Pro 2010
9. PC Antispyware 2010
10. FraudTool.MalwareProtector.d
11. Winshield2009.com
12. Green AV
13. Windows Protection Suite
14. Total Security 2009
15. Windows System Suite
16. Antivirus BEST
17. System Security
18. Personal Antivirus
19. System Security 2009
20. Malware Doctor
21. Antivirus System Pro
22. WinPC Defender
23. Anti-Virus-1
24. Spyware Guard 2008
25. System Guard 2009
26. Antivirus 2009
27. Antivirus 2010
28. Antivirus Pro 2009
29. Antivirus 360 and
30. MS Antispyware 2009


Apa anti virus palsu ni?? ok sama je macam bapok @ maknyah. Korang lihat seperti orang perempuan tapi rupa2 lelaki. Korang faham tak?? palsu maksud aku!! Ok sekiranya ada didalam computer korang salah satu atau lebih apa yg aku senaraikan kat atas tu sila lah buangkan dari hardisk korang tu. Sebenarnya itu semua bukanlah anti virus, menda tu semua tidak pun bertindak menghapuskan virus tetapi membiakan lagi virus yg sedia ada didalam computer korang. Sumber ini adalah dari kawan aku... pastikan korang beli anti virus yg betul2 punya kalau jenis yg suka download free je tu sila berhati-hati takut terdownload yg palsu je.
Kenapa anti virus palsu ini dicipta?? dari segi logik akal mestilah untuk memberikan keuntungan pada pembekal anti virus yg betul dan untuk memberikan kedai2 computer keuntungan dengan bisnes memfomat. Sekali format computer tak kurang RM50 kan... semasa fomat tu isikan anti virus palsu tu lepas ni kompom korang akan datang lagi mengfomat computer korang tu kan. Bijak tak perniagaan ni?? jadi belajarlah mengfomat sendiri, bukan susah pun sebenarnya.


Lagi Software menarik = New Drive For Your Com
                                           Pinjaman peribadi 
                                           Power Antivirus


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 11 November 2011

RAHSIA HANDSET KETIKA KECEMASAN & CARA2 FORMAT HANDSET

Rahsia handphone nokia
Tahukah anda bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan. Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya : -

1.Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di
PAPARAN PENUH
di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci(Keypad lock).

2. Kereta terkunci
Pernahkah anda tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari luar?? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda. Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan system penggera(alarm) sahaja. Caranya, cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya. Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya. Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

3. Kuasa bateri tersembunyi
Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan. Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#. Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda .(sesetengah jenis handfon nokia gak)


4. Telefon dicuri
Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda, sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin. Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci system dalam telefon bimbit anda dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia di curi, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya.hohoh..padan muka kaw!

Kebanyakan tips ini boleh digunapakai untuk telefon bimbit jenama Nokia.:)

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 29 Oktober 2011

How To Stop The Spread Of Germs


Kalau korang rasa yakin dengan cara diatas korang boleh lah mencubanya hehehehe

More healthy tipsvolkswagen 
                                 Beauty Skin 
                                 Dreams Come True 
                                 gatsby-dance 
                                VWPassat
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 19 Oktober 2011

Petua Kecantikan Awet Muda


Yaawwww.... hari ini adalah hari bertuah korang wahai aweks2, gadis2 dan semua perempuan diluar sana. Hari ni aku nak bagi satu teknik untuk membuatkan wajah korang berseri dan menjadi comel seperti artis jepun dan korea. Korang suka sangat kan dengan korea. Caranya mudah je dan bahan2 yg diperlukan pun mudah untuk didapati...

Bersihkan dulu muka korang dari sebarang make-up
Ambil beberapa ekor lipas matang
Ikut suka korang lah berapa banyak pun yg penting lipas tu biarlah yg montok2 ok
Masukkan lipas bersama bedak sejuk, haaa bedak ni tak kisah lah dari jenama apa pun
Masukkan dalam blander dan kisarlah sehingga lumat sebati
Lepas tu campurkan sedikit air
Sapulah pada seluruh wajah, pastikan sama rata ok
Tunggu sehingga kering dan bilaslah dengan air suam... waaalaaa muka korang dah pun cun hahaha

Lagi tips kecantikan disini = Tips Untuk Hilangkan Jerawat Dan Kedutan

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 3 Oktober 2011

Cara Membuat Simbol Karakter ™ ☺ ♥ ♣ ☻Di Computer

Hari ni aku nak ajar korang cara membuat simbol pada entri penulisan korang. Macam di blog atau kat mana2 pun selagi ia mengunakan computer. ♥ haaaa macam love yg aku buat ni... mudah je caranya bila korang dah tahu teknik yg betul.



Korang kaji dulu kod2 kat atas tu untuk mempermudahkan korang untuk letak simbol ape nanti semasa menulis.
Cara penggunaannya adalah seperti berikut:
sebagai contoh kita akan membuat karakter ™

1=  Tahan Butang ALT yang ada di keyboard
2= Menekan nombor kod 0153 pada bahagian numlock di keyboard
3= Lepaskan Butang ALT

selanjutnya untuk simbol2 yang lain boleh dilihat pada gambar diatas

Note:
untuk pengguna laptop, caranya lain sedikit

1= aktifkan dahulu numlock nya dengan menekan butang Fn + NumLk
2= biasanya yang tersedia (at least di laptop saya) J=1, K=2, L=3, U=4, I=5, P=6, 7=7, 8=8, 9=9, M=0
3= setelah selesai tekan nombor kod korang tekan Fn + NumLk
    semula dan simbol akan keluar. Memang agak leceh sikit lah.


 
More Symbol = Alien Symbol  
                           Money Symbol 
                          Porn Symbol 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 2 Oktober 2011

Cara Persembunyian Paling Berkesan

Hari ini adalah hari bertuah pada korang yg ada hutang dengan Ah-long. Dengan baik hatinya aku akan ajar korang teknik sembunyi yg paling awesome, kalau korang kena kejar dengan pemungut hutang tu korang boleh lah buat skill ala-ala ninja untuk menghilangkan jejak.
Haaa apamacam?? hebat tak? hahaha kompom lah tak ada orang dapat cari korang dah lepas ni.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 7 Ogos 2011

G P S (Gerenti Punya Sesat)

Korang tahu menatang ape ni?? Bagi yg tak tahu GPS ini adalah alat untuk menunjukan sesuatu tempat atau lokasi. Pertunjuk arah lah bak kate orang somalia huhuhu. Tajuk tu agak kurang mantap, lebih mantap "Gerenti Sesat Punya" huhuhu. Aku biasa dengar dah orang duk cerita pasal menda alah ni, macam-macam yg terjadi. Ada yg sampai terjun paya dan gaung sebab percayakan menda ni. 
Bagi yg teringin nak beli GPS ni mari baca kisah aku pula. Aku ada 2 kisah pasal menda ni, eerrrrr aku tak ada pun alat ni hukhuk. Aku pinjam yg kawan punya je untuk dibuat ujikaji huhuhu, bagi aku menda ni tak penting pun. Pengatahuan tentang arah dan selok belok jalan tu lebih penting, menda ni sekadar alat sampingan je. Kalau sesat itu lagi bagus sebab baru kita tahu arah jalan tu dan ingat... betul tak?
Kisah 1=
Aku pinjam kat kawan aku yg sorang tu alat GPS yg baru dia beli. Tempat yg aku ingin tuju... tak jauh lebih kurang 5km je dari rumah aku dan dalam kawasan aku juga lah. GPS ni made in china huhuhu cap ayam kot, harga lebih kurang RM400 +/-. Aku memang dah arif sangat dengan tempat yg nak pergi tu jadi bermulalah test uji terhadap alat ni. Keputusan dia huhuhu memang sampai ke tempat yg nak dituju tetapi mengambil masa yg agak lama sebab mengunakan jalan utama sahaja. Kalau jalan tu jem atau kena buat lencongan macam mana??? Mesti alat ni tak dapat membantu.
Kisah 2=
Kali ini alat GPS dari kawan aku yg lain pula huhuhu lebih cangih sebab ada suara arahan. Yang mula2 tu tak ada kena perhatikan pada screen dia tapi yg ni tak tengok screen pun tak apa sebab ada lah suara aweks yg akan menyuruh kita belok atau masuk kat mana2 simpang. Aku rasa yg ni pun made in china juga dan harga RM600 +/- kot. Misi test uji kaji alat yg cangih ni pun bermula. Hrrruuummmm, masuk simpang kiri, simpang kanan, jalan lurus... belok kiri lagi... lurus dan masuk simpang kanan pula huuuyyoooo best siut suara alat ni memberi arahan huhuhu. Adakah aku sudah sampai di tempat yg nak dituju?? Yaaaaa memang aku tak sampai hahahaha kenapa?? sebab aku masih lagi kat rumah huhu dan aku tak bergerak sedikit pun tapi alat ni dah suruh aku belok sana belok sini hahaha dan terus sampai hahaha. Macam harem punya GPS, kompom penin orang nak folow arahan dia ni. Alat ni dulu bergerak dari kereta hahaha jadi keputusannya teeeeettttt FAIL!!
Waahahaha lawak-lawak bila teringat, ok ada juga alat ni yg bagus. Tepat dan sungguh memberi bantuan kepada penguna. Bukan semua alat GPS yg ada kat pasaran tu hampeh. Atas diri korang lah nak beli yg mana satu, nasihat aku belilah yg ada kualiti biarpun harga agak mahal. Dan jangan lah percayakan 100% alat ni kan tak pasal-pasal terjun paya pula huhuhuhu. Pergatahuan arah yg ingin dituju itu lebih bagus, malu bertanya sesat jalan.


P/S= Ada satu jalan nak ke kuala lipis tu ada puntianak jadi berhati-hati lah. Orang pangil jalan bukit putus huhuhu kalau kenderaan korang tiba2 tak boleh bergerak tu faham2 sendiri lah dan selekoh kat situ agak membahaya. Berhati-hati semasa memandu =D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 25 Julai 2011

Tips Untuk Wanita

Hari ni aku nak bagi sedikit tips untuk orang perempuan. Orang lelaki jangan dengki, iri hati pula ek sebab tips ni memang khas untuk perempuan. Kalau orang lelaki yg berjiwa perempuan tu nak cuba try tak kisah lah hahaha.
Bila kereta korang kehabisan minyak di tengah perjalanan dan station minyak terlalu jauh... anda boleh lah mengunakan Red Bull sebagai penganti hehehe... bukan boleh buat baling pada peragut beg je boleh juga buat sebagai penganti minyak. Kalau apa2 kerosakan aku tak tangung ek hehehe
Ini cara yg paling berkesan untuk meniru sewaktu peperiksaan hehehe. Tak kira lah apa-apa juga peperiksaan yg anda duduki. Semasa periksaan lesen memandu juga boleh mengunakan cara ini tapi untuk lesen "L" je lah huhuhu
Sekiranya anda tak tahu cara atau bagaimana untuk mendowdloud clip video lagu atau apa-apa jua clip video yg ingin dimuatkan kedalam handfon anda. Boleh lah mengunakan cara yg paling mudah ini huhuhu hanya ambil handfon dan rakam sahaja =P
Yaaa apabila ingin memotong bawang... mesti mata dan hidung akan menjadi pedih. Kebanyakan perempuan masih belum tahu cara memotong bawang dengan betul. Cara betul adalah anda tidak akan mengalami mata pedih lah bila memotong. Jadi anda boleh lah mengunakan topeng gas ini sebagai pelindung yg paling berkesan huhuhu untuk tumbuk sambal pun boleh gunakan cara ini hehehe

P/S= Jangan marah ek... sekadar untuk hiburan je piissss no war ahaks! =D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 21 Julai 2011

Minyak Pelincir Kenderaan

Hari ni aku nak terangkan secara ringkas apa makna sebenar yg tercatit pada botol minyak pelincir yg korang beli tu. Aku jamin yg korang main beli je tanpa meneliti adakah minyak ini bagus atau sesuai untuk enjin kenderaan korang. Untuk menjaga kebaikan enjin dan memberikan kuasa sepenuhnya kepada kenderaan korang faktor pengunaan minyak pelincir itu penting.
Mesti korang penah lihat menda ni kan pada botol minyak pelincir yg korang beli tu... jadi apa makna dia?? ok sebelum tu kena bagi hormat sikit pada petrolnas huhuhu sebab kat situ lah aku belajar semua ni... walaupun aku sendiri tak mengunakan minyak dari syarikat tersebut. Nanti aku ceritakan kenapa ok...
Berbalik pada tajuk.. korang nampak tak " API SM" dan "20w 50" tu... apa makna dia?? meh aku terangkan secara ringkas maksud sebenar menda itu.
API = American Petroleum Institute
SAE = Society of Automotive Engineers
ILSAC = International Lubricants Standardization and
              Approval Committee
OEM = Pengeluar Enjin Tulen (Pengiktirafan Pengeluar)
API = Klasifikasi Prestasi
SEA = Klasifikasi Kelikatan
ILSAC = Klasifikasi Penjimatan Minyak
Jadi apa bila korang beli minyak pelincir tu biarlah ada menda ni tertulis pada botol minyak tu. Maksud OEM tu adalah minyak yg digunakan oleh pengeluar kenderaan tu, alaaaa semasa korang beli kereta baru minyak tu lah yg mula2 sekali ada dalam enjin kereta korang. Untuk mendapatkan minyak ni korang perlulah pergi pusat servis yg diiktiraf untuk jenama kenderaan korang.
API adalah gred prestasi.. dan kebiasanya ada lagi huruf yg ditulis selepas gred ni.. contoh kat atas tu API SM. Jadi apa maksud SM ni?? ini adalah kod untuk jenis enjin... mmm... tak faham?? ok..ok.. biar aku bagi kod untuk enjin petrol, diesel dan enjin 2 lejang (motorsikal)
Petrol = SA SB SC SD SE SF SG SH SJ SL dan SM
Diesel = CA CB CC CD CE CF
Diesel 4 Stroke (4WD) = CF-4 CG-4 CH-4 CI-4 dan CJ-4
Enjin 2 lejang = TA TB TC
Jadi jangan tersalah beli pula.. kena pula korang pergi beli minyak pelincir untuk enjin diesel isi pada enjin petrol... jahanam enjin kang.
SAE ni ade dua gred pula... Gred Tunggal (monograde) dan Gred Pelbagai (multigrade). Gred Tunggal ialah julat kelikatan daripada SAE 0W sehingga SAE60 dan Gred Pelbagai ialah mempunyai lebih daripada satu gred SAE i.e. contoh 15W-40, SAE 5W-30. Kelikatan adalah kepekatan bagi orang yg tak tahu hehehe. Eehhh apa itu 15W... ok W itu adalah Winter bermaksud Kebekuan. Pada suhu berapa minyak pelincir ni masih boleh bertahan tanpa menjadi beku, jadi kita kat malaysia ni yg tak ada musim sejuk (salji) tak perlu ambil tahu tentang ini.
Kelikatan minyak itu adalah penting untuk pretasi enjin kenderaan korang. Contoh cuba korang isi air kosong dalam cawan dan cuba kacaukan mengunakan sudu.. mudah tak ia berputar?? cuba tambahkan gula pada air tu dengan banyak sampai air tu menjadi terlampau manis dan cuba kacau lagi... masih boleh berputar kan tapi mana lagi yg mudah?? air kosong ke air gula yg pekat takdi?? Seperti enjin korang.. aku sarankan kalau enjin korang kurang dari 1000cc gunakan lah minyak pelincir SAE30 kebawah. Memang boleh guna SAE40 ke atas tapi nanti enjin korang menjadi berat lah... tak lancar.. kena pula naik ramai2.. semput je kereta korang nak mendaki bukit kang.
Apa itu SYNTHETIC... ada yg separuh dan ada yg penuh. Ada juga yg langsung tak ada, ok menda ni adalah bahan yg dicampurkan kedalam minyak pelincir itu. Bahan ini adalah sangat bagus kerana ia menjaga enjin kenderaan korang supaya dalam keadaan baik. Contoh bila korang minum air teh tanpa gula.. sedap ke?? jadi menda ini umpama gula. Memang minyak yg ada menda ni harga dia lebih mahal sedikit tapi tak apa baik untuk penjagaan enjin kenderaan.
Wokey last sekali kenapa aku tak mengunakan minyak atau sebarang minyak keluaran PETROLNAS?? sebab hahahaha minyak sadi syarikat ini langsung tak bagus. Tiga tahun aku bersama syarikat ini aku tau lah hehehe. Memang minyak diaorang ni Top 1 di mata dunia, memang minyak petrolnas ni bagus TAPI hanya di luar negara je. Semua minyak yg dicari gali di malaysia dieksport ke luar negara... eehhh jadi kita kat malaysia ni pakai minyak dari mana?? Petrolnas mengimport tahi minyak dari Arab dan diproses untuk kegunaan di negara sendiri. Tahi minyak ni adalah gred minyak yg paling bawah sekali.. minyak yg tak bagus lah. Contoh seperti minyak masak bila korang goreng ikan atau telur dan mengunakan minyak yg sama selama seminggu apa jadi?? Mesti ada tahi minyakkan... dan cuba minyak tu korang jualkan kepada orang.. rasa-rasa ada yg masih nak beli ke?? korang sendiri pun tak akan gunakan dah untuk mengoreng ikan kan... Semua jenis dari minyak petrol sampailah minyak pelincir petrolnas yg ada dalam negara ni adalah dari arab.
Member aku yg pernah berkerja di pelantar minyak petrolnas pun bersetuju dengan apa yg aku merepek ni hehe. Dia sendiri bagi tahu aku semasa dia pergi ikut rombongan ke trengganu tampat memproses minyak tu, dia tekejut apa bila melihat mesin memproses minyak yg baru digunakan 1 tahun tapi dah macam 10 tahun digunakan. Oleh sebab proses minyak tak berkualiti dari arab tu, seksa mesin tu deerrrr.
Apa-apa pun korang ada hak dalam pilihan pengguna. Ikut korang lah.. aku cuma nak bagi tips tentang minyak pelincir je yg lain tu korang sendiri lah yg tentukan. Harap dapat membantu korang sedikit.

P/S= Khas untuk member yg sama-sama penah menjadi penipu untuk petrolnas... sama bila nak tangung dosa??
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!