Jumaat, 29 Oktober 2010

someone that brings meaning to life

You brought happiness into my lonely heart
You brought emotions alive again
You were not prepared what we were to start
You were not ready for what was to begin
You saw my pain and my sorrow
You made me look forward to another tomorrow
You made me laugh and you made me cry
But most of all you made me feel alive
You've taught the truth behind my lies
You've been the tears behind my cries
You've been the blanket that keeps me warm
You've been the shelter during our storm
You've been my aid to learning what's new
You've been my experience from what we've been through
You've shown me emotions I never thought I'd feel
For all this, I know my feelings are real
My one wish, that I pray stays true
My love, I hope, forever, you.
IF ONE DAY YOU WANT TO RUN AWAY
DON,T BE AFRAID TO CALL ME,
I DON'T PROMISE TO ASK YOU TO STOP
BUT I CAN RUN WITH YOU 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! GAD!S
BukaN keRaNa MeRah k!LauaN L!pst!k
Pada b!b!r MeMekaR seNyuMaN kosMet!k
Tetap! pada kepeR!bad!aN teRpeL!haRa
KeLeMbutaN kesopaNaN MeNgh!as! j!wa

CaNt!kNya seoRaNg wan!ta !tu sebaga! REMAJA
T!dak pada kuL!tNya muLus MeNggebu teRdedah
UNtuk MeNggoda paNdaNgaN Nafsu Mata
Tetap! pada keh!dupaN teRjaga
DaR! MeNjad! MaNgsa tohMahaN duN!a

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! HAWA
T!dak keRaNa b!jak MeRuNtuN !MaN kauM AdaM
Seh!Ngga tuRuNkaN !NsaN ke duN!a
Tetap! MeNjad! peMbakaR seMaNgat pew!Ra
MeNjad! tuNjaNg peRjuaNgaN syuhada

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ANAK
T!dak MeNjeRat d!R! pada leMbah keduRhakaaN
MeNgaL!r Mut!aRa d! keLopak mata
Tetap! MeNjad! peNyeLaMat !bu bapa
Pada haR! kebaNgk!taN beRmuLa

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ISTERI
BukaN keRaNa peNeRaju keRjaya daLaM RuMahtaNgga
Tetap! seNt!asa beRsaMa
MeNeMpuh bada! d!s!s! suaM! teRc!Nta

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MENANTU
BukaN keRaNa keMewahaN d!Mata
Tetap! b!jak daLaM MeNjauh! peRseNgkoLaN ipaR LaMa!
MeNjad! peNgh!buR hat! peRMata keh!dupaN


CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! IBU
BukaN teRLetak pada kebaNgk!taN aNak
DaLaM set!ap peRteL!NgkahaN
Tetap! d!bawah LeMbayuNg kejayaaN
MeMbua! aNak d!kaLa suaM! MeNjaL!N !Mp!aN


CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MERTUA
T!dak keRaNa beRjaya MeRuNtuh !staNa
Tetap! jaL!NaN kas!h sayaNg
TuLus hat! MeNgag!h kas!h setaRa pada seMua

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! NENEK
BukaN MeMbeR! haRta duN!a
Seh!Ngga geNeRas! Lupa
Tetap! MeNjad! pada peNd!ta
MeNjaR!Ng teLadaN paRa aNb!a pada aNak baNgsa

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! WARGANEGARA
BukaN keRaNa MeNyaNdaNg puNcak duNia
Tetap! b!jak MeNaNgk!s R!NtaNgaN
Peka MeMbeLa nas!b daN MaRuah NegaRa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

HARAP MAAF

HARAP MAAF PADA SEMUA, OLEH KERNA OTAK AKU MENGALAMI SISTOM BLUR DAN HENG DAN PERLU DI RESTART SEMULA TAK DAPAT LAH AKU NAK UPDATE BLOG INI UNTUK SEMENTARA WAKTU.... di harap kowang dengan sabarnya menanti coretan terbaru dari aku ek walaupun kowang tu seorang yg kurang sabar hehehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 19 Oktober 2010

keluhan merapu hahaha

Gambar kat atas ni tiada kaitan degan ape yg aku nak merapu kat sini hehehehe. lame dah aku tak merapu meraban kat sini... ape yg aku nak tulis ni tiada kena mengena dengan orang yg masih hidup ataupun yg dah tak hidup.... leceh kan bila kena bagi tau cam ni kan... yelah kalau tak bagi tau kang ade je yg terperah santan hehehe kowang faham2 sendirilah hehehehe. tak banyak benda yg aku nak sentuh dalam edisi meraban aku kali ni... kalau korang rajin baca lah...
Mula2 sekali berkenan FREEMASON... korang tahu ape ni?? ade gak yg tak tahu dan tak ambik tahu... ni adalah kempulan ahli kegelapan... mudah cerita kempulan yg menyembah saitan dan iblis... lebih best kalau di pangil askar2 dajjal... Aku ade tengok video yg membongkar semua ni.... korang cuba lah cari dan selidik tentang ni.. jangan ambil mudah dan buat tak tahu je... ni berkenanan dengan kehidupan kita di dunia dan akhirat.. banyak pernipuan terbesar yg berlaku dan kita dengan mudah tertipu dari dulu sampai sekarang... ahli kempulan ni ingin menakluki dunia bersama dajjal.
Ok sekarang pasal menakluki orang pulak... bila korang nk menguasai seseorang tu ape yg korang sangup korbankan?? ramai di antara kita nak orang ikut telunjuk kita (menguasai) tapi tak pandai macam mana untuk berbuat demikian... macam aku mudah je.. dari dulu sampai sekarang di jajah hahaha maksud aku hidup aku yg terkong-kong... memang bosan tapi aku tak kisah.. dah nasib huhuhuhu
Aku ambil mudah je dengan RULE hidup aku, ape yg aku tak suka orang buat kat aku aku takan buat menda tu kat orang... yg ni memang orang susah nak faham dengan aku... sebenarnya mudah je... kalau aku tak lempang korang tu bermaksud aku tak suka korang lempang aku hahahaha contoh je lah kan... jadi menda ape yg aku tak buat kat korang menda tu lah aku tak suka korang buat kat aku. dan same macam korang... bila korang tak layan aku jangan marah lah bila aku wat tak tahu je kat korang... 
Masa untuk bersendirian... korang kena tahu bila mase member korang nk bersendiri walaupun mase tu dia duk melepak dengan korang tapi sebenarnya dia nk layan feeling hahahaha... jadi korang wat tak kesah lah kalau dia duk senyap je.. tapi pelik gak bila smua senyap kan hahaha macam mase aku duk melepak makan takdi, semua senyap je sepatah kata je kuar.. hari suram sedunia kot hahahaha.
Hobi yg mahal huhuhuhu, aku punya hobi memang aaiiisseeyyy agak mahal huhuhu, yg paling utama mainan control huhuhu kereta control yg berharga beratus ringit... yg ni kaum2 perempuan memang jelik ( tak suka) kan..kan..kan.. bila pakwe atau laki depa nak beli kompom kena bebel waahahaha ni kenyataan.. ok dari segi negetif memang nampak membazir tapi kalau perempuan beli mekaup mahal2 tu tak ape pulak... beg, kasut, baju... macam2 lagi lah.. dari segi positif lak.. cuba korang fikir mane lagi bagus antara laki korang main game dan mainan ni dari pergi mengatal atau main perempuan lain?? (curang)... ok ape kalau dia duk mengadap game atau pergi mancing, main kereta control dari dia pergi duk mengatal..
Karenah... semua orang ade karenah masing2 kan... yg si perempuan ni nak lelaki dia melayan karenah dia tak kira masa... kalau dapat lelaki yg jenis banyak bersabar macam aku ni tak kisah sangat lah tapi kalau dapat lelaki yg kureng dia punya sabar sendiri mau ingat lah hahaha tapi kadang2 aku kesian gak tengok makwe2 member aku yg dapat pakwe yg kurang sabar ni... tapi ade gak makwe2 yg merlampau2 dia punya karenah... lelaki pun ade karenah masing2 nak jugak makwe dia melayan tapi bila tak di layan korang makwe2 ni sendiri mau ingat lah...
Pemandu yg macam ape2 entah, yg ni agak memanaskan hati.. pandu pelahan 40k/m sejam tapi duk kat line 2 ape kes?? menyusahkan pemandu lain je.. kadang2 aku tersempak dengan pemandu macam ni yg wat tak tahu je mase tu ambulan duk kat belakang dia.... di manakah letaknya otak pemandu seperti ini?? ke otak tertingal kat rumah... lu pikir lah sendiri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 14 Oktober 2010

Masih Hidup Atau Mati?


Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.
Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.
Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.


Berdasarkan Pengakuan Si Pemukul:



Berita Kereta Polis dipecahkan cermin dan dikemekkan oleh penyokong Selangor tidak pernah disiarkan







KAMI BERHARAP MEREKA YANG TAHU KEADAAN MANGSA SEKARANG SILA HUBUNGI info@theredwarriors.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 13 Oktober 2010

Kisah 3 Orang Menteri


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lawak Pagi !

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sebab Kena Tindih Waktu Tidur

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum isteri tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....

Heheheeeee…..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 8 Oktober 2010

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap dari...pada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 2 Oktober 2010

Linkin Park - Waiting For The End

This is not the end, this is not the beginning
Just a voice like a riot, rocking every revision
But you listen to the tone and the violent rhythm
Though the words sound steady, something empty's withing 'em
We say yeah
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there
'Cause we're living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead it, forget it, let it all disappear

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control
Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last
I wish it wasn't so...

I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And I don't even know what kind of things I said
My mouth kept moving and my mind went dead
Picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending is starting again.

All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

This is not the end, this is not the beginning
Just a voice like a riot, rocking every revision
But you listen to the tone and the violent rhythm
Though the words sound steady, something empty's withing 'em
We say yeah
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there
'Cause we're living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead it, forget it, let it all disappear
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 1 Oktober 2010

RABITAH HATI


Hati ini telah bersatu,
Berkumpul di perut bumimu,
Hati ini telah berpadu,
Bersatu memikul beban dakwahmu

Hati ini telah mengikat setia,
Untuk mendaulat untuk mendokong,
Syariatmu di alam maya,
Maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkanlah kemesraan yang ada,
Tunjukkanlah jalan yang benar,
Penuhkanlah dengan cahaya-Mu,
Tiada malap terangi alam-Mu

Hidup suburkanlah dengan makrifat-Mu,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai syuhada,
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 20 September 2010

my tears.....

You 're not worth my tears.. but i find myself still crying myself to sleep.
sudah lame aku tak menulis di sini oleh di sebabkan berlakunya perkara-perkara yg berunsur sedih dalam keluarga aku... tak ada masa aku nak menulis...
1 syawal.... hari raya semua orang bergumbira tapi jangan lupa pada yg berduka... ok last pose tak tahu nape aku leh bangun awal pagi dan tak tido semula hehehe... lepas berbuka pose tu aku dgn sahabat aku basrie tu merayau lah kat bandar yg penuh dengan kenderaan (jem gler) oleh sebab kitaorg nk mengelak jem jadi kitaorg bwa moto je lah senang... pergi shoping raye lah katakan... last minit punya hehehe... aku tak sempat nk beli ape2 basrie dapat lah beli gak ape yg dia nk tiba2 hujan turun dgn lebatnye jadi redah je lah ujan balik rumah.. lejut kitaorg mandi hujan... aku bawa kereta pulak lah nak pergi mkn  alang2 basrie nk beli kuih raye lg... mase duk melepak sambil mkn kt kdai tu kitaorg col sepupu aku yg dh berada kat kelantan... makcik aku balik sana dan masuk wad di sana.... mula2 berborak gelak ketawa... jadi aku rase macam makcik aku tak berapa teruk lah keadaan dia.... lepas mkn ingat nk pergi beli kuih raye tapi basrie rase malas je jadi pergilah melepak kat rumah abg dia.. aku nk scan gbr ... abg dia xde kt rumah blik raye kat kedah. tengah aku duk sibuk scan gbr tu tiba2 sepupu aku call dlm keadaan nangis2.... dia bagi tahu makcik aku dh tenat dan beberapa minit lps tu makcik aku terlah meningal dunia.... aku dengan pantas bersama basrie mencari kereta utk balik kelantan mlm ni jugak.... waktu mase tu kul 1 pagi dh 1 syawal... abg aku nk balik petang raye tu tapi basrie berjaya pinjam kereta abg dia mlm tu jugak... kereta dia dh lps kt kedah... kitaorg terus balik mlm tu jugak.. aku bawa viva dan basrie wira.. aku, abg aku, akak aku dan abg ipar aku..... basrie dgn mak dia dan ayah dia. akak aku tak sihat tapi degil nak balik jugak...

GEnap 10 hari... kiranye hari yg kesebelas lah.... akak aku tu pun same mengikut jejak makcik aku..... waktu ni kitaorg dh ada kat pahang.... dalam lebih kurang masa yg same dgn makcik aku... dekat pukul 1 pagi hari ni (20/9/10) akak aku meningal dunia. pada ari sabtu tu lagi kitaorg dh pujuk dia suh g hospital tapi dia tak nk... tengahari ahad tu ambulan datang ambik kat rumah. ok mase ptg tu aku kena hantar ank sedara aku ni balik kolej dia.. tapi tak tahu kenapa aku rase malas sgt nk hantar dia... aku hantar dlm keadaan terpaksa je rase.... selepas dpt berita ni mlm tu ank sedara aku ni tak lepas nk balik sebab pensyarah kt situ wat hal... geram tul aku.. macam lah kitaorg nk menipu dlm hal2 kematian ni.. aku marah2 lah dlm telefon.. jujur aku cakap pansyarah tu bodoh... mase bercakap dgn aku macam budak2 je yg cakap tak macam pensyarah pun.... mase aku nk g ambik anak sedara aku ni... aku mintak tolong basrie.. pakai kereta dia sbb kereta aku abg aku pakai... dalam poket aku ade rm2 je... cam ne nk isi minyak ni??? masalah ni... itu je duit aku yg tingal... tapi basrie dgn ikhlasnye guna duit dia... aku tahu dia pun tgah sesak macam aku jugak... dia mintak kat akak dia duit tu utk wat mkn tp dh guna isi minyak pulak.... memang sahabat sejati lah... aku ade duit kang aku nak ganti tapi dia cakap tak perlu lah.... kitaorg kongsi beli air tin sbb xde dh duit yg tingal... sebenarnye aku dh bermimpi tentang kematian akak aku ni dlm bln pose ari tu lg tp aku ingat sekadar mainan tido... tp ape yg aku mimpi tu 100% same dgn keadaan hari ni...

aku harap kowang dapat sedekahkan Al-Fatihah ke atas dua roh akak dan makcik aku ni.... aku sayang sangat pada mereka... sakit dada aku tahan nangis sebab aku kena tunjuk kuat depan anak sedara aku semua..... lepas ni aku akan berusaha membantu menjaga mereka semua.... sekian wasalam..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 7 September 2010

TO ALL MY FRIENDS

Hello
To My Friends Who Are...........SINGLE
Love is like a butterfly. The more you chase it, the more it eludes you.
But if you just let it fly, it will come to you when you least expect it.
Love can make you happy but often it hurts, but love's only special when
you give it to someone who is really worth it. So take your time and choose the best.

To My Friends Who Are............NOT SO SINGLE
Love isn't about becoming somebody else's "perfect person." It's about
finding someone who helps you become the best person you can be.

To My Friends Who Are............PLAYBOY/GIRL TYPE
Never say "I love you" if you don't care. Never talk about feelings if
they aren't there. Never touch a life if you mean to break a heart. Never
look in the eye when all you do is lie. The cruelest thing a guy can do to
a girl is to let her fall in love when he doesn't intend to catch her fall
and it works both ways...

To My Friends Who Are............MARRIED
Love is not about "it's your fault", but "I'm sorry." Not "where are you",
but "I'm right here." Not "how could you", but "I understand." Not "I wish you were",
but "I'm thankful you are."

To My Friends Who Are............ENGAGED
The true measure of compatibility is not the years spent together but
how good you are for each other.

To My Friends Who Are............HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want and cut as deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive heartbreaks but to learn from them.

To My Friends Who Are............NAIVE
How to be in love: Fall but don't stumble, be consistent but not too persistent,
share and never be unfair, understand and try not to demand, and get hurt but never
keep the pain.

To My Friends Who Are............POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one you love happy with someone else but it's
more painful to know that the one you love is unhappy with you.

To My Friends Who Are............AFRAID TO CONFESS
Love hurts when you break up with someone. It hurts even more when someone breaks
up with you. But love hurts the most when the person you love has no idea how you feel.

To My Friends Who Are............STILL HOLDING ON
A sad thing about life is when you meet someone and fall in love, only to find out in
the end that it was never meant to be and that you have wasted years on someone
who wasn't worth it. If he isn't worth it now he's not going to be worth it a year
or 10 years from now. Let go.....

TO ALL MY FRIENDS.......
My wish for you who is a man/women whose love is honest, strong, mature,
never-changing, uplifting, protective, encouraging, rewarding and unselfish.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 30 Ogos 2010

APA PUNCA ANAK DERHAKA?

Sabda nabi saw, "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran).
" Di mana yang nak dipukul tu? tapak kakinya.....bukan muka, punggung, telinga dan  ditempat-tempat yang sensitif.... itu salah...."Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka.
"Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok."Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.
Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup,". Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka".. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka?
Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun.Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? "Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita."



HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. "Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu. Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa".
"Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. "Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua."

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
"Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga?"
"Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung," jelasnya.
Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah , kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar."Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak dan ayahnya.
"Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail, suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada di rumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya.
"Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya. "Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan.
"Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik  hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain."
Bukan saya nak bawa kisah ni untuk mudah orang nak bercerai tidak,
tapi pakat elok-elok.... sekian wallahua'lam.... sehingga berjumpa
lagi....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 24 Ogos 2010

Cintai Aku Sepenuh Hati

Di dalam hatimu
Telah aku temukan
Arti kebahagian

Bersama dirimu
Aku merasa berarti

Sanggupkah dirimu
Untuk bertahan
Hingga waktu tak berjalan

Mencintaiku
Walau bintangku tak terang

Reff:
Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini

Betapa hidupku takkan pernah sama
Bila kau tinggalkan ku
Tetaplah disini saling memiliki
Selama-lamanya

Back to Reff
Tiada arti semua bila kau pergi

Genggamlah tangganku dan peluklah diriku
Saatku jatuh nanti menangis sepi

Cintailah aku sepenuh hati
Sesungguhnya aku
Tak ingin kau pergi
Cintailah aku sepenuh hati
Tak ingin kau pergi
Takkan mampu ku hadapi dunia ini
Tiada arti semua bila kau pergi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 20 Ogos 2010

sory be hapy (^_^)

Didalam sebuah hospital yg terletak didalam sebuah negeri yg jauh dari negara arab hehehehehe

NURSE= darah awk kotor ni....

MR>X= so?

NURSE= darah awk di jangkiti kuman ni

MR>X= so

NURSE= awk boleh mati tau

MR>X= so

NURSE= awk tak boleh hidup lama tau

MR>X= so

NURSE= eehhh budak ni, serius ni dia duk main2 lak, ape yg duk "so" ni?? awk fhm x ape yg sy cakap ni??

MR>X= so

NURSE= sory lah lupe nk bg peringatan suh pakai gluf (sarung tgn getah), dh awk terkena darah kotor dan berjangkit....

MR>X= sory be happy =) sory sbb x dpt nk membantu org dh,sbb x leh idup lame. sory klau ade yg terasa mase bergurau senda, sory selalu wat nurse mrh dan sory sbb x dpt gembirakan hidup org dh

NURSE= jd awk x kisah ke dgn ape yg berlaku ni =((

MR>X= tak pun, thanks sbb mewarnai hidup sy yg singkat ini =)


Semua orang akan mati jangan bersedih pada yg pergi dan jangan bersedih pada yg hampir pergi. cerialah hidup anda walaupun anda tahu anda sudah tak lama di bumi ini. Pada yg menanti hari tu jangan duduk saja pergilah penuhkan hidup anda yg makin singkat tu dengan aktiviti yg membahagiakan diri anda. tak lupa juga aktiviti untuk amalan yg akan di bawa bersama kelak.
sekian..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 18 Ogos 2010

Sujud legakan sistem pernafasan

MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud.

Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia,

malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.
>
>Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud

spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya.
>
>Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka

 menggalakkan kita bersujud lebih lama. Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan

 mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:
>
>* membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
>
>* membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
>
>* melegakan sakit hernia. (burut)
>
>* mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
>
>* melegakan paru-paru daripada ketegangan.
>
>* mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
>
>* kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
>
>* meringankan bahagian pelvis.
>
>* memberi dorongan supaya mudah tidur.
>
>* menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.
>
>* pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik,
>secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.
>
>* bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi

 dan terhindar daripada sakit buah dada.
>
>* mengurangkan kegemukan.
>
>* pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar

 daripada sakit gelombang perut (convulsions).
>
>* organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
>
>* mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar

penyakit salur darah dan sebagainya.
>
>Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis

sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.
>
>Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan

pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan
>mentaliti seseorang.
>
>Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci

otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.
>
>Tujuh kalimat
>-------------------
>
>Sabda Rasulullah S.A.W
>
>" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang
>mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya
>walau sebanyak busa/buih laut "
>
>1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
>
>2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
>
>3. Mengucap Astagfirullah jika lidah terselit perkataan yang tidak patut.
>
>4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di
>hari esok.
>
>5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi
>sesuatu tak disukai dan tak diingini.
>
>6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi
>dan menerima musibah.
>
>7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari

 tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 12 Ogos 2010

kelebihan surah Al-ikhlas

> "Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismillahirrahmannirrahim"
>
> Tafsirannya:
> Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang
Maha
> Pemurah lagi Maha Mengasihani.
>
> Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana
dengan
> bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh
kita
> dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing
> kepanasan.Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian
bacalah
> surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad.
Lamyalid
walam
> yu-lad. walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali. Masuklah
rumah
> dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada
anggota
> rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana
malaikat
rumah
> akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib)
yang
> diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan
kubur.
> Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan
sukar
> menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,
amalan
> daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam
> malaikat itu.
>
> Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
> Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia
meninggal
> dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat
dia
dari
> kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka
> melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian
> diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby). Rasulullah SAW pernah
bertanya
> sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara kamu yang dapat
khatam
> Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya
yang
> menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya
mustahil
untuk
> mengatam Qur'an dalam begitu cepat. Kemudiannya Saiyyidina Ali
mengangkat
> tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa
Saiyidina
> Ali (yang sedang kecil pada waktu itu)tidak tahu apa yang
dikatakannya
itu.
> Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah
SAW
> menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah
> Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab
Al-Quran.
Lalu
> dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran
kerana
> ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
>
> Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
> Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy
> di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi
ialah
> 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang
sahara
> sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari
timur
> hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000
malaikat
yang
> mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai
membaca
> surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya
pahala
> dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah
Al-Ikhlas
> baik ianya lelaki mahupun perempuan.
>
> Sabda Rasulullah SAW lagi:
> Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu
itu
> tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis
di
sayap
> malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap 
malaikat
> Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap
malaikat
> Israfil a.s.
>
> Nota:
> Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat,
sampaikanlah
ilmu
> ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW
'Sampaikanlah
> pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang
anak
> Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
> 1) Sedekah/amal jariahnya
> 2) Doa anak-anaknya yang soleh
> 3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
>
> ~Wallahualam
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

GEGARAN KIAMAT

Bicara Agama Gegaran dahsyat hari kiamat
``Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya.
Serta
bumi itu mengeluarkan segala isinya.'' (Al-Zalzalah: 1 dan 2)

Huraian
Hidup manusia di muka bumi ini hanyalah bersifat sementara kerana
kehidupan
di akhirat sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Walau bagaimanapun,
sebahagian manusia tidak sedar bahawa hidup mereka cuma sementara, lalu
mengejar kehidupan dunia umpama mereka akan hidup selamanya. Pada hal
hari
Kiamat akan tiba pada bila-bila masa dan manusia tidak tahu waktu dan
ketikanya. Sungguh luar biasa sekali kejadian hari itu, iaitu hari di
mana
Allah menepati janji-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Tiada yang dapat
memberi pertolongan dan tiada tempat untuk mereka bersembunyi. Pada
waktu
itu, bumi akan digegarkan dengan gegaran yang amat dahsyat sehingga
terbongkar segala isi bumi yang terpendam selama ini. Langit akan
terbelah
dan gunung akan musnah berhamburan akibat hentaman yang mengerikan itu.
Semua planet di setiap galaksi akan berlaga sesama sendiri
mengakibatkan
alam maya ini hancur sama sekali.

Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah al-Waqi`ah ayat 4-6 yang
bermaksud: ``(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan
sesungguh-sungguh
goncangan. Dan gunung ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya.
Lalu
menjadilah ia debu yang bertebaran.''

Begitulah Allah telah membukakan sedikit tabir rahsia-Nya kepada kita
mengenai Hari Perjanjian yang sudah pasti menjadi peringatan kepada
mereka
yang berfikir dan benar-benar berharap keredhaan daripada-Nya.

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati jua. Begitu juga dengan hayat
alam
akan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran.

Kesimpulan

Hari kiamat pasti akan tiba, cuma kita tidak mengetahui bila masanya.
Alam
maya ini akan hancur dengan kemusnahan yang amat dahsyat dan tidak
dapat
digambarkan oleh pancaindera. Setelah itu bermulalah alam baru, iaitu
alam
akhirat yang kekal abadi. Kita sebagai manusia perlu sedar bahawa kita
adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya jua. Dengan itu
bersedialah
menghadapinya dengan amalan-amalan soleh agar mendapat kejayaan hidup
di
dunia mahupun di akhirat.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!