Ahad, 20 Mac 2011

Tangisan Permata

Jika seorang wanita menangis di hadapanmu,  
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.  
Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,  
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.  
Jika kamu membiarkannya pergi,  
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu. 
Selamanya….  
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,  
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.  
Dia menjadi lemah.  
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah,  
Hanya jika dia sangat menyayangimu,  
Dia akan menurunkan rasa egonya.  
Lelaki, jika seorang wanita pernah menangis keranamu, 
Tolong pegang tangannya dengan pengertian.  
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.  
Lelaki, jika seorang wanita menangis keranamu.  
Tolong jangan mensia-siakannya.  
Mungkin kerana keputusanmu, kau merosak kehidupannya.  
Saat dia menangis di depanmu,  
Saat dia menangis keranamu,  
Lihatlah matanya….  
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?  
Fikirkan….  
Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,  
Di depanmu dan keranamu……  
Dia menangis bukan kerana dia lemah  
Dia menangis bukan kerana dia menginginkan simpati atau rasa kasihan  
Dia menangis,  
Kerana menangis dengan diam-diam tidaklah memungkinkan lagi.  
Lelaki  
Fikirkanlah tentang hal itu  
Jika seorang wanita menangisi hatinya untukmu,  
Dan semuanya kerana dirimu.  
Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah  
Hanya kau yang tahu jawapannya….  
Pertimbangkanlah  
Kerana suatu hari nanti  
Mungkin akan terlambat untuk menyesal, 
Mungkin akan terlambat untuk mengatakan ‘MAAF’!!






P/S= Pernah korang tengok lelaki menangis?? Mungkin tidak di depan mu kerana dia ingin menunjukan ketabahannya..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 19 Mac 2011

The Italian Man Who went to Malta.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ANAK MURID USTAZ

Dalam Kelas... mata pelajaran pendidikan islam hampir tamat... sebelum keluar... Ustaz pun menberitahu kepada murid2... 

USTAZ: minggu depan kita akan belajar tajuk baru...jadi ustaz nak kamu balik rumah nanti... baca ayat 287 surah Al-Baqarah ... sebab ayat ni ada kena mengena dengan tajuk baru kita nanti.. 
MURID2 : Orait ustaz! 
Mingu depannya... Mata pelajaran pendidikan Islam.. 
USTAZ: Minggu lepas Ustaz Suruh kamu baca Ayat 287 Surah Al-Baqarah kan? saper yang dah baca ayat tu kat rumah? 
Ramai Murid2 yang mengangkat tangan..ustaz pun tersenyum... lalu berkata... 
USTAZ : Saya tak percaya lah... 
MURID2 : Betul ustaz...kami baca.. 
USTAZ : cuba kamu bukak Al-Quran..Surah AL-Baqarah ada 286 ayat jer... mana ada ayat 287.. harini kita akan belajar tajuk baru... dosa-dosa menipu ... 
MURID2 : alamak... kantoi kita..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Wanita

BAGAIKAN REMBULAN 
MENERANGI MALAM
KERDIPAN BINTANG 
TURUT BERSAMA 
SEORANG WANITA,
YG ADA PADANYA 
KEUNGGULAN HATI KURNIAAN YG ESA
KELEMBUTAN DARI WAJAH YG SEPI 
SEINDAH SEDINGIN AIR DI KALI 
JASAMU TIADA TERBANDING 
HANYA MENGHARAP,KEREDAANNYA
CINTAMU HIASAN RUMAH IMPIAN 
KASIHMU SESUCI NAN ABADI
KEMEWAHAN DUNIA TIADA DI INGIN 
MEYAKINI SURGA JANJINYA ILAHI 
CINTAMU HANYA PADA YG SATU 
KASIHMU MURNI DISULAMI RINDU
HANYA PADANYA 
TEMPATMU MENGADU
HARAPKAN KASIH KEKAL DALAM RESTU....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 18 Mac 2011

Life in the something

Mesteri mimpi syakila...... siapakah syakila??? aku pun tak tahu hahahaha tiada kena mengena sangkut pahut pun dengan aku. Sebenarnya aku sering dilanda mimpi yg agak mengelirukan kepala aku ni sejak dua tiga menjak, saban pagi yg sejuk diselaputi oleh embun hukhuk aku terjaga dari tido lena ku. Dalam pukul 4 sehinga 5 pagi setiap hari aku akan terjaga dari tido selepas mengalami mimpi mesteri tu dan aku akan susah untuk sambung tido kembali. Adakala mimpi ngeri yg aku tak faham kengerikannya hahaha dan oleh kerna aku dah tukar telefon baru dan nombor2 korang pun turut lenyap bergitu sahaja, tak tahu lah aku nak kaco sape pagi2 bute ni hukhuk. Lebih menghairankan aku ialah semasa mimpi tu aku akan sedar bila waktu mimpi itu akan terpadam (sebab aku dah nak terjaga dari tido) dan aku akan memesan sesuatu atau aku akan suruh orang dalam mimpi tu memberi tahu aku apa2 yg penting sebab aku dah nak terjaga dari tido.... haaaa pelik kan.... aku boleh tahu yg aku sedang bermimpi dan bila masa mimpi itu akan abis dan kadang2 aku akan sambung kembali mimpi tu (selepas aku berjaya memaksa diri untuk tido kembali selepas terjaga tu). Apa2 pun mimpi sekadar mainan tido tetapi kadang2 dengan mimpi lah seseorang itu ingin menyampaikan sesuatu pada kita...... mungkin orang itu sudah tiada di dunia ini. Semasa aku bermimpi aku rasakan yg roh aku keluar dari jasad.


Wokey kembali pada dunia realiti huhuhu TAHU kah korang kalau blog korang tu terlampau banyak menda (hiasan) atau latar belakang korang yg terlalu padat akan membuatkan orang lain susah atau terpaksa menungu agak lama untuk menjelajah blog korang tu. Biasa lah orang duk hias blog masing untuk bagi caannttikkk, buh itu ini tah apa2 tah hehehe jangan marah ek. Ini kenyataan... ok aku suka membeli atau mengusya barang2 dalam talian internet ni... ada lah blog tu menjual barang oleh kerana tuan punya blog buh macam2 menda untuk mencaannntiikk kan blog dia tu membuatkan aku agak lama terpaksa menungu untuk melihat barang2 yg dijual kat situ dan bila dah kena menungu ni aku mula lah bosan. Bila dah bosan aku pun kuar lah dari blog tu dan tak jadilah aku nak membeli kat situ.... tak faham aku... kau nak jual barang ke nak masuk pertandingan blog tercantik ni???? Korang pun tak payah lah nak cute kan blog korang tu.... orang nak baca apa yg ditulis oleh korang je bukan nak tengok kecutetan blog korang tu deeerrrrrrrr.
Aku ada folow satu blog ni... blog ni agak mistik sikit dan korang tak suka punya baca blog yg macam ni betul tak??? korang lebih suka baca gosib2 artis atau pasal dunia hiburan je. Apa yg agak menarik pasal blog ni... tahun lepas aku ada baca lah apa yg ditulis kat blog tu yg mengatakan pada tahun ini akan berlakunya bencana alam.... dan... mungkin sekadar kebetulan yg korang sedia maklum negara Jepun dilanda bencana alam yg besar..... huuurrrmmmmmm mengikut penulis blog tu lagi pada tahun depan 2012 akan berlakunya bencana alam lagi dan besar lagi dari yg sedang dihadapi oleh Jepun sekarang. Negara jepun akan menjadi buih2 dan sebahagian negara indonesia akan tengelam bersama negara2 jiran.... negara2 yg terselamat akan dilitupi oleh debu2 gunung berapi..... Aku tak faham apa yg dimaksudkan dengan buih2 tu... Ini sekadar ramalan yg dibuat oleh penulis blog itu yg disampaikan oleh orang2 tertentu kepada berliau.... korang tak perlu panik tapi sedarkan lah diri tu hehehe pada2 yg masih alpa yg kita ni dah akhir zaman.




P/S= aku boleh terima pendapat orang lain hehehehe tetapi kadang2 tu orang tu sendiri tak menyokong pendapat dia.. pelik kan hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 17 Mac 2011

Dikir Barat 2

Wokey ini lagu dikir yg aku wat dan ade kat youtube aku... oleh kerna tenet aku semakin hari semakin lembab tak tahu kenapa mungkin taktik celcom untuk membuatkan aku membeli pelan yg dibuat oleh syarikat tersebut.... jangan harap lah aku nak membazir duit hahaha sebab aku tahu berapa bapak punya pelan pun yg mahal2 tu same je kang... lembab serupa tu juga...
Susah aku untuk menguploudkan video dikir yg lain.... jadi untuk masa sekarang ini korang layan yg ni dulu.. nanti2 aku terasa rajin aku buat video yg lain pula ok hukhuk




P/S= Aku semakin malas untuk mengonlinekan diri hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PANTUN ULTRAMAN

Pulau Hokkaido jauh ketengah 
Gunung Fuji bercabang tiga 
Hancur Raksaser dikandung tanah 
Ultraman yg baik dikenang jua. 

Dua tiga Raksaser berlari 
Maner nak samer Raksaser Kero 
Dua tiga Ultraman boleh kucari 
Maner nak samer Ultraman Taro. 

Kalau roboh Kota Narita 
Papan di Tokyo Ultraman dirikan 
Kalau sungguh itu keje Raksasa 
Badan dan kepaler dier Ultraman 'fire'kan. 

Kajang Ultraman kajang berlipat 
Kajang Raksaser mengkuang layu 
Kalau Ultraman Ace tak cukup kuat 
Ultraman Neos datang membantu. 

Buai laju-laju 
Sampai Pokok Sena 
Apa dalam baju? 
Lampu Ultraman nyaler. 

Mengata dulang paku serpih 
Mengata Raksaser Ultraman pulak yang lebih-lebih. 

Sudah gaharu cendana pula 
Sudahlah kalah di'fire' pula. 

Orang berbudi kiter berbahaser 
'Fire' diberi pada raksaser. ehemm... camne rasa membazir tak masa?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 16 Mac 2011

Jarum oh Jarum

Aminah adalah sorang budak pompuan yang malas dan tak pernah tumpukan perhatian. 1 hari kat kelas agama,dia tido je cam biasa. Ustazah pun tanya soalan "Sape orang yang patut kita hormati dan sayangi?". Takde sape jawab. Ada la sorang budak laki kat belakang Aminah tu jahat sikit. Dia pun cocok bontot Aminah dengan jarum,Aminah pun menjerit "MAK!!" Ustazah pun puji Aminah sebab bagi jawapan yang betol.
Aminah sambung tido balik. Ustazah tanya lagi soalan. "Sape pencipta alam dan segalanya?" Budak tu cocok lagi ngan jarum,Aminah pun menjerit "YA ALLAH!!" Sekali lagi ustazah puji dia sebab bagi jawapan yang betol. Aminah sambung tido balik. Pastu ustazah pun tanya lagi soalan. "Apa yang patut sorang isteri ucapkan pada suami setiap kali sebelum tidur?" Budak tu cocok lagi. Tapi kali ni Aminah bengang dan dia kata "Ko cocok bontot aku pakai benda tu lagi siap ko!!" Ustazah tu terus pengsan.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KAWAN 2

Kawan
Apa erti kawan ? 
Jika tidak suka menolong . 
Apa erti kawan ? 
Jika asyik bermasam muka . 
Apa erti kawan ? 
Jika kejujurannya dipertikaikan . 
Apa erti kawan ? 
Jika tiada rasa sayang . 
Apa erti kawan ? 
Jika tiada belas kasihan . 
Apa erti kawan ? 
Jika kebaikan tidak dinilai . 
Apa erti kawan ? 
Jika diri tiada teman .... 
Kawan yang mulia , 
Kawan yang sebenar, 
Kawan yang abadi.. 
ILMU ialah kawan yang sejati !
Di manakah letaknya kejujuran,
Apakah sebenarnya erti pengorbanan, 
Antara kuasa, cinta, nafsu dan keinsanan.
Meskipun pelbagai kesengsaraan menimpa hidupmu walaupun kesakitan dan keperitan menjadi bebanan tabahkan hatimu harungi lautan ini demi matlamat yang kau gapaikan bumi neraka pernah kau lalui bagai mimpi ngeri bagimu bangunlah kawanku..bangun... sebagai jasad yang berdiri di bumi bertuah ini bendunglah segala gejala sosial menjadi yang hebat..walaupun tidak sehebat mahadzir agar jasadmu tergolong dalam yang dicucuri rahmat....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 12 Mac 2011

A House Is Not A House

"Ada rahsia di sebalik rahsia. Setiap rahsia menutup rahsia yg lain. Rahsia yg tidak pernah selamat..."

Sejak kebelakangan ini aku sering duk termenung menatap perkesekitaran dan kenindahan alam dengan tatapan yg kosong je. Melihat di sebalik jendela yg terletak pada tingkat 7 sebuah bangun (memang permandangan yg luas lah, nampak semua menda walaupun terletak agak jauh) dengan pandangan kosong tanpa sebarang keasyikan. Ceeewahh hahaha itu pun kalau cuaca yg mengizinkan lah, kalau hujan tak nampak dah laa dan aku hanya melihat titisan air hujan yg membasahi bumi.
Kadang kala terfikir nasib diri dan nasib orang lain, kebiasanya aku duk blur gitu aje hehehe perjalanan hidup yg kian singkat tetapi aku masih tersenguk-senguk dengan apa itu makna kehidupan. Adakalanya sesuatu itu di luar kawalan membuatkan aku menjadi buntu memikirkanya, berdikari adalah langkah-langkah menjadi dewasa. Adakah keseorangan juga langkah-langkah menjadi dewasa??? Aku mengerti apabila sendiri....
 Sudah lama rasanya aku tidak berpuitis pujanga huhuhuhu dengan segala corak penulisan intro yg sebergitu huhuhu aku nak bagi tahu kat korang yg aku akan berpujanga sedikit huhuhu dan korang boleh lah tengok kat 'lebel-RIEROCKMANTIK'. Lama dah rasanya aku tak post yg puitis2 ni huhuhu dan selepas ini aku akan buat secara ringkas je tak berat2... ringan2 je...huhuhu maksud aku aku buat yg korang mudah faham dengan pujanga aku nanti, aku tak gunakan bahasa yg susah2 untuk korang nak faham dengan apa yg aku nak sampaikan kelak. Kebiasanya orang akan buat menda ini mengunakan ayat2 yg berat dan bukan semua orang akan faham sebab diaorang ni buta seni hahaha, apa faedahnya kalau orang tak faham yeetak?? biar aku buat yg sempoi2 je bagi semua orang faham huhuhu sebelum tu kena ambik feel dulu hehehe layan lagu ni dulu... korang mesti tak faham kan dengan apa yg ingin disampaikan oleh lagu ini... agak berat sikit ayat puitis ni..
Sebelum tu aku nak bagi tau kat fan2 Shaun the sheep hukhukhuk maaf aku ucapkan kerana aku tak boleh nak uploud dah cerita atau episod yg lain hanya 2 episod tu je yg sempat aku uploudkan huhuhu.
Ada beberapa sebab yg membuatkan aku tak akan uploud cerita selepas ini, kalau aku uploud pun bukanlah untuk semua siri atau episod cerita tersebut kelak. Kalau korang nak layan jugak cerita kambing biri2 ni korang boleh mintak kat aku je nanti aku pindahkan dalam pendrive atau xtenal korang ek. Haaa pasal xtenal aku ada cerita sensasi huhuhu tapi mungkin akan mengaibkan orang lain... nak aku post ke tak ni?? Aaarrrmmmm nanti lah aku fikirkan huhuhu




P/S= Bila aku dowloud habis limit tapi bila aku uploud pun habis gak limit berukband aku ni.... cam bodoh je celcom ni...


MEMO= Pada sesiapa yg hate pada blog ini mahupun tuan punya blog ini, tak payah lah baca ek... sibuk2 nak baca pastu nak kata yg bukan2 pula.. tak faham aku weh.

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Salah Malam Jumaat ke?

Malam itu malam Jumaat. Kassim ingin beristirahat awal bersama isterinya, dia fikir dia akan dapat banyak ganjaran jika berbuat begini. Ganjaran paling nyata ialah hakikat dia kini sudah mempunyai lapan orang anak: empat daripada mereka masih kecil lagi. Yang bongsu masih lagi menyusu
“Malam ini kita tidur awal. Malam jumaat” kata Kasim pada Ani, isterinnya yang sedang menyusu anak bongsu mereka 
''Tak boleh bang. Sebab anak anak kita masih belum tidur, nanti saya tidur kan mereka dulu” 
” Baiklah awak uruskan mereka. Abang akan ke bilik sebelah membaca Al-quran” balas Kassim, sambil ke bilik air mengambil wudhuk, setelah mendapat kan songkok. Kitab al-quran dan meminum seteguk air sejuk Kassim bersedia untuk memulakan kerja ibadahnya? 
“BISMILLAHHIRROHMANNIRROHIM”
” Bang anak? Anak dah tidur” Terkejut Kassim mendengar suara Ani yang membawa khabar baik kepadannya dalam jangkamasa yang begitu singkat 
” SODAQALLAHULAZEEM “ 
Tu lah dahsyat nya malam Jumaat……
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 11 Mac 2011

Komputer


Ini adalah sebuah kisah benar mengenai Microsoft Helpline (bantuan > berkenaan Microsoft Word melalui telefon). Seorang pekerja di helpline ini telah diberhentikan. Walau bagaimanapun, pekerja ini telah menyaman Word Perfect atas dakwaan "Memecat Tanpa Sebab". Inilah perbualan telefon pekerja berkenaan yang menyebabkan beliau dipecat:

"Microsoft Corporation Assistance; boleh saya bantu anda?" 
"Ya, err, Saya ada masalah dengan Microsoft Word." 
"Masalah bagaimana tu encik?" 
"Saya sedang menaip, tiba-tiba semua perkataan tersebut hilang." 
"Hilang?" 
"Ya, ia hilang." 
"Hmm. Macam mana monitor anda kelihatan sekarang?" 
"Kosong, tak ada apa-apa." 
"Tak ada apa-apa?" 
"Blank, ia tak respon apa-apa bila saya menaip." 
"Adakah anda masih didalam WordPerfect, atau anda telah keluar?" 
"Macam mana saya nak tau?" 
"Bolehkah anda nampak C: prompt pada skrin anda?" 
"Apa tu si-perom?" 
"Tak apalah, boleh tak anda gerak-gerakkan mouse anda di skrin?" 
"Cursor pun tak ada: kan saya dah kata ianya tak memberi sebarang respon bila saya taip." 
"Adakah monitor anda ada power indicator?" 
"Monitor tu apa?" 
"Ianya adalah sebuah alat yang ada skrin padanya dan ianya berbentuk seperti TV." "Adakah ianya mempunyai lampu kecil yang menyala bila monitor anda dihidupkan?" 
"Saya tak tahu." 
"OK, kalau begitu cuba lihat di belakang monitor anda dan cuba cari socket dimana wayar power anda di pasangkan. Boleh nampak tak?" 
"Rasa-rasanya." 
"Bagus. Ikut wayar tersebut hingga ke plug, dan adakah ianya dipasangkan pada soket elektrik di dinding anda." 
"Yaa, terpasang." 
"Masa anda lihat di belakang monitor tadi, perasankah anda ada dua wayar terpasang di belakang monitor anda, bukannya satu?" 
"Iya ke?." 
"Sebenarnya ada dua. Sekarang saya nak anda pergi balik ke belakang monitor anda dan cari satu lagi wayar tersebut" 
"Okay, jumpa dah." 
"Cuba ikut wayar tersebut dan beritahu saya samada ianya terpasang dengan ketat di belakang computer anda."
"Alamak tak sampai laa." 
"Ok... boleh cuba jenguk-jenguk samada ianya terpasang atau tidak?" 
"Tak boleh." 
"Tak boleh juga ke jika anda cuba panjat apa-apa seperti kerusi dan tengok kat belakang tu?" 
"Oh, saya tak nampak bukannya sebab angle tak betul, tapi pasal gelap." 
"Gelap?" 
"Ya. Lampu pejabat ni terpadam dan satu-satunya sumber cahaya yang saya ada adalah dari cahaya tingkap."
"OK, kalau macam tu hidupkanlah lampu pejabat anda." 
"Tak boleh." 
"Tak boleh? Kenapa?" 
"Sebab kat pejabat saya "blackout", tak ada elektrik." 
"Blackout... tak ada elektrik? Aha, Okay, kita dah dapat penyelesaiannya sekarang. Anda masih mempunyai kotak, manual dan barang-barang pembungkusan semasa komputer ini dihantar?" 
"Ada... saya simpan kat dalam almari." 
"Bagus. pergi ambil barang-barang tersebut dan unplug komputer anda. Kemudian bungkuskan sepertimana masa ianya baru-baru sampai dulu. Hantar balik ke kedai dimana anda beli dulu." 
"Ehh? Ye ke? Macam tu sekali punya teruk ke?" 
"Iya, rasa-rasanya macam itulah." 
"Err... okey lah. Nampaknya saya kena buat macam tu lah. Tapi nak cakap apa dengan pekedai tu?"
 "Beritahu mereka anda terlalu bangang untuk memiliki sebuah komputer."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 10 Mac 2011

Dikir barat 1

Moh kita layan lagu dikir barat pulak sedas dua hehehe korang selalu je duk sokong lagu luar apa kata sekali sekala sokong lagu tempatan pula yetak... Kadang2 bila aku bosan je aku dengar lagu dikir, sebenarnya lagu yg macam ni pun sedap didengar juga. Ok lagu yg pertama ni aku tujukan pada sahabat aku tu hehehe aku gunakan gambar dia untuk membuat video ni dan semua lagu ini adalah dari laman youtube aku sendiri ngehehe

Aku nak mintak maaf lah sekiranya korang menjadi model didalam video aku hehehe tanpa kebenaran dari tuan punya gambar aku selitkan dalam video lagu dikir aku ni ekk. Korang jangan marah deh huhuhu untung2 korang leh glemer hakhakhak.
BERSAMBUNG......

P/S= ni lagu2 jiwang huhuhu nanti aku postkan lagi lagu2 lain pula
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Suami & Isteri..............................

Tahukah kau wahai suami dan bakal suami?? Laki bini ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan kita. 
TAPI.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu,dan fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya...
i)KALA kau tiada duit, bukankah magic david copperfield bila tiba2 kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah suamiku?" 
TAPI Bila kau ada duit, wah! wah! kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?
ii) Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan 
TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !
iii) Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam 
TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...
iv)Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju ni?" 
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi...
v) Tahu tak kau wahai suami, isteri tu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur peluk yang setakat pelukan sayang sahaja..bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala dan kalau nak tidur tu, selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, bini tu selagi laki dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja... 

INI YANG BEST NI ------------------------------------
Satu lagi, suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya.... 
Hargailah bini dan bakal bini korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain 

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian .. 

JumPa AnDa Di PunCak KeJaYaaN bersama KeSeJahTeRaaN! 

Pengajaran ayat: Perkahwinan itu satu perkara yang mulia, Mengapa mesti kita mengelakkannya.. Ia adalah satu fitrah bagi manusia, kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah, kerana Allah telah berjanji, perempuan yg soleh hanya utk lelaki yg soleh....Kalau kita sbg lelaki tak soleh...jgn harap dapat bini yg soleh.....Syukur apa yg telah dikurniakan. 

Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baiKKah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit...... 

Kita tak suka perigi mencari timba...
Perempuan jenis apakah itu??? 
Siti Khadijah pun perempuan mcm itu;
Hinakah dia?????? 
Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri.... Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......
Tanpa usaha , rezeki itu memang tidak ada.... Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak, ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian.... 
FIKIR-FIKIRKANLAH. .......... .... ...
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 9 Mac 2011

Linkin Park With You



woke up in a dream today
To the cold of the static and put my cold feet on the floor
Forgot all about yesterday
Remembering I'm pretending to be where I'm not anymore
A little taste of hypocrisy
And I'm left in the wake of the mistake
Slow to react
Even though you're so close to me
You're still so distant
And I can't bring you back

It's true
The way I feel
Was promised by your face
The sound of your voice
Painted on my memories
Even if you're not with me
I'm with you
You
Now I see
I'm keeping everything inside
(With You)
You
Now I see
Even when I close my eyes

I hit you and you hit me back
We fall to the floor
The rest of the day stands still
Fine line between this and that
When things go wrong I pretend that the past isn't real
Now I'm trapped in this memory
And I'm left in the wake of the mistake
Slow to react
So, even though you're close to me
You're still so distant
And I can't bring you back

It's true
The way I feel
Was promised by your face
The sound of your voice
Painted on my memories
Even if you're not with me
I'm with you
You
Now I see
I'm keeping everything inside
(With You)
You
Now I see
Even when I close my eyes
(With You)
You
Now I see
I'm keeping everything inside
(With You)
You
Now I see
Even when I close my eyes

( x2 )
No
No matter how far we've come
I can't wait to see tomorrow
No matter how far we've come I
I can't wait to see tomorrow
With you

( x2 )
You
Now I see
I'm keeping everything inside
(With You)
You
Now I see
Even when I close my eyes
(With You)


P/S= Aku memang suka semua lagu Linkin Park... ROOOCCCKKK yeeeaahhh... lagu ni cuba lah haryati ade sesuatu hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Datuk sape lagi kuat?

Tiga sekawan berusia 5 tahun bercerita tentang kehebatan datuk masing-masing. 
Eman : "Datuk aku kuat.... Kalau bertanding silat, tak pernah kalah." 
Emon : "Datuk aku lagi kuat. Dia pernah tumbangkan seekor kerbau yang tengah mengamuk." 
Eman : "Datuk kau kuat tak, Emin?" 
Emin : "Aku rasa datuk aku lagi kuat daripada datuk kau berdua. Dah 20 tahun dia tinggal dalam tanah, sampai sekarang tak keluar-keluar lagi." 
Eman dan Emon : "Ye laaa.... kuatnya datuk kau
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

PERASAAN PAKCIK JER!!!!

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya. Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu..
“Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni... “ pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya. Nak buang air besar.....? Hishhh!!! perasaan awak sahaja tu!! sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.
“Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni” rayu murid itu.Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik balas pemandu itu tersengeh-sengeh lantas menepuk-nepuk bahu murid itu. Tolonglah Pak Cik..... rayu murid itu terus. Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu.....
Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi. Eh..., awak berak ke? Busuknya...???" 
Murid itu pula dengan selamba menjawab. Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 8 Mac 2011

Playing with fire

Setelah sekian lame aku berkawan dengan dua menda yg kat atas ni huhuhu tak lame pun tak sampai lagi sebulan ngehehehe. Ok menda ni di panggil sebagai dumbel untuk korang yg tak tahu hehehe, oleh sebab aku tak mempunyai banyak masa dah untuk diri sendiri jadi aku tak boleh dah nak pergi GYM. Aku beli je lah menda ni untuk bersenam kat rumah. Aku bukan nak badan berketul-ketul pun sekadar nak mengembalikan stemina aku yg dah kian pupus hukhukhuk. Cukup mudah je aku bersenam kat rumah, tak sampai satu jam setiap kali bersenam hanya mengikut suka aku je kadang2 15minit atau 10minit je aku bersenam huhu korang pun boleh cuba jugak. Kalau korang rajin buat lag di waktu pagi dan malam sekali buat 30minit pun dah tak apa atau ikutlah beberapa minit yg korang suka. Amalkan cara hidup yg sihat hehehe.
Sekarang kekuatan aku kembali pulih weeeyyyyy dan terasa banga pada diri sendiri hehehe. Mudah je untuk aku mengangkat sesuatu yg berat melebihi 40kg hukhuk dan terasa kuat dah ni hakhak dulu boleh je aku angkat berat sampai 120kg deerrrr. Bila terasa dah 'Kuat" ni aku rasa macam nak masuk gusti lah plak hehehe ape pendapat korang??? Ok ke tak kalau aku menjoinkan diri dalam bidang gusti ni?? hahaha
Kalau dua orang ni boleh menang aku yakin yg aku pun boleh menang jugak hahaha dan motif sebenar aku duk merapu ni sebenarnya aku nak tunjukan video gusti yg paling merapu yg pernah aku tengok hahaha macam bangang 
 
Kalau The Rock dan Stone Cold tengok ni kompom nangis hahahaha apa pendapat korang pulak lepas tengok video ni?? Mesti aku pun boleh menang jugak kan kalau aku tukar keja jadi pengusti pulak waaahahahaha. Aku tahu lah yg gusti ni hanya hiburan saje tapi yg ni betul2 bangang lah punya gusti dan lame dah aku tak layan tengok gusti sebab dah tak ada serinya gusti WWF, RAW dan WWE selepas The Rock dan Stone Cold dah mula manjadi perlakon layar perak dari menjadi perlakon di atas pentas arena gusti ni.


P/S= Aku dengar yg The Rock dah kembali pada arena pengustian... betul ke?? Its uuu smeelll what the rock is cooking is hangit... hahaha kalau betul best lah kembali gusti ni
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 7 Mac 2011

Shaun the sheep 1



Haaa yg ni baru episod yg nombor 1 jadi korang layan yg ni dulu ok. Semoga terhibur hehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Shaun the sheep 2


Oleh kerna aku punya intro video tu memang sengal hahaha jadi selepas ini semua video aku tidak ada dah intro tu aku nak wat yg lain je.... gunakan gambar je senang hahaha.
Ok untuk korang merelekskan tensen korang tu tontonlah cerita ni huhuhu best lawak dan santai je. kartun dari tanah liat. Aku akan tontonkan pada blog aku ni setiap episod cerita ini dan korang kenalah rajin2 melawat blog aku untuk melihatnya. Bukan setiap hari aku akan uploudkan, mengikut kadar masa terluang aku dan sistem internet yg bagaimana hukhuk. Klau tenet tenat cam tenuk pun susah jugak huhu. Wokey selamat berhibur korang. Korang boleh cari pada lebel biri-biri untuk setiap episod kelak ok dan yg ni episod nombor 2 hehehe aku salah uploud derrr ngeheheh nanti aku uploud siri pertama plak ek


P/S= Aku suka bermain dengan tanah liat hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 6 Mac 2011

NAK MUNTAH

Ada la sebuoh bas ting tong kat negeri Pahang ni memulakan perjalanannyer pada hari tu. Buleh dikatakan ramei la jugek orang dalam bas hari tu...  Dalam pertengohan jalan ander la seorang pempuan tua naik bas te.. Kiranya pempuan ni dah masuk dalam kategori ‘Wan’ la…
Sebab tempat duduk beloh depan dah penuh belake, wan tu pun duduk la kat tempat duduk belakang. Kat kerusi panjang beloh belakang dalam bas te ader la lima orang budok-budok jaras..

Deme berlima te riuh la becerita sesame deme.. sambil-sambil tu deme ngusik juga anok-anok dara yak ander dalam bas te.. Riuh la dalam bas te dengan suara deme berlima bercerita dan mengutuk orang.. Suka kuat-kuat dalam bas, tak peduli langsung kat orang lain…

Disebabkan bas te bergegor dan terhuyung hayang, wan yang baru naik tadi pun dah mula tunjuk tanda-tanda pening lalat. Dia picit kepala dan mula ncari Minyok Cap Kapok dalam kelomping dia.

Nampok la de bebudok lima ekor ni tadi akan gelagat wan ni. Deme berlima pun mula la setat mengutuk orang tua te..

“Aii.. wan ngape? Nak uwek.. uwek.. ker??”

Kawan-kawannyer pun mengelekek suke.

“Ke wan ni mengandung??.... Hhaha…. Agok-agok berapa bulan dah wan ni?.. kesian kat aki.. haha..”

Betamboh keri lagi la bebudok belima te. Suka sangat sampei tak ketahuan. Sampei tejerungkang suka sangat.

“Kala wan rasa nak muntoh… hulur je la kepala wan kat luor tingkap bas te… haha..”

Wan ni rilek jer…. Dalam hati dia kabo “Nak kena bebudok ni, aku tengoh pening nak muntoh ni.. nyer sibuk ngutuk aku… jaga la…”

Bebudok berlima tu pun teruih la ngutuk sambil suka-suka sesame dema..

Tiba-tiba wan tu pun kabo ke bebudok te…. “Ace dekat sikit muka aokme tu pandang sini….”

“Pasei nyer wan?” tanya saloh seorang dari budok te.

“Takde la.. aku ni dari tadi dah rasa nak muntoh nyer.. pening het ni.. taknyer muntoh-muntoh…..”

“Mende kene mengena dengan kome?”

“Ye la…… Mengkala keh nengok muka aokme yak macam HAMPURAIH ni…

CEPAT LA SIKIT KELUOR MUNTOH NYER…”



Moral dari cerita ni : Lain kali jangan kurang dengan orang tua… dan jangan perasan muka aokme hensem…


P/S= Lawak bahase pahang
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 4 Mac 2011

Search Engine

http://funnylogo.info/engines/blade/Red/Brutal%20Mania.aspx

Bosan dengan search engine google atau yahoo korang??? cuba yg ni pula hehehe khas untuk ahli kumpulan Brutal de Mania (kat facebook) dan pembaca blog BRUTAL MANIA ni. Lebih pantas dan tepat carian anda nanti hehehe. Korang klik je pada link yg diberikan atau pada gambar tu.

http://funnylogo.info/engines/blade/Red/Brutal%20Mania.aspx
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Makamah

Rizal ialah seorang lelaki bertubuh kecil yang menjadi saksi suatu kes berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya,"adakah anda sudah berkahwin?". "Sudah, Tuan." jawab Rizal dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : "Sudah berapa kali, kamu ...berkahwin"

Rizal : "Sekali sahaja.",

Peguam : "Dengan siapa kamu berkahwin?",

Rizal : "Seorang perempuan, Tuan!"

Kerana panas mendengar jawapan dari Rizal, dengan marah, peguam berkata, "Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki?" ,

Rizal : "Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan."
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Komik dunia fantasi

Disini aku ingin meminta simpati pada kartunis En.Alif ni huhuhuhu diharap dapat memberi perhatian sedikit untuk aku yg tak hensem lagi mahco ni hukhukhuk. Amat mendukacitakan diri ini kerana susah weh aku nak cari buku komik berliau, mungkin sebab aku yg menetap kat temerloh ni kut yg membuatkan kesusahan itu melanda diri ini. Aku cari kat semua kedai buku tetapi hampa je yg menerjah hati ini waaahhhh gitu sekali ayat aku hakhak. Hanya satu je buku berliau yg aku dapat haaaa yg ni je sobsob
itu pun aku dapat semasa aku berkunjung kat kelantan ari tu..... aku pergi kat kedai buku yg boleh tahan lah kebesarannya terletak kat sebuah supermaket yg gah. Pelik jugak sebab ada jual satu ni jee yg lain2 tu tak ada pula. Diharap En.Alif dapat meluaskan pemasaran huhuhu atau memang komik2 berliau ni kerluaran terhad je?? Susah sungguh diri hamba ingin memiliki komik hasil nurkilan berliau. Takan pula aku kena pergi kat kuala lumpur je semata-mata nak beli komik berliau... uuusshhh duit minyak lagi, tol lagi....


Wookey.. berbalik pada tajuk diatas huuuuhaaa aku memang boleh dikatakan Hantu komik jugak. Banyak jugak lah komik yg aku ada tapi kali ini aku hanya ingin memfokuskan pada komik keluaran tempatan dan hasil seni nurkilan anak tempatan je. Aku ada jugak membaca komik2 dari negara luar tapi lebih baik aku menyokong hasil anak bangsa aku sendiri. Banyak komik2 yg best dan tip top hasil anak tempatan kalau korang tak percaya boleh lah korang cuba cari komik2 ini yg mana adalah dari koleksi aku yg bertimbun-timbun tu hehehe dulu aku akan ambil dari majalah kartun setiap keluaran dan kumpulkan dari episod pertama sampai habis setiap cerita tu sehingga menjadi koleksi buatan aku sendiri hehehe









Sebenarnya banyak lagi tapi kang tak cukup pula blog buruk aku ni nak menampung gambar2 komik dalam simpanan aku ni hehehe. Cuba korang cari komik2 ni dulu... best weh... kena pula ABE tu memang menyentuh perasan lah.. errkk tapi aku tak tahu lah sekarang ni masih boleh dapatkan lagi tak komik tu. Lama dah tu zaman aku berhingus lagi tu hehehe dan sory naik lori sebab aku ambil gambar dari blog orang (bersama selamanya) huhuhu buku tu ada kat rumah aku kat kampung. Zaman aku kecil2 dulu susah nak beli komik atau majalah kartun, yeelaahh mana aku ada duit macam budak2 sekarang... pergi sekolah sahaja mak bapak bagi duit belanja paling kurang RM5, kayo budak2 sekarang dengki aku hukhuk.
Mak aku huhuhuh bising je dari dulu sampai sekarang duk tengok komik atau majalah kartun aku yg bertimbun ni, menyemakkan mata memandang dan ruang dalam rumah. Masa aku sekolah rendah dulu mak aku bising kalau beli buku yg macam ni... memang susah lah aku nak beli huhuhu dan aku jamin yg korang pun mesti melaluinya macam aku jugak kan. Sekarang masih lagi ada yg membeli sorok2 dari pengatahuan mak, bini, tunang dan awek korang kan..kan..kan.. betul tak cakap aku ni?? Diaorang cakap membazir je tapi yg diaorang duk beli majalah gosip hiburan yg tah apa2 tu tak membazir pula.... entahlah hehehe.
Ada bermacam jenis komik, ada yg fantasi, aksi, lawak, cintan dan yg tentang kehidupan. Kalau yg cinta2 ni aku kurang berminat lah dan kena pula yg terlampau fantasinya kisah cinta tu cukup tah apa2 je. Tetapi lawak sinis huhuhu karya JOE LABU tentang masyarakat kita ni memang aku suka hehehe walaupun lawak tetapi menda tu adalah betul dan memang terjadi dalam kehidupan. Berliau ni asal dari majalah GILA-GILA (mula2 aku baca kartun dia lah) tapi sekarang kat majalah APO! pulak. Banyak lagi kartunis2 yg aku suka dan tak perlulah aku nak tulis semua nama (samaran) diarang. Korang cuba lah baca komik2 yg aku tunjukan pada gambar kat atas tu ek.


P/S= Seni aku hilang waaaaaa sobsob mungkin sebab dah lama aku nak melukis dan pegang pensil duk pegang dumbel je huhuhu. Tangan aku dah keras kot, tak menjadi dah aku melukis potret adeeehhhh =( tapi aku suruh member aku yg lukiskan pun dia tak menjadi jugak hahaha atau rupa wajah orang yg ingin dipotretkan tu memang susah untuk di lukis??? tak menjadi wajahnya....=(( lukis kartun mudah ngehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 2 Mac 2011

Akad nikah

Dalam sebuoh majlih akad nikoh di sebuoh daeroh, pengantin lelaki Admin M Romly (bukan nama sebenor), hendok dinikohkan dengan Dang Bazura (pun bukan nama sebenor jugek).
Kadi : Admin…

Pengantin Lelaki : Saya ustaz…!!

Kadi : Dengor baik-baik yer Admin…, aok jawak dengan lancor dan jangan putuih-putuih. “Aku nikahkan akan dikau dengan Dang Bazura binti Din dengan mas kahwinnya RM22.50 tunaiiii.”

Pengantin Lelaki : Aku terima nikahnya Dang Bazura binti Din dengan mas kahwinnya RM22.50 tunaiii..”

Kadi : Macamana saksi? Sah? (memandang kepada saksi pertama)

Saksi Pertama : Sah.

Kadi : Sah? (ditanya pada saksi kedua)

Saksi Kedua : Sah.

Kadi : Sah? (memandang kepada saksi ketiga)

Saksi Ketiga : Errr… lontaran suara awak tidak jelas…. Saya tak dengar apa yang awak cakap… pitching berterabur ke laut… keluar acuan terus, jiwa awak kosong… takde feel… low note tak sampai, high note awak pulak… takde kawalan… sepatutnya ditahan… kasi sustain… falseto awak lemah… improvisation R&B awak tak menjadi… buruk sangat bunyinyer… teknik ramify awak pun tak mantap… bunyi macam orang meneran jer.. satu je yang saya suka… awak ada ciri-ciri seorang Pesona Bintang! Awak boleh berjaya sekiranya melakukan banyak latihan… Apa-apa pun… tahniah untuk awak!!!....


P/S= Lawak bahase pahang
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tangisan tampa suara


KEMPEN kesedaran masyarakat sikit huhuhu
sebelum korang membaca dengan lebih lanjut cuba dengar lagu yg kat atas ni dulu sampai abis ok. Haaaa best kan lagu tu kalau tak silap aku masa aku darjah 2 kot lagu ni dibuat hehehe. Cuba korang mengharyati lirik lagu tu..... faham tak?? lagu ni menceritakan tentang kes penderaan kanak2, lagu ni boleh jadikan lagu untuk Talian Nur. Betul tak korang rasa, hari2 korang duk dengar lagu2 rancak, cinta dan sebagainya apa lah salah korang dengar lagu macam ni sekali sekala.
Sekarang manusia dah macam apa pun aku tak tahu, setiap tahun peratus kes pembuangan bayi dan penderaan sehingga mengakibatkan kematian semakin meningkat. Aku rasa semakin hari negara mencapai kemajuan dan kemodenan membuatkan manusia semakin tak menjadi manusia. Kalau aku tengok binatang liar atau yg jinak dibela oleh orang tu tak ada pula binatang tu nak bunuh anak sendiri jadi pada manusia yg membuat perkara sebergitu tu lebih teruk dan berfikiran lebih bawah dari binantang lerr betul tak??
Apa yg pasti manusia sekarang dah tak hiraukan dosa, pahala, haram, halal dah. Mungkin diaorang rasa yg diaorang tu jenis kekal abadi kot tak akan mati. Ingatlah semua sebenarnya tubuh atau jasad korang tu adalah sarung sahaja di atas dunia ni yg sebenarnya diri korang tu adalah roh. Jasad korang tu adalah hanya sebagai sarung untuk korang bersuka ria sementara je kat dunia ni. Fikir-fikirkan lah sejenak ekk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 28 Februari 2011

Awas taktik baru perompak

Mesej penting untuk semua golongan wanita yg mahu ke tempat kerja, sekolah atau ke kolej seorang diri. Jika terjumpa kanak-kanak sedang menangis di jalanan sambil menunjukkan anda alamat tempat tinggalnya dan meminta anda membawanya ke tempat tersebut tolong bawa kanak-kanak itu ke balai polis yg berhampiran. Jangan sesekali pergi ke alamat yg ditunjukan itu kerana ini taktik baru kumpulan yg ingin merompak, menculik atau merogol anda. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan anda.

ASP Suman Kumar
D9 Bukit Aman.


Aku tak pasti dengan maklumat ini betul atau salah tapi lebih baik kita berwaspada sebelum terkena kan..kan..kan..

Haaaa yg ni pun penting juga, bagi korang yg suka membeli secara online (zaman it sekarang ni) hendaklah berhati-hati supaya tidak tertipu. Sila periksa dulu dengan sapa yg korang ingin berurusan tu, jika dari syarikat tertentu tu agak boleh dipercayai 100% tapi jika dari orang persorangan tu sila berhati-hati. Kalau seseorang itu mengunakan akaun bank "WIRA HELLO" dia tu adalah pernipu dan korang jangan berurus niaga dengan dia. Aku cadangkan kalau korang ingin membeli sesuatu dari internet ni lebih baik korang berurusan secara berjumpa, bayar dan ambil barang tersebut. Aku jamin yg banyak kegiatan perniagaan secara maya ni mesti suruh kita bank in dulu kan... kalau kita dah bank in tapi barang tak dapat macam mana? errkkk kalau barang dah dapat tapi kita tak bank in (bayar) macam mana pula ek?? hahaha pandai2 korang lah. Apa2 pun kejujuran perlu ada dalam taktik perniagaan seperti ini. Kadang2 kelewatan abang posmen mengugat jugak hukhukhuk

Sms pernipuan hakhakhak korang mesti ada dapat kan. Kalau dulu pasal akademi fantasia dan powerroot sekarang pasal topup untuk ayah pulak, ish..ish.. macam2 lah sekarang ni. Ok ayah aku dah lebih 10 tahun meningal tapi tiba2 aku dapat pulak sms suruh topupkan harharhar lawak giler.. dah lah tulis pun tak betul. Yg pelik tu bukan nombor telefon aku yg terima tapi broudband aku hahahahaha. Opss lagi satu keluarga aku guna bill lah bukan prepaid nak topup2 ni, kitaorang bayar bulan punya lah jadi sila tukarkan taktik pernipuan tu biar lah logik ok waahahahahhaa.

Kadang2 kita akan dapat sms iklan, ni bukan sebuah pernipuan tapi iklan untuk kita mendaftar untuk apa2 jenis lagangan untuk handfon kita. Ada yg untuk video, mesej bergambar takpun nada dering. Korang tak rasa pelik ke?? kat mana diaorang dapat nombor kita ni?? dan aku ada jugak dapat iklan dari nombor telefon bukan dari nombor yg ada 5 angka tu je tapi nombor yg ada 10 angka. Aku kadang2 rimas jugak dengan iklan ni, korang pula macam mana? ok ini adalah perkara yg betul ingin aku kongsikan pada korang macam mana nombor kita ada pada para periklan ini. Ceritanya bergini..... jeng..jeng..jeng... dulu (masa muda2 hakhak) aku berkerja sementara dengan sebuah syarikat besar ni dan aku ditugaskan untuk mengumpul sambil menguruskan satu peraduan yg sedang berlangsung. Peraduan ni dibuat oleh syarikat tersebutlah, aku kena menguruskan peraduan ini dan membuang mana2 borang peraduan yg tak lengkap atau rosak sebelum dihantar ke ibu pejabat (kat kuala lumpur) untuk di buat cabutan. Pada suatu hari ada lah seorang manusia ni datang berjumpa dengan aku (aku kenal sebab selalu berjumpa dengan dia ni tapi sekadar tegur dan borak2 sekejap je lah) dan dia tahu aku yg menguruskan sebuah peraduan. Dia suruh atau minta aku menyalin nombor telefon yg terdapat pada borang tu (yg diisi oleh korang tu), hanya nombor telefon je alamat atau nama dia tak nak dan dia akan bayar kat aku pada sesuatu harga. Korang rasa apa tindakan aku?? haaa korang silap sebenarnya aku tak bagi pun nombor telefon tu sebab aku sendiri pun tak suka bila orang suka2 hati bagi nombor telefon aku kat orang. Bukan hak aku untuk bagi nambor telefon korang kat dia. Dan mungkin dari borang yg kita isi atau peraduan yg kita sertai, para periklan ini mendapat nombor kita. 

P/S= terima kasih pada abe Rio Rashid hehehe kalau korang perasan post sebelum ini di padam oleh sebab aku sudah dapat sesuatu yg benar oleh bantuan abe Rio yg kacak, hensem gagah perkasa, awet muda tu (bodek ada makna hahahaha). Sebab tu aku suka bila sahabat2 menegur bila terdapat kesilapan =))  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

kredit card

My Aunt died this past December. Citibank billed her for January and February for their monthly service charge on her credit card, and then added late fees and interest on the monthly charge..., the balance had been $0.00... Now it was somewhere around $60.00, I placed the following phone call to CitiBank:

Me: 'I am calling to tell you... that she died in January.'

CitiBank: 'The account was never closed and the late fees and charges still apply.'

Me: 'Maybe, you should turn it over to collections'

CitiBank: 'Since it is 2 months past due, it already has been.'

Me: 'So, what will they do when they find out she is dead?'

CitiBank: 'Either report her account to the frauds division, or report her to the credit bureau maybe both!'

Me: 'Do you think God will be mad at her?'

CitiBank:'... excuse me... ?'

Me: 'Did you just get what I was telling you... the part about her being dead?'

CitiBank: 'Sir, you'll have to speak to my supervisor!' (Supervisor gets on the phone)

Me: 'I'm calling to tell you, she died in January.'

CitiBank: 'The account was never closed and the late fees and charges still apply.'

Me: 'You mean you want to collect from her estate?'

CitiBank: '.....(stammer)' '....Are you her lawyer?'

Me: 'No, I'm her great nephew.' (Lawyer info given... )

CitiBank: 'Could you fax us a certificate of death?'

Me: 'Sure.'

(Fax number is given)

(After they get the fax.)



CitiBank: 'Our system just isn't setup for death'

Me: 'Oh... '

CitiBank: 'I don't know what more I can do to help..'

Me: 'Well... if you figure it out, great! If not, you could just keep billing her... I suppose... Don't really think she will care....'

CitiBank: 'Well... the late fees and charges do still apply.'

Me: 'Would you like her new billing address?'

CitiBank: 'That might help.'

Me: 'Nilai Memorial Park Cemetery ( North South Highway and plot number given.)

CitiBank: 'Sir, that's a cemetery!'

Me: 'What do you do with dead people on your planet?'

Jadi nak nasihatkan korang agar berhentikan credit card korang dulu sebelum mati hikhikhik kalau tak tanggung la hutang tu..

Jangan lupa plak jumpa dengan keluarga dah bersalaman mintak maaf dulu sebelum erkkk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 27 Februari 2011

Al kisah hujan di malam hari

Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

P...emuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!