Khamis, 10 Disember 2009

Bila aku mula berkata-kata....

Tak tahu la apa nak jadi dengan bangsa kita ni, semakin hari dunia semakin maju tapi bangsa kita semakin mundur......
kenapa aku berkata bergini??? sebab dari pemerhatian aku semakin banyak orang mula mempercayai benda-benda yg kalau kita fikirkan secara logiknya memang karut mahrut belaka..
bak kata kawan aku "orang kita sudah kembali seperti orang dulu-dulu'' (orang zaman 50an, 60an dulu) kawan aku ni ada berlajar sedikit tentang ilmu-ilmu kebatinan ni, jadi dia ada la menceritakan sedikit sebanyak kejadian sihir menyihir yg berlaku sekarang ni....
ok bukan nak bercerita tentang ilmu kebatinan ni..., aku nak cerita tentang apa yg berlaku pada negara kita Malaysia sekarang ni....
hari ni aku buka laman tagged aku.... tiba-tiba aku terlihat pada bahagian buletin,,, seperti biasa lah ada e-mail berantai....(bukan rantai besi tu tau)... biasanya aku buat tak tahu je tapi hari ni lain je buletin ni yg di postkan oleh seorang gadis melayu ;


Ada seorang budak kecil yang tinggal di sebuah rumah usang.Yang tidak mempunyai ibubapa atau pun salah seorang ahli keluarga...pada suatu hari,budak tersebut telah terjumpa sebuah laptop yang masih elok untuk di guna....budak tersebut mengambil laptop tersebut dan masuk kedalam rumahnya semula.dia mendapati bahawa ada email yang masih belum dibaca oleh tuan laptop itu...budak itu tidak menghiraukan messege tersebut mala dibuang...budak itu pun 'SIGN UP' dirinya ke dalam "YAHOO" tersebut....beberapa hari kemudian,budak tersebut pun membuka emailnya...dia telah mendapati bahawa ada email yang sama seperti yang tuan laptop itu...dia juga tidak mengendahkan messege tersebut malah dibuang juga...keesokkan hari...dia telah didapati mati dalam keadaan yang sangat teruk...polis yang mengsiasat kes itu telah mendapati bahawa budak itu telah pun memiliki sebuah laptop...polis tersebut pun telah tahu apa kejadian sebenarnya...isterinya juga mati akibat kejadian membuang messenge tanpa mengfowardkan ke kawan-kawannya...budak tersebut telah di tikam oleh benda yang sangat tajam tetapi bukan pisau....ini adalah kisah benar...
 Fowardkan messege ini kepada 20 orang kawan...Jika tidak...malam ini juga saya akan menemani kamu dan membuat perkara yang sepatutnya...saya akan mengopek-gopek kulit kamu jika tidak mengfowarkan messege ini....
WARNING!!!Ini bukan messege yang dimain-mainkan....semua hantu ini adalah benar....ia akan menjelma malam in jika anda tidak melakukan tugas ini...

Fowardkan balik messege ini kepada saya walaupun saya yang menghantar messege ini kepada anda...
INI ADALAH UNTUK KESELAMATAN... saya pun telah dipaksa!!

hahahahahahaha tergelak besar aku lepas membaca ni.... timbulah persoalan di minda aku ni....... adakah hantu ini dulunya semasa hidup adalah seorang perlajar I.T ????? hahahahahahaha
hantu sekarang pun dah pandai main tenet ni yek......
mungkin ada di kalangan anda yg tertanya adakah aku ni tak merpercayai kewujudan hantu ni.......
ok di sini aku ingin membuat perngakuan bahawa aku pernah terjumpa dengan hantu, bermacam-macam dah spesis hantu yg aku jumpa dan aku percaya dengan kewujudan mahluk halus ni tapi bila aku dengar je orang bercerita tentang ni dengan selamba aku berkata "karut je lah".
apa yg di postkan oleh gadis tu memang karut sangat, banyak sangat tonton cerita THE RING la tu....

aku pun hairan kenapa sekarang ni banyak cerita-cerita berunsur mistik di siarkan di tv, mungkin ini yg menyebabkan rakyat kita ni mudah terpengaruh dengan semua ini. kita sekarang ini berada di zaman sains dan teknologi tapi kita masih di takuk yg lama, ini la yg membuatkan bangsa kita di pandang rendah dan di perbodohkan oleh rakyat asing...
anda pernah dengar lagu yg di nyanyikan oleh kempulan FTG tak?? lagu yg bertajuk ''MALAYSIA MAJU"
cubalah anda menghayati lagu tersebut dan fikir-fikirkan lah.... 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 9 Disember 2009

KASIH IBU

Ku menuju ke satu destinasi
Yang penuh dengan keikhlasan
Dan kesucian yg tiada bandingan
Ke sesuatu tempat yg tak berhujung
Tampa berasa ragu-ragu dan tidak
Mungkin akan di kecewakan
Aku menyahut pangilan kasih ibu
Seorang insan yg tiada penganti
Seorang insan yg sangat aku kasihi
Seorang insan yg menyangi aku
Aku berharap sangat supaya biar aku
Yang pergi dahulu serbelum ibu
Kerana jika ibu yg pergi dahulu
Pada siapa lagi boleh aku berkasih sayang
Bermanja dan bergurau senda
Aku memohon pada MU ILLAHI supaya
Ibu ku sihat sentiasa....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 8 Disember 2009

BENGKEL OH BENGKEL (workshop)


Negara kita ini sudah banyak kenderaan yg berada di jalan raya, kereta, lori, motosikal dan bermacam-macam lagilah moto (kecuali moto bot, yg ini kat sungai dan laut je hehehe). bermacam-macam ragam pemandu yg kita boleh lihat, ada yg kurang ajar ada jugak yg tak reti nak ajar..
aku tahu kebanyakan anda mempunyai kenderaan masing-masing kan.... tak kira lah yg mewah atau murah yg penting boleh bergerak dengan lancarnya.
dan bagai manakah cara permanduan anda? adakah membahayakan nyawa sendiri atau nyawa orang lain?
kenderaan kita ini ada masa akan mengalami kerosakan dalaman atau luaran kerana kemalangan atau kerosakan enjin... jadi apabila ini berlaku anda pasti akan menghantar kenderaan anda di bengkel yg berdekatan dengan anda kan....
disini aku nak memberi tips-tips yg berguna untuk anda supaya tidak terasa tertipu oleh tokey bengkel.....
(ah choy, ah chai, ah sheeng, ah waa, hisyam dan byk lg... aku mintak maaf laaa, aku wat ni pun untuk mengikut seruan KPDN... pilihan penguna=) aku tau yg korang mesti hangin punya... wa mintak soli berlori=lori laa)

ni tips bila ingin membaik pulih enjin kenderaan anda... layan sedas..:
1= pastikan kereta anda rosak bukan kerana kehabisan minyak
2= lebih elok pergi bengkel yg mana tokeynya cina (ini nanti aku terangkan kenapa)
3= beli barang-barang yg rosak itu sendiri (yg ni pun nanti aku tarangkan jugak)
4= tanya pada makenik itu apa yg menyebabkan kerosakan supaya anda tak terpaksa membayar utk barang yg tak rosak (tektik meniaga)
5= anda buat-buat yg anda tahu segala kerosakan yg di alami walaupun anda sendiri tak boleh nak membezakan mana 1 tayar mana 1 enjin
6= lebih elok anda pergi bengkel kawan anda.... kalau anda mempunyai kawan yg mengusahankan workshop... ini lebih selamat
7= lihat apa yg mekanik lakukan pada kereta anda jangan sesekali meninggal kereta anda bergitu sahaja
8= jangan cuba mengejas anak dara tokey bengkel walaupun cun leleh beb.... anda akan di kenakan cas tambahan hahahaha padan muka!
9= selepas siap di baiki anda di galakan test dulu kereta anda, jauh sikit bergerak jangan setakat meronda depan bengkel je...
10= selepas berpuas hati dan tawar menawar harga... baru anda bayar ok..

ok ni tips untuk kereta yg perlu di ketuk bodynya;
1= sekiranya ada bahagian yg tidak boleh di ketuk lagi (terlalu teruk), anda pergi lah beli bahagian tersebut di kedai potong.... murah sikit
2= jangan hantar kereta anda terus pada kedai cat untuk menguruskan segalanya.... memang kdai cat pun boleh membuat kerja ketuk ni tapi anda akan di cas lebih mahal.... biar banyak kerja yg penting save bajet
3= 80% kesan calar pada kereta anda adalah hanya cat bukan calar betul pun, ambik folish (polyish) bukan abg polis yg duk kat balai tu ok..... folish ni kena yg jenis cecair ok.. sental pada bahagian yg nampak bercalar tu..... sental kuat-kuat sikit
4= ada satu jenis cat yg boleh di buat tampalan pada bahagian kereta yg betul-betul tercalar, ada di jual di kedai eksesori... jangan hantar cat kat kedai..... leh save bajet ni


wokey, meh aku terangkan kenapa aku kata jangan hantar pada bengkel yg tokeynya orang melayu....
menurut kajian aku bengkel ini mengenakan cas bayaran yg lebih mahal dari bengkel yg tokeynya cina dan lebih baik anda membeli sendiri barang-barang yg perlu di tukarkan pada kereta anda ini kerana anda boleh minta harga murah pada kedai sperpat.... dan anda hanya perlu bayar upah pasang sahaja pada bengkel..... save banyak tuuu

KHAS utk adik aku Zura cute dan Seri yg tak berapa nk cute tu hahahahaha, jangan marah nanti kena jual....=)

lepas ni kompom aku akan diban oleh tokey2 bengkel....... poster wanted aku akan terpanpang di dinding2 bengkel seluruh malaysia......Haram pelik dik aku muuhahahahahaha
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

AKU ADALAH AKU

Diriku dan Aku......
Ingin mencari erti kedewasaan
Ingin mencari makna kasih sayang
Ingin bertemu cinta sejati
Ingin memesan erti dan realiti
Ingin membuang segala sepi
Ingin melambung angan dan mimpi
Ingin menjulang rukun yang hakiki
Biar diri diinjak ke bumi
Biar derita sejuta menanti
AKU pasti....
Suatu hari nanti
Pasti aku pergi tidak akan kembali
Jadi aku ingin mencapai apa yg di hajati
Sebelum diri ini tadak bernyawa lagi




AKU.....
sering di hina sering di keji
mengapa?? tomahan di lemparkan
fitnah di taburkan mengapa??

AKU...
membuat orang ketawa membuat orang bahagia
membuat orang tersenyum ria, Tapi diriku
di kelubungi derita di penuhi duka lara

AKU....
senyum disebalik duka
ketawa didalam derita
bergembira disebalik kesedihan
Bahagia???? pernahkah.......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

KERANA KAU PEREMPUAN

Kerana Kau Perempuan
mengisi kekosongan
melengkap kehidupan
penyeri sebuah ikatan

Kerana Kau Perempuan
hati pernah diluka
disirat sembilu rasa
pedih disimbah kecewa

Kerana Kau Perempuan
iman tinggi mengawan
sabar seluas lautan
kasih tiada bandingan
malu jadi sanjungan
air mata bukan mainan

Kerana Kau Perempuan
mulai kerana ketakwaan
cantik kerana keperibadian

Kerana Kau Perempuan
aku LELAKI......







"sebaik-baik wanita adalah; yg apabila di beri sesuatu.... dia bersyukur dan bila tidak di beri apa-apa....dia bersabar; yg menyenangkan hatimu...... bila kamu melihatnya dan mentaatimu... bila kamu menyuruhnya"
maksud Hadish




Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya
Akal mengatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandainya
Hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya
Dan iman mengatakan wanita cantik atas dasar agamanya...

"WANITA ITU SENDIRI ADALAH RAHSIA"
peliharalah dirimu sebaiknya.....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 7 Disember 2009

PENGALAMAN MEMBER AKU SESAT DI HUTAN



masa makan malam, aku makan bersama kawan aku ni... dia seorang tentera..
lepas makan kita orang pun borak-borak laa, lama tak jumpa la katakan.
tengah syok borak-borak tiba-tiba sepupu aku tanya pada kawan aku ni...
" best tak makan katak "
aku pun keliru laa, bila masa lak mamat ni makan katak, kawan aku pun cerita la pengalaman dia masa jaga di sempadan malaysia dan thailand hari tu...

kawasan sempadan di penuhi dengan bukit dan gunung-ganang, hutan tebal yg tak ingat punya.... kabus pun tebal gila, team kawan aku ni ada 8 orang termasuk lah dia punya mejar..
sebab dia orang boleh sesat kerana kompas menjadi gila, memusing sahaja (mungkin mereka berada di kawasan yg mempunyai arus megnetik yg kuat) tidak tahu mana arah selatan mana arah utara... masa itu jugak lah GPS kehabisan betari...

hari pertama sesat tiada masalah lagi, berkalan makanan masih ada.. pacat besar-besar ibu jari, babi memang banyak sekali, ular pun besar-besar jugak, jenis ular yg melingkar pada dahan-dahan pokok dan akar-akar,, sekali pandang memang tak perasan sebab ular tu pun dah sebijik macam dahan pokok cuma lembut je, jadi bila kowang masuk hutan tu jaga la kepala dan kaki kalau-kalau terlangar sesuatu yg lembut... bermacam-macam lagi binatang yg tak pernah di lihat ada..

hari yg kedua berkalan makanan dah habis.... dia orang tembak burung untuk di makan, masa tidur malam kawan aku ni nampak banyak cahaya bola api dari thailand masuk ke malaysia, mungkin orang malaysia yg seru... untuk sesiapa yg tak tahu ape itu bola api yg aku katakan ini, bola api itu adalah sejenis hantu.. ada orang gelarkan balan-balan, tanglong, dan banyak lagi laa, aku gelarkan hantu lampu bulat hehehe

hari yg ketiga... nasid kurang baik sebab hujan lebat.. dia orang makan ular yg berwanar kuning belang hitam, kawan aku ni tak tahu ular jenis ape ni, potong je kepala ular tu pastu gulung-gulung timbus dengan bara api, lebih kurang 15 minit ambil dan potong lapan... makan sorang sikit... mase tido malam member kawan aku kena kacau dengan hantu, macam-macam laa berlaku... kena tarik kaki laa, kena usik telinga laa

hari yg keempat... haa hari ni laa mereka terpaksa makan katak, hari ni pun hujan jugak, katak tu dipotong kepala dan kaki supaya tak nampak sangat macam katak, buang lendir dan di salai, terpaksa makan untuk memberi tenaga.. kawan aku cakap lepas makan katak badan jadi panas jadi hujan pun tak terasa sejuk..

hari kelima dia orang berjaya mencari jalan keluar... SELAMAT....



disini aku nak bagi tahu pantang larang bila anda berada di dalam hutan atau merancang untuk pergi ke hutan,
1= jangan sesekali memangil kawan anda dengan hanya "HOI" atau "WOI" sebab nanti ada yg menyahut tp bukan kawan anda.... lebih elok memangil dengan mengunakan nama penuh...
2= jaga mulut jangan celupar atau berkata besar
3= kalau anda seorang pemburu pikul hasil buruan anda, jangan sesekali mengheret hasil buruan di atas tanah..
4= apabila kucing di rumah anda atau kucing jiran anda sibuk mengawan, itu pertanda bukan masa yg sesuai untuk ke hutan
5= jangan menyepak sesuatu yg mencurigakan apabila berada di dalam hutan, perhatikan setiap langkah anda
6= yg paling penting berjaga-jaga dengan babi hutan


sekian.... wah pertama kali aku menulis dengan panjang lebar hehehehe, biasanya aku malas nk tulis panjang-panjang ni... dan aku tak suka nak baca apa yg tertulis panjang2
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 6 Disember 2009

Mari belajar bahasa bayi..... KHAS utk sesiapa yg akan bergelar ibu dan bapa

Kabiasanya kita akan mendengar bayi sentiasa akan menyebut huruf A....
jadi aku nak menghuraikan maksud-maksud yang tersirat di sebalik yg tersurat ini...
apabila anda terdengar bayi anda menyebut;

1: a = apa hal?
2: aa = yg itu lah..
3: aaaee = apa ini, eeeyuh..
4: aama = lapo lah
5: maa = nak makan
6: haanee = nak yg ni boleh?
7: aauu = nak minum
8: bree = nak main
9: treem = boring lah dia ni
10: eeaar = seronoknya
11: bipu = sakit perut laaa
12: aarem = pukul kang
13: aaeyah = tak boleh lah
14: buuaa = nak dokong
15: waaaaa = nangis laa
16: aacim = tak nak cium laa
17: hek aa = panas laa
18: haas = letih dah
19: juu neh = jom ke sana
20: eeyooi = takut

para-para bapa jangalah kecil hati apabila anak anda boleh menyebut mak dulu tp bukan babah, ini kerana budak kecil mudah menyebut huruf a dan m jadi ia akan berbunyi seperti memangil mak...
yang penting anak anda boleh berkata-kata, lambat atau cepat itu adalah atas didikan anda...
didiklah dengan elok supaya tiada perkataan yg kesat keluar dr mulut mereka dan mulut anda jugak....=)
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Spontanes human combustion (SHC)

Apakah yg di maksudkan dgn SHC????
sampai sekarang masih menjadi MISTERI....... masih tiada siapa yg dapat menjawab bagaimana SHC ini boleh berlaku...
spontanes human combustion atau pembakaran spontan manusai adalah fenomena seseorang manusai terbakar secara tiba-tiba menjadi abu tanpa sebab yg diketahui...
jurus kepada hujah fizik dan kimia telah membuktikan bahawa tubuh manusai tidak boleh mencetuskan nyalaan sendiri walaupun menyimpan jumlah tenaga yg cukup (lemak dan tisu) untuk keperluan pembakaran.
selain teori khianat terancang (kebiasannya teori dr aku la tu) antara punca lain yg pernah dilontarkan bagi menghuraikan kes SHC ini adalah seperti pengambilan alkohol yg keterlaluan, aliran elektrik statik di dalam tubuh mangsa, faktor psikomatik (kecelaruan komposisi nitrogen tubuh hingga menimbulkan reaksi ledakan mitokondria), serta pembakaran gas metana di dalam usus....
adakah fenomena ini boleh dikaitkan dengan kes api yg muncul secara misteri yg teleh mengemparkan beberapa tempat di negara kita ini???
persoalannya adakah anda pernah terfikir sesuatu kejadian yg berlaku di sekeliling anda adalah kejadian yg benar atau anda tidak pernah ambik peduli dgn kejadia yg menimpa pd org lain.....
JANGAN BIARKAN HIDUP ANDA DISELUBUNGI MISTERI MUUHAHAHA
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 5 Disember 2009

kau bukan untuk ku

Dari pinggiran rasa terpendam, aku alunkan nyanyian jiwa berbunga,
berbahasa mencari makna dari tersimpul dalam selirat rindu dan tanda tanya......
Akukah itu yang cuma seorang pada kesepian menjerit.......... atau engkaukah jua yang memalingkan wajah dusta berpura........
Sepi ini sesekali mengulangi rentak langkah yang telah hilang tika ku mengejar rajuk mu.......
lalu disini setiaku berdiri melukis jaluran pelangi menghiris....... indahnya menguris.....
Aku parah pada diam yang punah, terpadam bersama hilangnya waktu-waktu lalu di garis-garis kian pudar pada gema kenangan hilang warnanya, hanya sempat ku ertikan.......
CINTA MU BUKAN UNTUK KU.......
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!