Isnin, 13 Disember 2010

Tagged Oh Tagged 2



Ada yg tahu apa itu Tagged dan ada yg masih tak tahu atau sedar kewujudan laman sosial sesawang ni. Ok laman ni sama je dengan Facebook dan myspace cuma kat sini agak menjijikan bagi aku hahaha. Oh leh sebab aku agak bosan kebelakangan ni aku mula lah mengonlinekan tagged kepunyaan tunang aku ni. Aku juga memiliki akuan aku sendiri kat sini tapi kurang menarik lah, sudah bosan dingorat oleh Gay je aku cuba pulak tengok ape yg menarik kat tunang aku punya tagged ni.
WOW memang menarik kat sini hahaha, oppsss lupa nak bagi tahu kalau waktu malam korang tengok YEN online tu adalah aku hahaha. Ok banyak sunguh tunang aku ni dapat mesej dari jantan2 yg tak sedar diri atau yg lupa diri tapi pelik pulak aku tak ada pulak lesbian ngorat tunang aku ni hurrmm. Aku layan je semua mesej dari lelaki2 yg tak dikenali tu hahaha sory lah yg korang duk layan tu sampai ke pagi tu adalah aku hahaha, ada jugak aku rasa kesian menipu mamat2 ni hahaha yelah ada yg bersunguh nak facebook, ym tunang aku ni.. aku bagi lah email aku waahahaha memang lah korang tak jumpa facebook tu, dah email aku kompom lah keluar aku punya facebook hahaha tapi masih lagi yg tak perasan dan duk cakap tak jumpa2 hahaha slow betul lah korang ni.... kalau dah lebih 10 kali korang duk cari guna email aku dan duk keluar facebook aku je sendiri mau tau lah hahaha.
Ada jugak yg add kat Ym aku hahaha, terpaksa lah aku tukar gambar kat Ym tu supaya tak kantoi hahaha. Aku nak tengok sejauh mana jantan2 tak bertauliah ni nak buat, bermacam-macam mesej yg ada, mesej lucah, mesej ajak kawin, mesej nak berkenalan tu yg paling banyak dan aku suka tengok cara korang nak mintak nombor telefon hahaha. P elik jugak aku ada jugak orang yg mudah memberi nombor telefon hahaha, boleh jadi bahan kajian aku dah ni hahaha.
Aku nak ucapkan terima kasih lah sebab korang dah buat aku ketawa bagai nak gila hahahaha, best aku menyamar ni, dan penyamaran aku tak pernah kantoi sebab apa?? yaaaa sebab aku guna istilah " Saya kenal sayang saya" jadi aku guna cara tunang aku. Aku tahu lah macam mana tunang aku ni jadi dengan mudah aku boleh menyamar dan korang 100% PERCAYA dan tidak sedikit pun berasa ragu-ragu walaupun sudah terang lagi bersuluh korang di tipu waahahahaha.
Kat sini aku nak bagi tahu sikit pada isteri2 misali tu awasi laki korang tu, ada yg mengunakan lawan sosial ni untuk berbuat sesuatu yg mungkar. Dan pada gadis2 di luar sana jangan terpedaya, laman sosial ni untuk hiburan je jangan sampai anda menjadi mangsa lelaki2 dayus. Aaaceh macam lah aku perempuan hahaha, ok aku tak tergolong dalam lelaki tak bertauliah ni ok, walaupun rupaku hudoh tapi hatiku sesuci embun pagi (puji diri sendiri lak). Aku gunakan laman sosial ini hanya untuk hiburan di waktu lapang.
Yup sebelum aku mengakhiri coretan kali ini aku nak memberitahu bahawasanya, facebook tunang aku tu pun aku jugak yg online pada waktu2 tertentu untuk bermain game poker huhuhu. Dan korang tak perlu risau sebab aku akan offkan chat, jadi bila korang tengok chat tu on je itu bermaksud tunang aku yg sedang online jadi korang boleh lah chat dengan dia secara private. korang jangan risau aku tak akan mengangu korang di situ walaupun di inbox dia.... buat lah apa yg korang suka dan dia pun boleh buka akuan facebook aku tapi aku tak pernah pun bagi tahu pada teman2 aku.... tiada rahsia dari aku... wasalam. PISSS NO WAR

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tagged Oh Tagged

 Kali ni aku nak bongkar kan pasal mesej di Tagged.... kowang tau kat sesawang ni.... penuh dengan menda negetif kat sini dah jadi cam tempat yg tah ape2 je. Ok kat bawah ni mesej dari mamat mane tah.. aku tak faham ape yg dia merepek hahaha







 OK yg bawah ni mesej lucah, memang banyak yg ada tapi satu ni je yg aku terbitkan kat sini... pelik dengan manusia zaman sekarang ni... dah gila apa


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 11 Disember 2010

Playboy yg kecundang

Ini bukanlah cerita lucah hahaha saje je aku buh 18sx tu kat atas ni hahahaha. Ok sebenarnya aku bukan nak bercerita ataupun nak buat cerpen mahupun novel hahaha aku cuma nak memberitahu je.. huuuuhuuu ramai yg kecewa hahaha.
Playboy semua orang tahu ape maksud dia kan... ni bukan majalah playboy tu ok, biar aku merungkapkan sedikit maksud playboy ni... huuurrrmmm mudah cerita ia bermaksud seorang lelaki yg mempunyai ramai teman wanita (aweks), dan golongan ini bertukar-rukar pasangan macam menukar pakaian je..
Wokey pertama sekali aku nak bagi tahu pasal kawan aku yg sorang ni... korang jangan risau semua nama akan dirahsiakan hahaha. Hanya tiga perkataan aja yg aku gambarkan tentang mamat sorang ni "UNIK DAN PELIK" hahaha. Kenapa aku cakap macam tu?? ok dulu dia sentiasa bercerita pasal aweks je, asal kitaorang lepak je walaupun tengah makan dia ni akan cerita pasal aweks tu lah aweks ni lah. Yaaa dia agak hensem orang nya kalau nak dibandingkan dengan aku memang lah dia lagi hensem, aku ni tak hensem orangnye. Jadi ramailah yg menjadi aweks dia ni... Mula2 dulu aku and the geng memang kagum lah dengan dia ni... waaahhhh hebat jap awek tu jap aweks ni. Masa ni kitaorang tak tengok lah lagi semua aweks mamat ni ta kitaorang tagok je... dengan spontan muka akan jadi macam kat gambar bawah ni
haaaaa korang tahu kenapa?? sebab semua aweks dia ni jenis yg unik ataupun limeted punya hahaha. Ok masa dia sekolah menengah dulu memang cun2 aweks dia tapi selepas dia masuk UITM terus dia biol gamaknya haha. Dulu walaupun aweks yg dia ngorat tu bisu (OKU) tapi cun sekarang semua aweks dia aadooiiii tak boleh blah hahaha aku tak tahu kat mana yg cantik??? puas jugak aku and the geng kaji hahaha semua tahap yg tak ada saingan atau lebih tepat tak ada orang yg nak kat perempuan tu tapi dia boleh tangkap cintan lak.. oleh itu bila dia cakap pasal aweks cun kitaorang akan berfikir 4 5 kali dulu... cun dari segi unik ( cun bg dia lah) hahaha. Fail punya playboy
OK ni pasal kawan2 aku yg masih muka market (hensem).... dulu playboy tapi sekarang dah insaf hahaha... dulu peerrrhhhh memang cun aweks2 diaorang ni walaupun bertukar ganti tapi masih dalam tahap aweks cun bagi lelaki normal bukan macam mamat yg aku cerita yg kat atas tu hahaha. Selepas insaf ni memang pelik aku tangok, pasangan masing2 alaihai... muka selebet je semua.... pelik aku masa jadi playboy dulu aweks masing2 bukan main cun tiptop tapi sekarang tingtong dah aku tengok hahaha mungkin diaorang dah bosan kot dengan aweks2 yg cun ni sebab tu diaorang cari yg biasa2 je.....
Yang last ni... aku bukan nak kutuk... secara jujurnya dia tak playboy.. dia kawan dengan aku dari tingkatan 2 lagi... dulu masa sekolah dia tak layan pun perempuan. Oleh karna muka dia tahap hero filem memang ramai lah budak2 perempuan satu sekolah tu duk gila bayang dengan dia ni tapi pelik haram dia layan nak kata gay tak pulak... tapi aku tabik lah kat dia walaupun muka market tapi tak pun dia gunakan wajah dia tu untuk berfoya-foya sebagai playboy. Baru-baru ini dia terlah menamatkan zaman bujang dia dengan pilihan hati dia, ok oleh sebab dia muka tahap hero filem jadi aku dan semua sahabat dah set dalam kepala kitaorang yg bini dia ni mesti muka tahap heroien filem gak... sebernanya tidak sama sekali.. semua terkedu tak cakap apa2 lepas tengok pengangtin itu hehehe.... ok bini dia boleh tahan lah... dan aku pun berkata pada kawan2 aku yg lain bahawasannya lelaki akan mencari bini yg cantik dari dalamanya iaitu sikap dan siapakah wanita itu seperti sifat dirinya. Bukan lah dari segi luaran je sebab kecantikan tak kekal dan kawan2 aku tu pun mengangukkan kepala tanda faham dengan apa yg aku cakap tu.
Memang ada orang yg berkahwin atas dasar kecantikan luaran dan korang tengok lah sendiri semua golongan ni tak berkekalan lama sebab bila bini dh meningkat usia dah tak cantik mula lah ada yg buat hal nak kawin lain dan sebagainya... korang boleh fikir sendiri kan apa lagi yg akan terjadi. ok sampai sini dulu coretan aku kali ni.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

budak huduh perasan hahahaha 3

Atas permintaan kawan aku ni jadi aku post lah pasal menda ni hahaha jahat sungguh aku ni kan. Kenapa semua orang cepat angkuh...??? aku pun tak tahu hahaha. Ok sebenarnya budak perempuan ini dari pandangan mata aku lah.... memang tak cantik langsung, gambar yg korang tengok tu dia dah pakai mekup cuba korang tengok wajah sebenar dia weeekkkkkssss tak boleh belah. Dengan muka dia yg sebergitu nak berlagak jadi cam artis yg cun lak... macam burung gagak nak jadi burung nuri hahahahaha. Mungkin di facebook aje yg dia boleh berlagak kot hahaha aku jamin semasa kat luar (dunia realeti) tak ada pun dia boleh berlagak. Bukan aku nak mengutuk apa2 tapi sedarlah wahai manusia janganlah kamu angkuh dan bongkak, sebenarnya kita hanya meminjam dari Allah. Semuanya milik DIA. 
Ok sampai disini dulu... tak baik aku kutuk lebih2, minah tu pun ade hak jugak nak belagak... apa kata kita semua remove dia dulu bagi memudahkan hidup dia hahahaha
ok sudah aku tunaikan hajat kawan aku tu... harap dapat memberi pengajaran kepada kita semua


P/S= korang jangan tiru macam aku ni ek

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

budak huduh perasan hahahaha 2


Ok ler stakat ni jek yg mampu diremove sbb penat jari aku dok click2 mouse nih...makan dulu..:D
2 jam yang lalu · · ·
  • Anda dan 2 yang lain menyukai ini
     
     
     
     
     
    Misi Ke Dua : Removing Unknown People IN My Friendlist...Friend 2641 stakat nih..mari kite lihat tinggal bape jek nanti~
    4 jam yang lalu · · ·

  • Basrie ... ko bleh remove aku untk snarai sterusnya...
    3 jam yang lalu · · SeorangSedang Memuatkan...
  • Schahyda Arley dun worry u'll be remove
    3 jam yang lalu · · Seorang
  •  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

budak huduh perasan hahahaha

Sesape yang nak add FB aku pastikan mutual friends anda melebihi 10 orang Yerk~ Jika Tidak Anda Di REJECT!
4 jam yang lalu · · ·
  • 2 orang sukakan ini.
    • Basrie ... reject la..xheran pun..
      3 jam yang lalu ·
    • Mohd Aswandi Ibrahim memilihnyer
      3 jam yang lalu ·
    • Noraini Amir Kenapa eh?
      2 jam yang lalu ·
    • Schahyda Arley saje jek sedang mencuci2 friend dlm fb nih...byk yg add org xdikenali
      2 jam yang lalu ·
    • Noraini Amir Oooo itu macam ka.
      2 jam yang lalu ·
    • Schahyda Arley ni br buang 108...dh pnt dh nih..xlarat dh..byk sgt
      2 jam yang lalu ·
    • Noraini Amir Wah . Very popular eh. Siti nurhaliza pun kalah
      2 jam yang lalu ·
    • Schahyda Arley not popular lor...bcoz b4 dis i main approve jek..skrg ni br nk reject blk haha
      2 jam yang lalu ·
    • Noraini Amir Aiyo .
      2 jam yang lalu ·
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 10 Disember 2010

TV3 saluran freemason menjajah minda anda

Antara korang sedar atau tidak ini lah kenyataanye. Bagi sesiapa yg pernah menonton Juara Lagu hari itu dah terbukti, bak kata orang terang lagi bersuluh.... secara sengaja atau tidak aku tak tahu tapi masih lagi korang ingat iklan hari raya yg di siarkan dulu tak??? korang fikir lah sendiri... SEBAB apa aku tak menonton televisen dah sekarang... kalau aku menonton pun hanya seketika je... awas pada korang... kenapa aku suka post menda ni je kan, sampai korang pun dah bosan.. ni untuk menyedarkan korang tentang bahayanya freemason.. jangan lah korang wat tak tahu je.. ini berkaitan dengan hidup korang di dunia dan mati korang di akhirat kelak.

 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

MALAYSIA KU OH MALAYSIA 2

Info dari Utusan Malaysia, dalam ruangan Cuit m/s 3 bertarikh 9 Jun 2010 dengan komentar dari Zaini Hasan : Kapal Israel dibenarkan ke pelabuhan kita dan melakukan perdagangan dengan negara ini secara telus? ... Kita cuma bercakap mengenai soal epal buah epal dan buah oren yang dihantar untuk kegunaan kita di sini dari negara ketiga. ... sebaliknya kapal Israel sewenang2nya berlayar dan berdagang di negara ini! Bolehkah pula MISC kita memasuki Pelabuhan Haifa di Israel? (jgnkan Haifa, nak ke Gaza melalui jalan laut walaupun perairan antarabangsa pun diserang dan dibunuh, lain la kalau orang 2 gunakan khidmat APCO, boleh je berdagang ke Israel)
Zim Israel Navigation Company ialah syarikat perkapalan milik Israel. Statusnya lebih kurang macam MISC, syarikat perkapalan nasional kita. (boleh rujuk http://www.zim.co.il/ )

ketika itu(7 Jun kapalnya bernama Zim Genova) berlabuh di Pelabuhan Klang membawa kargo-kargo yang besar. ...Selain Zim Genova, kapal2 yang berulang alik ke Pelabuhan Klang ialah Zim USA (didaftarkan di Israel), Zim Kingston, Zim Monaco (pelabuhan terakhir), Zim Dalian dan Zim Lovorno (yg kesemuanya didaftarkan di bbrp buah negara lain). Zim USA kali terakhir memasuki Pelabuhan Klang sekitar 20 Mei lalu, kira2 tgh hari. Di serombong asapnya, terpampang bendera Israel - tujuh bintang yang dengan megah berlabuh di pelabuhan kita!!

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0609&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.htm&arc=hive


Jadi Malaysia ada hubungan dengan ISRAEL? tp mavi marmara kena serang.. sedihhhnyaaa ;-((

p/s : cuba buka minda luas sikit, aku nak post isu ni pasal ada kaitan dengan umat islam.. jgn sikit2 nak fikir psl politik aje.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Noh Hujan = Freemason???

entri kali ini lain sedikit kerana selalunya komen saya di bawah artikel atau sumber tapi kali ini komen saya akan menjadi pembuka isu kerana saya tak jumpa mana2 artikel yang ada bangkitkan tentang isu ini (mungkin ada tapi saya tak jumpa)..

sedang saya menonton siaran rakaman konsert Hujan VS Bunkface yang ditayangkan di TV2 (12 September 2010, Raya ketiga), mata saya terpandang seperti ada yang tidak kena dengan Noh Hujan.. rupanya mata saya tertumpu pada corak di tali pengikat gitar dan t-shirt putih yang dipakai oleh Noh Hujan ketika beraksi di atas pentas! masih lagi orang ramai ghairah dengan isu Iklan Raya TV3 dan Freemason, itu mungkin menyebabkan mata saya lebih tajam!


konsert Hujan VS Bunkface ini telah berlangsung pada 10 Julai 2010 lalu di Live Centre, Kuala Lumpur.. dan selepas diteliti rupanya tali pengikat gitar yang dipakai Noh Hujan adalah tali yang sama digunakan semasa persembahan mereka di Anugerah Juara Lagu 24.. adakah Noh tidak tahu tentang isu yang ditimbulkan berkaitan Freemason dan AJL?? kalau tak tahu pun mustahil takde orang bitau! tapi kenapa tali yang sama masih digunakan juga???


mungkin dia menganggap tali tersebut hanya corak biasa.. ok fine tapi kenapa kali ni memakai t-shirt yang mempunyai corak meragukan pula ketika beraksi di atas pentas?? sengaja atau tidak disengajakan?? wallahualam.. hanya dia dan Tuhan sahaja tahu...


Berikut adalah gambar Noh Hujan ketika konsert berkenaan:

Noh slamming di atas peminat
imbas pulak AJL 24





Kaitan dengan Freemason atau illuminati:





The Master Carpet atau Checkered Floor



macam saya kata tadi, sengaja atau tidak disengajakan itu wallahualam.. saya punya mata untuk melihat, punya deria untuk menyampaikan dan anda punya mata untuk membaca, akal dan hati untuk menilai.... maaf atas segala kekhilafan!


alang2 bercakap tentang Freemason, di bawah ada beberapa keping gambar menarik yang membongkar sesuatu dalam Iklan Raya TV3 yang mencetuskan kontroversi baru2 ini:


Klik imej untuk paparan lebih jelas



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bosan weh....





Aku yg tengah bosan hahahaha, tak tahu nak buat ape dah mula lah aku nak merepek kat blog ni. Tulis je apa2 yg terlintas kat kepala aku ni.
Leptop aku yg tak boleh di fomat adehh, kenapa pulak dengan leptop aku ni... rosak dah kot. Takan nak fomat pun dia xmo terima dah... aku fomat sendiri je buat ape nak hantar kat kedai rugi je hehehe. Semenjak dua ni ramai betul member aku datang rumah, diaorang cakap susah nak jumpa dengan aku sekarang hehehe, yeeke susah aku ade je tak pergi mane2 pun. Mungkin aku agak sibuk sekarang ni..
Tak tahu kenapa seminggu dah aku selalu nak angin je ni... sikit2 nak marah orang.. adooiii masalh betul. Kepala serabut kot.. entah lah aku sendiri pun tak tahu kenape nak bekem je ni. bila macam ni mula lah aku nak menyepi je huhuhu
Ok selalu kita duk baca pasal lelaki yg tak menghargai perempuan. Kat mane2 ade org duk tulis dan cerita pasal ni tapi kenapa tak ada pulak orang nak cerita pasal perempuan yg tak menghargai lelaki??? pelik kan huhuhu sedangkan ada jugak perempuan yg sebergitu di dunia ini... tapi apa2 pun lelaki jugak yg di salahkan hurrmm pelik.
Serabut hahaha ramai member aku yg sedang mengalami peristiwa ini.. serabut aje kepala... ok 80% dari punca diaorang mengalami keserabutan ini adalah berpunca dari perempuan hehehe betul ni aku tak tipu. Berpunca dari aweks ataupun bini masing2.
Kita sedia maklum yg perampuan akan lebih MATANG dari lelaki tapi hanya dari fizikal aje ok. Ada yg baru umur 11 tahun dah period kan.. sedangkan lelaki ade jugak yg masa tu sunat pun belum lagi hehehe. Tetapi lelaki lebih MATANG dari perempuan dari MENTALnya. Tapi perempuan tetap berasa yg diaorang lebih matang dari lelaki dari semua segi.
Aku yg menjadi pendatang untuk seketika waaaaaaaaa :'(... mycard aku ade kat JPN hahahahaha. Gila bagi kertas yg besar untuk mengantikan mycard sementara... kat mane aku nak letak kertas ni?? kalau aku lipat kompom hancus lah kertas ni kang. Cip kat mycard aku rosak jadi untuk berurusan di bank kenalah aku tukarkan juga.. kalau tak sampai sekarang aku tak akan tukar lagi huhuhuhu. Dan sementara untuk menungu selama sebulan sebelum mycard aku yg baru tu siap aku tak bawa pun kertas pengangti tu ke mana2 yg aku pergi hahaha kalau aku di tahan polis jawabnya aku di cas pendatang lah hahaha.... lantak lah mintak2 takde polis nak tahan aku... leceh je nak bawa kertas tu ke hulu hilir.
Aku ada menjual barang di Mudah.my tapi yg sengal tu ada pulak orang yg nak jual barang yg sama kat aku balik hahahaha... gilo apo ehh kau jang?? aku pun nak jual barang tu takan aku nak beli pulak...hahaha lawak betul orang itu.. tapi tak apa lah.. macam2 jenis orang yg ade kat dalam dunia ni. Aku terima dengan hati yg terbuka... kenyataan hahahaha.
Pendedahan iklusif dari aku "Playboy yg kecundang" hahaha. cerita benar yg aku adaptasikan dari kisah hidup kawan2 aku. Nanti aku ceritakan pada coretan aku yg akan datang. Lawak cerita ini hahahaha. Ok sampai sini dulu coretan aku yg bosan ni... harap bertemu kembali dengan korang pada coretan yg akan datang.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 7 Disember 2010

Asal usul PAHANG

Menurut buku yang ditulis oleh R.O. Windstedt nama Pahang pada mulanya ialah Inderapura. Pada suatu ketika Raja negeri Inderapura Makmur Shahbana ketika itu berhasrat menukar nama Inderapura Makmur Shahbana kepada suatu nama yang ringkas da...n sedap di dengar. Beliau meminta Bendahara mencadangkan kepada rakyat jelata bahawa beliau akan memberi seuncang emas dan sepersalinan pakaian baru kepada sesiapa yang dapat memberi nama baru yang menarik. Beliau memberi tempoh selama tiga hari untuk orang ramai tampil ke istana mencuba nasib. Pada hari pertama tidak ramai yang datang ke istana. Kalau ada pun seorang dua. Raja Inderapura pula tidak berkenan. Masuk hari kedua jumlah yang datang berkali-kali ganda dari hari pertama namun semua tidak mendapat tempat di hati raja. Pada hari ke tiga datanglah dua orang sahabat karib ke istana ketika hari masih pagi benar. Ketika ditanya apakah nama yang hendak mereka berikan, kedua mereka berlumba-lumba bersuara.

“Hamba cadangkan nama Karma Sari.”
“Hamba pula cadangkan Margapura.”
“Karma Sari lebih molek.”
“Molek lagi Margapura.”
“Pilihlah Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari!”
“Margapura!”
“Karma Sari molek!”
“Molek lagi Margapura!”
“Tengkorak hang!”
“Opah hang!”
“Opah hang!”

“Sudah! Sudah!” Tiba-tiba raja Inderapura mencelah,”Dalam banyak-banyak nama yang kamu sebutkan tadi, Beta amat tertarik dengan nama yang terakir kamu berdua berikan tadi, apa tadi… haaa? Opahang! Ya… opahang! Pahang sedap nama tu mulai hari ini beta namakan negeri ini dengan nama baru iaitu Pahang.” Demikianlah kisahnya.
 
 
 
 
P/S= Hanyalah rekaan semata-mata hehehe 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Demi Matahari

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 6 Disember 2010

Jersey Devil

 Korang tahu ape menatang ini?? gambar yg kat atas ni di ambil dari sebuah video tapi aku tak dapat mencari video tersebut hehehe jadi sori lah. Kali ini aku nak cerita pasal mistik hahaha bosan gak kan korang duk layan aku merepek je kali ni biar kita berfikir dan menkaji sesuatu. Aku nak perbagaikan isi kandungan dalam blog aku ni, biar bermacam cerita yg ada bukan cerita pasal kisah hidup aku je. Aku tak suruh korang percaya sebab aku sendiri masih tak dapat mensahihkan lagi cerita ini.
Ok mula2 aku terbaca versi sumpahan... menurut cerita yg menatang ni asalnya manusia yg di sumpah oleh mak dia. Mungkin ade masalah mental kot atau tekanan perempuan tu bersumpah kalau dia mengandung lagi anak yg di kandung tu akan menjadi iblis, dan dia pun mengandung lagi dan terjadi lah menatang ni... ni kisah zaman monyang kepada moyang kita punya moyang dulu hehehe (mudah cerita aku lupe dh tahun ke berapa hehehe)
kisah ni terjadi di negara barat... kalau tak silap aku name tempat tu New Jersey dan di daerah Pine Barrens. Ramai dah yg melihat menatang ni. aku tak tahu lah kisah dongeng masyarakat kat sana ke atau kisah betul. Tapi ramai yg mendakwa pernah menjumpai menatang ni. Ada seorang pakar percaya yg menatang ni adalah haiwan purba yg masih bertahan hidup sampai sekarang. Entah lah... aku sendiri pun tak tahu yg mane betul... korang kaji sendiri lah. Kat bawah ni adalah lakaran2 yg di buat dari orang2 yg pernah bertemu dengan menatang ni...







Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!