Rabu, 22 Jun 2011

7 WAZIR AL MAHADI TELAH ADA

Penulis tidak berhasrat menonjolkan diri untuk meraih kepercayaan dan apa jua bentuk penghargaan zahir dan batin kerana apa yang terlintas adalah penulis tidak akan mensia siakan setiap pengalaman nyata, khayalan, dongengan dan mimpi yang boleh membawa kesedaran secara keseluruhan ke atas diri pembaca dan seluruh umat islam muslimin dan muslimat supaya berwaspada dan segera mempersiapkan diri membina kerohanian dalaman yang gersang dan bertelanjang selama ini. Dia juga harus berpakaian, makan dan minum selama lamanya. Persediaan untuk menghadapi hari kematian yang tidak akan ada ulangan buat kedua kalinya. Persiapan menempuh cabaran hidup dengan pancaroba dan kegetiran pahit yang belum pernah terjadi pada zaman sebelum ini. Nantikan sedikit masa lagi zaman fitnah terakhir diabad  ini Oleh All Masikhud/hud Dajjal.
Juga sebelum subuh perkara ini telah berlaku ;
TELAH MUNCUL TUJUH WAZIR TERMASUK AL HARITS BIN HARRAS BERSALAM DAN BERDOA BERSAMA KAMI. BERHATI HATI KAMU UMAT YAHUDI..DAN SYIAH YAHUDI..HATI HATI KAMU DAN TIADA HATI PADA DIRIKU MELAINKAN SYAHID JUA. BUNUHLAH MEREKA KALAU MAMPU ATAU KAMU TUNGGU KEDATANGAN MEREKA JIKA KAMU MAMPU. TAPAK KAKINYA BERDERAP DI KAKI GUNUNG Salji.

 Bismillahirrahmaanirrahiim,
Izinkan saya menuliskan suatu berita yang karut dan teramat dongeng , jika ini dibaca atau dibacakan kepada orang pasti akan tampak tanda tanda mengarutnya. Saya lebih suka kita karut marutkan sebab , jika saya katakan ini benar atau sahih , apa buktinya. Tiada bukti yang nyata untuk dijadikan sebagai bahan bukti , atau mana saksinya, maka tiada juga saksinya. Walau apa pun sama sama lah kita jadikan kisah ringkas dan terpencil ini sebagai amaran dan peringatan untuk diri kita supaya lebih segera berhati hati dan mempersiapkan diri menghadapi kemungkinan yang akan terjadi.
Saya sebenarnya terkenangkan tujuh orang wazir yang disebut sebut sebagai pembantu Imam Mahdi ke seluruh dunia. Wazir atau menteri ini akan menjadi duta sekaligus menyambung lidah Imam Mahadi di seluruh dunia termasuk membantunya semenjak dari awal bermulanya Revolusi Islam Sedunia yang akan dipimpin dan dibantu oleh para auliya Allah dari seluruh lima buah negara yang pernah saya sebutkan sebagai negara yang bercahaya dari langit angkasa dunia termasuk dari Sham, Yaman, Iraq kecuali Iran dan Israel dan lain lain. Ia dapat dipandang dengan mata hati , saya pun tidak dapat melihatnya hanya mendengarkan khabar dari ahli kerohanian yang amat saya yakin keilmuannya serta pandangan tajamnya yang amat menakutkan hati sanubari. Alhamdulillah, dunia ini masih belum kehabisan tokoh yang mempunyai alam firasat batin yang melimpah sehingga tujuh lapis langit dan bumi. Manakala saya antara yang pernah merasa ‘bertuah’ dapat bergaul dengan mereka dahulu.
Sewaktu saya mengenang ngenangkannya terfikir dikepala saya, adakah mereka ini semua telah muncul di bumi ini , pada masa ini, atau pun masih lama lagi kemunculannya. Kenapa saya ingin tahu sampai begitu sekali status mereka pada waktu ini. Sebab, setelah saya mendengar berita bahawa Imam Mahadi r.a telah mula dilihat orang akan kelibatnya di Masjid Nabawi tahun lepas. Jadi, apabila Imam Mahdi sudah dilihat kelibatnya maka sahlah pengiringnya atau wazir wazirnya sudah mula muncul di tempat tinggalnya masing masing.
AL HARITS BIN HARRAS
Al Harits Bin Harras adalah nama yang sangat jarang ditemui dan masih belum dikenali ramai waktu ini namun, nama ini akan menjadi popular sedikit masa lagi,dalam bilangan beberapa tahun sahaja, sebagai salah seorang idola dan pujaan umat islam di ahir zaman. Beliau adalah salah seorang di antara penyokong dan pembantu sebelum dan semasa Imam Mahadi muncul tidak lama lagi. Beliau adalah orang yang akan banyak memberikan bantuan kewangan, moral, logistik dan fizikal serta membantu membuat percaturan siasah intelijensi dan teknik peperangan gerila dan terag terangan dari salah sebuah negara yang berhampiran dengan Tanah Arab.
Al Harits adalah gelaran laqabiah kepada salah seprang wazir Imam Mahadi yang mendapat julukan Al Harits. Sesuai denga namanya al harits , seorang petani moden yang banyak mengusahakan ladang pertanian di kawasan tempat tinggalnya. Beliau adalah orang yang akan mendapat bantuan  dan sokongan moral yang tinggi inshaallah dari salah seorang teman seperjuangannya.
Adapun nama dan asal usulnya biarlah ia menjadi rahsia Allah SWT yang akan memunculkannya bersama enam orang wazir yang sama tinggi kedudukannya sebagai pembantu , wazir atau menteri menteri Imam Mahadi yang akan menghancur luluhkan syiah yahudi yang berpura pura itu serta termasuk juga yahudi di negara negara lain pula. Imam Mahadi amat membenci syiah, yahudi Israel dan sekalian bangsa yahudi yang tidak mengikut syariat Nabi Muhammad SAW. Ramai yahudi yang masuk islam, tetapi kalau islamnya islam syiah , itu islam beragenda. Agenda rahsia yang terpikul dibahu para pendeta rabbinya turun temurun tanpa diketahui oleh rakyat jelata Iran dan Israel sendiri, termasuklah gereja rom dan Amerika serta British dan yang lain lain lagi. Memang semua penduduk dunia tidak kira apa agama tidak akan menyangka kejutan kejutan yang akan terbongkar nanti oleh Al Mahdiy, orang yang mendapat pertunjuk ilahi, hasil dari perancangan rahsia yang sangat hebat dari yahudi ortodox ini.
SYIAH DAN YAHUDI ISRAEL SATU EMAK SATU BAPAK
Memang sungguh, sesiapa pun tidak akan menyangka para imam imam syiah ( yahudi ortodoks yang berpura pura islam) itu mempunyai hubungan sillaturrahmi yang amat akrabul akrab dengan para pendeta rabbi yahudi di Israel di sebalik tabir. Apa yang kita tahu selama ini, Khomeini mengecam Israel kononnya umat kafirlah, itulah, inilah, tetapi semua itu telah dirancang. Rakyat Israel marah marah sebab atas ketololan mereka itu sendiri. Perkara ini tidak akan dapat diketahui oleh pencuci tandas dan penyapu jalan serta pengutip sampah. Ini rahsia sulit dajjal illuminiti freemason sepanjang zaman dari kalangan para pendeta mereka dan ahli bangsawan serta pemodal dan pelobinya sahaja. Rakyat duduk diam diam , buatlah kerja masing masing, sebab itu mereka tidak tahu.
Ahmadinejad dan para pemimpin sebelumnya mengecam yahudi Israel sehingga pernah berkali kali ingin melancarkan peperangan untuk ‘melenyapkan Israel dari peta dunia’ kononnya. Kita tunggu siapa yang akan melenyapkan Israel dari muka bumi ini, yang pasti dia ialah Al Mahdiyul Muntazar yang telah dilihat kelibatnya itu di bumi Arab. Bukan syiah, bukan Ahmadinejad, bukan para imam syiah yahudi itu, mereka itu penipu dan mengada ngadakan cerita.
Sebab itulah Allah SWT perancang makar sehalus sutera telah menyediakan panglima panglima keramat yang mempunyai pukulan berbisa yang akan menyengat sampai ke tulang sum sum syiah, yahudi dan nasrani yang degil dan amat jahat itu, sejahat iblis dan syaitan.
KENAPA PERSEDIAAN YANG DIJANJIKAN MAHA HEBAT DAN MENAKJUBKAN
Dajjal akan dihadapi oleh Nabi Isa a.s. Khidir a.s, dan orang orang ghaib lainnya. Imam syiah kedua belas itu telah ada orangnya di suatu tempat tersembunyi. Dia itulah yang telah ditemui oleh Tamim Dari r.a, dia itulah yang dipuja puja oleh syiah yahudi ortodoks itu. Dialah yang mempunyai karamah istidraj yang sangat agung dan mengujakan umat islam. Para Wazir imam Mahdi telah mula mengintainya. Siapa yang di intainya, syiah lah yang diintai intai sekarang. Kenapa begitu besar jumlah wali keramat yang akan melawan syiah. Sebab, syiah memang hebat dengan sihir besar, tak payah nanti, sekarang ini pun sudah terlihat macam macam keramat yang memuliakan imam mereka.
Mereka hidup dengan permainan sihir yahudi silam yang masih teguh di dalam hati mereka. Sihir merekalah yang telah membingungkan Rasulullah SAW selama tiga hari itu, sebelum ia dimusnahkan oleh Saiyidina Ali dan Saiyidina Umar R.anhuma melalui pertunjuk dari Rasulullah SAW sendiri dari Jibrail alaihis salam. Keturunan penyihir yahudi itu hidup sampai sekarang di kalangan yahudi islam syiah di Iran. keturunan Yazid, keturunan Khalid dan keturunan Sufyan. Sihir nasrani tidak sehebat sihir yahudi, merekalah yang menemui yahudi tua itu untuk menyihir Rasulullah SAW.
Siapakah yang menghadapi syiah yahudi itu nanti, mereka adalah Imam Mahadi, tujuh wazirnya, tiga ratus lebih para waliyullah termasuk para qutub dan ketuanya, para ashabul kahfi yang tujuh orang itu ; Maksalmina, Tamlikha, Zununnas, Mautunnas, Nitunnas, Sarbunas, Falyantinunnas dan Qithmir yang akan menggigit telur para imamiah syiah yang pernah terlondeh seperti Khomeini laknatullah.
KEMALUAN KHOMEINI DILONDEH OLEH ALLAH DI HADAPAN MANUSIA.
Kemaluannya pernah dilihat jutaan manusia dihari perarakan mayatnya yang dibalut seperti mumia, bukan kafan seperti kita itu. Ditakdirkan Allah tertanggal semua kerandanya, terjatuh dari helikopter dan melayang tergantung di udara, terikat pula kakinya dengan lilitan terakhir kain mumianya yang terurai, terlondeh telur dan kemaluannya dilihat orang dari seluruh bumi India dan Pakistan yang menyaksikan siaran langsungnya. Terlalu ramai saksi saksi sehingga melebihi jutaan manusia termasuk sahabat sahabat saya yang kebetulan ada pada hari kejadian dahulu di sana. Berani saya kata begitu ..? Saya tidak akan berbahas dengan sesiapa yang mencabar saya kerana pasti saya akan kalah. Tetapi, ingat..makar Allah akan terbuka tidak lama lagi, maka adalah lebih baik berdiam diri di tempat masing masing, tutup mulut, pasang telinga dengarkan dan pandanglah. Apa yang saya katakan ini akan berlaku tidak lama lagi. Apa dia, syiah..akan menguasai dunia islam dengan fahaman yang amat rosak fasiq itu.
PENGUASAAN AS SUFYANI TELAH MEMENUHI DUNIA ARAB.
Syiah telah mula menguasai negara arab sedikit demi sedikit dengan fahaman akidahnya , termasuk menceburkan diri dalam politik. Syiah telah berjaya memiliki Palestin keseluruhannya melalui kemenangan penuh Hamas dalam pilihanraya. Entah macamana Allah menyelamatkannya dengan campur tangan Malik Fahd dan negara arab yang lain dengan perjanjian khas yang rahsia. Maka mengundurlah Ismail Haniyeh dengan terpaksa walaupun hatinya meronta ronta. Palestin terbelah tiga pada hari ini dan tidak lama lagi Baitul Maqdis akan direnggut syiah imamiah tak kira apa jenisnya.
Sebab itu kita dengar apabila Imam Mahadi diisytiharkan sebagai khalifah dan amiirul mukminin muslimin seluruh dunia, maka tindakannya yang pertama ialah merampas semula tanah tanah arab yang dikuasai orang orang islam juga seperti kita, melalui politik demokrasinya. Itu sebab kita pernah dengar orang kita berkata; Kenapa Imam Mahadi berperang dengan bangsanya sendiri, menawan negaranya sendiri, membunuh ahli jemaah islamnya sendiri.
PENCERCA UMMUL MUKMININ DAN PARA SAHABAT NABI SAW.
Memang dia akan merenggut nyawa mereka yang telah mendustakan sekalian para sahabat Rasulullah SAW, pasti dia akan merobek robek keceluparan dan keangkuhan mereka yang menuduh Siti ‘Aisyah Radhiallahu anha berasmaradana dan melakukan zina, yakni bersekedudukan atau ditiduri oleh pembantunya di dalam suatu perjalanan yang kesiangan kerana keciciran rantai emasnya dahulu itu.
Sungguh biadab dan kurang ajarnya mereka sehingga sampai hati melukakan hati rohaniah Baginda SAW yang disula dengan kenyataan ini. Menjerit rohaniah baginda saw, roh para malaikat yang muqarrabiin termasuk tiang arasy ilahi dan seluruh isi bumi dan langit apabila mendengar doa menghina Ummul Mukminin difitnah sebegini rupa, para sahabat dihina hina setiap kali dalam solat tipuan dan rekaan mereka itu. Bergegar alam buana ini mendengar gelombang syubhat dari corong corong masjid mereka. Sesungguhnya tidak akan ada rohaniah jin sekalipun yang berani mengutuk sehingga sebegitu rupa melaikan pemimpin yahudi syiah yang maha durjana papakerma hidupnya.
SERBAN TIDAK BEREKOR.
Al Mahdiyul Muntazar dan para wazirnya akan memusnahkan serban mereka yang tidak berekor itu. Serban yang tidak berekor itu isyarat adalah isyarat ‘lucah’ kepada Rasulullah SAW. Rahsia yang akan tersingkap oleh Al Mahdiyul Muntazar atau pun ini rekaan dari saya semata mata. Saksikanlah sebentar tahun lagi apa apa yang akan terjadi ada rahsianya dengan serbannya itu, dan juga jubah thoyalisahnya itu.
KEHADIRAN ROHANIAH WAZIR IMAM MAHDIY.
Oleh kerana itulah, pada suatu malam yang hampir pagi, saya telah memaksa diri walau terasa amat kurang beradab cuba mengundang dan mencari rohaniah para wazir yang dijanjikan Allah SWT itu adakah sebenarnya mereka telah ada atau masih lama lagi kemunculannya. Maka dengan takdir Allah, tidak semena mena, muncullah mereka satu persatu dengan pandangan yang amat sulit unuk dinyatakan.
Maka saya meminta mereka membacakan doa bersama sama dengan sepenuh perasaan hati saya mengaminkannya. Jika benar apa yang berlaku maka bersiap sedialah wahai umat muslimin dan muslimat sekalian. Akan berkumandang azan dari Majid Nabawi dengan kumandang azan kemunculan mereka bersama Al Imamul Mahdiyyul Muntadzar.
Seandainya ini adalah suatu kesilapan maka haruslah ditolak kenyataan ini sejauh jauhnya dari akal fikiran . Bahawa saya telah mengada adakan cerita tahyul dan amat tidak logik sama sekali. Wallahu a’alam bissawab. Aku bermohon keampunan kehadrat Allah di atas segala berita yang kurang benarnya. Amin Ya Rabbal Alamin.

MEMO= DARI BLOG TEMAN
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 21 Jun 2011

Game Pacman di Google

Kalau korang masih ingat dulu aku ada bagi tahu cara nak bermain game snakes kat youtube kan. Kali ini aku nak ajar cara bermain game pacman kat google pula. Korang boleh main sampai patah jari hehehe 

Mula-mula sekali korang pergi kat link yg diberi
Clik je kat sini: http://www.google.com/pacman/
Lepas tu korang clik pula pada gambar game tu untuk bermain. Mudah je korang terus gunakan key anak panah untuk mengerakan pacman tu.
Selamat mencuba =D


P/S= masa kecik2 dulu aku suka main game ni
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

TIDAK AKAN DI HUKUM... :)


Murid : Cikgu, apakah orang boleh dihukum untuk sesuatu yang belum dibuatnya ? 

Guru : Oh, semestinya tidak. Orang hanya boleh dihukum untuk perbuatan yang telah dilakukannya. 

Murid: Syukurlah, Cikgu. Saya belum membuat latihan yang diberi oleh cikgu semalam.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Lawak Part 3






Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

WALI SONGO PENEGUR PEMERINTAH KERAJAAN DEMAK

CARA WALI SONGO MENASIHAT PEMERINTAH RAJA.


SEPATUTNYA ALIM ULAMA’ KAMI MENJIWAI HATI PARA WALI SONGO. PASTI BERDAULAT NEGARA KAMI. ALIM ULAMA’ MEMPUNYAI KARAMAH BESAR. TETAPI PADA HARI INI ALIM ULAMA BERKARAMAH BESAR BILA RUMAHNYA BANGLO KERETANYA MERCEDEZ..MANA NAK ADA KARAMAH TUHAN..
Saya persilakan rakan pembaca bacalah ini, bahawa kata kata rakan blogger dari indonesia ini sangat benar, membenarkan yang benar dikala orang tidak mengamalkannya lagi kini. Cuba carilah di mana lagi guru guru pondok atau pengajian yg bersifat neutral tidak ada kepentingan politik. Kata kata ini bukan dari penyokong parti pemerintah dan parti pembangkang, tetapi dari orang yang kasihan kepada kedua duanya. Silakan menghayatinya sebelum apa apa yg akan terjadi berlaku di negara kita ini.
MENASIHATI PARA PEMIMPIN DAN PEMERINTAH
——
Telah sepakat para ulama yang berdiri di atas paksi ahlus sunnah bahawa menasihati dan menegur kesilapan penguasa/pemimpin adalah merupakan perintah dari Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Namun ia bukanlah dilakukan di khalayak ramai atau umum, tetapi dilakukan secara peribadi iaitu di kalangan mereka yang berilmu. Menegur pemimpin di khalayak umum adalah salah satu contoh sikap yang tidak sopan yang mana adalah menyalahi sunnah, malah merupakan kejahatan hawa nafsu kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
“Barangsiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam suatu perkara, maka janganlah disebarkan (dicanang/dihebohkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah diharapkan, jika tidak maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Majma 5/229. Hadis Riwayat Imam Ahmad. Lihat: As-Sunnah 2/522 dari jalur Muhammad bin Ismail bin Abbas)
Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:
“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah disaat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Tanbihul Ghafilin ‘An A’ma lul-Jahilin wa-Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)
Syara’ tidak pernah menghalalkan sesiapapun dari kalangan umat Islam untuk mengumpat, membongkar keburukkan, mencari cacat-cela, sengaja menghina, mengkafirkan dan mereka-reka fitnah terhadap pemerintah, lebih-lebih lagi jika bertujuan untuk menjatuhkannya. Terdapat banyak hadis-hadis sahih yang mewajibkan umat Islam mematuhi dan mentaati pemerintah Islam demi menjaga dan memelihara kesatuan umat, keutuhan agama dan martabat Islam:
“Telah bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Sesungguhnya Allah rela atas kamu dalam tiga perkara: Hendaklah kamu menyembah Allah dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, hendaklah kamu sekalian berpegang teguh dengan tali (agama) Allah dan janganlah berpecah-belah, dan hendaklah kamu sekalian saling menasihati dengan orang yang diangkat Allah untuk memegang urusanmu (pemimpin kamu)”. (Musnad Imam Ahmad, 2/376)
Maksud “Pemimpin kamu” ialah “Para pemimpin yang beragama Islam”. Dalam hal ini al-Allamah As-Syeikh Abdul Aziz bin Baz berkata:
“Bukanlah termasuk uslub (metode/kaedah) para ulama generasi awal dalam hal melakukan perbuatan mendedahkan aib pemimpin dan menyebutkannya di atas mimbar (atau pentas), kerana hal ini hanya menimbulkan kerusuhan (kerosakan) dan hilangnya ketaatan rakyat terhadap pemimpin, juga menyebabkan banyak persepsi dan pandangan yang merbahaya yang tidak mendatangkan manfaat”.
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah bersabda:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin, maka janganlah melakukannya dengan terang-terang (di khalayak ramai di hadapan umum) dan hendaklah dia mengambil tangannya (bersemuka empat mata sahaja). Jika pemimpin mahu mendengar maka itulah yang diinginkan dan jika tidak mahu maka dia telah menunaikan kewajipannya”. (Hadis Riwayat Bukhari)
Di dalam Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya ada termaktub:
“Apabila kemungkaran itu dilakukan oleh seorang pemimpin atau selainnya, hendaklah dia dinasihati dengan lemah lembut dan secara rahsia sehingga tidak diketahui oleh seorangpun, dengan harapan dia mahu menerimanya. Jika dia enggan, maka mintalah bantuan seseorang untuk menasihatinya dengan bersembunyi-sembunyi agar dia menerima nasihatnya. Jika sekiranya dia menolak juga, maka kita boleh secara terang-terangan mengingkari sifat pemimpin seperti itu”. (Nasihatun Muhimmatun fi Salasi Qadaya. Hlm. 49)
Imam Asy-Syaukani rahimahullah berkata:
“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Namun hendaklah dia berbincang secara empat mata dalam menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak melekehkannya sebagaimana terdapat dalam hadis”. (Sail al-Jarrar 4/556. Asy-Syaukani)
Ini bermakna, sesiapa yang berpakat untuk menjatuhkan pemerintah atau pemimpin Islam adalah menyalahi manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah. Begitu juga, mereka yang suka melontarkan kata-kata kotor, membuat tuduhan palsu, memfitnah dan mengkafirkan para pemimpin Islam adalah bertentangan dengan prinsip akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berada di atas manhaj yang tulen. Maka kepada mereka yang terlibat dengan pekerjaan mungkar ini, hendaklah bertaubat dan merubah niat kepada nasihat, kerana telah berkata Abu Usman az-Zahid:
“Nasihatilah para penguasa, perbanyakanlah doa untuk mereka agar mereka melakukan kebaikan dan kebenaran dalam beramal dan menjalankan hukum. Sesungguhnya jika mereka baik, maka akan baiklah rakyat. Hati-hatilah kamu! Jangan sampai kamu mendoakan keburukan atau melaknat mereka, kerana yang demikian hanya akan menambah kerosakan keadaan orang-orang Islam. Tetapi mintakanlah ampunan kepada Allah untuk penguasa (pemerintah dan pemimpin), semoga mereka meninggalkan perbuatan yang tidak baik, kemudian dihilangkanlah musibah dari kaum Muslimin”. (Al-Jamii Li Syu’abil Iman. 13/99. Al-Baihaqi. Cetakan Dar as-Salafiyah)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
“Sesungguhnya manusia itu apabila mereka melihat kezaliman dan mereka tidak mencegah dengan tangannya, maka dibimbangkan Allah akan menyiksa mereka keseluruhannya”.
Berkata Ibn Abil ‘Izzii rahimahullah:
“Sesungguhnya al-Quran dan as-Sunnah telah menunjukkan atas kewajipan menasihati pemerintah dan seterusnya taat kepada pemerintah selama dia tidak memerintahkan agar melakukan kemaksiatan”.
Firman Allah Azza wa-Jalla:
“Taatilah Allah, taatilah Rasul dan pemerintah di antara kamu”. (an-Nisa 4: 59)
Semua nas di atas menyeru umat Islam menasihati pemerintah atau pemimpin. Tidak dibenarkan menentang mereka, tetapi diperintah agar mendoakan mereka. Ibnu Nahhas berkata:
“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di hadapan khalayak ramai. Bahkan amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Tanbih al-Gafilin an-A’malil Jahilin wa-Ta’zirus Salikin Min Af’alil Halikin. Hlm. 64)
Haram menubuhkan pemerintahan dalam sebuah negara Islam yang telah ada pemerintah dan ketua negara yang sah. Malah sesiapa yang menentang pemerintah yang sah yang telah dipilih oleh Allah melalui majlis mesyuarat dengan ahli ahlinya yang thiqqah, kemudian memimpin rakyat untuk memberontak itulah kaum Khawarij yang sikapnya gemar memberontak, yang mana perbuatan mereka bertentangan dengan nas-nas al-Quran, as-Sunnah, atsar para sahabat dan fatwa-fatwa para ulama muktabar yang mengharamkan perbuatan sedemikian.
Telah berkata Muhammad bin al-Hussin al-Ajuri rahimahumullah (dalam memberi peringatan kepada kaum Khawarij):
“Khawarij adalah golongan yang menentang kepimpinan orang Islam sebagaimana yang terjadi terhadap kepimpinan Ali radiallahu ‘anhu. Cara mereka menentang dengan melaung-laungkan slogan: ( لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ ) bermaksud: “Tidak ada hukum kecuali dari Allah.”
(Slogan ini samalah dengan apa yang dilaungkan oleh kelompok-kelompok manusia tertentu yang lantang menentang kerajaan pemerintah di beberapa negara Islam. Mereka mengkafirkan sesiapa sahaja yang tidak bersama kelompok mereka, tidak berjuang bersama mereka dan tidak berhukum dengan hukum Allah).
Berkata Ali radiallahu ‘anhu untuk menentang dan membatalkan di’ayah/propaganda yang dilaungkan oleh Khawarij iaitu (لاَحُكْمَ اِلاَّ للهِ), maka beliau berkata:
“Kalimah yang hak tetapi yang mereka inginkan dari laungannya ialah kebatilan (kehancuran pemerintah)”.
Fahaman Khawarij telah digerakkan semula oleh golongan fanatisime dengan nama dan istilah “Pejuang Tauhid Hakimiyah” iaitu mentauhidkan hukum, atau mengkafirkan secara mutlak sesiapa yang tidak berhukum dengan hukum Allah. Golongan ini telah bergerak di negara-negara Islam termasuk di Malaysia.
Mereka menghidupkan fahaman “Tauhid Hakimiyah” di setiap tempat yang dapat menerima fahaman ini. Kebiasaannya berselindung di sebalik parti politik. Ruang untuk mereka bergerak terbuka luas kerana kebanyakan negara-negara Islam yang mengamalkan dasar politik demokrasi mengizinkan sesiapapun dari rakyatnya menubuhkan parti politik yang baru.
Mungkin amat menakutkan apabila kita mengetahui bahawa Khawarij disebut dan digelar sebagai anjing neraka oleh Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam.
Disuatu kejadian, diriwayatkan oleh Sa’id bin Jamhan, beliau berkata:
“Aku mendatangi Abdullah bin Aufa (seorang buta), lalu aku memberi salam kepadanya. Beliau bertanya, siapa kamu? Aku menjawab: Sa’id bin Jamhan. Beliau bertanya. Apa yang dilakukan oleh orang tuamu? Aku menjawab: Dibunuh oleh kaum Azariqah. Beliau berkata: Semoga Allah melaknat orang-orang Azariqah kerana Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
“Sesungguhnya mereka adalah anjing-anjing neraka”.
Aku bertanya, apakah itu khusus pada orang-orang Azariqah atau untuk orang-orang Khawarij seluruhnya? Beliau menjawab: Orang-orang Khawarij seluruhnya. (Hadis Riwayat Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)
Imam Ahmad rahimahullah menguatkan lagi riwayat hadis di atas, iaitu agar tidak mencela penguasa dan tidak meniru sifat-sifat Khawarij:
“Aku (Ibnu Jamhan) berkata: Sultan berlaku zalim kepada manusia dan menindas mereka. Dia berkata: Lalu dia (Abdullah bin Aufa) memeluk tanganku dan menariknya dengan kuat, kemudian berkata: Celaka kamu wahai Ibnu Jamhan! Kamu wajib mengikuti sawadul a’zam (beliau mengulangi dua kali), jika Sultan mahu mendengar darimu maka datanglah ke rumahnya dan beritahu yang kamu ketahui (menasihatinya), jika dia menerimanya maka itu baik, tetapi jika ia tidak menerimanya maka tinggalkanlah. Kamu tidak lebih tahu darinya”. (H/R Imam Ahmad 4/382. Dan Ibnu Abu Asim 905, dari jalan al-Hasyraj bin Nabatah. Menurut Syekh Nasruddin al-Albani sanadnya Hasan)
——
LARANGAN MENGAIBKAN PEMERINTAH/PENGUASA
——
Pendirian Ahli Sunnah wal-Jamaah yang berdiri di atas paksi yang benar, mereka sentiasa bertindak menyeru/mengajak sekalian umat supaya saling mencintai para saudara seagama-nya, tidak dipertikai siapa dan apa kedudukannya. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan, kemakmuran dan keselamatan saudara-saudaranya seagama, senegara dan para pemimpinnya. Menasihati para pemimpin jika didapati silap, kerana kebaikan pemimpin memberi manfaat kepada seluruh rakyat. Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ ، قَلْنَا لِمَنْ يَارَسُوْلَ اللهِ ؟ قَالَ : للهِ ،
وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ ، وَِلاَئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتِهِمْ.
“Agama itu adalah nasihat, kami berkata: Bagi siapa wahai Rasulullah! Baginda bersabda: Untuk Allah, KitabNya, RasulNya, para pemimpin, kaum muslimin dan orang-orang awam”. (Hadis Riwayat Muslim, beliau menyendiri dalam lafaz hadis ini. Hadis dari Tamim ad-Dari)
Menasihati pemimpin itu amat dituntut, namun bagi mereka yang menyelisihi manhaj ahlus sunnah wal-jama’ah adalah sebaliknya, mereka lebih gemar bersifat dan berciri penderhaka kepada negara. Berkomplot untuk menumbangkan kerajaan Islam. Mengikis rasa cinta dan persaudaraan seagama. Mengkafirkan saudara-saudaranya yang seagama dan kerajaannya jika mereka tidak mengikut ideologi kumpulannya. Dan mereka sentiasa berusaha dengan pelbagai cara supaya rakyat membenci pemimpin Islam yang menjadi mangsa .
Kebanyakan kelompok-kelompok yang menyalahi manhaj ahlus sunnah dalam urusan mentaati pemerintah ini gemar menggunakan saluran amal ibadah, hadis dan ayat ayat al quran untuk mempengaruhi hati rakyat, bersolat hajat dan berdoa beramai-ramai agar ditimpakan kecelakaan, kehancuran, kemusnahan atau kejatuhan ke atas pemerintah Islam dengan beralasan bahawa pemerintah tidak berhukum dengan hukum Allah, kafir, zalim, fasik dan sebagainya.
Nabi Muhammad sallallahu ‘alaihi wa-sallam telah menceritakan tentang sikap manusia seperti ini, lalu mengancam mereka dengan ancaman yang menakutkan:
عَنْ اَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اِذَا قَالَ الرَّجُلُ : هَلَكَ النَّاسُ فَهُوَ اَهْلَكَهُمْ.
“Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam: Apabila seseorang berkata: Binasalah manusia, maka dialah yang akan binasa”. (Hadis Riwayat Muslim)
Imam Al-Barbahari berkata:
“Jika kamu mendengar seseorang suka mendoakan kecelakaan terhadap penguasa (pemimpin), maka ketahuilah bahawa dia adalah pengikut hawa nafsu (pembuat/aktivis bid’ah)”. (Lihat; Al-Ibanah. Jld. 2. Hlm. 116. No.136)
سَيَكُوْنُ بَعْدِيْ سُلْطَانٌ فَاَعِزُّوْهُ مَنِ الْتَمَسَ ذِلَّهُ شَغَرَ شَغَرَةً
فِى اْلاِسْلاَمِ وَلَمْ يُقْبَلْ مِنْهُ تَوْبَةٌ حَتَّى يُعِيْدُهَا كَمَا كَانَتْ .
“Akan muncul selepas peninggalanku seorang pemimpin, maka muliakanlah dia, dan barangsiapa mencari-cari kehinaannya (kesalahannya dan keaibannya) bererti dia telah melubangi satu sendi dalam Islam dan tidak akan diterima taubatnya sampailah dia (mengembalikan keadaan sebagaimana sediakala)”. (Lihat: As-Sunnah (2/513). Dari Ibn Abi ‘Asim. Sanad hadis ini sahih)
Berkata Imam As-Syaukani Rahimahullah:
“Sebaiknya bagi orang yang menyedari kesalahan pemerintah (penguasa yang beragama Islam) dalam beberapa permasalahan untuk menasihatinya dengan tidak menyebarkan maki hamun kepadanya di khalayak umum”. (Lihat: السيل الجرار Jld. 4. Hlm. 556)
Ibn Qayyim menjelaskan bagaimana sewajarnya sikap para ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah dan orang-orang awam yang beriman terhadap para pemimpin yang masih beragama Islam:
Apabila mengikuti (mentaati) hadis Nabi (tentang negara atau pemerintah yang beragama Islam): Semestinya menasihati pemimpin-pemimpin kaum muslimin, hadis ini (yang memerintahkan agar mendekati dan menasihati pemimpin Islam) mengandungi maksud agar menghilangkan sifat iri hati dan dengki, kerana nasihat tidak mungkin bersatu dengan kedengkian, sebaliknya ia melawan rasa kedengkian. Oleh kerana itu sesiapa yang menegakkan nasihat kepada para pemimpin Islam dan rakyat biasa, bermakna dia telah terlepas dari sifat dengki”. (Lihat: مفتاح دار السعادة Jld. 1. Hlm. 72)
Seterusnya Ibn Qayyim rahimahullah berkata lagi:
“Hal ini jauh berbeza dengan keadaan orang yang suka menentang pemerintah dan menghabiskan masanya dengan memaki-hamun (mencela, mencerca dan memburuk-burukkan para pemimpin Islam, pent.). Mereka suka mengaibkan dan menghina, maka ini samalah dengan tindakan kaum-kaum Rafidah, Khawarij, Muktazilah dan golongan yang seumpama mereka, kerana hati mereka sudah dipenuhi rasa iri hati dan kedengkian”. (Lihat: مفتاح دار السعادة Jld. 1. Hlm. 72)
Menurut Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab:
“Sesungguhnya termasuk dalam kesepakatan ulama (kaum muslimin) agar mendengar kemudian taat kepada siapa sahaja yang memerintah kita walaupun dia adalah seorang hamba Habsyi (selagi ia beragama Islam. Pent)”. (Lihat: اصول الستة Muhammad bin Abdul Wahab)
Berkata Imam Tahawi rahimahullah:
“Kita tidak pernah diizinkan untuk memberontak kepada imam-imam dan pemimpin negara kita (pemimpin muslim), sekalipun mereka zalim. Kita tidak boleh mendoakan mereka (supaya jatuh), tidak boleh menarik ketaatan kepada mereka kerana ketaatan kita kepada mereka termasuk ketaatan kepada Allah, hal ini adalah wajib selagi kita tidak dipaksa mentaati yang maksiat dan kita sewajarnya mendoakan mereka dengan kebaikan dan ampunan (bukan sebaliknya, pent.)”.
Nas-nas al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa-fatwa para ulama Salaf as-Soleh yang tertera di atas, telah menjelaskan bahawa menentang, memfitnah, menghina dan berjuang untuk menjatuhkan pemerintahan Islam dan pemimpinnya, adalah perbuatan bid’ah dan haram.
Dalam sejarah, al-Hajjaj bin Yusuf as-Saqafi terkenal dengan kezalimannya, bengis dan kejam dalam menumpahkan darah, menodai hal-hal yang diharamkan Allah, membunuh tokoh-tokoh utama umat Islam seperti Sa’id bin Zubir. Menghalalkan apa-apa yang haram. Mengepung Ibnu Zubir yang telah berlindung di Ka’abah dan kemudian membunuhnya walaupun Ibnu Zubir telah ditaati dan dibaiat oleh penduduk Mekkah, Madinah, Yaman dan sebahagian wilayah Iraq.
Al-Hajjaj adalah wakil Marwan, sekaligus wakil anaknya Abdul Malik. Tidak ada seorang khalifah pun yang menjanjikan Marwan (menjadi penguasa) dan tidak dibaiat oleh Ahlul Halli wal Aqdi. Ibnu Umar dan ramai lagi para sahabat hidup dan mengharungi zaman kekuasaan al-Hajjaj, namun mereka tidak mencabut ketaatan kepada al-Hajjaj, mereka tidak melarang sesiapa untuk taat kepadanya dalam perkara-perkara yang boleh mempertahankan agama dan hak-hak rakyat.
Bani Abbasiyah ketika menguasai dan memerintah kaum Muslimin. Mereka terkenal keras, kejam dan ketajaman pedangnya. Banyak membunuh manusia dari berbagai-bagai kalangan, terutama dari kalangan pemimpin dan tokoh Bani Umaiyah. Antara yang dibunuh adalah Ibnu Hubairah penguasa Iraq dan juga Khalifah Marwan.
As-Saffah penguasa Bani Abbasiyah membunuh lapan puluh orang dari Bani Umayah dalam sehari. Walaupun sudah demikian parahnya, para imam kaum Muslimin seperti al-Auzaii, Malik, Al-Laits bin Sa’ad, Atha’ bin Abi Rabah dan yang lainnya tetap bersikap taat dan mendengar. Kebenaran seperti ini hanya dapat difahami oleh sesiapa sahaja yang mempunyai ilmu yang mendalam.
Adalah haram hukumnya bagi sesiapa yang berniat mahu menjatuhkan penguasa, para pemimpin yang berkuasa, pemerintah dan mereka yang memerintah, kerana menjatuhkan penguasa sama dengan merampas kekuasaan yang ada di tangan mereka yang pasti akan mengakibatkan perpecahan, perbalahan, huru-hara, kacau-bilau dan boleh menyebabkan kemusnahan kepada agama, harta benda, negara dan umat Islam.
Di zaman para Imam muktabar seperti Imam Ahmad bin Hambal, Muhammad bin Ismail, Muhammad bin Idris (as-Syafie), Ahmad bin Nuh, Ishak bin Rahawih dan ramai lagi, mereka menghadapi suatu masa di mana para penguasanya banyak melakukan perbuatan zalim dan bid’ah yang sangat serious. Penguasa dimasa itu mengingkari sifat-sifat Allah. Para ulama dipaksa untuk menyokong kesesatan tersebut, tetapi para ulama tidak berganjak dengan perinsip-perinsip kebenaran. Para ulama diuji dengan berbagai-bagai siksaan. Ramai yang telah dibunuh, antara mereka ialah Ahmad bin Hashr. Walaupun keadaan ini sudah demikian sadisnya, namun tidak mendorong para ulama untuk keluar dari ketaatan dan tidak melakukan pemberontakan, tidak mencerca dan tidak memburuk-burukkan penguasa (pemimpin mereka). (Lihat: Ad-Durar as-Sunniyah fil Ajwibah an-Najdiyah 7/177-178)
Kewajipan para ulama ialah mendidik rakyat, menyebarkan segala kebaikan pemerintah, mengenang budi dan jasa di atas kebaikan dan pembangunan yang telah diusahakan, bersyukur kepada Allah, berterima kasih, menjauhkan rakyat dari menyebarkan keburukan pemerintah, para pemimpin dan ketua negara mereka kerana mereka beragama Islam.
Memburuk-burukkan kerajaan, penguasa atau pemimpin adalah perbuatan yan salah menurut manhaj ahlus sunnah wal-Jama’ah, malah bertentangan dengan etika, amalan, sikap dan prinsip ulama terdahulu. Memaki-hamun, kutuk-mengutuk, caci, sumpah-seranah, menabur fitnah, menyebar keburukan pemerintah dan menanam perasaan benci terhadap penguasa atau pemimpin Islam adalah perbuatan yang diharamkan oleh al-Quran, hadis-hadis sahih dan fatwa para ulama terdahulu. Firman Allah:
اِنَّ الَّذِيْنَ يُحِبُّوْنَ اَنْ تَشِيْعَ الْفَاحِشَةُ فِى الَّذِيْنَ ءامَنُوْا لَهُمْ
عَذَابٌ اَلِيْمٌ فِىالدُّنْيَا وَاْلاَخِرَةِ وَاللهُ يَعْلَمُ وَاَنْتُمْ لاَتَعْلَمُوْنَ .
“Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui”. (an-Nur 24: 19)
وَلاَ تَسُبُّوْا اُمَرَاءَ كُمْ وَلاَتَغُشُّوْهُمْ وَلاَتَبْغِضُوْهُمْ وَاتَّقُوْا اللهَ وَاصْبِرُوْا فِاِنَّ اْلاَمْرَ قَرِيْبٌ.
“Dan janganlah kamu maki (kutuk/maki-hamun) para pemimpin kamu, janganlah mengkhianati mereka dan janganlah menjadikan mereka marah. Bertakwalah kamu kepada Allah dan bersabarlah kerana urusan itu adalah dekat”. (Lihat: As-Sunnah. 2/499. Ibn Abi ‘Asim)
Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam bersabda:
“Ada lima perkara barangsiapa melaksanakan salah satu darinya di bawah jaminan Allah Subhanahu wa-Ta’ala: Iaitu melawat orang yang sakit, berjihad di medan perang dan menemui penguasa (pemimpin) dengan niat untuk menghormati dan memuliakannya atau duduk di rumah (berdiam diri) sehingga orang aman darinya (sehingga aman manusia)”. (Lihat: As-Sunnah 2/490-492. Ibnu Abi ‘Asim. Ahmad dalam Musnad 5/241. Zilalul Jannah fi Takhrij as-Sunnah 2/490-491. Al-Albani. Ibnu Zanjawiyah dalam Al-Amwal 1/87)
Ahmad bin Hanbal dalam Musnad-nya, juz III, halaman 224, telah merawikan sebuah hadis dari Anas bin Malik dan Abu Sa’id, bahwa Rasulullah SAWW pernah bersabda:
“Apabila sedang terjadi perselisihan dan perpecahan di antara umatku, akan muncul satu kelompok yang pandai berbicara (petah berkata) tetapi buruk perbuatannya ( tidak ada ciri ciri keislaman batinnya) …”
demikian seterusnya, sampai ucapan baginda saw :
“Mereka itu keluar dari agama bagaikan meluncurnya anak panah dari busurnya. Mereka tidak kembali lagi ke dalam busur , tetapi semakin lama semakin menjauh.
Mereka itu adalah sejahat-jahat makhluk. Beruntunglah orang yang membunuh mereka atau dibunuh oleh mereka.
Mereka mempunyai kebiasaan mengajak manusia untuk kembali kepada Kitab Allah ( AL Quran dll ) , sementara mereka tidak sedikit pun mempunyai bagian di dalamnya.”
Selamat Diamalkan, tapi mustahil sama sekali.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 20 Jun 2011

Seni Dari Kulit Telur

Brian Baity carved eggshell
Brian Baity carved eggshell
Brian Baity carved eggshell
Brian Baity carved eggshell
Brian Baity carved eggshell
Brian Baity carved eggshell
Kreatif kan... cuba korang pula ukir pada kulit telur... jangan sampai pecah sudah lah.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Motorsikal Yang Diperbuat Dari Jam Tangan Part 4

Jom kita kitar semula jam tangan yang dah rosak dan tak boleh digunakan lagi tu menjadikan seperti ini





Kraf-tif tak?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Trauma Dengan Tikus??

Korang takut atau geli dengan binatang kecik ni?? Tak kira lelaki atau perempuan mesti ada yg takot dengan tikus kan. Tetapi macam mana pula dengan orang yg takut pada "tikus" ini??




Hahahahaha =D

P/S= sekadar lawak jenaka je tapi kalau ada juga yg takut aku tak tahu lah nak kata apa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

RAHSIA PERBANDINGAN ROH DAN NAFSU DIRI QARIN


Penulis tiada bukti yang kukuh untuk membuktikan kebenaran ke atas setiap maklumat terbaru dan terkini di dalam blog ini kerana tiada di perolehi sumber hukum sahih yang menganjurkan perkara ini wajib dipercaya. Anggaplah ini sebagai suatu kebetulan yang tidak dapat dipastikan sahihnya.
GAMBAR MENUNJUKKAN KEADAAN DIRI KITA DI TENGAH DAN DIRI NAFSU YANG DISEBUT QARIN DAN DIRI ROHANIAH DI KIRI. INI ADALAH KEADAAN DIRI KITA YANG DIKUASAI OLEH NAFSU MANAKALA DIRI ROHANIAH KITA HANYA 10% BERBANDING NAFSU DIRI 90%. BERBAGAI BAGAI PANDANGAN PARA ULAMA MENGENAI QARIN SEPERTI YANG KITA TAHU, DI ATA SKESEMPATAN INI, MAKA SAYA INGIN BERDONGENG SEKALI LAGI BAHAWA QARIN ITU ADALAH KAWAN KARIB BERBANGSA SYAITAN DIRI YANG BERGELAR JUGA SEBAGAI NAFSU. KENAPA BERDONGENG, KERANA SAYA TIADA BUKTI NYATA UNTUK DI JELASKAN SEBAGAI FATWA YANG SAHIH LAGI NYATA. DIRI YANG DIKUASAI OLEH NAFSU INI TERDIRI DARI KALANGAN ULAMAK SU’ YANG GILA DENGAN HARTA WALAUPUN FASIH BERBAHASA ARAB TAHU TENTANG HUKUM HAKAM SEJELASNYA TETAPI TIADA CIRI CIRI SEORANG AHLI SYURGA. DEMI ALLAH AKU MENYAKSIKAN KATA KATA GURU.
WAKTU INI NAFSU BERGELAR NAFSU AMMARAH. AHLI NURAKA. HANYA SYAFAAT RASULULLAH SAW YANG AKAN MEMBEBASKANNYA. DIRI ORANG YANG BERNAFSU AMMARAH DILINGKUNGI CAHAYA GELOMBANG MERAH DAN BERTITIK HITAM DISEKALIAN TUBUHNYA. MANUSIA SEPERTI INI ADALAH TERGOLONG DARI KALANGAN YANG SENTIASA SYIRIK DAN SENTIASA MELAKUKAN DOSA BESAR TANPA RASA TAKUT KEPADA ALLAH MALAH BANGGA DENGAN MENCERITAKANNYA KEPADA ORANG LAIN. MINUM ARAK , BERJUDI, MEMBUNUH DAN BERZINA DENGAN GADIS SEKIAN LALU DICERITA CERITAKAN KEPADA SESEORANG. CAHAYANYA MERAH SEPERTI BUNGA API MEMERCIK DARI DIRI YANG DISANGKA KEBAIKAN DAN KEHEBATAN RUPANYA CAHAYA SYAITAN.
DIRI ROHANIAH MEWAKILI AKAL FIKIRAN YANG BERSIFAT MALAIKAT, MANAKALA NAFSU MEWAKILI HATI SANUBARI YANG BERSIFAT SYAITANI. MAKA PERTEMPURAN DALAMAN BERLAKU DENGAN KATA KATA MENGAJAK DAN MELARANG MELAKUKAN SESUATU SEHINGGA KITA AMAT BINGUNG UNTUK MEMBEZAKAN YANG MANA AKAL DAN YANG MANA NAFSU.
SESETENGAHNYA PULA HAMPIR PASTI PERBUATAN ITU ADALAH AJAKAN NAFSU TETAPI DILANGGAR JUGA..DAN ADA YANG PASTI ITU ADALAH AJAKAN AKAL TETAPI TIDAK DIENDAHKAN..YANG SEBENARNYA KITA INI TIDAK MAMPU MENGENAL DI ANTARA KEDUANYA KECUALI DENGAN RAHMAT ALLAH KITA MENDAPAT PETUNJUK YANG TELAH DIJANJIKAN.
ITULAH TAUFIQ DAN HIDAYAH, YG DAPAT MEMBAWA DIRI KELUAR DARI KEGELAPAN MENUJU KENYATAAN HIDUP HAKIKI YANG SEBENAR YG NYATA KITA INI TIADA IBARAT CERMIN MALAH YANG ADA HANYALAH DIA. TUNGGULAH SEHINGGA TUHAN MEMBUKAKAN MATA HATI MELIHAT PERKARA PERKARA YANG SEDANG BERLAKU DENGAN SEBENARNYA MELALUI MUSYAHADAH YANG BERSIFAT AMAT RAHSIA ATAU KATEGORI RAHSIA YANG TERAMAT RAHSIA DISEBUT SEBAGAI SIRRIL ASRAR.
ANDAI KATA SAYA SENDIRI YANG MENYAKSIKANNYA , MAKA SAYA JUGA ADLAH AMAT DILARANG MENCERITAKANNYA DI SINI. APA YANG SAYA PAPARKAN INI JUGA ADALAH KATEGORI SIR TETAPI BERDARJAT MUBTADI’ YANG MASIH BOLEH DITUNJUKKAN KEPADA AWAM SUPAYA DIRI AWAM MENYEDARI KEADAAN DIRI YANG BERDIRI SELAMA INI ADALAH TERDIRI DARI TUBUH ROH YANG SENI DIKANAN DAN TUBUH SYAITAN NAFSU YANG JUGA SENI DIKIRI. MASING MASING MENEMPATI KEDUDUKAN DI AKAL DAN DI HATI. ITULAH HATI YANG DISEBUT SINGGAHSANA IBLIS.

Dari pandangan seseorang:
Mengikut al quran, manusia dijadikan berpasangan. Hakikat berpasangan inilah yg gagal di fahami malah oleh iblis apabila di suruh sujud kpd Adama. Adama adalah bersifat fizikal dari tanah dan nyawa Adama terletak pada darah. Adama sendiri bermaksud Aa-Kami dan Dama-Darah. Adama mempunyai pasangannya iaitu Hawa dan Hawa sebenarnya bukanlah nama isteri Adama yg spt kebanyakan manusia di paksa menerimanya. Hawa inilah sebenarnya sebahagian dari roh tuhan yg ditiupkan ke tubuh Adama. Ini bermakna ruh manusia adalah bersifat mulia dan mempunyai kehebatan yg tidak terbatas. Manusia di janjikan menjadi khalifah di muka bumi kerana tuhan melebihkan manusia dari seluruh makhluk ciptaannya. Di samping itu diadakan penjaga di hadapan dan di belakang..

*Ini adalah pandangan tuan ********, walau bagaimana pun terpulang kepada individu masing masing untuk memahaminya.

Ahlan Wa Sahlan , Alaikum Bilkhair..

P/S= Sekiranya bercangah dengan mana-mana ilmu kebenaran, angaplah ini sebagai dogengan sahaja. Anda tidak dipaksa untuk mempercayakan apa yg telah ditulis
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 19 Jun 2011

INFINITY DOWNLINE

Wokey mula-mula korang tenung kat gambar diatas ini selama 15 saat (lagi lama lagi bagus), tenung yg kat tengah2 sekali tu... lepas tu dengan pantas korang lihat pula gambar api kat bawah ni
Apa terjadi?? Mesti korang nampak yg api ni bergerak kan.. bagi yg tak nampak tu sila lah jumpa dengan doktor mata haha point sebenar aku adalah jangan percaya dengan apa yg dilihat.
Rasanya dulu aku dah postkan pasal menda ni tapi tak apa lah sebab aku tengok masih ramai yg duk tuli lagi pasal menda ni. Sebut je pasal downline kompom menda ni hampeh sebab lame2 korang hangus.
Facebook log in RM100 hahahaha watefak. Kali ni aku fokuskan pada menatang menda ni, bagi korang yg ada akaun FB ni mesti korang ada terjumpa dengan menatang ni kan. Sebenarnya menatang ni dah belambak dimana-mana bukan kat FB je, di mana ada sosial network disitu ada menatang ni. Aku tak join pun tapi aku dah tahu cara operasinya.
Mesti ada yg bengang dengan aku sebab postkan menda ni kan hahaha. Macam kat fb hari tu orang yg buat manatang ni marah kat aku dengan sahabat aku sebab kacau dia mencari orang bodoh untuk dijadikan mangsa. Sistem menatang ni mudah je, korang bagi bewak tu duit RM100 pastu bewak tu akan bagi tahu cara untuk korang pula jadi bewak hakhak.
Meh aku ajar korang jadi bewak tanpa perlu korang keluarkan modal RM100, yaaaa free je aku bagi tahu hahaha. Caranya mudah je... korang hanya perlu cari orang untuk dijadikan bewak je. Mudah kan.. suruh orang tu bayar korang RM100 lepas tu korang bagi tahu lah kat orang tu cari orang lain pula untuk dijadikan bewak dan mintak pula kat orang tu RM100. Dan menda ni berterusan lah seperti itu sampailah dah tak ada orang yg nak jadi bewak haaaa bila dah tiba masa ni korang lah hangus sebab tak ada dah income pulus korang tu.
Ok mari berfikir secara logiknya... sekarang korang dah tahu kan macam mana cara menatang ni berfungsi... jadi buat apa korang nak bayar kat orang apa kata korang mulakan je terus mencari mangsa. Wooouussshhh 100% untung tu tanpa modal pun.... peerrrhhh bijak lagi bernas kan cadangan aku ni hahahaha pujilah lah aku ni sikit weh. Apa??? korang masih samar-samar tak nampak menda?? deerrrr slow betul lah korang ni baiklah mari aku terangkan lagi bersuluh dengan lampu spotlight untuk korang. Ini kalau cara aku lah haha:
Mula2 korang cetak je duit korang tu banyak2.. cetak berwarna lah (jangan buat duit tu untuk beli barang sudah lah) seperti semua orang buat haha lepas tu ambil gambar dan letak lah kat mana2 laman sosial yg korang ada. Upah atau suruh je kawan korang dua tiga ekor untuk komen pada gambar tu dengan komen yg membina hakhak. Contoh komen seperti ni "saya dah join bisnes ni dan dah kayo... terima kasih kerana ajak saya join". Tak cukup ganas lagi komen tu... cuba komen yg macam ni pula "baru 2 bulan saya join saya dah mampu beli kapal terbang" hahaha haaaa yg ni mantap abis. Dan korang jangan lupa pula untuk bagi tahu kat gambar tu untuk PM korang kalau nak join. Alaaa tipu lah kata bisnes online, mesti ramai yg bodoh akan join dan bagi korang RM100 dan diaorang bukan tahu pun yg komen tu kawan korang sendiri. Kayo lah korang dengan hanya perlu menipu je orang bodoh untuk dijadikan bewak hahaha.
Ilusi... haaaa ni lah apa yg aku nak tujukan pada mula2 takdi, korang nampak kan gambar api tu seperti hidup sedangkan gambar tu tak bergerak pun. Bagi korang yg nak menipu dengan cara yg aku tunjukan itu sila jangan libatkan aku pula. Dosa korang tangung sendiri aku tak terlibat langsung ok. Kalau betul bisnes online mana prodaknya?? barang yg dijualnya?? tak ada pun. Seperti yg aku kata takdi, cari orang yg bodoh dan ambil duit RM100 dia dan suruh dia pula yg cari orang bodoh yg lain untuk diambil duit tu. Halal atau Haram duit yg korang dapat tu aku tak tahu lah, lebih baik korang tanya kat Ustadz atau Pak Imam masjid yg berdekatan. Dulu ada lah kawan aku yg letakan gambar dia dengan duit yg cetak berwarna dan ramailah yg percaya yg dia tu kaya hahaha. Dia buat sekadar suka2 je bukan untuk menipu orang seperti yg kat atas tu. Itu lah kadang2 apa yg kita nampak dengan mata kepala sendiri tu pun tak boleh dipercayai. Wokey lah aku bagi tahu korang pekara yg sebenar menatang ni, INI BUKAN BISNES ONLINE TAPI MINTAK SEDEKAH ONLINE. Bagi yg tak ada computer atau pengatahuan IT masih boleh join menda ni, caranya bawa mangkuk sambil duduk di tempat awam. Sama je tapi berlainan situasi hahaha
P/S= Mesti ramai yg terlibat dengan "bisnes online" menatang tipu ni marah dengan aku hahaha. Kalau kat facebook mesti terus block aku atau delete terus dari fren list hahaha sebab takot aku akan kacau diorang sampai diaorang tak boleh cari bewak hahaha. Ingat akak hari tu hahaha jadi korang dah tersedar atau belum??
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pokemon Are Real!

Korang suka tengok kartun pokemon? cuba tengok gambar ni 
Pokemon Are Real!

P/S= korang jangan pula cat haiwan peliharaan korang untuk samakan dengan Pokemon.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Motorsikal Yang Diperbuat Dari Jam Tangan Part 3

Gunakan jam tangan korang yg dah rosak tu sebagai barang perhiasan seperti ini. Silap-silap korang boleh jualkan pula..







Kraf-tif tak?
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

NEIL ARMSTRONG

Berhati-hatilah dengan ucapan kerana mungkin dapat mempengaruhi sejarah!


Pada 20 Julai 1969, Komandan Apollo 11 Lunar Module, Neil Armstrong terkenal sebagai manusia pertama yang menjejakkan kakinya di bulan. Kata-kata pertamanya setelah menjejakkan kaki adalah; "That's one small step for man, one giant leap for mankind". Kata-kata tersebut disiarkan kepada jutaan penonton TV di seluruh bumi tetapi seketika sebelum dia kembali mendarat di bumi, dia membuat ucapan yang cukup misteri; "Good Luck Mr. Gorsky".
Pada saat itu orang-orang di NASA berpendapat ia hanya semacam sindiran halus kepada pesaing mereka iaitu angkasawan Soviet. Namun setelah disiasat tidak ada nama Gorsky pada angkasawan Amerika mahu pun Soviet. Bertahun-tahun setelah itu ternyata masih ramai masyarakat yang penasaran dan mempersoalkan erti kata Amrstrong "Good Luck Mr. Gorsky". Setiap kali ditanyakan, Armstrong hanya tersenyum penuh makna.
Pada 5 Julai 1995 di Tampa Bay, Florida, pada wawancara seumpama pidato, seorang wartawan kembali mengajukan pertanyaan yang sudah berusia 26 tahun itu kepada Armstrong. Saat itulah pada akhirnya Armstrong menjawab pertanyaan itu. Disebabkan Mr. Gorsky telah meninggal dunia sehingga Armstrong merasa tidak menjadi masalah jika dia menjawab pertanyaan itu.
Cerita bermula pada tahun 1938 ketika Armstrong masih kanak-kanak, dia sedang bermain bola dengan jirannya di halaman belakang rumah. Suatu ketika, temannya menendang bola terlalu kuat sehingga bola itu mendarat di halaman sebuah rumah yang tidak jauh dari situ dan berada betul-betul di bawah jendela bilik tidur. Tuan empunya rumah itu adalah Mr dan Mrs. Gorsky.
Ketika Armstrong sedang merangkak mengambil bola tersebut dia mendengar jeritan Mrs. Gorsky sedang memarahi Mr. Gorsky. Dan jeritan itu yang membuatkan Armstrong yang masih kecil tidak boleh melupakannya seumur hidup.
"Sex! You want sex?! You'll get sex when the kid next door walks on the moon!"
P/S= Kadang-kadang macam lawak pulak hehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Gambar Lawak Malaysia

Wow.. kawasan ape ni?? takut lah nak ceroboh hahaha
hancor
Untuk rumah apa ni?? ape tu menyadapi??
gaga
Sila jauhkan kenderaan anda sebab lori ni tak abis pantang bersalin lagi =D
wtf
Aku ingatkan hanya ada spa gay je, rupa-rupanya ada juga salon haha
Kesian pulak aku kat polis yg ambil report ni, mesti dengan penuh kesyahduan sambil mengalirkan air mata =P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

ULAMA’ NAMIMAH ULAMA DEGIL

CIRI CIRI ALIM ULAMA YANG JAHAT, BUKAN PEWARIS NABI SAW..


Jarang sekali orang memperkatakan soal ini kecuali diri yang mencari jawaban untuk menilai dirinya sendiri bukan untuk menilai diri  orang lain. Bertuahlah manusia yang alim dan dihormati oleh masyarakat ramai sudi memandang dirinya siapa melalui ruangan kecil dan sempit ini. Artikel ini diterbitkan setelah salah seorang rakan penulis bertanya mengenai ciri ciri yang boleh dikenal ke atas diri yang bergelar ulama. Beliau adalah seorang ulama al hafiz juga….
CIRI CIRI ULAMAK NIFAQ DAN TERAMAT JAHAT WAL ‘IYAZUBILLAH


Telah bersabda Rasulullah SAW.
“Wailun li -ummatii  min ‘ulamaa- is Suu’ ”.“  Rosaknya perilaku ummatku adalah BERPUNCA dari perbuatan ORANG2 PANDAI AGAMA yang TIDAK DAPAT MENahan SEgala KEinginan HaTiNYA ”
Ciri-ciri Ulama’ Suu’. (Orang orang yang pandai, alim tetapi berfikiran jahat).
1. Bersabda Rasulullah saw,” Ulama’ itu adalah kepercayaannya Rasul , selama dia itu tidak bercampur  gaul dengan Sulthan  dan dia tidak dimasukkan ke dalam urusan dunia… Maka tatkala dia bercampur dengan Sulthan dan menyampuri  urusan duniawi, maka sesungguh dia itu telah berkhianat kepada Rasul. Maka berhati-hatilah terhadap mereka”.
(Hadits dari An Anas rawahu ‘Aqili.Kitab Jami’us shogir )

 Keterangan Hadith :

ORANG ORANG YANG PANDAI DALAM ILMU AGAMA SELAGI DIA TIDAK BERGAUL DENGAN PEMERINTAH KECIL ATAU BESAR , DAN TIDAK TERLIBAT DALAM URUSAN  POLITIK  DUNIANYA ATAU DALAM KERAJAAN SESUATU BANGSA DAN NEGARA, MAKA SELAMA ITULAH ORANG ORANG INI MASIH  SELAMAT JIWA RAGANYA DAN RATA RATA MASYARAKAT MASIH MEMBERIKAN KEPERCAYAAN SETULUS HATINYA. TETAPI JIKA PARA ALIM ULAMA INI SUDAH BERGAUL DENGAN PARA PEMERINTAH DAN MENCAMPURI URUSAN POLITIK DUNIANYA MAKA ramai pun yang sudah kurang percaya dengan kata katanya. Dengan sendirinya orang tidak akan menjadikan si alim  itu sebgai tempat rujuknya lagi kerana sudah kurang dan ada kalanya langsung tidak percaya lagi…inilah hakikatnya.. Itulah pengertian BERKHIANAT DENGANKU..Berbeza pula pada pandangan saya mengenai ulamak atau orang  orang alim tertentu yang tidak suka melibatkan diri dalam politik israel ini lebih menjadi tumpuan ramai..

Kenapa jadi begini..Apabila seorang ahli agama berdamping dengan raja yang zalim atau fasiq maka dia akan mengikuti segala keinginan dan kehendak para penguasa politik itu. Kenapa…Kalau alim ulama ini tidak menyediakan perkara atau apa sahaja yang menyokongnya untuk mengekalkan kuasa pemerintahan atau perbuatan yang syubhat itu, maka hilanglah tempat cari makan dan periuk nasi sumber mengumpulkan kekayaan dan pangkat. Hanya pemerintah yang boleh memberikan pangkat Dato’,orang kebanyakan tidak layak berbuat demikian..Kenapa suka dengan wang, kuasa dan pangkat serta gelaran ? ..Jawablah sendiri..
2. Memiliki ilmu tetapi tidak mengamalkan ilmunya.
Bersabda RAsulullah saw ,” Kerusakan bagi orang yang alim yang  tidak mengamalkan ilmunya ”.
Mereka memiliki ilmu “bersedekah”, tetapi mereka rasa tamak dan kedekut, atau mahu membantu tetapi mengharapkan beritanya tersebar melalui corong mikrofon, sembang di pasar atau di dalam  berita TV, surat kabar, dll. Qiaskan wahai saudaraku muslimin muslimat..pada perkara menyentuh dan menyakiti hati muslimyang lain dan larangan menyakiti hati walaupun orang kafir di dalam hadith yang lain. Marilah kita semua mengamalkan ilmunya, jangan sakiti walaupun haiwan melata tetapi kita menggembirakannya walaupun kita miskin tanpa harta di dunia..
3. Bersabda Rasulullah saw ,” Barangsiapa menuntut  ilmu dan dengan ilmunya itu nanti nama keilmuan dirinya akan tersebar meluas di kalangan masyarakat ramai – ‘di kampung atau di bandar..”,
Keterangan Hadith : “ Mereka mencari ilmu bukan semata mata menuntut redha Allah, menjalankan perintah Allah dan Rasulnya, melainkan untuk mencapai kemasyhuran dan menjadi terkenal dengan kebijaksanaan dirinya berpidato atau berceramah di atas pentas termasuk di depan lanser kamera..perbuatannya pergi balik untuk belajar ilmu itu sangat baik baik..tetapi selitan  niat yang jahat di dalam hati sanubarinya itu yang merusak segala galanya..
4. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu mereka kelihatan  menonjol di mata orang-orang bodoh”,
Mereka khuatir dikata  bodoh, sehingga mereka menampakkan seolah-olah mereka adalah termasuk golongan orang yang berilmu tinggi.. Maka, mereka akan tampak menonjol dimata orang-orang yang bodoh. Tetapi di hati para yang a’rif billah hanya berada dalam pandangan disudut tepi mata kirinya sahaja bahkan memandang pun tidak sudi..kenapa.. Bukan ilmu yang dia lihat tapi syaitan syaitan iblis yang melingkarinya..sedarilah wahai saudara saudaraku wal ‘iyazubillah min zaalik.
5. Bersabda Rasulullah saw , “ atau supaya dengan ilmunya itu orang-orang banyak tertarik kepadanya ”.
Atau dengan menyampaikan ilmunya, mereka hanya ingin supaya orang-orang lainnya tertarik padanya dan menjadikan dirinya kiblat ilmu.. Dan bukan untuk menjalankan perintah Nabi untuk syiar agamanya.
Bersabda Rasulullah saw , “Allah subhanahu wata’ala akan memasukkan orang orang  itu ke dalam Neraka.”
(hadits rowahut tirmidzi, kitab Jami’us soghir)
6. Telah berkata para ‘arif billah : Manusia itu tergolong kepada empat golo-
    ngan yang membezakan darajat dirinya dengan derajat diri orang lain wa-
    orang itu alim atau kaya raya atau miskin merempat papa kedana.
Yang pertama, kelu lidah tidak pandai berbicara ditambah pula buta sekalian mata hatinya.- itulah sifat orang jahil 90 persen dirinya dibalut nafsu .
Yang kedua, lancar lidahnya petah kata katanya tetapi sayang buta sekalian mata hatinya dari melihat alam yang ajaib ajaib kekuasaan dan keagungan Allah.- itulah alim ulama suuk. 90 persen dirinya dibalut nafsu 10 persen dirinya dikuasai aqal fikiran.
Yang ketiga, kelu lidahnya di depan ulama, tetapi mata hatinya melihat mereka dan kejahatan mereka yang tersembunyi disebalik tudung serban dan jubahnya lagi melihat da mendapat ilmu hikmah yang melimpah ruah.
Yang keempat dan terakhir, petah lidahnya bertutur mengatur urusan menjadi khalifah Allah memakmurkan bumi, mata hatinya kasyaf kunni melihat segala rahsia kebesaran Allah swt. Orang seperti ini jarang jarang ditemui, mereka adalah kekasih Allah yang sentiasa menjauhkan diri dari manusia berkebun dan bertani memakmurkan bumi sebagai khalifah untuk diri dan murid muridnya sahaja.
Manusia ini tidak menuntut habuan dunia dari kerajaan mana pun yang memerintah, orang orang seperti ini kebanyakkannya menjauhkan diri dari kesibukkan politik dunia dan lebih senang baginya fana’ baqa billah setiap masa dan ketika.
7. Di bawah ini adalah pandangan peribadi yang sengaja dinaqal dari seorang tua yang tidak pernah dikenal orang siapa dia itu. Beliau pernah menyebutkan perkaranya dengan jelas tetapi penulis mengungkapkannya semula dalam bentuk pantun atau sajak ataupun puisi yang hanya menjelaskan sedikit gambaran daripada maksudnya yang sebenar. Mungkin amat mudah memahaminya. Kenapa penulis tidak menyebutnya secara jelas sahaja bukankah itu lebih mudah? Sebenarnya berqias dan bermadah adalah amalan para anbiya warmursaliin wassyuhadai wassalihin..walauliyail muqarrabiin, wabihi nasta’iin ala umuurid dunya waddiin..
Sajak , Pantun , Guridam Ulama Suuk
” Izinkan Hamba Menukil Berita, Berita Berqias Panutan Agama,Bekal Hidup Panduan Berdunia, Mengisi Tabaq Di Barzakh Sana..Hamba Tergerak Hati Bicara,Ingin Bertanya Pada Sang Pendita, Mana satukah Intan Permata, Antara Murai, Biawak dan Buaya..“
” Hamba Menukil Bukan Durjana, Bukan Hamba Ini Berkata, Dari Kayangan Turun Bicara, Antara Tiga Makhluk Sang Cipta, Tiada Satu Intan Permata, Sinar Menyilau Padanya Tiada, Bau Yang Busuk Menyengat Deria, Menyakitkan Lima Si Pancaindera, Bila Terdengar Murai Berjaja, Rontok Seluruh Jiwa Dan Raga, Jatuh Berderai Disambar Buaya, Barang Yang Baki BiaWak Yang Punya..”


” Ke Hulu Ke Hilir Menggandar Besi, Konon Dikata Mujahid Pemberani, Niat Yang Baik Tapi Mencemar Duli, Dia Saja Yang Tahu Allah Hu Rabbi..”
” Wahai Murai Turunlah Dari Kayangan, Perjuanganmu Terabai Jika Di Awan, Biar Retak Besi Di Gandar, Tiada Siapa Yang Akan Mendengar, Hanya Bulan Disebalik Awan. Itu Pun hanya Buat Sementara, Gandar si Besi Tukar Di Genggam, Dendam Membara Siap Di Lepaskan, Dendam Kesumat Telah Di Lontarkan, Marah Dan Geram Sudah Berjalan..”
” Menusuk Jantung Hati Para Pengunduh, Beratus Ribu Insan Yang Bodoh, Taat Setia Mendengar Yang Hodoh, Bukan Begitu Melentur Buluh, Gunakanlah Hikmah Barang Yang Ampuh..Tatkala Suram Dada Tersentak, Tatkala Riang Mata Terbeliak, Semasa Miskin Jalan Tak Dongak, Dapat Pangkat Bernektai Segak, Dahulu Kata Itu kafir Juhalak, Kini Suka Takut Tertolak..“
” Ingatlah Wahai Saudara Yang Mulia, Ingatlah Mahkota Dan Baju Kita, Jangan Hanya Pandai Bicara, Amalkan Juga Apa Di Kata, Ingat Beringat Tuntutan Baginda, Muga Selamat Gelaran Ahli Agama, Pandai Berkata Pandai Menjaga. Jangan Kata Munafiq Dia, Kita ini Lebih Nifaq Sebagai Bapa…”
“  Asyiq Gemar Mentertawakan Orang, Hobi Suka Mencari Salah Jiran,
Mungkin Tabiat Intai Hak Orang, Zip seluar Lupa Nak Betulkan..”


Bismillahirrahmaanirrahiim,

Ata’ Muruunannaasa Bilbirri Watansauna Anfusakum Wa Antum Tatluunal Kitaaba Afalaa Ta’qiluun.

” Kamu Menyuruh Manusia Berbuat Baik  Tapi Kamu Lupakan Perangai Diri Kamu Sendiri, Adakah Kamu Tidak Memikirkannya Ke..”

Kata kata ini benar dan penulis mengingati inti patinya.
Kata Kata ini di ambil dari salah seorang ahli kerohanian yang di tujukan khas kepada…diri kita sendiri..ampunkan hamba takkan melayu hilang di dunia…sembah patik harap diampun…        

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!