Maaf sekiranya ada yg kurang senang dengan post ini. Aku ni jenis yg malas dan tak suka sangat nak ulang cerita yg sama jadi aku postkan kat sini untuk tetapan sahabat semua. Lepas ni sesiapa yg tanya lagi aku akan tempeleng tanpa keraguan hahaha.
Memang salah aku....sob..sob.. bak kata orang duit tak dapat untuk membeli kebahagian. Tapi bila nak kawin kena ada duit jugak kan. Aku terlalu sibuk mencari duit sehinggakan kurang masa untuk dia, bukan apa aku telah merancang selepas je sepupu aku nikah bulan 7 ni aku pula yg akan bernikah. Oleh sebab aku dengan dia kerja sama tempat dan tugas yg sama jadi bila dia kawin aku kena ganti dia jadi kitaorang dah rancang untuk cuti yg seimbang. Contoh mula2 dia cuti panjang dulu lepas tu aku pulak.
Walaupun pada hari cuti aku masih buat kerja sampingan untuk mencari duit lebih, yelah lepas nikah kompom nak pergi honeymoon kan jadi biarlah bajet tu banyak baru best hakhak. "segalanya untuk dia, untuk dia, untuk dia"(aku lupa pulak kempulan mana yg nyanyi lagu ni)... tapi segalanya sudah musnah tak perlu lah aku nak bercerita lebih lagi. Memang tiada lelaki seperti aku tetapi yg lebih baik banyak , atas pertolongan orang tertentu maka dapatlah aku jejak lelaki baik yg bekas tunang aku pilih. Aku pun mesej lah kat fecebook lelaki baik itu, tiada ugutan apa2 pun sekadar memberi pesanan yg baik2 dan ini membuatkan anak sedara aku marah. Yelah.. dia kata dah orang buat macam tu kat kita masih nak buat baik lagi ke.... hahahaha. Ok bagi aku mudah jek... jangan fikir apa yg orang buat pada kita tapi fikir apa yg kita dah buat pada orang.
Yang sidia block aku terus di FB tu memang membuatkan aku keliru... Kenapa??? memang banyak yg membuatkan aku tak mengerti... dah le ditinggalkan terkongtang kanting dan banyak menda tanpa pejelasan. Apa yg nak ditakutkan pada aku?? aku bukan jenis orang yg saiko kalau aku meroyan tu pun sorang2 jek tak menganggu orang.
Memang korang tak faham perasaan aku, selepas kematian mak dan akak aku dia lah segalanya. Sidia banyak membantu aku dalam kebangkitan dan mencari arah kehidupan. Dia perempuan yg baik2 jadi elok lah dia memilih lelaki yg baik juga, terpaksalah aku merelakan. Aku dah lara maut sehinggakan membuatkan ramai orang risau hahaha, walaupun aku tengah lara tahap maut tak bermaksud aku akan bunuh diri, kowang jangan risaulah..... cuma... aku tak kisah dah pasal hidup ni.... hidup tak bermakna lagi. Aku hidup kerna dia, dia nyawa dan segalanya....
Entah sampai bila hati ini ingin menangis..... entah bila luka ini akan terawat ,,,, setahun kah?? dua tahun kah?? atau untuk selamanya..... setiap hari semasa pergi dan balik kerja aku akan melalui satu kawasan yg akan melukankan hati ini. Memang seksa bila hidup menderita seperti ini, hidup pun jadi kucar kacir tanpa arah tuju. Dalam ramai2 yg memberi kata semangat pada aku yg sedang semangat yg hilang ini adalah seorang itu memberikan kata yg membuatkan semangat aku sedikit membara. Yeessss akan aku menunggu dan menanti sampai mati.....
Ada beberapa pengajaran yg korang boleh ambil dari kisah duka aku ni...
1) Jangan setia pada orang yg kamu cinta tetapi setia dan kasih lah pada orang yg mencintai kamu
2) Jangan terlalu sayang dan cinta pada seseorang sebab nanti korang akan jadi seperti aku.... rasa nak mati bila ditinggalkan
3) Bila pasangan anda menuduh anda melakukan sesuatu perkara yg tak baik.... itu sebenarnya dia yg sedang melakukannya
4)Biarlah anda dizalimi jangan anda membalas kezaliman itu kerna anda akan menjadi seperti mereka
Dan banyak lagi lah.. pandai2 lah korang fikirkan... dah lejut leptop aku dengan air mata sebelum berliau meletop harhar mestilah aku menyudahkan entri ini.
"apapun yg terjadi, ku kan selalu ada untuk mu, janganlah kau bersedih cos everting going be ok" (ada video untuk lagu ni tapi ada masalah sikit untuk aku uploud) aku masih simpan segalanya...
Ada beberapa isu yg timbul... isu yg agak panas juga lah... akak aku tanye pasal DENDA... kalau ikut cara kat tempat aku ni kalau pihak perempuan putuskan pertunangan kena bayar 2 kali ganda dari duit hantaran.... entah lah.. malas aku nak fikir... bukan senang kalau nak putuskan sesuatu yg berkaitan dengan adat ni. Kenapa aku masih tidak mencari penganti??? semua orang dalam dunia ni tak sama jadi kat mana aku nak cari penganti??? kalau cari yg lain tu boleh lah. Aku mencintai seseorang itu pada siapa dirinya bukan pada rupa parasnya. Oleh sebab ramai yg cintai rupa paras lah yg akan membuatkan lelaki mula cari lain bila bini masing2 dah meningkat tua dan dah tak cantik hahahaha ini adalah hakikat.. jadi korang tahu lah sebab apa laki korang duk mengatal kat luar rumah tu.
Diperlukan seminggu untuk entri ini disiapkan tapi masih banyak yg tak ditulis dan penulisan masih lintang pukang hahaha. Fikiran aku masih celaru, jiwa kosong dan hati entah kemana....
Ada orang nak tolong cantumkan hati aku yg hancur berjuta-juta ni tak?? Jom kita nyanyi lagu anak kampung... eehhh tukar sikit.. "anak felda" hehehe yoosshhh Felda Global... kenang daku dalam saham mu harharhar..
P/S= Gambar kat atas tu bukan aku yg edit... sekian..