Jumaat, 26 Ogos 2011

Mat Brutal Raya Special

Semuanya tentang RAYA, jalan raya, angpau raya, kuih raya, hantu raya, kad raya, cek raya, baju raya, kasut raya, bag raya, bunga raya, raya..raya..raya..raya.. RAYA PUASA
Salam Hari Raya pada semua. Maaf Zahir je huhuhu takde Batin2 ok... tok batin pun takde gak hahaha. Sekiranya korang terasa dengan ayat penulisan dalam blog ni harap maaf jangan disimpan di dalam hati mahupun peti surat ok!!
Suasana Hari Raya tahun ni bagi aku memang banyak perbezaannya sobsob... pemergian insan2 tersayang membuatkan hari raya tahun ni hanya senyuman di bibir tapi sepi dihati. Semua aku buat lone renjer je tahun ni... buka pose sorang2 dan semuanya sorang2 je sobsob sedihkan. Korang memang bertuah tak seperti aku ni.
Tahun ni tidak seperti tahun lepas... kalau tahun lepas aku beraya kat Kelantan disebabkan oleh makcik aku yg meningal dunia kat sana. Tahun ni masih beraya kat kelantan huhuhu oleh sebab kat sini aku dah tak ada sesiapa jadi 3 hari sebelum raya aku akan balik ke sana. Abang aku suruh aku balik pada raya ke-2 bersama dia tapi aku fikir kalau aku balik masa tu raya pertama aku nak pergi mana?? Abang2 aku semua tak apa lah mesti raya pertama diaorang semua beraya kat rumah mentua masing2 tapi aku yg tak ada mentua lagi ni nak pergi mana?? Jadi lebih baik aku balik ke sana bersama sepupu aku beraya kat sana bersama makcik pakcik aku disana. Tak ada lah aku nak duk sini menjadi sebatang karang dilautan hahaha raya sorang2. Korang semua dijemput hadir kat rumah pakcik aku pada raya ke 4 @ ke 3 (tak pasti lagi hehehe) kerana ada majlis Tahlil untuk semua arwah keluarga aku... mak, ayah, akak, makcik dan adik sepupu.
Raya mesti ada mercun punya kan hehehe korang pun mesti penah main mercun kan jangan nak tipu lah. Oleh sebab aku duk kat taman perumahan jadi agak susah lah nak main mercun ni sebab mercun yg aku main memang tahap mer..CUN.. jelitawan lah hahaha. Mana ada nak main mercun tahap kanak2 riang tu... mercun bola, mercun ketupat, mercun botol ciss!! tu tahap kanak2 je yg kalau meletup kat tangan putus jari. Mercun aku main bukan tahap putus jari je... kalau meletup kat badan... tak putus leher putus badan. Harga mercun pun semuanya yg lebih dari RM50. Jadi port bermain ialah kat rumah abang ipar aku huhuhu oleh kerana rumah dia ala2 di kawasan kampung jadi disitu lah menjadi tempat port aku dengan sepupu meriuhkan malam hari dengan detuman mercun.
JANGAN MAIN MERCUN KANG JADI MACAM NI
Sampai kat sini dulu... aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA pada korang semua. Maaf dipinta dari aku, walaupun agak awal huhuhu beberapa hari lagi je nak raya kan. Kalau aku kat kelantan dah tak boleh nak online huhuhu jadi aku gunakan peluang ni lah nak ucapkan kat korang.
Memandulah dengan cermat dan berhemah semasa pulang ke kampung. Ingat orang tersayang menanti korang pulang bernyawa bukan sekadar pulang berjasad.
SALAM HARI RAYA DARI BRUTAL MANIA =D
P/S= Kalau korang tak nak tulis kad raya kat aku, tuliskan cek raya RM1000000 kat aku pun tak apa dah hehehe. Baju raya korang kaler ape ek??.... aku??? hehehe kaler jengking hahahaha =P
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!