Selasa, 2 Ogos 2011

Cara Membuat Ais-Cream Goreng

Sudah lama aku tak mengajar korang memasak kan. Hari ni aku nak ajar korang macam mana nak buat aiskrim goreng. Jadi nanti korang boleh lah menjualnya kat bazar atau pasar malam untuk mencari duit sampingan. Mudah je sebenarnya nak buat...
Bahan-bahan:
1= Aiskrim
2= Telur
3= Serbuk santan
4= Tepung roti
 Potong aiskrim menjadi bentuk bulat atau apa-apa bentuk mengikut kehendak korang.
 
 Salut aiskrim dengan serbuk santan, celup ke dalam telur yg sudah di pukul sama rata dan salutkan dengan tepung roti. Mesti buat dengan pantas supaya aiskrim tu tak menjadi cair.
 Masukkan aiskrim yg dah bersalut takdi kedalam peti ais dan biarkan ia beku semula. Lebih kurang 30 minit lah macam tu. Pastikan aiskrim tu betul-betul beku tau.
 Selepas aiskrim tu dah betul-betul tip top punya beku, korang panaskan minyak bunga matahari atau jagung dan goreng lah. Haaa yg ni pun kena pantas juga tau, korang goreng jangan lama sangat dalam 20 saat je cukup.
Maka siaplah aiskrim goreng tu hehehe mudah kan.. Korang kena ingat, kepantasan itu penting jangan lama sangat kang cair pula aiskrim tu. Sekarang korang boleh lah menikmati aiskrim goreng huhuhu kalau mek aku baca ni kompom nangis dia huhuhu aku lagi hebat memasak dari dia teeeeettttttt.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

6 ulasan:

Unknown berkata...

HUAHUAHUA ! ASKEM GORENG TUH >_<

faeizx berkata...

haha..ayat last 2 xlkeh blah..haha

Unknown berkata...

ayat cr mkn tu hehehe

Hana teen top berkata...

wah...terer la masak...mcm sedap jew..huhuu

cik dila berkata...

pandai anak mak masak. haha.
boleh try lah ni,yg penting kena pantas la ye.. okey2..:)

fiezaradzi berkata...

sedap tu ais krim goreng.. nak cuba la pasni.. thanks.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!