Khamis, 11 Ogos 2011

KANTOI !!! Terkantoi Pulak Dah

Menda apa pulak lah kantoi-kantoi ni yee... kantoi puasa ke? hakhak tak lah. Mesti korang tahu apa maksud kantoi ni kan jadi tak perlulah diterangkan. Ehem.. ehem.. biarlah aku bermula dengan kisah blogwalking... yaaa aku suka pergi kelebek atau singah kat blog orang lain. Kalau ada yg menarik aku lepak membaca kat blog tu. Blogger perempuan yaaa blog yg diusahakan oleh perempuan ni 80% mesti ada yg meletakan banyak gambar. Gambar diri sendiri, gambar mak ayah, gambar adik abang dan kakak, gambar kawan-kawan dan yg paling penting gambar kekasih hati. Gambar pakwe atau balak masing-masing mesti ada punya lah. Sampai kat satu blog perempuan ni... aku pun usha lah gambar semua tu... oooooo ni mak ayah dia... ooooo ni pakwe dia. Selepas tu aku pun blogwalking lagi... ke blog orang tu, ke blog orang ni, kesana, kesini dan tiba-tiba sampailah kat blog perempuan lain pula. Seperti biasa dia pun letak lah semua gambar sanak saudara, teman-teman rapat dan buah hati dia. Aku pun dengan spontannya terkata dalam hati "eh.. macam penah lihat je lah mamat ni.. kat mana ek?" huhuhuhu jadi korang faham tak apa yg kantoi kat sini?? Dua orang yg berlainan mempunyai pakwe yg same hahaha. Kantoi sudah mamat tu dengan aku khekhehehehe =P
Ini kisah bearing pula... korang nampak tak kat atas ni?? haaa ni lah yg orang pangil bearing... huurrmmm korang jangan fikir yg bukan2 pula aku lepuk kang sedas dua hahaha. Suatu petang yg hening aku ingin keluar pergi ke bazar untuk membeli juadah untuk berbuka.. eeewwaahhh pelik je bunyi intro cerita ni hahaha. Ok lah korang pun tau kat kat bazar punyalah sesak jadi malas lah aku nak bawa kereta kompom jem tak ingat jadi aku pun gunakanlah motosikal aku yg boleh terbang tu.. percaya tak? hahaha masa tengah aku menungang tu tiba2 aku rasa tayar depan agak kurang memuaskan kelancaran dia. Aku agak mesti bearing tayar ni dah rosak punya jadi aku pun singgah lah kat bengkel dulu. Oleh sebab kat rumah aku tak cukup peralatan dan aku sendiri malas nak repair sendiri hehehe aku hantar je lah kat bengkel yg pemiliknya seorang berbangsa tamil. Masa tengah dia duk mengusahakan menukar bearing moto aku tu tiba2 anak tokey tu datang dan menolong bapak dia. Dia cakap kat bapak dia yg bearing aku yg rosak tu lokal punya. Korang tahu ape tu lokal?? maksud lokal tu adalah tiada kualiti atau barang cap ayam lah. Dia cakap dalam bahasa tamil dan oleh sebab aku ni jenis berkawan dengan semua orang tak kira warna kulit, bangsa dan agama jadi aku boleh faham lah sedikit bahasa tamil dan cina. Semasa budak tu cakap macam tu aku rasa macam nak buat macam ni je..
Dalam fikiran je lah huhuhu aku puasa kan kena sabar kang batal pula hehehe. Dan dalam hati aku berkata " hampeh kau.. berani ko bagi barang lokal kat aku" hehehe sebab dulu bearing tu aku tukar kat kedai dia juga hahaha jadi barang lokal tu asal dari kedai dia juga lah. Kalau korang nak tahu dia cas harga seperti barang yg ada kualiti. Mahal tapi tak ada kualiti... aku dulu pun rajin gak lepak kat bengkel kawan aku masa di kampung jadi aku tahu lah sedikit macam mana nak membaik pulih motosikal. Dan bearing yg baru tu masih lagi barang lokal, lepas ni aku tukar sendiri je lah. Bak kata kawan aku yg boleh bertutur dalam bahasa cina "kalau kita tak tahu bahasa cina mesti kita kena tipu punya dengan orang cina" jadi same lah kalau kita tak tahu bahasa sesuatu bangsa tu dengan mudah kita ditipu.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Abe Goreng berkata...

wah kene pegi kelas bahase ni. matila kalu sume nk tipu.bangse pe je yg boleh caye.XD

Koleksi Bedroom Yang AWESOME bangat!!!

shafiqabdshukor berkata...

fuuyoo.
hehehe..
btol la tu...
kn gak tau..
nnt x paal2 kn auta..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!