Rabu, 10 Ogos 2011

Kisah seorang pelukis

Ini bukan seorang pelukis =D
Makcik ini adalah sekadar model tak berbayar hehehe

Seorang pelukis berjaya mendapat pengiktirafan daripada gurunya. Setelah sekian lama melukis, dia berhasrat untuk menguji lukisannya kepada orang ramai. sehingga lah pada 1 hari, dia melukis sebuah lukisan tentang kehidupan di atas bukit. Setelah hampir setengah hari melukis, dia akirnya menyiapkan lukisannya. Lantas dia membawa lukisannya ke pasar. Lalu dia mengumpulkan semua warga kota dan berkata:

        "Ini lukisan terbaik ku. jika ada apa2 yang tidak elok pada lukisan ini, sila tandakan dengan tanda pangkah atau bulat. Kerjasama semua warga kota amat saya hargai.."
         Setelah selesai, dia meletakkan lukisannya di hadapan sebuah dewan. Menjelang keesokan harinya, dia datang semula ke dewan tersebut. Alangkah sedihnya pelukis itu bila melihat banyak kesan pangkah dan bulatan pada lukisannya. Dia membawa lukisan terbaiknya itu kepada gurunya. Dengan sayu dia menyatakan apa yang telah berlaku.
       "Jangan risau anak muridku. Siapkan sebuah lukisan yang sama. Aku mahu yang serupa dengan yang ini. Jangan kurangkan walau sedikitpun."
       "Kenapa guru?"
       "Jangan tanya mengapa. Esok, serahkan kepadaku."
       Lalu si pelukis membawa membuat satu lukisan yang serupa. Hampir semalaman dia tidak tidur menyiapkan lukisannya. Setelah pagi menjelma, dia membawa lukisannya kepada gurunya.
       "Mari, ikut aku ke kota. Lalu mereka membawa lukisan itu beserta bahan lukisan ke kota. Gurunya mengumpulkan orang kota dan berkata:
       "Kepada semua warga kota. Ini adalah lukisan terbaik yang aku pernah cipta. Jika ada apa2 yang tidak kena pada lukisan ini, sila betulkan mengguna alat lukisan yang aku gunakan ini. Atau siapkan 1 lukisan yang lebih baik dari lukisan ini."
       Lalu mereka pun balik. Keesokkan harinya, mereka pun kembali menjenguk lukisan yang mereka pamerkan. Alangkah terkejutnya si pelukis melihat lukisan itu langsung tidak terusik!
       "Kita biarkan lagi sehari. Mungkin hari ni ramai yang bekerja dan tidak ada masa untuk membetulkan lukisan ini. Esok hari cuti. Mungkin kita akan lihat perubahan. Lalu mereka pun balik. Keesokan harinya, lukisan itu tetap tidak berubah. masih seperti biasa. mereka membiarkan lagi lukisan itu selama seminggu. Juga tidak ada apa-apa perubahan.Langsung tidak terusik walau sedikit.

         "Guru, kenapa lukisan itu langsung tidak terusik? Padahal ianya adalah lukisan yang serupa dengan lukisan pertama ku?"
         "Itulah manusia wahai pelukis muda.....mengkritik memang senang. Malah yang tak pandai pun menjadi pandai bila mengkritik. Tapi bila disuruh membetulkan, kamu lihatlah lukisanmu. siapa pun tak berani."

            Itulah manusia. Mengkritik memang pandai. Bila suruh buat, macam2 alasan. Contohnya Imam As-Syafie. Berapa ratus orang yang mengkritik kitabnya. Namun, tak seorang pun yang berjaya jadi sepertinya. Bagaimana pulak tu??

         Tanya diri kita....
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!