Semuanya tentang RAYA, jalan raya, angpau raya, kuih raya, hantu raya, kad raya, cek raya, baju raya, kasut raya, bag raya, bunga raya, raya..raya..raya..raya.. RAYA PUASA
Salam Hari Raya pada semua. Maaf Zahir je huhuhu takde Batin2 ok... tok batin pun takde gak hahaha. Sekiranya korang terasa dengan ayat penulisan dalam blog ni harap maaf jangan disimpan di dalam hati mahupun peti surat ok!!Suasana Hari Raya tahun ni bagi aku memang banyak perbezaannya sobsob... pemergian insan2 tersayang membuatkan hari raya tahun ni hanya senyuman di bibir tapi sepi dihati. Semua aku buat lone renjer je tahun ni... buka pose sorang2 dan semuanya sorang2 je sobsob sedihkan. Korang memang bertuah tak seperti aku ni.
Tahun ni tidak seperti tahun lepas... kalau tahun lepas aku beraya kat Kelantan disebabkan oleh makcik aku yg meningal dunia kat sana. Tahun ni masih beraya kat kelantan huhuhu oleh sebab kat sini aku dah tak ada sesiapa jadi 3 hari sebelum raya aku akan balik ke sana. Abang aku suruh aku balik pada raya ke-2 bersama dia tapi aku fikir kalau aku balik masa tu raya pertama aku nak pergi mana?? Abang2 aku semua tak apa lah mesti raya pertama diaorang semua beraya kat rumah mentua masing2 tapi aku yg tak ada mentua lagi ni nak pergi mana?? Jadi lebih baik aku balik ke sana bersama sepupu aku beraya kat sana bersama makcik pakcik aku disana. Tak ada lah aku nak duk sini menjadi sebatang karang dilautan hahaha raya sorang2. Korang semua dijemput hadir kat rumah pakcik aku pada raya ke 4 @ ke 3 (tak pasti lagi hehehe) kerana ada majlis Tahlil untuk semua arwah keluarga aku... mak, ayah, akak, makcik dan adik sepupu.
JANGAN MAIN MERCUN KANG JADI MACAM NI |
3 ulasan:
aiyoo.. seram tgk pic y x de kepale tu.. uhuhuh,.. selamat hari raye yekk.. maaf zahir batin.. (batin--> perasaan) kowt2 ade hati terguris kew.... heheh.. jemput la dtg umh.. =)
kalau nk tgok pic yg lengkap sila ke blog yg lagi satu hehehe. Rumah kat kelate ke??
selamat hari rayaaa!! :D horror aa gambor atas tu. huhuh
Catat Ulasan