Ahad, 7 Ogos 2011

G P S (Gerenti Punya Sesat)

Korang tahu menatang ape ni?? Bagi yg tak tahu GPS ini adalah alat untuk menunjukan sesuatu tempat atau lokasi. Pertunjuk arah lah bak kate orang somalia huhuhu. Tajuk tu agak kurang mantap, lebih mantap "Gerenti Sesat Punya" huhuhu. Aku biasa dengar dah orang duk cerita pasal menda alah ni, macam-macam yg terjadi. Ada yg sampai terjun paya dan gaung sebab percayakan menda ni. 
Bagi yg teringin nak beli GPS ni mari baca kisah aku pula. Aku ada 2 kisah pasal menda ni, eerrrrr aku tak ada pun alat ni hukhuk. Aku pinjam yg kawan punya je untuk dibuat ujikaji huhuhu, bagi aku menda ni tak penting pun. Pengatahuan tentang arah dan selok belok jalan tu lebih penting, menda ni sekadar alat sampingan je. Kalau sesat itu lagi bagus sebab baru kita tahu arah jalan tu dan ingat... betul tak?
Kisah 1=
Aku pinjam kat kawan aku yg sorang tu alat GPS yg baru dia beli. Tempat yg aku ingin tuju... tak jauh lebih kurang 5km je dari rumah aku dan dalam kawasan aku juga lah. GPS ni made in china huhuhu cap ayam kot, harga lebih kurang RM400 +/-. Aku memang dah arif sangat dengan tempat yg nak pergi tu jadi bermulalah test uji terhadap alat ni. Keputusan dia huhuhu memang sampai ke tempat yg nak dituju tetapi mengambil masa yg agak lama sebab mengunakan jalan utama sahaja. Kalau jalan tu jem atau kena buat lencongan macam mana??? Mesti alat ni tak dapat membantu.
Kisah 2=
Kali ini alat GPS dari kawan aku yg lain pula huhuhu lebih cangih sebab ada suara arahan. Yang mula2 tu tak ada kena perhatikan pada screen dia tapi yg ni tak tengok screen pun tak apa sebab ada lah suara aweks yg akan menyuruh kita belok atau masuk kat mana2 simpang. Aku rasa yg ni pun made in china juga dan harga RM600 +/- kot. Misi test uji kaji alat yg cangih ni pun bermula. Hrrruuummmm, masuk simpang kiri, simpang kanan, jalan lurus... belok kiri lagi... lurus dan masuk simpang kanan pula huuuyyoooo best siut suara alat ni memberi arahan huhuhu. Adakah aku sudah sampai di tempat yg nak dituju?? Yaaaaa memang aku tak sampai hahahaha kenapa?? sebab aku masih lagi kat rumah huhu dan aku tak bergerak sedikit pun tapi alat ni dah suruh aku belok sana belok sini hahaha dan terus sampai hahaha. Macam harem punya GPS, kompom penin orang nak folow arahan dia ni. Alat ni dulu bergerak dari kereta hahaha jadi keputusannya teeeeettttt FAIL!!
Waahahaha lawak-lawak bila teringat, ok ada juga alat ni yg bagus. Tepat dan sungguh memberi bantuan kepada penguna. Bukan semua alat GPS yg ada kat pasaran tu hampeh. Atas diri korang lah nak beli yg mana satu, nasihat aku belilah yg ada kualiti biarpun harga agak mahal. Dan jangan lah percayakan 100% alat ni kan tak pasal-pasal terjun paya pula huhuhuhu. Pergatahuan arah yg ingin dituju itu lebih bagus, malu bertanya sesat jalan.


P/S= Ada satu jalan nak ke kuala lipis tu ada puntianak jadi berhati-hati lah. Orang pangil jalan bukit putus huhuhu kalau kenderaan korang tiba2 tak boleh bergerak tu faham2 sendiri lah dan selekoh kat situ agak membahaya. Berhati-hati semasa memandu =D
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

2 ulasan:

Unknown berkata...

kalau kat bukit putus tu ada tak GPS yg made in China bagitahu "awas kawasan pontianak"?...

Unknown berkata...

GPS tu x bagitahu tp GPS tu yg akan mengilai hahaha... seram x?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!