Member aku cakap yg blog aku ni dah jauh terpesong hahaha... yelah nama ganas tapi isi kandungan merepek je. Bak kata aku terpesong akidah huuhahahaha. Ok ape yg nak diceritakan tiada kena dengan blog tapi kena mengena dengan jabatan kerajaan.
Hari ni aku ada perkara yg perlu di setelkan dengan pejabat tanah. Pagi2 lagi aku dengan tak berapa nak tampan ni bersama dengan sepupu aku yg langsung tak tampan tu hahaha pergi lah kat perjabat tanah bahagian Temerloh. Yolah dah dekat dengan kitaorang. Masuk je kat bahagian pejabat tu dengan senyuman yg mengoda di pagi hari puasa ni aku bertanya lah kat kakitangan yg bertugas. Aku pergi kat orang ni, dia suruh aku pergi kat orang sana pula. Aku pergi kat orang sana dia suruh aku pergi tanya kat orang sinun pula.. addooiiii... ke sana, ke sini aku pergi. Akhir sekali sampai lah kat kuanter yg terakhir.... ciss.. tak ade orang pula duk kat situ. Kuanter ade 5 tapi sorang je yg ade kat kuanter tu tapi kuanter tu tiada kaitan dengan urusan aku. Orang punya lah ramai yg bertugas tapi duk berborak je hampeh nak duk kat kuanter. 5minit aku duk tercongok kat sini tiba2 aku terfikir.... ehh aku ni hantu ke?? Diaorang semua tak nampak aku ke??. 10 minit berlalu dengan letih kesana ke sini takdi sepupu aku pun dengan muka ganas duk kat depan kuanter yg tak ada orang tu mula memandang semua staff pejabat tu dengan muka macam nak pukul orang. Huuu aku sabar lagi dibulan puasa ni kan... tak lama lepas tu ada lah yg datang dan bertanya....
Akak staff= Yee nak ape?
Aku= Akak dokemen ni hantar kat sini ke?
Akak staff= Hurrmmm (sambil belek2 dokemen) Salinan yg beli kat pejabat mana? Ehh dokemen tak cukup ni... cop suruhan jaya sumpah kena ada kat sini, sini, sini.
Aku= Uik???? kena beli apa pulak ni?? dokemen mane pulak kena beli ni?? Apa yg tak cukup ni?? kan semua dah ada tu..... ehh kan ada dah cop sumpah tu kat satu kertas tu...
Akak staff= Awak kena beli salinan geran dari pejabat tanah Bera lepas tu semua dokemen ni kena cop sumpah. Jadi awak pergi kat sana dulu hantar kat sana nanti baru diaorang hantar kat sini.
Aku= Pulak dah?? kan alamat kat sini tu... (sambil buat muka macam nak makan orang gggrrrrr!!)
Aku pun terus blah dari situ... geram betul lah aku. Rugi banyak masa dan tenaga je. Sepupu aku lagi lah mengamuk huhuhuhu lalu aku dengan pantas call sahabat baik aku yg berkerja kat pejabat tanah Bera dan tanya dia. Dia sendiri pelik dan tak faham jadi dia suruh aku datang kat pejabat dia dulu. Selepas servis kereta aku pun pergi lah kat pejabat tanah Bera pula sorang2. Jauh lah juga, sambil memandu tu aku fikir.. salah ke aku hantar kat Temerloh?? nanti dokemen tu akan dihantar kat situ juga.
Dengan dokemen yg sama seperti takdi sikit pun aku tak tambah apa2 sampailah aku kat Bera pula. Fikirkan semula mampus aku nak pergi cop sumpah kang... bukan sehelai dua dokemen ni... lebih 20 helai. Hanya sehelai je yg ada cop tu itu pun orang kat makamah tu yg cop kat situ dalam banyak2 tu. Selepas sampai dan berjumpa dengan sahabat aku tu, aku tanye lah semua menda yg akak staff kat temerloh tu cakap takdi. Dia pun garu2 kepala tak faham menda apa tu siap dia pula yg tanya aku apa kejadahnya menda tu? hahaha.
Dari kami duk pening2 kepala sahabat aku pun ajak aku pergi tanya kat bahagia yg berkenaan. Yaaa sahabat aku tu bahagian lain huhuhu tapi dia tahu lah juga tentang urusan aku ni. Sampai je kat bahagia yg berkenaan tu... tanpa banyak cakap aku terus tanya kat budak lelaki yg duk kat kaunter tu..
Budak staff= Yee apa boleh saya bantu??
Aku= Apa yg tak cukup pada dokemen ni? (sambil bagi dia dokemen berkenaan)
Budak staff= Kejap ye bang. Hurmm... (sambil selak2 kertas dokemen) semua cukup bang.
Aku= Aik?? cukup pulak dah?? mmmmmm nak serahkan kat serahkan kat mana ye??
Budak staff= Serah kat sini bang... abang boleh tinggalkan kat sini je.
Aku= Terima Kasih!! (dengan muka senyum)
Haaa tak sampai pun 1 minit semua dah selesai huhuhuhu. Pelik kan, manatang apa yg aku kena beli takdi?? apa yg tak cukup takdi?? Bak kata sahabat aku tu, orang kerajaan memang macam tu... bila cakap tak sopan, buat muka kerek (belagak) pula tu dan tak tahu tapi buat2 tahu. Hahahaha bukan semua macam tu tapi kebanyakannya lah. Macam budak lelaki takdi, aku puji walaupun aku agak tak sopan tapi dia masih senyum dan bertutur dengan sopan. Bukan macam kat temerloh tu, aku senyum tapi diaorang yg muka kelat. Macam diaorang je yg puasa hari ni huh! hampeh. Apa2 pun Pejabat Tanah Bera memberikan urusan yg cekap mantap dan terbaik =D
Cerita sedikit tentang kami sahabat baik, korang semua pun ada sahabat baik masing2 kan huhuhu. Aku sebenarnya satu kelas dengan dia dari Tadika lagi (sekarang Taska) tapi kitaorang menjadi sahabat baik dari darjah 2 sampailah sekarang huhuhu. Dulu sama2 lah curi buah kat kebun orang, lastik burung, jerat burung serindik, cari ikan laga dan bermacam lah aktiviti budak kampung. Sekarang dia dah kawin ada anak dah pun... aku je yg tak kawin lagi sobsobsob wuuuuuuuu ;(
Takdi aku lepak lah dengan dia jap 2 3 jam juga lah huhuhu lame tak jumpa kan. Borak2 dengan dia... uikk... macam2 dah dia buat sekarang dan sama je dengan aku huhuhu. Main snuker, memancing, main permainan helicopter control dan bermacam2 lagi lah aktiviti.
Sampai dia beli dart (seperti gambat di atas) 3 batang tu RM130 huhuhu punya lah bagak mahal kan. Aku pun nak beli Kayu snuker (Q) berharga RM2++. Yaaa memang mahal semua kelengkapan aktiviti kitaorang ni. Aku pun cakap lah kat dia, kenapa bila kita dah tua ni baru nak buat semua ni ek?? pastu dia cakap... huhuhu dulu mana ada bajet hehe!. Fikir2 balik.. bini dia tak marah ke habis duit dengan semua ini?? macam aku tak apa lah tak ada bini lagi. Kalau korang orang perempuan marah tak laki korang duk membazir macam tu?? Aku tahu bini sahabat aku tu tak marah punya lah. Aku pun fikir juga... ok ape habis duit macam ni dengan hobi dari habis duit duk mencari perempuan lain. Lelaki habis duit dengan hobi dari curang dengan perempuan lain... ok what!!! Yg penting sayang bini dan tak curang.... boleh bawa anak pergi memancing same2... ramai dah sekarang aku tengok orang bawa anak bini pergi bersantai memancing kat kolam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan