Hari ni aku nak terangkan secara ringkas apa makna sebenar yg tercatit pada botol minyak pelincir yg korang beli tu. Aku jamin yg korang main beli je tanpa meneliti adakah minyak ini bagus atau sesuai untuk enjin kenderaan korang. Untuk menjaga kebaikan enjin dan memberikan kuasa sepenuhnya kepada kenderaan korang faktor pengunaan minyak pelincir itu penting.
Mesti korang penah lihat menda ni kan pada botol minyak pelincir yg korang beli tu... jadi apa makna dia?? ok sebelum tu kena bagi hormat sikit pada petrolnas huhuhu sebab kat situ lah aku belajar semua ni... walaupun aku sendiri tak mengunakan minyak dari syarikat tersebut. Nanti aku ceritakan kenapa ok...
Berbalik pada tajuk.. korang nampak tak " API SM" dan "20w 50" tu... apa makna dia?? meh aku terangkan secara ringkas maksud sebenar menda itu.
API = American Petroleum Institute
SAE = Society of Automotive Engineers
ILSAC = International Lubricants Standardization and
Approval Committee
OEM = Pengeluar Enjin Tulen (Pengiktirafan Pengeluar)
API = Klasifikasi Prestasi
SEA = Klasifikasi Kelikatan
ILSAC = Klasifikasi Penjimatan Minyak
Jadi apa bila korang beli minyak pelincir tu biarlah ada menda ni tertulis pada botol minyak tu. Maksud OEM tu adalah minyak yg digunakan oleh pengeluar kenderaan tu, alaaaa semasa korang beli kereta baru minyak tu lah yg mula2 sekali ada dalam enjin kereta korang. Untuk mendapatkan minyak ni korang perlulah pergi pusat servis yg diiktiraf untuk jenama kenderaan korang.
API adalah gred prestasi.. dan kebiasanya ada lagi huruf yg ditulis selepas gred ni.. contoh kat atas tu API SM. Jadi apa maksud SM ni?? ini adalah kod untuk jenis enjin... mmm... tak faham?? ok..ok.. biar aku bagi kod untuk enjin petrol, diesel dan enjin 2 lejang (motorsikal)
Petrol = SA SB SC SD SE SF SG SH SJ SL dan SM
Diesel = CA CB CC CD CE CF
Diesel 4 Stroke (4WD) = CF-4 CG-4 CH-4 CI-4 dan CJ-4
Enjin 2 lejang = TA TB TC
Jadi jangan tersalah beli pula.. kena pula korang pergi beli minyak pelincir untuk enjin diesel isi pada enjin petrol... jahanam enjin kang.
SAE ni ade dua gred pula... Gred Tunggal (monograde) dan Gred Pelbagai (multigrade). Gred Tunggal ialah julat kelikatan daripada SAE 0W sehingga SAE60 dan Gred Pelbagai ialah mempunyai lebih daripada satu gred SAE i.e. contoh 15W-40, SAE 5W-30. Kelikatan adalah kepekatan bagi orang yg tak tahu hehehe. Eehhh apa itu 15W... ok W itu adalah Winter bermaksud Kebekuan. Pada suhu berapa minyak pelincir ni masih boleh bertahan tanpa menjadi beku, jadi kita kat malaysia ni yg tak ada musim sejuk (salji) tak perlu ambil tahu tentang ini.
Kelikatan minyak itu adalah penting untuk pretasi enjin kenderaan korang. Contoh cuba korang isi air kosong dalam cawan dan cuba kacaukan mengunakan sudu.. mudah tak ia berputar?? cuba tambahkan gula pada air tu dengan banyak sampai air tu menjadi terlampau manis dan cuba kacau lagi... masih boleh berputar kan tapi mana lagi yg mudah?? air kosong ke air gula yg pekat takdi?? Seperti enjin korang.. aku sarankan kalau enjin korang kurang dari 1000cc gunakan lah minyak pelincir SAE30 kebawah. Memang boleh guna SAE40 ke atas tapi nanti enjin korang menjadi berat lah... tak lancar.. kena pula naik ramai2.. semput je kereta korang nak mendaki bukit kang.
Apa itu SYNTHETIC... ada yg separuh dan ada yg penuh. Ada juga yg langsung tak ada, ok menda ni adalah bahan yg dicampurkan kedalam minyak pelincir itu. Bahan ini adalah sangat bagus kerana ia menjaga enjin kenderaan korang supaya dalam keadaan baik. Contoh bila korang minum air teh tanpa gula.. sedap ke?? jadi menda ini umpama gula. Memang minyak yg ada menda ni harga dia lebih mahal sedikit tapi tak apa baik untuk penjagaan enjin kenderaan.
Wokey last sekali kenapa aku tak mengunakan minyak atau sebarang minyak keluaran PETROLNAS?? sebab hahahaha minyak sadi syarikat ini langsung tak bagus. Tiga tahun aku bersama syarikat ini aku tau lah hehehe. Memang minyak diaorang ni Top 1 di mata dunia, memang minyak petrolnas ni bagus TAPI hanya di luar negara je. Semua minyak yg dicari gali di malaysia dieksport ke luar negara... eehhh jadi kita kat malaysia ni pakai minyak dari mana?? Petrolnas mengimport tahi minyak dari Arab dan diproses untuk kegunaan di negara sendiri. Tahi minyak ni adalah gred minyak yg paling bawah sekali.. minyak yg tak bagus lah. Contoh seperti minyak masak bila korang goreng ikan atau telur dan mengunakan minyak yg sama selama seminggu apa jadi?? Mesti ada tahi minyakkan... dan cuba minyak tu korang jualkan kepada orang.. rasa-rasa ada yg masih nak beli ke?? korang sendiri pun tak akan gunakan dah untuk mengoreng ikan kan... Semua jenis dari minyak petrol sampailah minyak pelincir petrolnas yg ada dalam negara ni adalah dari arab.
Member aku yg pernah berkerja di pelantar minyak petrolnas pun bersetuju dengan apa yg aku merepek ni hehe. Dia sendiri bagi tahu aku semasa dia pergi ikut rombongan ke trengganu tampat memproses minyak tu, dia tekejut apa bila melihat mesin memproses minyak yg baru digunakan 1 tahun tapi dah macam 10 tahun digunakan. Oleh sebab proses minyak tak berkualiti dari arab tu, seksa mesin tu deerrrr.
Apa-apa pun korang ada hak dalam pilihan pengguna. Ikut korang lah.. aku cuma nak bagi tips tentang minyak pelincir je yg lain tu korang sendiri lah yg tentukan. Harap dapat membantu korang sedikit.
P/S= Khas untuk member yg sama-sama penah menjadi penipu untuk petrolnas... sama bila nak tangung dosa??
8 ulasan:
Terima Kasih Untuk Maklumat Anda, Tahniah.
Tq for ur information
Klau silap masuk myk hitam desel pd enjin petrol mcm ne?
Macam bancuh teh masuk garam..hahahaha
Ko tak gentle la. Buka ke swmua jenama minyak malaysia import minyak dr saudi. Nape ko memtion petronas jerr
x leh pakai mana apa hk dia tulis nih.m
Sy dh guna minyak ci4 ni dah 8 tahun ok jer...alhamdulillah
Catat Ulasan