
Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah membuat satu kajian tentang kelebihan solat  berjemaah yang disyariatkan dalam Islam. Katanya tubuh badan kita  mengandungi dua cas elektrik iatu cas positif dan cas negatif. Dalam  aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah  tentu banyak tenaga digunakan. Dalam proses pembakaran tenaga, banyak  berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan  ketidakseimbangan dalam tubuh kita.
Ketidakseimbangan cas dalam  badan menyebabkan kita rasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti  seharian. Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk  mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.
Berkaitan dengan solat  berjemaah, timbul persoalan di minda professor ini mengapa Islam  mensyariatkan solat berjemah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan  orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya  mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.
Semasa kita solat berjemaah,  kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak  kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu  mempunyai berbagai kelebihan. Kajian sains mendapati sentuhan yang  berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di  kiri dan kanan kita akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan  oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan-sama ada negatif atau  positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke  dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas  dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali  kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah  berehat berapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif  dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan  sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat  dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan 2 rakaat.
Seterusnya, setelah sehari kita  bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini kembali tidak stabil akibat  kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan  lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam  berperanan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu,  solat Zohor didirikan 4 rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada  proses pertukaran cas dakam tubuh. Situasi yang sama turut berlaku di  sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali  tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak.  Seperti mana solat Zohor, 4 rakaat solat Asar yang dikerjakan akan  memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.
Lazimnya, selepas waktu Asar dan  pulang dari kerja kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang  banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu  lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak 3 rakaat adalah  lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yng kurang berbanding 2 waktu  sebelumnya. Timbul persoalan di fikiran professor itu tentang solat  Isyak yang mengandungi 4 rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak  banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses  pertukaran cas yang banyak.
Setelah kajian lanjut, didapati  terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan 4 rakat dalam solat  Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam amat digalakkan untuk tidur awal  agar mampu bangun menunaikan tahajjud di sepertiga malam. Ringkasnya,  solat Isyak sebanyak 4 rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan  serta memberikan tenaga untuk kita bangun malam (qiamullail).

Dalam kajiannya, professor ini  mendapati bahawa Islam adalah satu agama yang lengkap dan istimewa.  Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah ynag tersirat  untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa  kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan  hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.
Wallahualam.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan