Oleh sebab aku masih belum ada isteri jadi aku tak boleh nak huraikan dengan lebih panjang tentang pekara ni. Sekadar ringkas je lah aku tulis hehehe. Bila sebut aje pasal mengidam ni mesti korang dah fikir tentang makanan kan.... fikiran bagi orang yg masih bujang.
Biar aku mulakan dengan sahabat karib aku.... korang masih ingat lagi tak yg dulu aku jadi bapak angkat tu. Semasa isteri dia mengandung anak sulung, kata orang bila perempuan mengandung anak sulung ni dia punya mengidam memang power. Macam-macam lah dia mintak yg pelik-pelik, mesti korang fikir makanan kan... hehehe. Menurut sahabat aku tu.. tak adalah lah pulak bini dia tu mintak nak makan daging rusa putih, sup naga ataupun gajah masak kicap. Kebiasaannya mesti kita fikir macam tu kan tapi tidak sama sekali.... bini sahabat aku tu mintak menda lain... haaaa apa yg lain tu.... jeng..jeng..jeng... dia mintak nak karaoke hehehe pelik kan?? memang pelik... jadi sahabat aku ni pun bawa lah pergi karaoke. Ini tak pelik lagi... meh aku ceritakan pengakuan kakak kawan aku pula.
Kakak kawan aku tu sendiri cerita kat aku semasa dia mengandungkan anak sulung... dia juga tak pun mengidam nak makan badak pangang atau Tv plasma masak merah. Tapi dia suka menghidu bau asap bas.... haaaa pelik kan.. cuba korang hidu asap bas atau lori macam mana?? Mesti perit hidung korang kan... asap kenderaan yg mengunakan minyak diesel memang kaw-kaw punya perit. Tapi dia suka sebab dia kata masa tu bau asap tu wangi sangat, lebih wangi dari minyak wangi. Ada kawan dia macam dia juga tapi bukan bau asap... bau petrol huhuhu (bukan minah pit ek a.k.a minah gian). Semasa mengandung je lah lepas tu macam biasa balik dan bila mengandung anak yg kedua dan seterusnya mengidam tu dah semakin kurang.
Ok yg pasal makan pun ada juga... menurut kakak tu ada kawan dia mengidam nak makan sabun... yaaa sabun... sabun tu nampak sedap je kena pulak sabun yg wangi berbau buah-buahan tu. Pelik kan... semuanya pelik2 heheh TAPI bila yg nak makan itu ini tu (makanan) macam mana pula??
Maksud aku mula2 nak makan nasi kerabu.. bila sudah di beli baru makan sesuap dua tak nak dah nak makan mee goreng pula, di belikan lagi sama seperti nasi takdi di makan je sesuap dua tak nak dah nak makan nasi goreng pula dah. Haaa yg ni mengidam ke nak kena penendang?? Selamber je cakap anak dalam perut tu yg nak makan. Hahahaha bagi aku mengada je ni... membazir pun ada juga yelah makan sesuap dua je, kalau kat kedai tu boleh beli nasi sesudu dua tak apa lah juga.
P/S= Korang fikir lah sendiri... aku tak tempuh lagi menda macam ni jadi aku cuma ceritakan apa yg aku lihat dan dengar dari sahabat serta orang yg rapat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan