Isnin, 4 Julai 2011

SUDAH HAMPIR SAMPAI SAATNYA....

Pada tahun 2009 yg lepas saya rajin mengkaji berkenaan FREEMASON dan ILUMINATI. Kononnya kajian saya itu sudah sampai ke akar umbi tetapi alangkah terkejutnya diakhir kajian itu saya dapati ia tersasar jauh ..nanti di lain masa saya akan menulis apakah yg saya maksudkan kajian yg tersasar jauh itu ...

Tidak perlulah saya perkenalkan siapakah diri ini . Diri ini hanya seorang manusia biasa yg berminat dengan alam mistik untuk tujuan tertentu iaitu sebagai jambatan untuk ke alam yg lebih tinggi ..Bukan setakat berhenti di alam ini tetapi pengembaraan itu wajiblah diteruskan sehingga lah ...entah berentah atau entah berantah ...


Alangkah malang dan salah jika kita sangka manusia yg mengetahui alam jin ini akan sangkut di alam jin jika mereka meninggal ...adakah pernah kita siasat apakah tujuan mereka melalui alam jin itu ... seperti manusia yg hendak pergi ke KUALA LUMPUR dan bertolak dari KUALA SELANGOR mesti melalui jalan raya yg telah disediakan ..wajib menempuh MERU kemudian SHAH ALAM kemudian barulah sampai ke KUALA LUMPUR ataupun mengikut jalan yg lain seperti menempuh bandar IJOK dan seterusnya ...


Tidak mungkin tiba-tiba sampai ke KUALA LUMPUR tanpa melalui jalan-jalan tadi sekiranya menaiki kenderaan darat .


...... Pada akhir tahun 2009 saya terjumpa artikel dan kenyataan ZIGAMI iaitu bekas ahli kehormat atau lebih lagi tinggi pangkatnya mengistiharkan keluar dari pertubuhan itu ..kemudian mengatakan bahawa tahun 2010 adalah tahun kesukaran dan bencana ... Maka saya menilik dan memerhati ... nampaknya ada kebenarannya dari kenyataannya itu . Tirai tahun 2010 di buka dengan letusan gunung berapi dan beberapa bencana yg lain yg saya sudah tidak ingat lagi ... bencana -bencana alam itu berterusan minggu demi minggu tidak berhenti -henti sehinggalah penghujung tahun 2010 .


Apa yg saya hendak kisahkan di sini .."sebenarnya saya mengambil kisah orang lain ..saya cuma sebagai pencerita sahaja dan mudah-mudahan ada iktibar di sebalik kisah itu ..."


Pada suatu malam ....salah seorang sahabat saya mengkisahkan iaitu pada bulan DISEMBER yg lepas beliau mengatakan bahawa paksi bumi telah berganjak sedikit dengan kiraan beberapa darjah ...dan akibatnya dari perubahan itu akan berlaku perubahan cuaca atau iklim yg lebih ekstrem pada tahun 2011 nanti ... Saya bertanya kepadanya dari manakah sumber yg tuan dapat ini ...sahabat saya menerangkan dia mendapatkan fakta ini dari seorang yg mengetahui ilmu FALAK dengan kurniaan-NYA . Beliau menambah manusia yg memberitahu perkara ini tidak perlu dipertikai keperibadiannya ...


Saya ternanti -nanti adakah benar pada tahun 2011 nanti akan terjadi bencana -bencana yg disebut-sebutkan itu atau hanya omong-omong kosong sahaja ... sehingga artikal ini ditulis saya amati memang benar apa yg diceritakan pada saya itu ...kalau kita lihat berita bencana baru-baru ini di media massa di sana sini berlaku bencana di seluruh dunia seperti salji yg terlalu tebal di NEW YORK CITY sehingga pihak berwajib di sana mengistiharkan darurat , Di Australia berlaku banjir dari sebuah negeri ke sebuah negeri yg lain , Di Brazil banjir lumpur yg banyak mengorbankan nayawa dan harta benda yg khabarnya kawasan itu akan ditimpa bencana kemanusiaan .


Di Sri Lanka di khuatiri sejuta manusia akan terjejas akibat banjir yg melanda negara itu . Gempa bumi yg tidak berhenti -henti yg baru-baru ini gempa bumi berukuran sederhana berlaku di lautan sebelah ACEH . Gunung -gunung berapi di sana sini mula aktif seperti mereka baru kejutkan dari tidur . ..


Maka benarlah perkara yg dikhabarkan kepada saya itu ... dan yg saya tertarik dengan cerita nya lagi ... sebenarnya UMMAT ISLAM pada setiap kali selepas solat mengenang -kenang kembali kejadian banjir besar berlaku pada zaman Nabi NOH a.s yg mana banjir itu mengakibatkan pertukaran kiblat .


Kalau kita lihat Tok Imam apabila sampai sahaja ...ALLAHUMMA ANTA SALAM ... tok Imam akan bertukar duduk dari bahunya ke arah kiblat lalu beralih ke kanan sedikit .... rupa-rupanya dulu Mekkah atau Semenanjung Arab terletak di arah itu ...kemudian ia berubah disebabkan banjir besar pada zaman Nabi Noh a.s ... Wallah a'lam .


Saya yg teruja lalu bertanya ... adakah akan berlaku lagi banjir itu pada akan datang mungkin pada tahun 2012 atau tahun-tahun yg lain .. Beliau tersenyum ...mungkin ya mungkin tidak ...


Di dalam fikirnya saya kalaulah tidak berlaku seperti Banjir Nabi Noh barangkali satu bencana yg mega besar akan berlaku pada tahun itu ... itu dalam fikiran saya sahaja ..bukan fakta ...

 saya juga memberi amaran yg artikal ini bersifat dongeng dan tiada bukti ...maka para pembaca dinasihatkan agar menggunakan akal fikiran masing -masing bagi menilai artikal yg dibaca ...


MEMO= DARI BLOG TEMAN
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!