Amaran : Cerita ini adalah dongeng lagi karut ..ambilah pengajarannya itu lebih bermanfaat bagi sidang pembaca
"Kolestrol, Angin Syaitan dan Sakit Jantung"
Sebenarnya kalau orang dah banyak sangat buat kelalaian dari mengingat tuhan, maka jantung akan dipenuhi dengan angin-angin jahat syaitan yang orang kata ‘KOLESTEROL’ itu menutup salur darah koronari ketiga tiganya..sering orng sebut dengan panggilan 'SERANGAN JANTUNG' sebagai pembunuh no 1 di dunia.
Memang benar ada kolesterol kengkadang, tapi sepatutnya selepas pembedahan dilakukan sepatutnya dah tak ada lah kolestrol..tapi kenapa masih tersekat-sekat walau tak seteruk sebelum pembedahan..? Apa sebenarnya berlaku..?
Saya bawakan contoh bagaimana bentuk rupa atau rasa angin syaitan jahat itu apabila berada di dalam darah kita. Pernah tak dengar, atau rasa tangan kebas..?
Apabila tangan kita kebas, itu berarti darah tak jalan dengan lancar..betul ye..doktor doktor..kalau di sini ada Dr A******* tu pun jadilah untuk mengesahkan heheheh..
Kenapa ada kolesterol yer di tangan masa itu..? Rasanya bukan kolesterol kot..itu adalah angin syaitan yg sedang mengalir dan menetap diam di dalam darah..kehadiran angin syaitan itu boleh mengecutkan pembuluh darah sehingga darah tak jalan langsung atau kalau jalan pun tersekat-sekat...
Saya nak berhadis lah sikit, : " Innasy Syaithaana, Yajrii Min Ibni Aadam, Majrad Daam.." Sesungguhnya syaitan syaitan ( yg jahat ) itu bergerak masuk ke dalam tubuh anak anak Nabi Adam as melalui urat darah.
Apabila syaitan masuk ke dalam tubuh kita melalui hadapan dada, tapak tangan , hujung-hujung jari, celah-celah jari tangan dan kaki mereka akan terus menuju ke urat darah..kerana di tempat itulah LEBUHRAYA dan R&R untuk mereka...
Bila masa dan ketikanya angin angin syaitan jin jahat itu masuk ke dalam tubuh ini..? Maka Nabi SAW membukakan rahsianya :
1- Masa Amat Marah.
2- Rasa Amat Takut Selain Takut Kepada Allah.
3- Semasa Amat Berahi Syahwat Kepada Yg Haram.
4- Semasa Teramat Gembira Ketawa Terbahak-bahak.
5- Semasa Menguap Tanpa Menutup Mulut Dgn Tangan Kiri.
6- Semasa Diri Kita Ini Sedang Lupakan Allah...
dan rasanya banyak lagi..carilah sendiri tapi rasanya ini sudah cukup..sebagai panduan.
Jadi bila syaitan-syaitan jahat ini sudah masuk, mereka akan terus merayap..( hingga kadang-kadang kita rasa macam benda bergerak-gerak dibahagian tertentu dalam tubuh kita) merayap dan terus merayap hingga ke dada hingga ke saluran koronari jantung..kalau mereka bergerak hanya melalui satu koronari, untunglah..sebab cuma lemah jantung sikit. Tapi kalau sampai kedua duanya maka akan selalulah keluar masuk IJN..tapi kalau ketiga-tiganya sekali koronari, syaitan syaitan itu berkonvoi di dalamnya..maka ke dalam keranda kerantung tigalah kita jawabnya.
Kawan-kawan pun berceritalah dengan kita, " Eh,, semalam dia sembang dengan saya kat kedai kopi , elok jer tak ada apa apa..eh, semalam saya jumpa dia kat pekan sari..eh saya baru je call dia tadi.." Itu menandakan sipulan yg dah meninggal itu tak ada sakit apa apa..tapi kenapa meninggal ? kena serangan sakit jantung..
Dalam kes ini para Pakar Perubatan surrender..hanya ada satu istilah yg boleh digunakan untuk mententeramkan ahli keluarga mangsa serangan sakit jantung..KOLESTROL..sebagai penyebabnya..tapi siapa pun tak perasan, sebenarnya sipulan telah terkena serangan syaitan syaitan akibat diri lupakan tuhan...
Saya kembali ke cerita kebas tangan.., kalau rasa kebas itu ada di dada biasanya dia akan bertukar rasa dengan mencucuk-cucuk tajam seperti jarum tenggelam di dalam daging...
Waktu itu angin-angin syaitan jahat itu sedang aktif menendang-nendang urat darah merayap ke sana kemari bersimpang siur di dada..Kisah jin syaitan menendang urat darah hingga terkoyak ini ada dalam sebuah hadith penyakit istihadah orang perempuan. Bila ditanya oleh para sahabat kenapa istihadah yakni pendarahan yg tidak berhenti-henti maka jawab Baginda SAW : “Itu hanyalah syaitan yg menendang-nendang urat darah, mengoyakkan urat darah..”
Nah, begitu mengujakan sekali...bagaimana ia mampu mengoyakkan darah kita di dalam rahim perempuan..bagaimana kalau syaitan-syaitan itu berada di dalam urat pembuluh darah jantung kita...amat malang sebenarnya orang-orang yang meninggal terkena serangan sakit jantung..mudahan mereka yg terkena serangan jantung, cepat-cepat lah bertaubat dan bersegeralah cari jalan taubat kembali kepada Allah. Pastikan angin-angin itu keluar dengan selamat dan kembali ke tempat asal usul mereka..tiada lain tiada bukan.. melainkan.. melalui jalan-jalan ahli sufi yg muktabar.. inshaallah akan ada penyelesaiannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan