SAYANG SANG KEKASIH…..
Dalam dunia ini manusia sering terkeliru dengan cinta dan kasih sayang terhadap setiap sesuatu sama ada yang berjiwa atau sebagainya. Sebagai rohaniah manusia, mereka juga mempunyai cita rasa atau ‘taste’ untuk sentiasa jatuh cinta antara rohaniah. Begitu juga jin dan ifrit, mereka juga mempunyai alam fantasi bercita-cita menyukai, sayang menyangi dan cinta dan dicintai. Dari sudut alam rohaniah, mereka yang berwibawa jiwa dan raganya sehingga mencapai tahap mutmainnah dan ke atas, rohaniah mereka akan sentiasa berhubung untuk saling bersama di alam sana.
Maka mereka akan berjumpa dengan sekalian jiwa atau rohaniah yang ‘besar-besar’ semata untuk melapaskan rindu dan dendam walaupun seketika. Asyik dan mahsyuk akan terbit secara tiba-tiba apabila pertemuan sulit itu berlaku. Apa yang disebut khalwat itu benar-benar terjadi maka akan menghasilkan berahi yang tidak tertahan kemuncak klimaksnya. Hamba menukilkan rasanya melalui kisah nabi Musa yang rebah pengsan apabila cinta terhadap tuhannya tidak terjangkau oleh akal meresap masuk hingga ke setiap liang saraf sekecil mana pun menjalar.
Maka permintaan Nabi Musa untuk melihat tuhannya ditunaikan jua oleh sang Kekasih Rabbul Izzati. Apakala sudah sampai masanya Nabi Musa akan melihat tuhannya, oleh kerana tidak tertahan gelojak hati dan perasaannya , nabi Musa pun terfana seketika kerana tidak tertahan dengan jazbah yang dirasainya itu. Berlakulah fana atau binasa pada tubuh dan aqalnya. Segala sistem pemikiran dan pergerakan tidak mampu untuk menahan kenikmatan abadi.
Bagaimana pula Rasulullah menghadap Tuhannya? Apakah istilah yang selayaknya boleh dipanggil ketika keadaan tersebut berlaku. Hamba pun tidaklah mengerti akan gaya pertemuan itu… Tentulah kekasih bertemu kekasih......Setelah beberapa peristiwa sedih yang dihadapi oleh baginda Rasullullah dengan kematian Bapa saudaranya Abu Talib, isterinya, serta orang yang tersayang..justeru Allah menggembirakan baginda dengan peristiwa israk mi’raj.
Diperlihatkan dengan pelbagai peristiwa yang menakjubkan. Pada ketika itu orang yang masuk Islam ramai yang telah murtad tatkala mendengar kisah perjalanan baginda Rasulullah. Kerana apa? Kerana cerita Rasulullah itu dipandang serong lagi KARUT, sehingga ada yang mengatakan bahawa Rasulullah itu sudah gila dan tidak berpegang pada realiti kehidupan syariat sebenar. Kata Abu Jahal menjual cerita: “Lihat Rasulullah seorang yang gila, ceritanya sangat KARUT lagi tak masuk aqal”….. (sidang pembaca ambillah iktibar dari kisah di atas. Kata orang hanya jauhari mengenal manikam)
Bagaimana pula kita yang sering beribadah dan tidak ketemukan kelazatan beradu ketika berhadap wajahnya? Apakah mungkin kita dapat menemui cinta sejati bersama Tuhan? Seharian manusia menulis lirik lagu dan bersastera seolah-olah menterjemahkan isi hati kepada kecintaan sebenarnya. Ramai manusia boleh bersastera mengungkap rasa hati bersama tuhannya melalui bait-bait ketuhanan. Namun amat mengecewakan natijahnya, hanya bercakap mengenai rahsia ketuhanan yang empunyai diri tidak pernah pun merasai lazat, klimaks, pecah rasa, mengiggil menahan nikmat serta pengsan dek kerana tarikan jazbah yang kuat sang kekasih kepada hambanya. (termasuklah hamba yang tak pernah rasa pun lagi).
Sang Perabu pernah berkata mengenai gurunya: “Satu ketika guru hamba berkata, rasa nikmat bersama tuhan memungkinkan kita terberak terkencing kerana tidak tertahannya raga menahan gelojak rasa yang bersangatan tatkala menikmati peristiwa tersebut”. Semua urat saraf menjadi longgar, aqal fikiran terhenti, tubuh longlai tiada kudaratnya hanya yang tinggal ‘DIA’”.
Bukan semua manusia dapat merasakan situasi begini melainkan mereka yang terpilih menjadi sang kekasihnya. Walaupun keadaan yang mungkin dilihat orang tidak sesuai untuk mengingat Allah..tetapi sebenarnya empunya dirilah pencaturnya, yang bijak meletak keberadaan Tuhan di mana sahaja dia berada. Keadaan sekarang berbeza dengan dahulu, mereka yang berkemahiran dalam perjalanan ketuhanan ini amat sukar untuk dicari, mungkin orang-orang istimewa ini sudah ke hutan melarikan diri dari manusia,
mungkin juga mereka sengaja duduk dalam maqam tajrid (bebas) sehingga manusia tertipu dengan pakaian dan perwatakan mereka yang comot, kotor, jijik, hina dan sebagainya. Sedangkan sebenarnya rohaniah mereka melayang tinggi mencapai taraf kewalian yang tiada tolok bandingannya. Jika mereka menzahirkan diri pasti digelar sesat dan gila serta segala macam gelaran bermotifkan penyelewengan. Rohaniah mereka inilah yang mampu memegang panji-panji hitam (pinjam kata sang Karut) memimpin rohaniah manusia daripada yang jahat kepada baik.
Begitu juga cinta sang jin ifrit kepada rohaniah manusia. Mereka akan mencari tanda-tanda pada setiap sarung yang boleh menyatu dalam batang tubuh diri. Jika ‘rumah’nya kotor dengan maksiat serta ingkar dengan Tuhan pastinya menjadi tempat ‘berdating’ setiap masa tanpa disedari. Akan diberikan pelbagai janji-janji palsu dalam menempuh per’cintaan’di alam jin ifrit. Mereka akan menarik hati-hati gersang ke arah ‘cinta fotokopi’.
Mencintai dunia, cinta pangkat dan kepimpinan, suka kepada maksiat, kuat makan dan tidur dan sebagainya. Jika diberikan sakti ‘teropong’ ghaib sekalipun itu masih boleh dicabar dalam mahkamah kerohanian sama ada benar atau sebaliknya pemberian Allah atau iblis. Salah satu terowongnya ialah saka keturunan dan penyakit yang dideritai…ketika ini untuk mencari orang yang berkemahiran tinggi membuang saka amatlah sukar…bukan calang-calang manusia yang sanggup berkorban diri membantu membuangnya.
Bagaikan orang bercinta dan berkasih sayang berpuluh tahun, apakah mungkin boleh dipisahkan begitu sahaja…tentu sahaja mengamuk sang ifrit menongkah arus mempertahankan sarung tempat sang kekasih memadu rindu…..sebenarnya mereka duduk, tidur, makan, minum, dan sebagainya menggunakan tubuh mangsa. Kebanyakannya tidak sedar..kecuali sedikit sahaja. Saat sakaratul maut lah menjadi medan pertempuran yang ditunggu-tunggu sang ifrit berketurunan iblis menggagalkan misi manusia mengakhiri kalam akhirnya dengan kalimah syahadat………….Allah….Allah….Allah…..Jadi bertaubatlah kita semua dari menuntut di ‘Sekolah atau Universiti of Magician’……
Baiklah sidang pembaca, hamba ingin menukilkan sedikit cerita cinta atau sayang di alam jin yang mungkin boleh di buat halwa hiburan pembaca. Seperti biasa karut lagi dogeng..tak payah baca pun tak per….warna warni kehidupan.
API BESAR DALAM PERUT
Marjiam berumur hampir mencecah 70 tahun, dengan kesihatannya yang kronik dikelilingi pelbagai penyakit seperti angin, darah tinggi, kencing manis dan dia bernasib baik tiada masalah jantung meneruskan hidup bersama anak dan cucunya di rumah pusaka. Ketika ini, setiap 6 jam akan disuntik insulin dalam tubuhnya melalui perut. Cucu lelakinya bernama Puntung sering membantu Marjiam menyuntik insulin dan memantau kesihatan neneknya. Satu hari bapanya bersuara agar ‘menengok-nengok’ neneknya yang sakit perut. Memang kelihatan dari gerak geri tubuh neneknya seperti kesakitan yang teramat sangat.
Setelah mendapat keizinan guru dan pertolongan Allah…….Lalu Puntung pun memakai topi keledar ‘pesawat’ untuk terbang mencari punca masalah sakit perut neneknya. Tatkala sampai ke destinasinya, Puntung pun ternampak seseorang yang sedang memotong usus neneknya dan mengisi sesuatu benda hitam dan kemudian menjahitnya semula begitulah situasinya berterusan tanpa henti.
Bisik hati Puntung sendirian, “mungkin inilah sebabnya perut neneknya sakit bersangatan”. Lalu ditanya kepada orang tersebut, apa tujuan dia berbuat sedemikian rupa. Katanya : “Ini adalah pembalasan untuknya dan untuk neneknya.” Menyirap hati Puntung bilamana mendengar ungkapan sombong si ifrit. Dengan hati membara dia pun mula menyusun strategi cuba menangkap si ifrit bertopengkan manusia itu. Namun belum sempat dia menyusun silanya, udah mencicit ifrit lari tak cukup langkah, tak sempatlah Puntung menangkap dan memasukkan dalam botol. Lalu Puntung pun melakukan pembersihan seperti yang di ajarkan gurunya. Dia teringat air Salsabila yang di ambil dari telaga PKMF TK.
Dengan sukatan dos yang betul dia pun menuangnya ke dalam cawan..sekira-kira sudah mencukupi lalu si Puntung merenjis-renjis sekitar perut neneknya. Ketika mana jirusan terakhir terkena perut Marjiam satu api besar marak menjulang di atas perut neneknya…..hampir melompat katak si Puntung ke tepi dinding, nasib baik dia tak kebakaran….Puntung pun merenjisnya lagi dan akhirnya api besar dalam perut mula menyusut.
Neneknya di suruh melunjur kaki ke depan dan meletakkan tangan di atas lutut agar keluar semua ‘angin ifrit’ dari tubuh neneknya. Puntung tiba-tiba hairan kerana dia melihat disetiap hujung jari kaki dan tangan neneknya keluar darah hitam memancut-mancut, berwarna warni..dari satu warna ke satu warna. Sehinggalah berakhirnya warna-warna angin keluar dari tubuh si nenek. Puntung terasa lega dengan kerjanya …hanya menanti natijah kesihatan seterusnya. Mudah-mudahan berhasil….
JANGAN HALAU AKU…DIA KETURUNAN KU…AKU SAYANG DIA………………..
Setelah selesai ‘operasi api besar’ Puntung mengambil rokok lentengnya membakar dan menghisapnya jauh ke dalam….tersandar dia keletihan kerana melayan kerenah neneknya tadi. Sedang dia menghabiskan puntung rokok lentengnya. Mata ‘teropong’ nya ter ‘on’sendiri. Dia ternampak ada seseorang sedang berdiri di depan rumahnya. Kelihatannya seperti orang tua bongkok sedang memegang sesuatu…. “Hai ada ada kerja tak selesai lagi nampaknya….apa pulak nak dihadapnya..” bisik Puntung dalam hatinya.
Gerak hati Puntung ingin mengetahui lebih lanjut akan duduk sebenar kehadiran orang tua itu. Dia pun memanggil orang tua itu berdiri dihadapanya. Dailog tanpa mic dan speaker pun berlangsung:
Puntung: “assalamualaikum……?
Orang tua: “Wa’alaikum salam….”
Puntung: “Apakah gerangan tuan datang ke sini?
Orang tua: “Aku datang untuk menjenguk keturuananku, Engkau sudah mencerobohi darah daging aku!!”
Puntung: “Kenapa pula aku di kata mencerobohi darah dagingmu….Dengan sebab engkaulah nenek aku terlantar dengan pelbagai sakit misteri, rupanya engkaulah penyebabnya. Mulai dari saat ini aku mahukan engkau jauhi dia…dan jangan ganggunya lagi. Ada kah engkau mengerti akan maksudku.!” Kata Puntung agak keras….
Orang tua: “Aku tidak akan meninggalkannya. AKU SAYANG PADANYA……..dia adalah antara keturunanku yang paling aku SAYANGI…..”
Puntung: “SAYANG engkau kata….Baiklah jika begitu, sudah sampai pertemuan yang ditakdirkan Allah agar engkau mencari jalan pulang…..kembalilah engkau kepada tuhan yang menjadikan engakau dan aku…”
Orang tua: “Aku tidak akan pulang,,…. sebenarnya aku tidak tahu cara untuk kembali ke sana.”Orang tua itu sebenarnya telah menunjukkan tanda-tanda untuk berundur….mungkin dia tidak tahu bagaimana untuk mencari jalan pulang….mungkin gelap pandangannya….kata Sang Perabu: ‘Jika di dunia ini lagi mata hati itu kelam memandang Keesaan Allah, Pastinya di alam sebelah sana (alam Barzakh) akan buta mata hatinya dengan gelap segelap-gelapnya…..”
Terasa kasihan pula Puntung mengenang nasib rohaniah orang tua itu yang sebenarnya bergentayangan mencari jalan ke hadrat tuhan. Puntung pun teringat akan kaedah yang pernah diajarkan kepadanya dengan melaksanakan tahlil ringkas limited edition. Puntung pun mulai dengan membaca surah ikhlas, an nass, surah al-falaq dan surah al-fatihah, ditambah dengan Lailahaillallah sebanyak kemampuannya serta berdoa…..seketika kemudian…rohaniah orang tua tersebut mulai menyusut dan terbakar lalu menyusup masuk ke bumi…
Puntung dapat merasakan bahawa peristiwa itu hanyalah mainan ifrit cuba menyembunyikan dirinya. Maka diseru kembali rohaniah orang tua tadi yang berkecai menjadi debu di dalam bumi agar naik berdiri di depannya. Sekonyong-konyong terbit dari celahan tanah akan sesuatu yang berbentuk ifrit yang bertaring panjang dan agak kenit tubuhnya kira-kira ketinggiannya separas pinggang manusia. Melihat akan perkara pelik itu, tanpa merasa sangsi terus sahaja digunikan dan diikat rapi, sehingga terjerut sekalian tubuh sang kenit bertaring panjang.
Puntung mengambil kesempatan untuk mematahkan kedua-dua taring sang kenit agar tidak memudahratkan sesiapa selepas ini. Di capainya botol yang entah datang dari mana, sepantas kilat dimasukkannya ke dalam botol lalu dihantar ke ‘Bandaraya Jin ’. Mungkin inilah yang sering menganggu ‘kehidupan’ neneknya. Terlantar sekian lama kerana sakit yang bermacam-macam ragamnya. Puntung mengambil inisiatif membuat rawatan ‘tampal dan patri’ setiap usus neneknya yang telah tercedera akibat angkara ifrit durjana. Dia menggunakan minyak kelapa dara ‘FIXCO HE’ pemberian Gusti Sang Perabu bagi kesembuhan zahiriah terutamanya bahagian dalaman perut. Puntung berdoa, dengan izin Tuhan agar neneknya akan sembuh seperti sedia kala….wallahu ‘Alam.
MORAL:
- Tuntutlah dan beri keutamaan kepada ilmu yang boleh dibawa kembali menemui Allah. Bukannya ilmu yang merunsing aqal dan fikiran ketika mengakhiri kehidupan ini.
- Kasih sayang dan rindu dendam kepada Allah, sebenarnya mempunyai tandanya sendiri. Seperti jua sepasang kekasih yang sentiasa menyebut dan mengingat akan kekasihnya. Walaupun di mana jua berada tetap akan sang kekasih memuja dan memuji akan peribadinya.
- Merasai nikmat dalam beribadah amatlah sukar jalannya. Perlu kepada pengorbanan sepenuhnya agar sentiasa dapat bersama setiap detik dan ketika.
- Jangan biarkan diri anda diselubungi MISTERIiiiiiiiiiii..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan