Khamis, 21 Julai 2011

Cara Membuat Daging Buger Sendiri

Lama dah rasanya aku tak mengajar korang cara memasak. Jadi hari ini dengan seikhlas hatinya aku ingin mengajar korang cara untuk membuat daging buger pula. Mudah je caranya, korang boleh buat kat rumah je dan nanti korang boleh lah berniaga buger di depan rumah sebagai mencari duit sampingan. Resepi yg aku nak bagi hari ni memang dijamin sedap tip top punyalah. Untuk mempermudahkan korang aku akan ajar dengan panduan bergambar jadi korang tak perlu risau. Ok mari kita mulakan... bahan-bahan yg korang perlu ada adalah.....

 Ular Tedung atau Cobra beberapa ekor
 Pilih yg mantap2 je, korang boleh tangkap sendiri atau beli kat kedai
 Bunuh ular tu dulu kang tak pasal2 korang kena patuk sia-sia je hidup
 Potong je kepala dia mudah dan korang tenung mata ular tu dengan penuh kasih sayang. Bak kata orang bila kita buat dengan kasih sayang masakan kita akan menjadi lebih sedap.
 Lepas tu buang kulit ular tu, mudah kata korang siang ular tu jangan "malam" nanti tak nampak hakhak.
 Lepas tu korang basuh ular tu sebersih-bersihnya, kalau nak lagi best korang ajak orang yg duk berdemostrasi jalanan BERSIH tu tolong korang bersihkan ular ni.
 Lepas tu korang buangkan tulang ular ni, kita nak dia punya daging je. Yg ni agak leceh jadi buat dengan berhati-hati ok
 Last sekali korang cincangkan daging ular tu lumat-lumat dan padatkan didalam acuan bulat (seperti daging buger) dan korang campurkan dengan minyak sedikit.
Sudah sedia... korang boleh lah memasak daging tu seperti biasa macam masak daing buger. Korang boleh buat untuk makan sendiri ataupun membuka gerai buger didepan rumah.

Selamat mencuba dan semoga gerai korang maju hehehe. Ada bakat jadi Chef tak aku ni?? Jujur dari hati korang?? hehehe

P/S= Serius betul buger tu memang di perbuat dari daging ular.. aku tak tipu!!  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!