Jumaat, 8 Julai 2011

CERITA TERBAHARU IMAM MAHDI ...

Amaran : Seringkali saya memberi amaran kepada para pembaca kerana saya khuatir para pembaca akan menelan bulat-bulat isi artikal ini . Saya mengaku tiada bukti seperti sebaran media massa utama dan kitab-kitab yg tebal lagi muktabar ,akan tetapi jika tidak di keluarkan kajian ini orang Islam akan hanya bergantung kepada skema tradisional tanpa ada pembaharuan pemikiran . Kita menerima jika orang barat mengeluarkan idea baru yg bukan-bukan tetapi kita tidak menerima idea orang Islam yg setanding dengan pemikiran orang barat .

Selain saya suka mengkaji FREEMASON dan ILUMINATI dan kaitannya dengan DAJJAL yg sebenar iaitu yg ke 31 ,saya juga amat gemar mengkaji berkenaan panji-panji hitam dari timur dan juga Imam Mahdi r.a . Dari satu blog ke blog silih berganti saya melihat perkara itu dan akhir sekali di blog ini .Banyak perkara berkenaan kajian saya itu hampir sama dengan kenyataan artikal yg dikeluarkan oleh Tuan Kelarias di dlm blog ini .

Saya mengambil Dialog yg berlaku di antara seorang BISHOP dan seorang Muslim yg saya terbaca di sebuah blog yg saya kunjungi ...

Bishop : Sesungguhnya kata-kata MUHAMMAD itu tiada salah silap nya tetapi berkenaan Imam Mahdi r.a ada terdapat sedikit helah di dalam kata-katanya ( hadis ) . Imam Mahdi r.a akan muncul setelah kerjanya selesai dan di dalam keadaan yg sudah bersedia barulah dia di lantik oleh Allah s.w.t .Imam Mahdi r.a tidak akan dilantik terlebih dahulu baru melakukan kerja-kerjanya .Jika itu caranya nascaya kami akan mencarinya dan membunuhnya . Amat mudah kami akan menghapuskannya ...

Jika ada nama manusia muslim yg bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH nascaya kami akan mengintip serta menyiasat serta membunuhnya walaupun manusia itu bukanlah Imam Mahdi r.a .

mengulas -

Jika kita lihat mahfum kata-kata bishop di atas mereka akan membunuh sesiapa sahaja yg bernama MUHAMMAD BIN ABDULLAH walaupun manusia yg bernama MUHAMMAD itu bukanlah bakal Imam Mahdi r.a .

Ada rasionalnya jika kita teliti yg Imam Mahdi r.a melaksanakan kerja nya sehingga selesai dahulu atau hampir selesai dengan izin -NYA dan pada ia melaksanakan kerja nya itu dia sendiri tidak tahu yg dirinya Imam Mahdi r.a . Barulah ia secara tiba-tiba di nobatkan oleh wali-wali abdal dari Syam dan Iraq di hadapan Kaabah yg mulia . Cth kata-kata wali-wali abdal itu ketika berjumpa Imam Mahdi r.a ...Hah di sana itu Imam Mahdi ! Hah di sana itu Imam Mahdi !.

Kerja -kerja itu wajib diselesaikan kerana jika DIA di lantik kemudian baru bekerja maka mudahlah Orang Yahudi dan Nasrani serta Syiah akan menghancurkan dan menghalang kerja-kerjanya itu . Kerja-kerja Imam Mahdi r.a bukanlah berkenaan projek-projek dan bisnes -bisnes ,kerja-kerja Imam Mahdi r.a ialah kerja-kerja yg berkaitan dengan kerohanian .

Selain darp itu juga dan ini mungkin pendapat yg ekstrem lagi tidak dipersetujui ramai ...jika saya katakan Imam Mahdi r.a itu tidak semestinya bernama Muhammad bin Abdullah ..agaknya siapakah yg akan bersetuju ?

Mungkin hanya secara rohaniahnya sahaja yg bersifat MUHAMMAD BIN ABDULLAH tetapi tidak pada nama jasadnya ...barangkali ia bernama Mahmud atau Ahmad atau Salleh atau Hassan atau nama-nama yg lain ....

Imam Mahdi r.a hanyalah gelaran sahaja ..Imam bermaksud Pemimpin manakala Mahdi pula yg memberi petunjuk ... Saya juga berpendapat manusia yg dilantik menjadi Imam Mahdi r.a itu tidaklah berjuang atas nama Imam Mahdi r.a.Barangkali ia menggunakan lebel yg lain dan ketika dalam perjuangannya itu manusia tidak perasan yg manusia itu adalah Imam Mahdi r.a .

Setelah sempurna misinya maka kembali lah manusia yg bertuah itu ke Rahmatullah alaih dan ketika itu barulah manusia mengetahui rupa-rupanya si pulan bin si pulan itu adalah Imam Mahdi r.a .

Kalau kita meneliti tempoh pemerintahan Imam Mahdi r.a di dalam sebuah Hadis rasulallah s.aw yg mulia ..Imam Mahdi itu akan bersama-sama kamu ( kaum muslimin ) iaitu selama 7 atau 8 atau 9 tahun . Ada sebahagian manusia menjangkakan yg Dajjal akan muncul pada tahun 2020M dan sekarang tahun 2011 .jika kita tolak 2020 dengan 2011 bersamaan 9 tahun .

Adakah Baginda itu sudah muncul ? Saya mengambil masa yg minima untuk perkara ini ..iaitu paling lama manusia akan melihat Imam Mahdi ini muncul pada tahun 2012M atau 2013M ,mengambil kira masa 7 tahun yg minima itu ..

Jadi bagi kaum muslimin dan muslimat teropong-teropong lah di Kaabah Makkatul Mukarramah pada tahun 2012M iaitu pada musim haji .Khabarnya ibadah haji pada masa itu adalah haji akbar .Wallah a'lam .


Imam Mahdi r.a juga bukanlah orang arab tulin barangkali Baginda adalah orang ajam yg darahnya bercampur dengan orang arab . Mungkin keturunan Bani Siti Hajar bercampur dengan keturunan Bani Siti Katurah . Mungkin juga Imam Mahdi tidak fasih berbahasa Arab ..wallah a'lam .

Selain dari Imam Mahdi terdapat Wazir-wazirnya yg akan memerintah 7 benua di muka bumi ini . Cthnya wazir @ menteri Imam Mahdi yg terkenal khabarnya seorang petani moden di Wilayah bekas Soviut Union iaitu Haras bin Haris . Wazir-wazir ini khabarnya semuanya muda-muda dan hampir sebaya ,umurnya lebih kurang 40an . Mereka juga seperti manusia biasa yg on line di alam cyber mencari teman-teman serohaniahan .Melompat ke sana ke sini mencari siapakah panji -panji hitam dari timur ,mencari siapakah Imam Mahdi r.a dan perkara-perkara yg berkaitan dengannya . Tahap kerohanian mereka tumbesar dengan seiring jika cthnya Harris bin Harras sudah mencapai 90% atau 100% maka wazir yg 6 lagi pun begitu juga .

Jadual Allah ..siapakah yg dapat menghalang . Tidak perlulah mereka bersusah payah mengeluarkan duit tambang seperti manusia zaman dahulu pergi mencari rakan-rakan sekapal ,mengembara ke sana -ke sini .Takkannlah wazir -wazir Imam Mahdi itu orangnya bodoh .. dan tidak semua wazir Imam Mahdi itu terdiri darp orang -orang yg berkemampuan seperti Harris bin Harras .

Mereka menggunakan alat yg sesuai pada zamannya seperti anda juga pembaca setia blog Marilah ke Alam Jin . Mudah-mudahan wazir -wazir itu ditunjukkan oleh Allah utk singgah di blog ini dan bertanya khabar ..dapatlah kita menumpang tuah dan berkat mereka ....


Panji -panji Hitam dari Timur


Kumpulan panji-panji hitam dari timur ini adalah suatu kumpulan yg digeruni oleh Orang Yahudi dan Syiah . Saya bukan manusia yg berfahaman WAHABI .Manusia yg berfahaman wahabi itu tidak sudi membaca karya-karya yg bersifat begini lagi-lagi lah sanggup mengeluarkan artikal yg dongeng dan karut wa marut.Oleh itu jangan susah -susah jika artikal ini melampau logik akal manusia ...jika keberatan hendak menelan artikal-artikal ini muntahkan lah sahaja .

Jika ada kumpulan yg mengibarkan bendera warna hitam dan ditulis kalimah sahadah ..tiba-tiba tiada pun konspirasi Yahudi untuk mensabotaj kumpulan itu maka itu bukanlah kumpulan panji-panji hitam . Jika ada manusia bertutup-tutup muka dan membuat perarakkan besar-besaran sambil menggibarkan panji-panji hitam maka itu bukannya kumpulan panji-panji hitam yg sebenar . Yahudi dan Nasrani senyum dan ketawa sahaja melihat retorik itu . Mungkin dikentutkannya sahaja kumpulan itu . Walaupun pahit tetapi ianya benar menurut kajian saya . dan tidak benar menurut sebahagian manusia ...

Mengapa kumpulan itu tidak diperlakukan seperti arwah Usama bin Ladin yg di buru sehingga ke lubang cacing .Adakah mereka Yahudi tidak perasan dan tidak nampak perarakan mereka itu? .
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

1 ulasan:

Unknown berkata...

Saya nak bgi tahu satu, kajian ni sungguh dalam, dan insyaALLAH benar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!