Pesawat Haunebu-UFO Haunebu 
Antara sedemikian banyak peralatan Jerman Nazi ciptakan, terdapat satu peralatan dan pesawat perang yang begitu menarik perhatian penulis. Diciptakan untuk memperbaharui sistem pesawat perang Lutwaffe, pesawat ini betul-betul mirip UFO yang kita ketahui kini.

Antara sedemikian banyak peralatan Jerman Nazi ciptakan, terdapat satu peralatan dan pesawat perang yang begitu menarik perhatian penulis. Diciptakan untuk memperbaharui sistem pesawat perang Lutwaffe, pesawat ini betul-betul mirip UFO yang kita ketahui kini.
![]()  | 
| Sebuah Pesawat Terbang milik NAZI yang amat  menyerupai UFO. Adakah ini perintis awal kepada penciptaan pesawat UFO  yang lebih moden pada zaman ini? | 
Enjin Berteknologi Tinggi
Sekitar  tahun 1939, telah berlaku revolusi dalam teknologi Jerman Nazi di mana  negara-negara lain terutamanya negara daripada Pakatan Berikat belum pun  berusaha untuk melakukannya. Diketuai oleh saintis Jerman, Thule  Triebwerk, satu teknologi telah diciptakan untuk meningkatkan mutu enjin  elektromagnetik yang dicipta terlebih dahulu oleh saintis yang juga  daripada Jerman,Hans Coler.
Enjin yang dicipta oleh Thule  ini melampaui imaginasi saintis-saintis lain pada zaman tersebut. Enjin  yang digunakan adalah gabungan penjana Van Der Graaf dan Dinamo Vortex  Marconi untuk memberi Kesan Medan Magnet Berputar (Rotating  Electromagnetic Field). Enjin berteknologi tinggi ini mampu mengangkat  beban yang berkapasiti berat kerana ia memberi kesan kepada pengurangan  beban sehingga 1 tan.
Mampu Memecut Laju
Bukan  itu sahaja, enjin ciptaan Thule juga berkebolehan memecut pantas  sehingga dikatakan mencapai 4800 km/j untuk enjin prototaip pertama  beliau.!
Trustwork
Enjin  yang diberi nama Tachyonator-7 drive dengan nama kod Trustwork telah  dimasukkan ke dalam satu rekaan pesawat berbentuk piring juga ciptaan  Thule. Pesawat itu direka sedemikiaan bagi memantapkan penggunaan enjin  berelektromagnetik dan lebih aerodinamik. Menariknya mengenai pesawat  ciptaan Thule ini adalah bentuknya yang sangat mirip kepada UFO yang  pembaca kenali sekarang!

Hauneburg
Sekitar  tahun 1935, Thule dan rakan saintis lain telah memulakan kajian  mengenai enjin yang mampu mengangkat pesawat secara melintang(vertical)  dan bukannya secara lonjakan(projection) sepertimana pesawat perang yang  tipikal.
Tapak kajian yang dianggap  mereka amat sesuai kerana kedudukannya yang terpencil dan tidak terdedah  dengan orang ramai adalah di Hauneburg yang terletak di Barat Laut  Jerman. Pada peringkat permulaan kajian dan percubaan tapak(testing  ground), pesawat yang dicipta oleh unit yang diketuai Thule ini diberi  nama H-Gerat(Hauneburg Device).
Penukaran Nama
Atas  arahan Hitler, pada tahun 1939, nama pesawat unik ini ditukar nama  kepada Haunebu kerana bimbangkan Pakatan Berikat dapat mengesyaki tapak  kajian dan kilang pesawat Haunebu terletak di Hauneburg.
Haunebu I
Pesawat  pertama ciptaan Thule yang berkerjasama dengan Vril Arado Brandenburg  diberi nama Haunebu I. Direkodkan bahawa Haunebu mempunyai diameter  sepanjang 24 meter dan mampu memuatkan lapan orang krew dalam satu-satu  masa. Ketika cubaan penerbangan pertama dilakukan pada 1939, ia telah  berjaya memecut dengan kelajuan maksimum iaitu 4,800 km/j. Namun, ia  hanya berlaku apabila berada di altitud yang rendah sahaja. Sebanyak 52  kali penerbangan telah dilakukan.
Seterusnya, pesawat Haunebu  terus dilakukan pengubahsuaian enjin untuk mencapai hasrat Hitler untuk  melihat pesawat ini mampu menyaingi kehebatan pesawat perang terbaik  Jerman, Lutwaffe. Thule sekali lagi berjaya memenuhi hasrat Hitler  apabila pesawat Haunebu telah memecut selaju 17,000 km/j. Kelajuan yang  mencapai kelajuan supersonik ini gagal ditandingi mana-mana pesawat lain  pada zaman tersebut. Tempoh masa penerbangan adalah selama 18 jam.
Dengan dilengkapi mesingan  kembar yang telah dicipta oleh pakar metalurgi tentera SS, pesawat ini  merupakan pakej lengkap untuk mengubah situasi perang semasa Perang  Dunia Kedua . Mesingan ini diberi nama Victalen.
Haunebu II
Pesawat  kedua Haunebu telah dicipta. Ia diberi nama dengan nama Haunebu II.  Pesawat ini juga mampu mencapai kelajuan supersonik dengan kadar  kelajuan purata sekitar 6000 km/j sehingga 25,000 km/j. Pesawat Haunebu  yang mempunyai diameter 26 meter ini mampu menempatkan 9 orang krew  dalam satu-satu masa. Masa durasi penerbangan untuk satu-satu tempoh  adalah 55 jam. Sebanyak 106 penerbangan cubaan telah dilakukan.
Haunebu II Do Stra
Sekitar  1945, sebuah lagi pesawat Haunebu yang diberi nama Haunebu II Do Stra  (Dornier STRAtosphären Flugzeug) telah melakukan penerbangan cubaan.  Berkemampuan menampung 20 orang krew dalam satu-satu masa berserta mampu  mencapai kelajuan hipersonik 21,000km/j, pesawat Haunebu II Do Stra  merupakan pesawat siri Haunebu paling lengkap untuk dibawa ke medan  perang.
Haunebu III
Pada  masa itu juga, sebuah tender telah ditawarkan kepada sekumpulan pembina  pesawat perang. Antara yang paling berminat adalah syarikat Junkers dan  Dornier. Pada awal 1945, Dornier telah dipilih untuk membina pesawat  siri Haunebu. Disebabkan kesuntukan masa, Dornier tidak mampu membina  banyak pesawat pada masa itu. 
Walaubagaimanapun, Haunebu III  telah berjaya dibina dengan saiz sekitar 71 diameter panjang dan mampu  memuatkan 32 krew dalam satu-satu masa. Pesawat Haunebu III juga  direkodkan mampu mencapai kelajuaan maksimum 40,000 km/jam. Ia juga  dilengkapi dengan tiga rangkaian mesingan Victalen dan mampu menampung  durasi penerbangan selama 8 minggu.
![]()  | 
| Keratan rentas Haunebu III | 
Bagaimana Dengan Haunebu IV?
Perancangan  untuk membina pesawat Haunebu IV yang jauh lebih maju dan efektif telah  dirancang oleh Dornier. Namun, ia tidak menjadi kenyataan selepas  kekalahan teruk Jerman setelah Berlin diserang oleh Pakatan Berikat  daripada dua penjuru.
Walaubagaimanapun, terdapat satu  teori konspirasi menyatakan sebuah lagi tapak pembinaan pesawat telah  dibina di Antartika yang terletak di sebuah kawasan yang diberi nama New  Swabia (Neu Schwabenland). Nama kod bagi tapak ini adalah Base 211. Ia  seakan-akan mirip dengan tapak rahsia Amerika Syarikat kini iaitu Area  51.
Kejadian Pasca WWII Memungkinkan Wujudnya Senjata Rahsia NAZI
Menurut  satu sumber, Base 211 berjaya membina beberapa siri pesawat Haunebu  termasuklah Haunebu IV. Sesetengah pengkaji UFO percaya bahawa pesawat  Haunebu termasuklah Haunebu IV adalah UFO yang sering dilihat pada akhir  Perang Dunia Kedua  sehingga tahun 1970-an. Di sini juga dikatakan  Aldolf Hitler dan beberapa pegawai peribadinya termasuklah Aldolf  Eichmann melarikan diri akibat kejatuhan Berlin pada 1945. Ada sumber  menyatakan Hitler melarikan diri ke Argentina dan memiliki suaka politik  secara rahsia di sana.
Operasi Amerika Syarikat dan  Britain di Antartika dan Argentina sebaik sahaja selepas Perang Dunia  Kedua  seperti Operation High Jump(Amerika Syarikat) pada 1946 yang  melibatkan ekspedisi Amerika Syarikat ke Antartika dan Perang Falkland  pada tahun 1982 melibatkan peperangan merebut sebuah pulau kecil antara  kerajaan Argentina dan Britain dikaitkan dengan misi untuk memburu  Hitler dan saki baki pegawai Nazi yang masih hidup.
Perang Falkland Pada 1982
Tentang  Perang Falkland, baru-baru sebuah laman sesawang pemecah maklumat,  Wikileak yang dikelolai oleh Julian Assange telah mendedahkan bahawa  Pulau Falkland tidak mampu menghasilkan minyak untuk tujuan keuntungan.  Oleh sebab itu, apakah tujuan sebenar Britain bersungguh-sungguh untuk  merebut sebuah pulau kecil yang kelihatan seperti Pulau Redang mahupun  Pulau Sipadan itu? Jika dilihat faktor geografi, Pulau Falkland berada  bergitu jauh dengan tanah besar Britain. Jadi, apa yang perlu diketahui  adalah pasti wujud konspirasi semasa peperangan Falkland ini.  Sekurang-kurangnya ia bersangkut paut dengan Nazi Jerman yang dikatakan  berpengkalan di Argentina.
Penampakan Foo Fighter pada 1941-1960
Foo  Fighter merujuk kepada istilah yang digunakan oleh juruterbang Pakatan  Berikat  pada Perang Dunia Kedua  bagi merujuk kepada penampakan misteri  pesawat yang mengeluarkan cahaya kuning yang terang di Eropah dan  Lautan Pasifik. Saksi yang menyaksikan seringkali mengatakan ia adalah  pesawat atau senjata rahsia pihak musuh iaitu Jerman dan Jepun. Namun,  Foo Fighter tidak pernah mengganggu jauh sekali menembak pesawat Pakatan  Berikat.
![]()  | 
| Sebuah pesawat tidak dikenali sedang mengekori pesawat Amerika Syarikat. | 
Terdapat andaian  daripada para pengkaji paranormal menyatakan bahawa Foo Fighter adalah  salah satu pesawat misteri Lutwaffe yang memiliki kelajuan tinggi. Jika  dilihat satu sudut, kemungkinan besar pesawat Foo Fighter adalah Haunebu  I atau Haunebu II atau juga Haunebu III yang menjalankan operasi  intipan bagi pihak Jerman. Dalam satu kejadian pada 28 Februari 1942,  USS Houston melaporkan bahawa anak-anak kapal mereka menyaksikan  berbilang pesawat misteri yang berbentuk cakera serta mengeluarkan  cahaya yang cukup terang memenuhi ruang angkasa di Selat Melaka semasa  Battle of Java.
Manakala kejadian lain pula  melibatkan juruterbang dan operator radar Amerika Syarikat sewaktu  operasi di Jerman. Waktu itu mereka berada di ruang udara Hagenau,  Jerman. Amat mengejutkan apabila mereka telah didekati oleh dua objek  misteri bersaiz besar mengeluarkan cahaya jingga kekuningan. Mereka  ketakutan dan bersedia untuk menarik picu misil. Namun, setelah dua  minit, pesawat itu berputar sedikit dan memecut dengan begitu laju dan  lancar sehingga mereka hilang di ruang angkasa dalam masa tidak sampai  lima saat.
~ Banyak fakta sejarah yang  perlu dikaji dan ditulis kembali. Kepada semua, jangan percaya hanya  kepada satu sumber sahaja. Jikalau perlu, bandingkan dengan  sumber-sumber yang lain bagi mencari kebenaran dalam fakta.











Tiada ulasan:
Catat Ulasan