
Mesin aneh ini telah dinamakan sebagai  "Ultrasonic Bath". Mesin mencuci tubuh manusia ini telah diperkenalkan  sebagai konsep perintis memandikan manusia menggunakan robot pada Expo  Dunia 1970 di Osaka, Jepun. Mesin ini dibina dengan ketinggian 2 meter  dan menggunakan sebuah tangga untuk memasuki ke dalamnya. Setelah itu,  pengguna perlu menetapkan suhu air yang dikehendaki untuk mencuci  tubuhnya. Selepas 15 minit maka proses permulaan pencucian tubuh badan  pun akan bermula.
Proses pertama adalah selama 5 minit yang diberi nama sebagai proses pre-rinse  iaitu proses penyemburan air ke tubuh badan pengguna dengan menggunakan  air suam. Setelah itu mesin tersebut akan diisikan dengan air yang  telah ditetapkan suhunya dan kemudian diperuntukan pula masa selama 3  minit untuk proses mandian mencuci bersih tubuh badan pengguna.
Setelah selesai, tubuh badan  pengguna berkenaan akan dibilas dengan menggunakan air suam selama 2  minit. Proses terakhirnya pula adalah diperuntukkan selama 5 minit untuk  proses pengeringan tubuh. Ketika proses pengeringan ini berlaku, udara  hangat akan ditiupkan ke tubuh pengguna, sementara itu sinar inframerah  dan ultraungu juga dipancarkan bagi membunuh bakteria yang masih berada  pada tubuh pengguna.





![]()  | 
| Lihat jenama penciptanya-Sanyo | 
P/S: Namun rekaan mesin ini  tidak pula dikeluarkan dan dipasarkan secara banyak di pasaran dunia.  Agaknya mungkin kurang relevan untuk digunakan oleh manusia kerana  nampak seperti tubuh je dicucinya. Kepala tak cuci sekali ke? hehhe










Tiada ulasan:
Catat Ulasan