Tahukah korang... enjin kereta korang tu mengunakan caberator atau yg jenis enjitson (sowi memang aku tak eja dengan betul tapi bunyik perkataan itu same je). Kalau orang perempuan mesti tak tahu apa2 pun kan hehehe sebenarnya ada juga orang lelaki yg tak tahu. Serius ni... member aku tu lelaki tapi haram dia tahu tentang kereta dia. Apa yg orang tanya ternganga je lah... jadi untuk lebih tip top sila korang tanya pada orang yg tahu.
Hari tu aku pergilah mengubah suai ekzos kereta sepupu aku..... haaaaa mesti korang fikir lain kan hahaha sebenarnya kitaorang ubah suai supaya ekzos tu bunyi perlahan merdu gitu. Sekarang ni mana ada dah orang pakai ekzos yg bunyi kuat (ayat cover hehe sebenarnya malas nak kena saman dengan JPJ). Jadi tokey cina kedai ekzos tu yg memberi tahu tips ni. Kalau korang tinggal kat kawasan Temerloh, Mentakab atau yg berdekatan boleh pergi buat ekzos kat kedai Tc Racing. Kedai ni memang tip top bab ekzos lagi pun welding dia cun weh.. kemas giler memang puas hati.
Hanya melihat pada ekzos je boleh tahu jenis minyak apa yg orang itu guna hehe. Apa yg aku tulis tu memang ada kebenarannya, kalau korang ada dua buah kereta boleh lah gunakan minyak 95 pada sebuah dan minyak 97 pada sebuah lagi dan selama sebulan tengok pada ekzos. Lagi pun korang boleh rasa kan semasa memandu perbezaan dua minyak ni. Memang harga dia sungguh ketara perbezaannya tapi siapa yg nak menjaga enjin kereta supaya lambat rosak..... tepuk dada tanya hati.
P/S= Nanti aku terangkan tentang minyak pelincir enjin pula, aku belajar semasa kat Petrolnas dulu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan