Tiba tiba seolah olah diriku terjaga dari lamunan. Diriku berada di angkasa raya melihat dunia nyata bumi ini dengan bentuk dan warna seperti yang kita kenali itu. Lahir dari permukaan bumi sebuah kalimat dalam bentuk tulisan rumi yang diriku fahami “KIAMAT”. Diriku dapat merasakangementarnya seluruh perasaan ketakutan dan bimbang menanti perkara yang akan
Pada masa itu diriku tidak memahami apakah arti sebenar yang  dimaksudkan dengan kalimat kiamat. Kiamat bukanlah hari kehancuran total  seperti sangkaan
sebahagian kita, tetapi kiamat adalah hari kebangkitan buat kali kedua untuk dihadapkan sekalian manusia di hadapan Allah
Maaliki Yaumiddin, Raja pada hari kiamat untuk menyempurnakan hari hisab.
Dalam sekelip mata memandang daku melihat diriku di samping dua orang yang bertubuh badan besar dan tinggi berwarna hitam gelap, memipin kedua dua belah tanganku ke suatu arah yang tiada tujuan arahnya. Daku dapat mengenali dan melihat diriku dipimpin berjalan bersama dan beriringan dengan dua orang malaikat yang menakutkan, entah dari mana mereka itu yang tiba tiba muncul dan menggenggam kedua belah pergelangan tangan diriku.
Semenjak dari manusia pertama diciptakan sehinggalah manusia terakhir yang telah dimatikan.Dengan berbagai macam cara manusia dihimpunkan jika menurut perkhabaran ghaib dari hadis nabi saw. Ada yang diarak , ada yang dihalau dan dikerasi dan ada yang dibawa seperti diriku terkawal seolah olah mereka khuatir diri ini melarikan diri. Hina dan rendahnya diri terhukum seperti itu sebelum lagi dihisab segala amalan kebaikan dan kejahatan diri selama ini.
Berjalan dan terus berjalan tanpa henti, tiada sedikit pun diriku menoleh ke arah kanan dan ke arah kiri. Pandangan diriku tertumpu ke hadapan melihat dan menanti apa yang akan diperlihatkan di hadapan nun jauh di sana. Mata tidak berkedi
Dalam sekelip mata memandang daku melihat diriku di samping dua orang yang bertubuh badan besar dan tinggi berwarna hitam gelap, memipin kedua dua belah tanganku ke suatu arah yang tiada tujuan arahnya. Daku dapat mengenali dan melihat diriku dipimpin berjalan bersama dan beriringan dengan dua orang malaikat yang menakutkan, entah dari mana mereka itu yang tiba tiba muncul dan menggenggam kedua belah pergelangan tangan diriku.
MELIHAT PADANG MAHSYAR.
Ketika diriku dipimpin berjalan menuju ke suatu arah yang tidakku  ketahui, diriku melihat sedang berada di atas sebuah padang yang putih  bersih lapang selapangnya, luas seluasnya. Diriku terdetik kata di dalam  hati,” Inikah namanya padang mahsyar” satu tempat yang dikenal melalui  al quran sebagai padang tempat dikumpulkan segala manusia yang pernah  hidup ketika di dunia dulunya.Semenjak dari manusia pertama diciptakan sehinggalah manusia terakhir yang telah dimatikan.Dengan berbagai macam cara manusia dihimpunkan jika menurut perkhabaran ghaib dari hadis nabi saw. Ada yang diarak , ada yang dihalau dan dikerasi dan ada yang dibawa seperti diriku terkawal seolah olah mereka khuatir diri ini melarikan diri. Hina dan rendahnya diri terhukum seperti itu sebelum lagi dihisab segala amalan kebaikan dan kejahatan diri selama ini.
Berjalan dan terus berjalan tanpa henti, tiada sedikit pun diriku menoleh ke arah kanan dan ke arah kiri. Pandangan diriku tertumpu ke hadapan melihat dan menanti apa yang akan diperlihatkan di hadapan nun jauh di sana. Mata tidak berkedi
p kedip barang sekali ternanti nanti arah tuju dan ternanti nantikan  sesuatu yang akan muncul jauh di hadapan pandangan terakhir di sana.
DIPERLIHATKAN MIZAANUL KUBRA.
Tiba tiba dari kejauhan pandangan diriku itu, daku melihat suatu  bayangan yang besar dan menggentarkan perasaan. Seolah olah melihat  sebuah bukit atau gunung yang sayup jauh di kaki langit gelap menghijau  dan samar samarsekali. Tetapi warna yang diriku pandang bukanlah warna kehijauan  itu bahkan ia adalah seperti warna bergemerlapan kaca yang bersinar  sinar bagaikan banguna besar seperti kristal. Melihatkan sahaja kepada  sinar gemerlapannya serta besar dan kukuh pada pandangan mata diriku,  sudah membuatkan diri tertanya tanya,
“Apa itu..apakah itu”. Tidak semena mena terdengar jawaban dari suatu  suara dari arah kiri diriku, ” Itulah mizanul kubra, untuk menimbang  segala amal kebaikan dan kejahatan manusia.” Anehnya, dari semula diriku  ini dipimpin kedua belah pergelangan tanganku dan digirng menuju ke  mizanul kubra, tidak kelihatan walau seorang pun manusia ramai yang  dikatakan akan dihimpunkan seluruhnya di sana. Diriku hanya diriku,  tiada sesiapa yang lain waktu itu. Mungkin itulah gambaran walhal kiamat  atau hari kebangkitan semula belum terjadi. Diriku  ditunjukkan keadaan sebenar apa yang akan berlaku pada hari yaumil  mahsyar nanti. Ya allah semuga dijauhkan dari azab itu kepada seluruh  warga muslimin yang benar benar takut kepadaMu.
Daku dapat menyaksikan dengan jelas, bahawa gambaran mizan itu bagaikan sebuah dacing alat penimbang besar yang akan menimbang segala macam jenis manusia yang beriman. Samada amal kebaikannya atau amal kejahatannya nanti yang akan menunjukkan kedudukan diri diri yang mengadap mahkamah agung tuhan. Sungguh siksanya menantikan giliran dirinya untuk ditimbang. Dengan bilangan manusia seramai itu. Adakah diriku ini nanti akan terselamat dengan selesainya urusan timbang amalku sendiri. Suasana yang amat menggerunkan hati, apabila terpandang sahaja mizan kubra berdebar debar jantung ini. Warnanya yang mengkilat dan mengkilau dan keadaannya yang amat besar benar – benar memukau pandangan yang memandang.
DAKU MELIHAT DIRIKU DITIMBANG.
Selepas daku melihat dari atas sampai ke bawah dari kanan sampai ke kiri bagai sebuah bangunan yang amat besar itu, lalu aku melihat diriku diangkat dan diletakkan ke dalam salah satu piring penimbangnya yang berada di sebelah kiri pada pandanganku. Sungguh aku merasakan ketakutan yang amat sangat menanti kedudukan alat penimbang mizan al kubra itu bergerak. Adakah ke arah kanan amal baik atau ke arah kiri amal yang tidak baik. Adakah amal jahatku lebih banyak dari amal baik diriku. Seperti orang menunggu keputusan yang akan diputuskan oleh hakim samada jatuh hukuman atau dibebaskan.
Nauzubillah, tiba tiba alat penimbang amalan manusia yakni diriku itu memberat ke arah sebelah kiri yang menandakan amalan jahatku lebih banyak dan lebih besar dari kebaikan yang pernahku lakukan semasa hidupku di dunia. Diriku terjatuh ke bawah bersama piring penimbang menandakan aku adalah manusia paling banyak dosa yang tidak terampun, tiada sesiapa pun yang menolongku dan tidak akan ada sesiapa pun yang mampu menolong kecuali aku mendapat syafaat..tetapi di mana syafaat..di mana syafaat. Sedangkan aku tidak mengingat Rasulullah saw dengan melakukan amalan sunnah sunnahnya..
MELIHAT LUBANG PINTU NURAKA, NERAKA JAHANNAM .
Tidak berapa lama kemudian, aku terdengar suatu suara melaung dengan laungan yang keras dan mengejutkan seluruh tubuh darah dan dagingku, ” Tempatmu di dalam nuraka !!!! Di Dalam Nuraka!!!” Aku terpinga pinga dengan suara itu lalu menjerit jerit aku minta diampunkan segala kesalahan dan kesilapan yang telah aku lakukan selama itu. Tiada siapa yang mendengarkannya. Kedua dua orang malaikat itu segera menangkap diriku yang masih berada di dalam piring timbang amalan itu lalu terus dilontarkannya ke suatu arah.

Sewaktu aku melayang diudara menantikan jatuh aku terpandang sebuah  lubang gelap seperti gaung dalam yang teramat dalam. Lontaran oleh  kedua para malaikat zabaniah itu tepat melepasi dan melorongkan aku  jatuh ke dalam lubang gelap yang teramat gelap. Aku masih terjerit jerit  dari tadinya meminta tolong dengan sekuat hati, “
 Tolongggggg….tolongggggg….tolonggggg….tolong akuuuuu….”sambil  kedua belah tanganku terkapai kapai di udara kosong yang gelap  sementara menantikan diriku terjatuh di atas sesuatu. Tetapi stelah  sekian lama diriku terjatuh aku masih juga terawang awang seperti jatuh  dan sememangnya sedang jatuh, tapi tidak juga mencecah tanah.   Sungguh terlalu dalam lubang nuraka..terlalu dalam dan menyiksakan.  Sehingga akhirnya diriku terjaga dari tidur yang paling menyiksakan di  dalam sejarah diriku tidur selama belasan tahun.
Mimpi ini berlaku sewaktu diriku berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun yang lalu.
Mimpi ini berlaku sewaktu diriku berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun yang lalu.
Benar sabda Nabi Muhammad SAW,
 jika sekiranya sebiji batu dilontarkan ke dalam lubang nuraka nescaya ia akan jatuh ke dasarnya nanti selepas tujuh puluh tahun kemudiannya.
MEMO= DARI BLOG TEMAN 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan