
Masa depan umat manusia moden dihantui  oleh realiti terjadinya perubahan iklim yang extreme, penggantian musim  menjadi tidak terurus, kuantiti hujan berkurangan disuatu tempat, dan  banjir disertai badai dahsyat di kawasan-kawasan lain. Gejala universal  ini yang dijangkakan akan berlaku pada kesemua penjuru dunia tanpa  terkecuali satu tempat pun. Kesan kenaikan suhu dunia akan meningkatkan  paras permukaan air laut antara 65 - 95 cm yang akan menenggelamkan  negara-negara kepulauan Pacifik dan sebahagian besar pulau-pulau di  Indonesia dan Polynesia. 
Kesan paling teruk daripada  perubahan iklim dunia akan dirasakan negara-negara membangun. Ekosistem  subur akan musnah menjadi kekeringan dan kekurangan air bersih,  pengeluaran pertanian akan terganggu. Sektor pertanian sebagai pembekal  makanan bagi umat manusia akan terkena kesan parah kesan daripada  perubahan iklim. Petani² akan menghadapi banyak kesulitan dalam  menentukan masa yang sesuai untuk memulakan proses bercucuk tanam kerana  ketidakpastian musim yang sedang bercelaru. Ummat manusia melalui  pelbagai usaha untuk mengatasi kesulitan dan cabaran masa depannya yang  telah banyak termusnah akibat bencana² alam musibah daripada perubahan  suhu dunia.
Dengan alasan demi keprihatinan  menghadapi masa depan umat manusia yang bakal berdepan dengan masalah  diatas, sejak tahun 2006 Kerajaan Norway bekerjasama dengan Monsanto  Corp., Yayasan Bill and Melinda Gates dan Yayasan Rockfeller, Yayasan  Syngenta, mendirikan sebuah projek 'ganjil' di salah satu tempat yang  paling terpencil di dunia iaitu pulau Svalbard- Norway. 
Svalbard adalah sebuah tempat  yang sejuk, tandus dan berais. Pulau ini dihuni oleh burung dan beruang,  namun bagi tujuan menyelamatkan kelangsungan hidup manusia daripada  bencana besar dunia maka ditubuhkan pelbagai kemudahan disana seperti  airport, hotel dll. Namun pastinya penempatan itu untuk golongan elit  dunia sahaja. Maka telah dibina 'Kubah Kiamat'-Svalbard Global Seed  Vault di Spitsbergen salah satu pulau di kepulauan Svalbard.

Kubah Kiamat Svalbard dibina di  dalam sebuah gunung di Spitsbergen berdekatan sebuah desa kecil di  Longyearbyen. Ia juga dikenali sebagai 'Bank benih' kerana mereka juga  melakukan transaksi perniagaan pembenihan untuk simpanan kegunaan pada  masa depan. Pembinaan SeedBank Svalbard mempunyai pintu yang tahan  gegaran apabila bumi dihentam meteor atau letupan nuklear. Pintu  pintunya juga dilengkapi dengan sensor pergerakan, dua kunci hawa  (airlocks), dan dinding konkrit daripada baja berketebalan satu meter.  Gudang benih di dalamnya mampu memuatkan hingga 3 juta jenis benih  berbeza dari seluruh dunia. 
Sumber kerajaan Norway  mengatakan bahawa Svalbard Seedvault ini akan memelihara kepelbagaian  benih di bumi agar dapat digunakan untuk masa hadapan. Benih-benih  tersebut dibungkuskan secara khusus untuk mengeluarkan embun atau stim  yang lembap. Di bank benih ini tidak akan ada staff yang bekerja  seharian, tetapi akibat kepayahan perjalanan untuk kesana akan  memudahkan 'mereka' mengawasi apa sahaja kemungkinan daripada aktiviti  manusia yang cuba mendekatinya disamping sistem surveillance Norway dan  NATO yang akan mengawasinya secara automatik.


Kawasan Spitsbergen dianggap  ideal kerana kurangnya aktiviti gempa tektonik dan Permafrost, yang akan  membantu pemuliharaan benih secara semulajadi. Bank Benih ini terhampar  pada ketinggian 130 meter (430 kaki) di atas permukaan laut dan telah  diyakini kawasan ini akan tetap kering meskipun puncak puncak gunung ais  di Kutub Utara mencair kesemuanya. Kemudahan 'Kubah Kiamat' Svalbard  ini akan menyediakan kuasa untuk unit pendingin udara yang hebat sesuai  dengan standard piawai antarabangsa yang disyorkan -18 ° C (0 ° F).  Bahkan jika peralatan tersebut gagal berfungsi misalnya kerana global  warming, kepanasan bom nuklear thermal dan bencana dahsyat lain, tempat  tersebut akan kekal selamat selama beberapa minggu sebelum suhu  meningkat ke -3 ° C (27 ° F) kerana diakibatkan oleh batuan dasar pasir  sekitarnya panas. 
Global Crop Diversity Trust  (GCDT) adalah syarikat pengelola kubah benih tersebut. Sementara untuk  penghantaran sampel benih dikendalikan bersama-sama dengan Nordik Trust  for Gen Center - Pusat Sumber Daya Genetik. Mereka akan menyediakan  sebahagian besar kos operasi tahunan untuk kemudahan tersebut. Kerajaan  Norway akan membantu penyelenggaraan strukturnya. 
Dengan sokongan daripada Bill  & Melinda Gates Foundation dan penderma lain, ia sekaligus dapat  membantu genebanks GCDT dipilih di negara-negara membangun serta  pusat-pusat penyelidikan antarabangsa pertanian dalam bungkusan dan  penghantaran bimbit ke kubah benih. Dewan Penasihat Antarabangsa sedang  ditubuhkan untuk memberikan bimbingan dan nasihat. Ini akan merangkumi  wakil-wakil dari FAO, CGIAR itu, Perjanjian Antarabangsa mengenai Sumber  Daya Genetik Tanaman dan institusi lain.


Baru baru ini telah diadakan  Perayaan Ulang Tahun Seedbank Svalbard melalui suatu Persidangan Para  Ahli Genetik Pembenihan Antarabangsa pada Jun 2010 di Longyearbyean,  Svalbard-Norway. Negara-negara Asia diwakili oleh 6 orang ahli dari  Korea (Korea Polar Institute) dan Jepun (University Tsukuba).
Anda bolehlah melihatnya  menggunakan perisian Google Earth pada koordinat 78°14′23″N, 15°29′43″E.  Di bawah ada sedikit lagi gambar² di dalam "KUBAH KIAMAT" (DOOMSDAY  VAULT):



Peringatan : Artikel ini hanya memberi maklumat tentang kepercayaan & ramalan  Tamadun Maya pada masa dahulu bahawa akan terjadi satu malapetaka besar  dunia sekitar tahun 2012. Kepada mereka yang beragama Islam, janganlah jadikan artikel  ini sebagai pegangan. Ini sekadar satu maklumat bagaimana manusia  begitu taksub pada amalan meramal masa depan. Namun jika diikuti pula  pada kajian sains sememangnya dunia akan berdepan dengan satu malapetaka  besar pada suatu masa nanti namun tak siapapun tahu bilakah masa  terjadinya atau adakah benar² ia akan terjadi. Sesungguhnya hanya kepada  Allah-lah kita serahkan semua urusanNya.








Tiada ulasan:
Catat Ulasan