Isnin, 28 Februari 2011

Awas taktik baru perompak

Mesej penting untuk semua golongan wanita yg mahu ke tempat kerja, sekolah atau ke kolej seorang diri. Jika terjumpa kanak-kanak sedang menangis di jalanan sambil menunjukkan anda alamat tempat tinggalnya dan meminta anda membawanya ke tempat tersebut tolong bawa kanak-kanak itu ke balai polis yg berhampiran. Jangan sesekali pergi ke alamat yg ditunjukan itu kerana ini taktik baru kumpulan yg ingin merompak, menculik atau merogol anda. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan anda.

ASP Suman Kumar
D9 Bukit Aman.


Aku tak pasti dengan maklumat ini betul atau salah tapi lebih baik kita berwaspada sebelum terkena kan..kan..kan..

Haaaa yg ni pun penting juga, bagi korang yg suka membeli secara online (zaman it sekarang ni) hendaklah berhati-hati supaya tidak tertipu. Sila periksa dulu dengan sapa yg korang ingin berurusan tu, jika dari syarikat tertentu tu agak boleh dipercayai 100% tapi jika dari orang persorangan tu sila berhati-hati. Kalau seseorang itu mengunakan akaun bank "WIRA HELLO" dia tu adalah pernipu dan korang jangan berurus niaga dengan dia. Aku cadangkan kalau korang ingin membeli sesuatu dari internet ni lebih baik korang berurusan secara berjumpa, bayar dan ambil barang tersebut. Aku jamin yg banyak kegiatan perniagaan secara maya ni mesti suruh kita bank in dulu kan... kalau kita dah bank in tapi barang tak dapat macam mana? errkkk kalau barang dah dapat tapi kita tak bank in (bayar) macam mana pula ek?? hahaha pandai2 korang lah. Apa2 pun kejujuran perlu ada dalam taktik perniagaan seperti ini. Kadang2 kelewatan abang posmen mengugat jugak hukhukhuk

Sms pernipuan hakhakhak korang mesti ada dapat kan. Kalau dulu pasal akademi fantasia dan powerroot sekarang pasal topup untuk ayah pulak, ish..ish.. macam2 lah sekarang ni. Ok ayah aku dah lebih 10 tahun meningal tapi tiba2 aku dapat pulak sms suruh topupkan harharhar lawak giler.. dah lah tulis pun tak betul. Yg pelik tu bukan nombor telefon aku yg terima tapi broudband aku hahahahaha. Opss lagi satu keluarga aku guna bill lah bukan prepaid nak topup2 ni, kitaorang bayar bulan punya lah jadi sila tukarkan taktik pernipuan tu biar lah logik ok waahahahahhaa.

Kadang2 kita akan dapat sms iklan, ni bukan sebuah pernipuan tapi iklan untuk kita mendaftar untuk apa2 jenis lagangan untuk handfon kita. Ada yg untuk video, mesej bergambar takpun nada dering. Korang tak rasa pelik ke?? kat mana diaorang dapat nombor kita ni?? dan aku ada jugak dapat iklan dari nombor telefon bukan dari nombor yg ada 5 angka tu je tapi nombor yg ada 10 angka. Aku kadang2 rimas jugak dengan iklan ni, korang pula macam mana? ok ini adalah perkara yg betul ingin aku kongsikan pada korang macam mana nombor kita ada pada para periklan ini. Ceritanya bergini..... jeng..jeng..jeng... dulu (masa muda2 hakhak) aku berkerja sementara dengan sebuah syarikat besar ni dan aku ditugaskan untuk mengumpul sambil menguruskan satu peraduan yg sedang berlangsung. Peraduan ni dibuat oleh syarikat tersebutlah, aku kena menguruskan peraduan ini dan membuang mana2 borang peraduan yg tak lengkap atau rosak sebelum dihantar ke ibu pejabat (kat kuala lumpur) untuk di buat cabutan. Pada suatu hari ada lah seorang manusia ni datang berjumpa dengan aku (aku kenal sebab selalu berjumpa dengan dia ni tapi sekadar tegur dan borak2 sekejap je lah) dan dia tahu aku yg menguruskan sebuah peraduan. Dia suruh atau minta aku menyalin nombor telefon yg terdapat pada borang tu (yg diisi oleh korang tu), hanya nombor telefon je alamat atau nama dia tak nak dan dia akan bayar kat aku pada sesuatu harga. Korang rasa apa tindakan aku?? haaa korang silap sebenarnya aku tak bagi pun nombor telefon tu sebab aku sendiri pun tak suka bila orang suka2 hati bagi nombor telefon aku kat orang. Bukan hak aku untuk bagi nambor telefon korang kat dia. Dan mungkin dari borang yg kita isi atau peraduan yg kita sertai, para periklan ini mendapat nombor kita. 

P/S= terima kasih pada abe Rio Rashid hehehe kalau korang perasan post sebelum ini di padam oleh sebab aku sudah dapat sesuatu yg benar oleh bantuan abe Rio yg kacak, hensem gagah perkasa, awet muda tu (bodek ada makna hahahaha). Sebab tu aku suka bila sahabat2 menegur bila terdapat kesilapan =))  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

kredit card

My Aunt died this past December. Citibank billed her for January and February for their monthly service charge on her credit card, and then added late fees and interest on the monthly charge..., the balance had been $0.00... Now it was somewhere around $60.00, I placed the following phone call to CitiBank:

Me: 'I am calling to tell you... that she died in January.'

CitiBank: 'The account was never closed and the late fees and charges still apply.'

Me: 'Maybe, you should turn it over to collections'

CitiBank: 'Since it is 2 months past due, it already has been.'

Me: 'So, what will they do when they find out she is dead?'

CitiBank: 'Either report her account to the frauds division, or report her to the credit bureau maybe both!'

Me: 'Do you think God will be mad at her?'

CitiBank:'... excuse me... ?'

Me: 'Did you just get what I was telling you... the part about her being dead?'

CitiBank: 'Sir, you'll have to speak to my supervisor!' (Supervisor gets on the phone)

Me: 'I'm calling to tell you, she died in January.'

CitiBank: 'The account was never closed and the late fees and charges still apply.'

Me: 'You mean you want to collect from her estate?'

CitiBank: '.....(stammer)' '....Are you her lawyer?'

Me: 'No, I'm her great nephew.' (Lawyer info given... )

CitiBank: 'Could you fax us a certificate of death?'

Me: 'Sure.'

(Fax number is given)

(After they get the fax.)



CitiBank: 'Our system just isn't setup for death'

Me: 'Oh... '

CitiBank: 'I don't know what more I can do to help..'

Me: 'Well... if you figure it out, great! If not, you could just keep billing her... I suppose... Don't really think she will care....'

CitiBank: 'Well... the late fees and charges do still apply.'

Me: 'Would you like her new billing address?'

CitiBank: 'That might help.'

Me: 'Nilai Memorial Park Cemetery ( North South Highway and plot number given.)

CitiBank: 'Sir, that's a cemetery!'

Me: 'What do you do with dead people on your planet?'

Jadi nak nasihatkan korang agar berhentikan credit card korang dulu sebelum mati hikhikhik kalau tak tanggung la hutang tu..

Jangan lupa plak jumpa dengan keluarga dah bersalaman mintak maaf dulu sebelum erkkk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 27 Februari 2011

Al kisah hujan di malam hari

Malam itu, ada seorang pemuda yang baru pulang dari tempat kerja terpaksa menumpang teduh di suatu rumah yang hanya dihuni oleh seorang ibu dan anak perempuannya karena hujan dengan deras membasahi bumi. Kerana dilihat diluar ada seorang laki-laki, ibu itupun memberanikan diri untuk bertanya kepada pemuda itu.

Ibu : Nak, dari mana ?

P...emuda : Maaf makcik, saya cuma menumpang berteduh di rumah makcik. Setelah hujan berhenti nanti saya akan pulang.

Ibu : Oh begitu.. tiada apa-apa!

Kerana ibu itu yakin pemuda itu orang yang baik, dia pun mempelawa pemuda itu masuk kedalam rumah. Kerana di luar hujan masih lebat dan malam pun sudah semakin larut, Ibu itu memberanikan diri untuk membenarkan pemuda tidur semalam di rumahnya

Mendengar ajakan Ibu itu, dengan malu-malu (tapi mahuu) si pemuda itu pun tidak keberatan untuk sekadar menumpang barang semalam di rumah itu, apalagi Ibu itu punya anak perempuan yang cukup cantik. lagipun kebetulan di rumah itu masih ada satu bilik kosong, Ibu dan anak perempuannya bergegas mengemas bilik kosong itu, sementara si pemuda itu ditinggalkannya di ruang tamu.

Selang beberapa kemudian, Ibu dan anaknya kembali ke ruang tamu untuk menemui pemuda tadi. Betapa terkejutnya mereka kerana pemuda itu sudah tidak ada lagi. Ibu dan anaknya saling berpandangan, rasa takut mula menghantui mereka berdua siapa tahu kalu si pemuda tadi bukan orang tapi jelmaan makhluk ghaib. Hujan yang semakin deras dan kilat yang saling menyambar menambah ketakutan mereka. Sedang mereka dalam ketakutan itu, tiba-tiba mereka berdua dikejutkan pula oleh si pemuda tadi yang tanpa dijemput masuk kembali kedalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Tanpa berpikir panjang walaupun masih ada rasa takutnya, Ibu itu pun bertanya kepada si pemuda.

Ibu : Nak, dari mana basah kuyup ni ?

Pemuda : Maaf makcik, saya pulang dulu ke rumah ambil bantal dan selimut!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 25 Februari 2011

Terbang bagaikan Helang

Kitaorang (aku dan 3 orang kawan aku) di eskot oleh beberapa polis trafik huuhahaha dah rasa macam orang penting jek ni... Masa ni kitaorang balik dari sebuah restoran yg mana seorang menteri turut bersama makan disitu, Menteri Perdangangan hehehe korang kenal tak sapa??? haaaa mesti ramai yg tak tahu kan, sapa artis yg terkenal?? haaaa mesti korang tahu kan... ish..ish.. korang memang tak patut. Terima kasih pada abang2 polis yg eskot kitaorang tu huhuhu mesti ramai orang temerloh yg merasa hairan kenapa sebuah kereta myvi yg dinaiki oleh aku dieskot huuuhahaha. Sebenarnya tiada apa2 pun polis tu saja2 je nak buat aku rasa cam orang berpangkat hehehe.
Wokey sebenarnya aku bukan nak merapu pasal politik atau cerita pasal tiba2 temerloh dilanda pihak berkuasa hehehe. Tiba2 sepi je bandar sebab pasukan FRU dan polis terlampau banyak di temerloh dan budak2 tak merempit, merewang dah di malam hari hehehe (bagus jugak khekhe takde lah sampah2 masyaratkat ni untuk seketika), pihak ni ada untuk permilihan nama percalonan pilihan raya kecil yg akan di adakan pada siang esok huhuhu sekejap je lah. Aku sebenarnya nak merapu je dan kalau korang tak suka boleh berhenti membaca jangan teruskan lagi, cukup sampai di perangan ini sahaja ok.
"yg remeh dan yg temeh, berlegar sekeliling mu... buatlah... buatlah.. buatlah tak tahu" haaaa korang tahu tak lirik lagu ape ni?? Dah menjadi sinonim dengan masalah yg sering kali timbul adalah berpunca dari menda yg remeh tapi diperbesarkan. Korang sendiri pun mesti pernah buat macam ni kan, aku tak suka menda2 macam ni dan boleh membuatkan naik darah aku je oppsss bukan darah tinggi (sejenis penyakit) tu ek hehehe. Kalau ikutkan memang boleh jadi Godzila aku kalau menda2 remeh ni pun nak sibuk2 kan sebab tu aku wat tak kisah je pasal hal2 yg remeh temeh dan korang pun tak payah lah nak ambil pot sangat pasal perkara remeh.
Dulu masa aku nak balik Felda aku mesti aku berfikir nak bawa kenderaan besar seperti pajero hahaha. Oleh kerna keadaan jalan raya yg sangat teruk, berlobang sana sini dan macam jalan nak pergi ke ladang sawit aku jek. Pelik aku kenapa dibiarkan jalan menjadi sebergitu?? kenapa tidak diturap kembali? orang felda tak bayar cukai jalan ke?? kenapa?? Sedangkan pakcik makcik yg mempunyai kenderaan di felda tu pun tiap2 tahun bayar jugak cukai jalan tetapi mengapa terpaksa mengunakan jalan raya yg bertar (jalan utama) seperti jalan lori balak masuk hutan je... harap pihak berwajib ambil perhatian. Kesian lah beli rim keta mahal2 tapi habis bengkok2 akibat terjahan lubang2 jalan yg bersepah-sepah tu silap haribulan boleh meragut nyawa.
Wahai kaum lelaki sekalian hehehe sila lah wat undian di sebelah tu... korang klik je kat situ... blog ini semakin dikuasai oleh perempuan waaaaaaaa, cuba korang tengok peratus lelaki dan perempuan yg membuat lawatan santai kat blog ni.... haaaa peratus orang perempuan semakin meningkat tu... dimana dan mengapa korang kaum lelaki malas sangat nak klik2 undian tu haaaaa??? AArrrgghhhhhh tidaakkkkkk huhuhuhuhu
Aku merasa hairan hehehe kenapa tiba2 bloger menjadi glemer.... korang perasan tak?? kalau ada apa2 pasal menteri atau bekas menteri mesti ada sidang bersama bloger. Aku rasa bloger ni dah menjadi sesuatu alat atau tempat yg boleh menjadi saluran seperti surat khabar. Dulu aku tahu ade sidang surat khabar je tetapi sekarang ada jugak sidang bloger yg dibuat oleh orang2 ternama hehehe. Aku turut dijemput oleh ehem..ehem (dirahsiakan). Dan oleh kerana esok ada hal politik jadi isu ini agak sentetif hukhuk dan aku tak akan post pasal politik kat blog aku ni, sowi makan sawi ekk diharap pihak tertentu tidak kecewa.
Ok last pantun dari aku hehehe
"Dua tiga kucing berlari
           Mana nak sama kucing bawa lori
Dua tiga kucing jadi dreba teksi
            Aku dah ngatuk ni sampai kat sini"
hehehehehe papai semua. kita jumpa kat post yg akan datang


P/S= Seunik Malaysia g tiangnya dibina dan ditopang pelbagai bangsa!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ayam oh ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya.
Untuk itu dia berjumpa Pak Seman “Tauke Ayam” untuk membeli ayam .
Lelaki kaya : “Saya ingin menempah 20 ekor ayam untuk besok, ini alamat saya (sambil memberikan kad namanya yang mengandungi alamat rumah)
Pak Seman : “baiklah, saya akan suruh anak buah saya ...untuk menghantarkan ayam-ayam ini ke rumah anda besok”

Setelah itu Pak Seman memanggil Usin dan berkata….
Pak Seman : “Sin, besok tolong antar 20 ekor ayam ke alamat ini (Sambil memberikan kad nama lelaki kaya tersebut)”
Usin : Antar ayam?.. siap Boss….

Keesokan harinya Usin membawa 20 ekor ayam dengan motosikalnya. 10 ekor diletakkan di sisi kanan, dan 10 ekor diletakkan di sisi kiri. Akan tetapi malangnya, di dalam perjalanan dia eksiden terlanggar lubang…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari behamburan. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Usin, akan tetapi Usin hanya ketawa mengilai ngilai dan berguling guling.

Orang yg bertanya : “Bang, abang ok ker?.. ? takde cedera mana mana kan?”
Usin : “Ha… ha… ha… !”
Orang yang bertanya : “Bang, kenapa abang lain macam je ni ?”
Usin : “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

lari ayam lari hakhakhak
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

it my life


Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 24 Februari 2011

bila waktu tlah berakhir - opick

bagaimana kau merasa bangga
akan dunia yg sementara
bagaimanakah bila semua hilang dan pergi
meninggalkan dirimu

...bagaimanakah bila saatnya
waktu terhenti tak kau sadari
masikah ada jalan bagimu untuk kembali
mengulangkan masa lalu

dunia dipenuhi dengan hiasan
semua dan segala yg ada akan
kembali padaNya

bila waktu tlah memanggil
teman sejati hanyalah amal
bila waktu telah terhenti
teman sejati tingallah sepi
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

kisah tiga kutu lepak

Suatu petang, di sebuah kampung, kelihatan 3 pemuda yg gelap masa depan sedang melepakkan diri di tepi jalan. Sorg main gitar, sorg lagi wat gaya ala main drum & sorg lagi melalak walaupun dia sedar ketidaksedapan suaranya. Budin, Kadir & Samad, begitulah nama diberi.
Waktu menunjukkan jam 6.45 petang. kelihatan sesusuk tubuh berkopiah... dan berbaju melayu berjalan ke menuju ke surau. beliau berjalan di hadapan pemuda2 tadi..
"Assalamualaikum" beliau memberi salam
"Waalaikumussalam.. eh! tok imam" jawab mereka serentak.
"Apa nak jadi ngan korang bertiga ni.. memalukan mak bapak je. sudah. balik mandi, pastu bersiap. aku tunggu kat surau. kita solat sekali"
"baik tok imam!!!" diorang terus setuju. bukan ape. saje nak amik hati org tua tu. kalau nak jadi rezeki bleh jadi menantu. anak dara tok imam yg cun melecun tak hingat tu memang jadi impian diorang..

"tok imam. kami dah sampai" kata Budin.
"haaa.. Budin.. kamu pegi azan. dah masuk waktu ni" tok imam bagi arahan. Orang2 kampung termasuk Tok Bilal hanya tersenyum.
Tanpa banyak alasan Budin terus mencapai mikrofon. Budin memang tak kisah kalau setakat jadi bilal. jadi imam je dia tak sanggup.
Budin bersedia utk azan.. tiba-tiba kedengaran..
"ALLAH TA'ALA.. ALLAH TA'ALA......"
"WOI... sape ajar kamu azan sebut ALLAH TAALA? Astaghfirullah" tok imam geleng kepala..
kah kah kah.. Kadir & Samad gelak besar.
"Bilal. Azan"

Selesai tok bilal azan.. tok bilal iqamah & diorang bersedia utk solat maghrib berjemaah.
Tok imam menuju ke sejadah imam. Semua makmum meluruskan & merapatkan saf.
"Allah.. Allah.. Astaghfirullah.." tok imam memang jenis was-was.. 2, 3 kali angkat takbir tapi tak jadi.
"Tok.. biar saya jadi imam" Kadir menawarkan diri. Imam undur ke belakang & Kadir melangkah kedepan.
"Allahu Akbar.." Kadir memulakan solat. Semua makmum turut takbir. Tiba-tiba..
"HAAAA.. TENGOK TOK, SEKALI JE SAYA TAKBIR!! APESAL SUSAH SANGAT?" kata Kadir sambil memusingkan kepalanya ke belakang!!!
Kah kah kah.. semua batal solat..

"Tok.. biar saya yg jadi imam.."Samad pulak yg menawarkan diri. Tok imam setuju.
Samad melangkah ke depan.. mengangkat takbir dan mengetuai jemaah dengan cukup sempurna.
bacaan yg bagus.. tomakninah yg baik, suara pun sedap.. memang pemuda contoh.
Selesai solat maghrib.. Setelah Samad tamatkan bacaan doa.. Tok imam mencelah.
"Budin, Kadir.. Contohi la Samad. Tengok macamana dia jadi imam tadi. Khusyuk aku solat hari ni. Samad, bagus! mesti mak bapak kamu bangga dapat anak macam kamu ni. Sedap jugak suara kamu.."
Samad: "SEDAP KE TOK? TU BELUM AMIK WUDHUK LAGI TU.. KALAU AMIK WUDHUK MESTI LAAAAGI SEDAP!!!!"

AYAAARRRRRKKKKK!!!!!!!!!!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 23 Februari 2011

monyet

Ketika dalam makmal biologi, Ali dimarahi oleh Cikgu Mat yang memang terkenal kerana suka melawak. Kamu tahu kan, semua murid mesti membawa katak untuk amali. Tapi kenapa kamu bawa kodok ? Kata Cikgu Mat. Tapi cikgu, ini kan katak, bukannya kodok Jawab Ali. 
Itu saya tak mahu tahu. Sekarang kamu keluar. Jangan masuk makmal saya sebelum kamu membawa katak marah cikgu Mat. 
Dengan longlai Ali menuju keluar makmal. Di pintu pagar, Ali terserempak dengan Azwan, rakan sekelasnya yang kebetulan terlambat.
Kenapa? tanya Azwan. 
Saya diusir keluar dari makmal kerana cikgu kata saya membawa kodok jawab Ali sambil menunjukkan kodoknya. 
La. ini katak lah, bukan kodok. Tak apa, biar saya yang bercakap dengan Cikgu Mat.
Ketika mereka sampai di depan makmal, belum sempat Azwan hendak bercakap sepatah katapun, Cikgu Mat sudah menengking : 
Ali, kamu ni mengapa? Tadi kamu bawa kodok, sekarang kamu bawa monyet.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Pemandu bas

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5 tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya."

Sepanjang perjalanan, si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada penumpa...ng disebelahnya.

"Sudah sampai Ipoh belum?" Hari mulai malam dan anak itu masih terus bertanya-tanya.

Penumpang di sebelahnya menjawab.. "Tidur aje la.. Belum sampai lagi ni.. nanti kalau sampai saya akan kejutkan!"

Tapi si anak tidak mahu diam, dia pergi ke depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik.. sudah sampai Ipoh ke belum?"
Pemandu yang sudah keletihan menjawap soalan itu berkata.. "Belum! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!"

Kali ini, si anak tidak bertanya lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak, sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih tertidur dan tidak bangun-bangun.

Tersedarlah si pemandu yang dia lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni.. perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu menuju ke Ipoh..

Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak! Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu..

Si anak bangun dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" lalu si anak pun membuka beg pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya..

Seluruh penumpang kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu kebingungan.

"Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Isnin, 21 Februari 2011

Your HERO



Would you dance, if l asked you to dance?

Would you run, and never look back?

Would you cry, if you saw me crying?

And would you save my soul, tonight?

Would you tremble, if I touched your lips?

Would you laugh? Oh please tell me this.

Now would you die, for the one you loved?

Hold me in your arms, tonight.



I can be your hero, baby.

I can kiss away the pain.

I will stand by you forever.

You can take my breath away.

Would you swear, that you'll always be mine?

Or would you lie?

would you run and hide?

Am I in too deep? Have I lost my mind?

I don't care...You're here tonight.



I can be your hero, baby.

I can kiss away the pain.

I will stand by you forever.

You can take my breath away.



Oh, I just want to hold you.

I just want to hold you.

Am I in too deep?

Have I lost my mind?

I don't care...You're here tonight.



I can be your hero, baby.

I can kiss away the pain.

I will stand by your forever.

You can take my breath away.



I can be your hero.

I can kiss away the pain.

And I will stand by you forever.

You can take my breath away.

You can take my breath away.


I can be your hero.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 20 Februari 2011

koboi dn ular

Al-kisah...


...
Seorang koboi pulang dari sebuah kota dengan menunggang kudanya melewati gurun. Dia dikejutkan oleh seekor ular yang menghalangi jalannya, lalu si koboi turun dengan pisau ditangannya, ketika ditangkap ular itu untuk dibunuh si ular berkata :



Si ular : "jangan bunuh saya, saya adalah seorang pari-pari".



Si koboi terkejut, dan masih ragu, lalu bertanya :



Si koboi : "jika kamu pari-pari apa yang saya minta akan dikabulkan ?". Tanya si koboi.
si ular : "jika kamu tidak percaya lepaskan dulu saya, dan apa permintaan kamu wahai koboi?". Kata si ular itu.



Lalu si koboi melepaskan si ular itu, lalu dia berkata :



Si koboi : "saya mempunyai 3 (tiga) permintaan, iaitu yang pertama, saya mahu wajah saya hensem macam lionardo dikopiko, yang kedua badan saya setegap arnold, yang ketiga "anu" saya sebesar "anu" kuda yang saya tunggangi itu". Sambil menunjukkan jari ke kudanya.



Si ular berkata dengan tenang :



"sonang bai tuuuu, esok kamu boleh lihat dicermin apa yang terjadi, sudah ya, saya pergi tata titi tutu". Kata si ular sambil pergi masuk semak-samun dan menghilang.



Lalu si koboi itu naik kudanya meneruskan perjalanan menuju rumahnya. Memang hari sudah lewat dan sesampai di rumah si koboy berdiri di depan cermin dan berkata :



"besok kalau tidak ada perubahan siaplahh!, aku potong kepalamu wahai ularr!". Sambil berjalan dia masuk kebilik dan "z z z z " ketiduran.



Keesokan harinya si koboi bangun pagi-pagi dan terus menuju cermin, dan apa yang terjadi, si koboi tergezut gorilla dan gembiraaa, dilihatnya wajahnya mirip lionardo dikopiko dengan senyum bangga, lalu dia membuka baju melihat badannya sudah berubah dengan otot yang menonjol, dia memperagakannya gaya-gaya bodybuilder, kemudian dia membuka seluarnya dan dia terkejut triple king-kong sekali, dan berteriak :



"tidak-tidak. Ini tidak mungkin, tidaaaaaaaaaaaaaaaak!!!!!!!".



Ternyata dia lupa, dan baru ingat bahawa kuda yang ditungganginya semalam itu adalah kuda betina...!!.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 19 Februari 2011

LOVE WITHOUT RULES IS LONESOME!

                                                    Opppsss terseksi plak huhuhu 
Gambar ini tiada kaitan dengan apa yg di terbitkan pada post ini sekian.
CRAZY WORLD FOR MENTAL




"Keseronokan sejati ialah saat menikmati sesuatu dengan akibat yg pasti"
Tiada orang di sekitar dewan kolam renang sekolah yg bangunanya terpisah daripada bangunan-bangunan kelas oleh padang bola. Di waktu ini, tiada pelajar dibenarkan berada di sini selain untuk yg tidak bermoral seperti kami. Kilauan air dipanah mentari tengahari menjadikan permukaan kolam renang cantik berseri bagai kristal. Namun dalam keseronokan menikmati dunia air bagai kami yg punya tiba-tiba terbantut oleh kelibat sepasang tangan terkapai-kapai di tengah kolam. 
"Woi! budak lemas lah woi!! cepat selamatkan dia!!" Jerit Syam
Namanya Asrul pelajar 5 Delta. Muka tampan persis salah seorang ahli boy band jonas brothers. Selepas diselamatkan dia terbatuk-batuk hingga memuntahkan air yg banyak.
"Phew! nasib baik dia hidup kalau mati kitorang leh jadi suspect utama" Kata Syam termengah=mengah kerana dia menjadi penyelamat utama.
"Apasal korang selamatkan aku..?" Tanya Asrul
"Tak kenang budi punya budak. Nak mati cari kolam lain" Tengking aku sambil menampar dahi Asrul
Mangsa lemas yg baru diselamatkan itu hanya membatu lemah. Tiada kuasa mahu melawan.
"Apasal kau ni Asrul??" Syam bertanya
"Hidup ni dah tak bermaknan lagi" Kata Asrul
"Hei.. hei geng, bunuh diri bukan penyelesaian ok. Kat dunia ni banyak lagi cara nak selesaikan masalah" Pujuk Yazid sambil menepuk bahu Asrul
"tapi kalau kekasih sejati dah tinggalkan aku... hidup dah takde maknanya" Jelas Asrul
"Ces..ces..ces mat jiwang rupanya, biar aku sekolahkan kau.. What is life" Aku kekal dengan tegasnya
"Huh?? what is life??" Tanya Asrul terkebil-kebil
Keesokan hari Asrul dengan rela dalam terpaksa menjadi anak murid aku. Seperti pernah Yazid lalui begitu juga yg Asrul terpaksa lalui. Bezanya kali ini teknik berbeza. Hari pertama aku menguji keberanian Asrul dengan mengajarnya mengintip bawah kain pelajar perempuan mengunankan cermin pengasah pensel yg ditampal di hujung kasut sekolah. Sememangnya teknik bijak mengintip dalam kain pelajar perempuan yg memakai seragam skirt. Mangsa pertama Sasha gemuk datang menyerah diri apabila tiba-tiba dia berdiri membelakangi Asrul. Tanpa lengah Asrul cuba menguji teknik pengintipan tersebut. Malang tidak berbau pembalikan cahaya mentari membawa kilauan yg menyedarkan Sasha.
DUUUSSYYUUUMMM!!!
"Adoi!!" Jerit Asrul saat penumbuk gemuk yg anjal tepat di mata kirinya.
Aku, Syam dan Yazid tersenyum selamba. Asrul rupanya lebih kental daripada apa yg aku sangkakan, hari kedua dia masih mengikuti kami. Seperti Yazid, dia mungkin sudah bertemu 'sahabatnya'.
"Buktikan kejantanan kau! ni misi kedua" Kata aku sambil menyuruh Asrul melakukan sesuatu
"Apasal lu mat? gua suruh lu pau budak tu bukan kena pau" Aku meradang
"Kesian dia la.. dia kata dia anak yatim. Mak dia kena kanser. Duit takde'' Selamba Asrul menjawab
"Haaaa???!!!"
Yazid dan Syam saling tersenyum sesama sendiri manakala aku semestinya bengang tak sudah. Selepas tiga hari diorientasi akhirnya Asrul tidak lagi si pencinta yg lemah. Kekecewaanya terubat dan dia tidak lagi melihat mati sebagai jalan penyudah namun Asrul tetap Asrul yg berjiwa pemurah.
"Trimas! korang telah memberikan aku keyakinan baru. Kebahagiaan kini terletak di tangan aku sendiri" Asrul dengan bersunguh menghargai bantuan kami
"Aku akan cakap dengan dia..." Asrul menanbah
Kami terpinga tiba-tiba. Nampaknya dia masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya
"Cakap apa mat? kau kan dah putus dengan dia??" Aku mengingatkan keras
"Aku nak cakap dengan dia, Ya! kita dah putus tapi perpisahan itu bukan menjadikan aku semakin lemah tetapi semakin kuat. Walau apa yg terjadi aku akan tunggu dia sampai bila-bila" Hujah Asrul bersungguh-sungguh
"Fuyooo ni dah kes serius ni" Syam bersuara
"Yaa aku akan tarik dia kesini dan luahkan perasaan aku pada dia depan korang" Asrul menyakinkan
"Hmmm... bagus gak. nak sangat kitaorang tengok rupa awek yg kau gila-gilakan tu" Syam mempersetujui
"Jap lagi dia sampai... aku dah call dia tadi" Pantas Asrul bertindak
Cinta boleh membuatkan yg normal menjadi tidak normal, yg abnormal menjadi normal
"Asrul!! berapa kali saya dah cakap! awak pelajar saya guru. Hubungan kita setakat tu ajer.. faham!"
Ayat pertama yg terpancul dari mulut Cikgu Nora saat berdiri di hadapan Asrul. Aku, Syam dan Yazid hanya terpaku mengharapkan kewujudan kami tidak diperdulikan olehnya. Apatah lagi yg dimaksudkan cinta hati Asrul itu adalah cikgu persis singa betina, rupa bengis cantik seiras haiwan tersebut. Jauh beza berbanding Cikgu Nora yg pernah aku temui ketika pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini.
"Tidak cikgu! cinta tak mengenal usia! saya akan tunggu cikgu sampai bila-bila" Asrul menegaskan
"Diam! awak jumpa cikgu untuk belajar bukan bercinta faham tak?? kenapa miang sangat ni" Cikgu Nora tegas dengan pendirianya
"Tapi cikgu...." Asrul kekal mahu membuktikan keyakinanya
"Sudah! mari ikut saya balik ke kelas jangan nak melepak tak tentu hala! korang bertiga pergi balik kelas korang!!" Tengking Cikgu Nora lantas menarik tangan Asrul
Asrul meronta tidak mahu pulang ke kelas. Aku hanya tergamam melihat drama cinta tidak berbalas antara anak murid dan gurunya. Sadis sungguh lebih sadis bila Asrul yg tampan mencintai Cikgu Nora tembam yg bersolek bak badut sarkas.
"Apalah nak jadi dengan sekolah kita ni...." Rungut aku sambil menggaru kulit kepala yg tidak gatal
"Manusia buta nafsu camtu pun ada.... tak faham... tak faham.." Syam pula bersuara
"Cinta itu buta woi..." Kata Yazid lantas berlalu mengikuti aku dan Syam pergi..


THE END
P/S= Tenet aku dah tidak menjadi tenuk huhuhu sudah pantas seperti biase dan bolehlah aku berkarya kembali hukhuk setelah lebih sebulan tenet aku buat hal tenat tenuk.. wwiieeeee =)


MEMO= Cerita cerpin di atas adalah rekaan semata-mata, sekolah aku dulu mana ada kolam renang hehehe. Nama yg di gunakan adalah dari sahabat2 aku di waktu persekolahan dulu. Kisah ini di cipta sebab dulu masa sekolah ada kawan aku memberitahu aku yg dia suka pada seorang cikgu hehehe tapi tak lah dia bertindak gila seperti cerita yg direka ini. Nasihat pada adik2 pergi sekolah untuk berlajar bukan bercinta atau nak jumpa kawan2 semata-mata.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Beruang yg baik

"Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat, sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang.

Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KR...AKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.

"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yangberiman .. tolong ya Allah! Aminnn.."

Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa,

"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! " (Doa makan)

ekekekeke...
 
P/S= Setiap sesuatu di muka bumi ini dijadikan serba saling bertindak balas antara satu sama lain. Biarpun tindak balasnya seakan sama tetapi tetap berbeza. Sebagai contoh mungkin takdir itu sama tetapi situasinya berbeza.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 18 Februari 2011

Always something for everything

Sebelum hari perkahwinan sahabat aku tu (yg post kat bawah ni) aku ada pergi ke Kelantan... balik kampung hoo hoo hooo balik kampung huhuhu. Aku balik sebab sepupu aku telah meningalkan dunia yg fana ini... Al-Fatihan untuk berliau.
Aku nak bercerita sedikit tentang dan semasa aku berada kat kelantan hari tu hehehe, kalau balik je kat sana aku mesti pergi kat pantai huhuhu dan dalam fikiran aku terdetik yg negeri kelantan ni penuh dengan pantai. Mungkin negeri yg paling banyak pantai kot.
Depan rumah pakcik aku ade tempat untuk bersantai... ade kerusi simen yg diukir seperti kayu tu kalau korang perasan dan memang tahu lah kerusi jenis tu ada di mana2 je sunguh mudah untuk dijumpai hehehe. Ada jugak tempat tido atau buayan gayut ni (seperti gambar di atas hehehe) memang best petang2 lepak di situ huhu. Dulu masa aku muda2 remaja eewwaahh hakhak bila kat kelantan ni memang susah nak tengok anak dara merewang atau nak jumpa anak2 dara, diaorang duk teperap kat rumah je tapi sekarang waahhhh dah lain lah... kejap2 ade je yg lalu lalang kat jalan depan tu dah berbeza sangat dengan keadaan dulu2.

Haaaa yg ini pasal budak kecik berbadan besar ni lak hukhuk walaupun baru jumpa aku sehari dan aku tak kenal pun dia. Anak jiran pakcik aku ni sunguh selamba hahaha dia buat macam dah kenal aku setahun... pelik sunguh. Selamba je dia berborak dan menjadikan aku sebagai mangsa untuk menyiapkan perangkap burung dia tu hahaha. Mangsa yg sekarelawan aku ni, dulu masa kecik2 pun aku ade buat jugak dan di namakan sebagai "Jebok". Kat kelantan aku tak tahu diaorang pangil ape, dan aku bermain burung serindit dulu hehehe tapi sekarang Megas tua dah marah kalau pelihara burung tu kena ada lesen dulu. Letih aku duk senyum pada makcik2 dan pakcik2 kampung tu bila diaorang duk lalu lalang hehehe aku memang suka kat kelantan sebab warga tua tak pernak lokek dengan senyuman... setiasa senyum bila selisih walaupun aku ni orang luar.

Pelik tapi benar huhuhu pertama kali aku jumpa roundbot yg mempunyai lampu isyarat???? Ni jalan nak ke Tesko, memang pelik je aku rasa jalan2 kat kelantan ni huhuhu agak kucar kacir mungkin disebabkan oleh perbinaan jambatan kat sungai kelantan yg tak tahu bila nak siap tu, dari tahun lepas sampai sekarang masih macam tu je lembab betul diaorang bina. Selagi jambatan tu tak siap di bina selagi tu lah berlakunya kesesakan. Oleh di sebabkan mak aku di masukan wad pada hari rabu tu jadi aku terpaksa pulang ke temerloh lebih awal dan tak sempatlah aku nak tahlil sampai malam ketujuh. Malam ke enam tu selepas tahlil aku dan sepupu sepapat aku pergi ke bandar dengan berbaju melaju dan berkain pelikat je untuk mencari tiket tapi hampa sebab semua kuanter dah tutup jadi kitaorang merewang lah pergi ke lapangan terbang. Aku lupa dah nama kat situ hehehe tapi kat jalan raya sebelah lapangan tu ada berlakunya kemalangan yg mengakibatkan kematian. Mat rempit yg tengah lumba (budak sekolah lg aku rasa) dengan tak pakai helmet telah melangar kereta wira yg parking kat tepi jalan, peerrhhh sampai pecah tayar kereta tu korang bayangkanlah kuat punya hentakan motor budak tu dan kalau itu tidak menjadi sebagai pengajaran pada kawan2 budak tu aku tak tau nak kata apa lah. Aku ada rakam sebuah persawat MAS mendarat nanti aku nak uploud kat youtube kata UFO mendarat hahahaha tengok berapa ramai yg tertipu.

Kalau ke kelantan mestilah aku pergi berjumpa kekasih hati aku yg sorang ni hehehe. Sudah menjadi kebiasaan keluarga pakcik aku bila tiba2 aku hilang secara senyap2 atau diaorang perasan huhuhu tidak lain mesti aku kuar dating huuhahaha berjumpa kekasih hati aku ni. Aku sebenarnya sayang sangat kat dia ni... cinta sepenuh hati hehehe jadi mat jiwang jap tapi aku tak pernah pun bagi tau kat dia huhuhu kalau dia tanya aku senyap je kehkehkeh.... dia segalanya bagi aku tapi entah aku tak pandai nak buat dia merasa atau tahu tentang itu. Semasa aku pulang ke temerloh aku membawa dia bersama untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku tu dan kawan dia jugak hehehe 


P/S= Cinta tidak pernah berpisah dengan setiap manusia kerana ia bakteria semulajadi dalam sistem imunisasi manusia 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 17 Februari 2011

Hantu Tiom


Di tempat tinggalnya, kawasan kampung di sebuah negeri, Kamal dikenali dengan tabiat "hantu nombor" yg bermaksud orang yg suka mencari nombor ekor di tempat-tempat keramat atau tempat-tempat yg didengari boleh memberinya nombor-nombor ramalan itu. Kerana pada waktu ini Kamal adalah seorang pengangur terhormat di dalam kampungnya. Hari-hari banyak masa di habiskan nombor-nombor itu.
Pada suatu malam Kamal dikunjungi oleh seorang sahabat yg mempunyai hobi yg sama dengannya. Temannya Supian mengajak Kamal pada malam itu pergi ke sebuah Komplek kubur cina yg terletak di selatan kampung mereka iaitu sebuah makam cina kubur seorang wanita Mongol yg dikatakan boleh memberikan nombor bertuah itu. Lalu keduanya mulakan bersiap-siap untuk "menurun" (memuja) di kubur tersebut. Selepas sampai tanpa berlingah lagi mereka pun mulakan upacara menurun ni, membakar dupa dan minyak-minyak arab serta duduk membaca sesuatu sambil menunggu di situ sehinga tengah malam.
Tiba-tiba Kamal dan Supian terbau sesuatu yg sangat harum, makin lama bau wangi itu semakin menusuk ke hidung. Masing-masing mula berasa takut tapi mereka cuba memberanikan diri mereka. Mereka bertekad untuk mendapatkan nombor yg dikatakan bertuah itu. Sedang asyik menurun mereka tidak menyedari satu bayangan putih telah berdiri di belakang Kamal. Kamal menoleh apabila terasa sesuatu menyentuh badanya. Dia merasa seperti mahu menjerit sekuat-kuatnya apabila seorang wanita cantik bermata sepet berdiri di belakangnya. Kamal tahu bahawa wanita itu bukan manusia.
"Hei! kenapa kamu beradaa di sini?" bentak wanita itu. Kamal tidak mampu menjawab tubuhnya gementar.
"Mahu minta nombor ya!" wanita bermata sepet itu bertanya lagi. Kamal tidak menjawab lagi.
"Kalau hendak dapatkan nombor yg baik ada syaratnya. Saya kena mencium kamu terlebih dahulu". Kamal terkejut dengan permintaan wanita tersebut tetapi kerna tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan mengsia-siakan usahanya yg memuja setelah lebih empat jam disitu sudah kebas badanya yg menjadi mangsa serangan nyamuk-nyamuk yg kelaparan itu. Dia pun dengan perlahan-lahan memusingkan badanya mengadap wanita itu sambil mendongakan kepalanya untuk menuruti permintaan wanita itu. Dia dapat melihat dengan jelas wanita itu, cantik tapi wajahnya bergitu dingin dan mengerikan.
"Mari sini saya mahu mencium kamu!" Kamal tidak mengelak lantas pipi kirinya dicium. Ketika bibir si cantik itu menyentuh pipinya dia merasa seperti sentuhan ais. Meskipun merelakan pipinya dicium oleh hantu cina itu, hati Kamal sangat gembira kerana kini dia telah mendapat nombor pemberian si cantik itu. Esoknya kerana terlalu percaya dengan nombor pemberian si cantik itu Kamal membeli nombor tersebut dengan jumlah yg besar tapi rupanya nombor itu ternyata tidak tepat. Rupanya dia telah dipermainkan oleh hantu cina tersebut. Kamal terlalu marah dia menjadi bingung kerana kepada siapa harus dia marah. Pada keesokan harinya Kamal semakin meradang kerana bekas ciuman hantu itu telah meningalkan parut hitam yg besar di pipinya. Parut hitam itu pula tidak boleh hilang.
"Cilaka punya hantu, memang hantu punya hantu, tak guna punya hantu penipu! nanti kau!" katanya dalam hati.







P/S= Berjudi itu haram dan melakuan permujaan itu bertambahlah keharaman hehehe sekadar cerita yg direka oleh aku tiada berkait atau ingin memalukan sesiapa. Semoga dapat memberi terladan kepada anda huuhuhuhu

MEMO= Cerita ini adalah gantian dari cerita yg aku reka iaitu Saka Centayu yg tak dapat di terbitkan oleh sebab tidak dapat  kelulusan dari perjabat penapisan filem negara dan tuan punya hak cipta "centayu" itu sendiri hehehe. Harap maklum dan maaf diatas kesulitan yg terjadi hukhukhuk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 13 Februari 2011

Secret of a LOVE

"Unconditional love is when you give without hoping for any returns!" Ok kali ini masih aku ingin coretkan tentang majlis perkahwinan sahabat aku ini Basrie atau nama sebenarnya Alias hehehe, ada beberapa menda yg menarik yg aku ingin kongsikan kat sini semasa majlis ini berlangsung dan parkara ini adalah dilakukan oleh kitaorang huhuhu dan pengantin tidak pun merancang. Pandai2 kitaorang je yg buat dan pengantin terima je dengan hati yg rehda hahaha kegilaan kitaorang terselah indah pada masa itu hehehe. Pengantin tak boleh nak buat apa2 dah hanya diam dan biarkan kitaorang mengila huuuaahahaha.
Cuba korang perhatikan gambar yg kat atas ni, kalau korang tengok betul2 mesti korang perasan kat belakang tu ada lampu berwarna biru seperti lampu yg terdapat pada kereta peronda atau ambulan dan ada nombor 999 tertulis kat tengah2 lampu tu hehehe, yaaaa yg sebenarnya kat belakang tu adalah sebuah kereta Pertahanan Awam hahaha dan kitaorang bunyikan siren weee wooo wiieee wooo tooonn tooonn hahaha. Memang bising dan bersama mengiring pengantin lelaki yg hendak ke rumah pengantin perempuan hahaha, aku jamin yg korang biasa tengok kat mana2 majlis perkahwinan pengantin di iringi oleh pukulan kompang kan hahaha tapi tidak untuk sahabat aku ni dia diiringi oleh bunyi siren kecemasan hahaha unik kan.
Mesti korang cakap "tak pernah buat dek orang" hahaha unik dan lain dari yg lain hahaha pada sesiapa yg teringin nak tengok sendiri boleh lah tengok pada video yg dirakam semasa berlakunya adegan yg menarik ini dan video tu akan di uploudkan sekiranya terdapat ramai permintan dari korang untuk melihatnya hehehe jadi pada sesiapa yg nak tengok boleh lah wat undian tak rasmi.
Aku nak tanya kat korang lah, bila korang pergi kat majlis perkahwinan kawan2 korang apa yg korang bawa?? mesti hadiah kan?? kan?? kan?? mesti ada yg memberi hadiah pada kawan yg berkahwin tu kan... cuba korang teka apa yg kami bagi untuk sahabat kami yg kahwin ni??
Pada sesiapa yg menjawab hadiah tu teettt jawapan anda salah huuuuhahaha sebenarnya kami tidak memberi hadiah pun yg seperti mana korang biasa buat tu, bagi hadiah album lah, cawan satu set lah dan sebagainya. Kami memberi Hantaran huhuhu atau lebih mudah nak faham kami memberi atau saport hantaran perkahwinan hehehe yaaa separuh dari hantaran pihak lelaki adalah di tangung atau di saport oleh kami untuk sahabat kami si pengantin ni hehehe. Pelik kan korang rasa?? haaaa ini lah kelainan yg kami lakukan hukhukhuk.
Duit hantaran kitaorang tak sponzer lah hanya barang hantaran je yg kitaorang sponzer sikit sorang huhuhu, bosan jugak asyik2 duk bagi hadiah cawan je kat kawan yg kawin kali ini kitaorang buat kelainan huhuhu bagi barang hantaran pulak baru ngetop hahaha.




P/S= Ceria bagaikan bulan bersinar penuh dipancar cahaya mentari kala gelap malam mencari suluhan nurani
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 12 Februari 2011

Hari Perkahwinan Kawan aku

Bermula dengan kek yg aku tempah khas untuk sahabat aku ni hehehe bukan dari kedai kek tau...
kalau korang ingat lagi pada peristiwa coklat bola huhhu mesti korang perasan bekas ni hihihi
yaaa gambar aku bersama pengantin dan sepupu aku
sorang dah lepas tinggal tiga yg masih belum huhuhu

yg tukang kipas tu pun sepupu aku gak huhuhu dan kitaorang saje2 menyibukan diri kat pelamin orang hahaha








dan semua gambar di atas adalah hasil daripada kesenian aku hahaha ade seni ke aku ni? Oleh sebab semasa gambar di dalam bilik yg tiada percahayaan yg baik dan hanya mengunankan kamera handfon biase je dan tiada flash jadi jadilah macam tu huhuhu. Kamera yg sebenarnya yg sepatut di gunakan ade masalah yg tak dapat di elakan maka terpaksa lah aku gunakan handfon je huhuhu walaupun dapat sedikit kutukan pada aku dengan cara aku mengambil gambar tapi haram pelik dek aku hahaha oppsss lupa tema sebenar majlis ni warna biru tapi hahaha aku dah lari dari tema


P/S= semua gambar disebarkan pada facebook huhu ini adalah segelintir je gambar yg aku saje2 khaskan untuk blog aku ni dan kalau korang perasan lah pengantin tak memandang pun pada aku kan huhuhu semua gambar sebenarnya ditangkap secara curik2 je dari sudut yg aku suka2 nak ambil huhuhu dan pengantin tidak langsung fokus pada kemera aku


MEMO= Jangan terlalu merancang sesuatu supaya menjadi 100% kehendak anda kerna anda akan kecewa sangat bila ia tidak menjadi seperti mana kehendak anda itu dan bersyukurlah walaupun hanya sedikit ia mengikut kehendak anda jangan sampai anda menyesal....





Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Burung pipit

Seorang pemuda hensome yang sedang mabuk, berjemur dipantai tanpa pakaian menutup tubuhnya. Ketika dia melihat seorang anak gadis kecil lebih kurang berumur 7 tahun berjalan melintasinya, Dengan pantas dia menutup bahagian tubuhnya yang tertentu dengan buku yang sedang di bacanya. Kerana hairan, anak gadis kecil itu berkata,
"Abang, apa abang tutup dengan buku tu?" tanya gadis kecil sambil menunjuk ke arah buku. Kerana malu, pemuda itu menjawab,
"Ah tidak ada apa-apa. ini hanya seekor burung pipit". 
"Seekor burung pipit?" tanya gadis itu kebingungan. 
"Betul, hanya seekor burung pipit," jawab pemuda lebih tegas. Setelah gadis kecil itu pergi berlalu,si pemuda kembali membaca buku sambil meneguk minuman kerasnya. Tak lama kemudian, si pemuda tertidur. Ketika terbangun, dia berada di hospital dan merasa sakit yang amat sangat. Seorang polis menanyainya,"Apa yang terjadi?"
"Saya tidak tahu.Saya sedang berjemur di pantai, lalu ada gadis kecil bertanya sebentar dan tidak lama setelah dia pergi saya tertidur dan kini tiba- tiba berada di sini". 
Polis itu pergi ke pantai mencari gadis kecil dan bertanya, 
"Apa yang kamu lakukan terhadap lelaki yang sedang berjemur itu tadi?" 
Gadis kecil itu menjawab, "Saya tidak melakukan apa-apa terhadap abang tu pon. Cuma waktu dia tidur, saya main dengan burung pipitnya. Tapi tidak lama kemudian, burung itu meludahi muka saya. Karena itu saya patahkan leher dan paruhnya, saya pecahkan telur-telurnya & saya bakar sarangnya!"
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Ahad, 6 Februari 2011

kisah 3 wanita

Alkisah, ada 3 orang adik beradik, yang mana ketiga-tiga perempuan. Anak yang sulung, namanya Rozana, yang kedua namanya Rozita, dan yang ketiga nama Roslina. Oleh kerana mereka ini anak kesayangan kedua orang-tuanya, maka mereka dikahwinkan bertiga secara serentak dengan pasangan pilihan masing-masing. Selepas berkahwin, pergilah mereka berbulan madu atau dalam bahasa Inggerisnya Honeymoon ditempat yang berasingan mengikut selera mereka dan pasangan masing-masing. Rozana memilih untuk berbulan-madu ke Pulau Tioman di Pahang, Rozita pula bercadang nak ke Pulau Pangkor, Perak dan Roslina ke Langkawi, Kedah. 
Sebelum mereka pergi berbulan madu, kedua-orang tua mereka berpesan dan meminta agar mereka menghantarkan berita tentang segala apa yang terjadi sepanjang tempoh berbulan-madu itu. Oleh kerana kedua orang-tua mereka menggunakan telefon bimbit, maka ketiga-tiga anak mereka diminta mengirimkan pesanan ringkas (SMS) mengikut KOD yang mereka faham berdasarkan iklan di TV, Majalah, Akhbar dan lain-lain media. Tiga hari selepas mereka pergi berbulan madu, sampailah mesej pertama dari anak sulung mereka Rozana, berbunyi ringkas "STANDARD CHARTERED". Setelah kedua orang-tua mereka mendapat pesanan tersebut, cepat-cepat mereka mencari iklan standard chartered di dalam akhbar. Iklan itu berbunyi " BESAR, TEGUH, PERAMAH", maka tersenyumlah ayah dan bonda Rozana? Fahamlah mereka yang anak meraka sedang berbahagia. 
Pada hari keempat, tiba lagi satu SMS dari Rozita di Pulau pangkor. SMSnya pendek saja, "NESCAFE". Dicarinya iklan Nescafe di dalam majalah dan dibacanya iklan tersebut,..berbunyi,? "NIKMATNYA SAMPAI KETITISAN TERAKHIR". Tersenyum bangga kedua orang tua Rozita, sambil ketawa tak kering gusi, happy. Masuk hari kelima, tiada apa diterima. Begitu juga hari keenam dan ketujuh. Tiada berita dari anak bongsunya. Ayah dan emak Roslina mengeluh dan terdetik dalam hati mereka?
"anak aku ni, dah dapat suami langsung lupakan aku?sampai hati mereka,..hingga tak menghantar khabar berita kepada aku pun?" Seteleh masuk minggu kedua, akhirnya tiba-tiba handphone ayah Roslina berbunyi "Beep, beep" tanda mesej sampai. Lalu dibaca mesej ringkas itu berbunyi?. "CATHAY PACIFIC" Dengan segera kedua orang-tua Roslina mencari iklan dari majalah. Didapati iklan tersebut berbunyi,? "7 KALI SEMINGGU, 3 JAM SEHARI, NON-STOP!!!!!!" ??????????????..




P/S= Hahahaha ini lawak untuk sahabat aku yg melangsungkan majlis perkahwinan semasa raya cina ini
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

penyelam yg hebat

Suatu hari seorang penyelam sedang melihat-lihat terumbu karang pada kedalaman 8 meter. Tiba-tiba dia melihat seseorang berada disampingnya. Ia terkejut kerana orang tersebut tidak memakai peralatan selam. 
Penyelam lalu turun lagi sampai ke kedalaman 15 meter. Ia terkejut melihat orang yang tadi disebelahnya menyusulnya. 
Penyelam turun lagi, sampai 25 meter...cing eh..orang yang tadi turut mengikutnya sampai di 25 meter. Penyelam semakin hairan, dan ia mendekati orang tersebut sambil memberikan white board dengan pensil 2 B -nya dengan tulisan: 
" Hebat benar kamu...bagaimana caranya sampai ke kedalaman begini tanpa memakai alat selam?" Orang itu mengambil white boardnya dan menulis: " Aku tenggelam la, Bodoh !!!!!!".
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Mari mengenali artis

1) Kumpulan yang tak akan buat show pada bulan lain kecuali bulan 9.. SWEET SEPTEMBER
2) Kumpulan yang kejap cantek kejap hodoh... PRETTY UGLY 
3) Kumpulan yang takleh nyanyi kat Europe METALASIA 
4) Kumpulan yang boleh lihat tapi tak leh pegang 4U2C 
5) Penyanyi yang tak pernah kena speed trapppp.. MELLY GOESLOW 
6) Kumpulan yang sentiasa menyambut 'HARI GURU' TEACHERS PET 
7) Kumpulan yang susah nak sakit MEDICINE 
8) Kumpulan yang berkerjaya tapi pendek umur.. DR. KRONIK 
9) Kumpulan yang buat show kat everest IKLIM 
10) Kumpulan yang kena samak apabila di sentuh BLACK DOG BONE 
11) Penyanyi yang paling bengap walaupun dah kaya PAK PANDER 
12) Kumpulan yang paling di hormati KUMPULAN DEWA 
13) Kumpulan yang memperkenalkan Roti Boy di Midvalley NEW BOYZ 
14) Kumpulan Orang Asli Paling Berjaya O.A.G (Orang Asli Gombak) 
15) Kumpulan yang paling murah menerima bayaran.. SCOIN (pakai syiling jer) 
16) Kumpulan Rock yang Paling wangi MAY (Bau Sabun) 
17) Kumpulan Rock Paling Bahaya AMUK 
18) Kumpulan Rock Yg Terdiri dari Bomoh Professional MANTERRA 
19) Kumpulan Rock yang takut mandi pagi GIEGIEL 
20) Kumpulan Rock yang selalu kena migrain HEADWIND 
21) Kumpulan yang mudah berpecah KRISTAL 
22) Kumpulan Rock yang makan nasi pakai tangan kiri LEFTHANDED
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 4 Februari 2011

Touch my feeling

Dulu beberapa tahun yg lepas sebelum aku menemui rakan2 sekolah aku yg dulu2 aku sering berangan ingin membuat perjumpaan semula bersama mereka. Di dalam sudut terpencil di dalam hati aku merasakan penberontakan untuk bertemu semula dengan teman2 seperjuangan dahulu. Bertapa seronoknya kalau bertemu kembali, melihat wajah2 yg dahulu muda remaja dan sekarang makin kian mentua hahaha, bersua kembali dengan teman yg sering bergaduh, bergurau senda dan melakukan perbuatan yg kurang normal semasa sekolah dulu dengan iringan darah muda yg membuak-buak tanpa berfikir tentang masalah memang seronok huhuhu. Ingin aku bertemu kembali dan bertanya khabar berita apa yg teman2 aku lalui selepas zaman sekolah, masih dengan perangai lama ataupun sudah berubah??
Alangkah seronoknya bila aku boleh kembali pada saat lalu dan mengubah kembali jalan kehidupan aku. Memang betul apa yg dikatakan orang apabila kita sudah meningkat tua baru kita sedar yg apa kita lakukan dahulu semasa remaja ada yg tidak mendatangkan faedah lansung. OK kembali pada pertemuan teman persekolah takdi, sekarang selepas aku jumpa kembali teman2 aku dulu hanya di sebuah laman sosial mereka bercadang ingin membuat pertemuan bersemuka dan ada yg rasa seronok sangat sebab dapat bertemu kembali teman2 lama tetapi aku pula yg dulunya berasa sangat seronok tahap highper bila dapat perluang yg macam ini tiba2 rasa kehilangan semangat itu. Entah lah aku sendiri pun tak tahu kenapa?? Rasa dingin je ingin berjuma mereka kembali. Adakah aku akan menghadirkan diri pada pertemuan tersebut?? masih menjadi tanda tanya dan kenapa tiba2 aku hilang semangat ini pun masih menjadi tanda tanya hehehe

Sekarang aku nak cerita pasal game pula, memang aku suka bermain game hehehe tetapi tidak lah sampai tahap menghanbakan diri pada game. Ada sahabat aku yg terlalu fanastik pada game ini sampaikan sangup bermasam muka pada teman sebab game. Pelik kan dan pasti korang tak percaya apa yg aku katakan ini, adakah manusia yg sebergini atas muka bumi ni?? Haaa memang ada dan mungkin korang tak pernah jumpa lagi jenis golongan ini. Aku nak nasihatkan pada sesiapa yg terasa dan merasa tu, hentikan lah... game sekadar untuk hiburan je atau mengisi masa lapang je jangan lah kerana menda alaf tu sampai sangup bermasa muka dengan orang yg nyata ni. Ada yg sampai bergaduh di sebabkan menda alaf ni... korang kena ingat kawan itu nyata dan game tu fantasi je. Game tak menolong korang pada saat korang kesusahan, kawan2 lah yg membantu tau. Jangan biarkan hidup anda menjadi hamba game, sampai tak mahu bersosial dan duk mengadap game aje dan paling teruk marah dan terasa hati kat aku disebabkan oleh game yg tak mendatangkan faedah selain hiburan sahaja.
ok sampai sini dulu coretan aku untuk kali ini, semakin meningkat usia semakin orang berubah kalau perubahan pada kebaikan tidak mengapa tetapi kalau sebaliknya korang fikirkan lah sendiri eekkk wasalam.




P/S= Aku terkilan kerana baru sebentar bertemu sahabat lama, dia sudah meningalkan dunia yg penuh dengan pancaroba ini. Al-Fatihah untuk sahabat aku. Dan pada sahabat yg masih belum aku ketemukan, dimana korang berada??

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tugu

Pada suatu hari, seorang doktor pakar jantung meninggal dunia. Untuk mengenang jasanya, keluarganya sepakat untuk membuatkan sebuah tugu peringatan dikuburnya berbentuk jantung. Upacara pengkebumian pun berjalan dengan lancar. Satu bulan kemudian, seorang doktor pakar mata pula meninggal dunia. Seperti yang sudah?, ahli keluarganya sepakat untuk membina sebuah tugu berbentuk mata dikuburnya bagi mengenang jasa beliau. Upacara pengkebumiaan beliau juga berjalan dengan lancar. Setelah selesai, para hadirin berangkat pulang, hanya tinggal seorang saja yang masih merenung sendirian di pinggir makam si doktor itu. Salah seorang doktor yang lain melihatnya dan segera menghampirinya. 
"Sudahlah, yang berlalu biarlah berlalu. Tak usah engkau fikirkan lagi " kata si doktor. 
"Saya tidak tahu apa yang harus saya katakan kepadamu," kata lelaki itu. 
"Mengapa pula, mana tahu mungkin saya dapat membantu" jawab si doktor itu. 
"Saya sedang memikirkan bagaimana pula upacara pengkebumian saya nanti" kata lelaki itu. 
"Mengapa pula ?" tanya doktor tersebut. 
"Saya seorang doktor pakar penyakit kelamin" jawap lelaki itu sugul…
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Bersunat

apek: itu potong zaka ada bagut ka ? 
ali : manyak bagut..bila lu potong haa, lu punya barang manyak bersih loo.. 
apek:?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak ploblem.. 
ali : apa problem ? 
apek:manyak buang lui..lagi aahh..dia punya performance tatak bagut.. manyak cinang semputloh.. 
ali : cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong.. tada apa problem.. bini saya manyak puas woo.. apek:lu mini puas sama itu potong zaka ka? 
ali : ya la.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo.. lu lagi lambat pancut.. 
apek:???!!! err..lu punya 1.3 atau 1.5 ?? 
ali : ??!! woi apek cakap baik-baik sikit ha.. saya punya 6 incila.. 
apek:??! tiu nia ma.. lu jgn maen-maen haa.. mana ada potong zaka 6 inci.. 
ali : cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk pale toya..) 
apek: chee sin punya olang..gua tanya baik-baik lu tunjuk lu punya lancau.. 
ali : abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la.. 
apek: saya tatak tanya sama lu punya lancau.. saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka.. molo punya olang.. 
ali : aiyaa.. apek.. lain kali lu sebut betul-betul la..kasi susa saja.. bukan potong zaka la.. proton saga.. cilakak punya apek..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kenali lelaki dan ragam mereka


Lelaki 'PLAYBOY' bagaimana mengenali mereka;
selalunya mereka ini seorang yg berpenampilan menarik dan up to date biarpun kekadang mereka tu taklah bergitu kacak sangat dari segi rupa paras tapi pernampilan diri buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap memang romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga.
MAKNANYA;
mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup sahaja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yg teramat berhaga daripada perempuan. Mungkin kerana penampilan diri yg menarik hati membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi berhati-hatilah ada yg berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yg masih kekal dengan perangai itu biarpun usia dah veteran.

Lelaki 'TRADISI' bagaimana mengenali mereka;
corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja taklah terlalu kuno atau up to date sangat tapi lelaki golongan ini agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu mereka sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yg mampu membuatkan jiwanya tenang.
MAKNANYA;
bermakna mereka ini mampu menjadi suami yg baik nanti. Bagi dirinya keluarga adalah segala-gala dalam hidup. Mereka impikan sebuah keluarga yg bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.

Lelaki 'KORPORAT' bagaimana mengenali mereka;
selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik serta rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yg paling penting dalam hidup. Dia jugak pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika di tanya mungkin akan mengatakan bahawa mereka tidak merancang untuk membina keluarga dalam masa yg terdekat itu.
MAKNANYA;
ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yg pandai berdikari sebagai pasangan biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yg kedua dalam hidup selepas kerjaya.

Lelaki 'KEPARAT' bagaimana mengenali mereka;
lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yg berfikiran rasional lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja. Lelaki ini boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selau berada.
MAKNANYA;
lelaki jenis ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang saja. Lagi pun wang yg diperolehi digunakan untuk membeli sesuatu yg tak berfaedah mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola.


P/S= Lelaki mempunyai banyak karenah dan mereka sering inginkan perhatian, wanita perlu tahu tabiat lelaki yg sebenar.

MEMO= sekadar pendapat yg dicoretkan hehehe tak tahu lah benar atau tidak aku hanya mengagak sahaja. Jadi korang dari jenis yg mana ek?? hehehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!