Kitaorang (aku dan 3 orang kawan aku) di eskot oleh beberapa polis trafik huuhahaha dah rasa macam orang penting jek ni... Masa ni kitaorang balik dari sebuah restoran yg mana seorang menteri turut bersama makan disitu, Menteri Perdangangan hehehe korang kenal tak sapa??? haaaa mesti ramai yg tak tahu kan, sapa artis yg terkenal?? haaaa mesti korang tahu kan... ish..ish.. korang memang tak patut. Terima kasih pada abang2 polis yg eskot kitaorang tu huhuhu mesti ramai orang temerloh yg merasa hairan kenapa sebuah kereta myvi yg dinaiki oleh aku dieskot huuuhahaha. Sebenarnya tiada apa2 pun polis tu saja2 je nak buat aku rasa cam orang berpangkat hehehe.
Wokey sebenarnya aku bukan nak merapu pasal politik atau cerita pasal tiba2 temerloh dilanda pihak berkuasa hehehe. Tiba2 sepi je bandar sebab pasukan FRU dan polis terlampau banyak di temerloh dan budak2 tak merempit, merewang dah di malam hari hehehe (bagus jugak khekhe takde lah sampah2 masyaratkat ni untuk seketika), pihak ni ada untuk permilihan nama percalonan pilihan raya kecil yg akan di adakan pada siang esok huhuhu sekejap je lah. Aku sebenarnya nak merapu je dan kalau korang tak suka boleh berhenti membaca jangan teruskan lagi, cukup sampai di perangan ini sahaja ok.
"yg remeh dan yg temeh, berlegar sekeliling mu... buatlah... buatlah.. buatlah tak tahu" haaaa korang tahu tak lirik lagu ape ni?? Dah menjadi sinonim dengan masalah yg sering kali timbul adalah berpunca dari menda yg remeh tapi diperbesarkan. Korang sendiri pun mesti pernah buat macam ni kan, aku tak suka menda2 macam ni dan boleh membuatkan naik darah aku je oppsss bukan darah tinggi (sejenis penyakit) tu ek hehehe. Kalau ikutkan memang boleh jadi Godzila aku kalau menda2 remeh ni pun nak sibuk2 kan sebab tu aku wat tak kisah je pasal hal2 yg remeh temeh dan korang pun tak payah lah nak ambil pot sangat pasal perkara remeh.
Dulu masa aku nak balik Felda aku mesti aku berfikir nak bawa kenderaan besar seperti pajero hahaha. Oleh kerna keadaan jalan raya yg sangat teruk, berlobang sana sini dan macam jalan nak pergi ke ladang sawit aku jek. Pelik aku kenapa dibiarkan jalan menjadi sebergitu?? kenapa tidak diturap kembali? orang felda tak bayar cukai jalan ke?? kenapa?? Sedangkan pakcik makcik yg mempunyai kenderaan di felda tu pun tiap2 tahun bayar jugak cukai jalan tetapi mengapa terpaksa mengunakan jalan raya yg bertar (jalan utama) seperti jalan lori balak masuk hutan je... harap pihak berwajib ambil perhatian. Kesian lah beli rim keta mahal2 tapi habis bengkok2 akibat terjahan lubang2 jalan yg bersepah-sepah tu silap haribulan boleh meragut nyawa.
Wahai kaum lelaki sekalian hehehe sila lah wat undian di sebelah tu... korang klik je kat situ... blog ini semakin dikuasai oleh perempuan waaaaaaaa, cuba korang tengok peratus lelaki dan perempuan yg membuat lawatan santai kat blog ni.... haaaa peratus orang perempuan semakin meningkat tu... dimana dan mengapa korang kaum lelaki malas sangat nak klik2 undian tu haaaaa??? AArrrgghhhhhh tidaakkkkkk huhuhuhuhu
Aku merasa hairan hehehe kenapa tiba2 bloger menjadi glemer.... korang perasan tak?? kalau ada apa2 pasal menteri atau bekas menteri mesti ada sidang bersama bloger. Aku rasa bloger ni dah menjadi sesuatu alat atau tempat yg boleh menjadi saluran seperti surat khabar. Dulu aku tahu ade sidang surat khabar je tetapi sekarang ada jugak sidang bloger yg dibuat oleh orang2 ternama hehehe. Aku turut dijemput oleh ehem..ehem (dirahsiakan). Dan oleh kerana esok ada hal politik jadi isu ini agak sentetif hukhuk dan aku tak akan post pasal politik kat blog aku ni, sowi makan sawi ekk diharap pihak tertentu tidak kecewa.
Ok last pantun dari aku hehehe
"Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama kucing bawa lori
Dua tiga kucing jadi dreba teksi
Aku dah ngatuk ni sampai kat sini"
hehehehehe papai semua. kita jumpa kat post yg akan datang
P/S= Seunik Malaysia g tiangnya dibina dan ditopang pelbagai bangsa!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan