Sabtu, 19 Februari 2011

LOVE WITHOUT RULES IS LONESOME!

                                                    Opppsss terseksi plak huhuhu 
Gambar ini tiada kaitan dengan apa yg di terbitkan pada post ini sekian.
CRAZY WORLD FOR MENTAL




"Keseronokan sejati ialah saat menikmati sesuatu dengan akibat yg pasti"
Tiada orang di sekitar dewan kolam renang sekolah yg bangunanya terpisah daripada bangunan-bangunan kelas oleh padang bola. Di waktu ini, tiada pelajar dibenarkan berada di sini selain untuk yg tidak bermoral seperti kami. Kilauan air dipanah mentari tengahari menjadikan permukaan kolam renang cantik berseri bagai kristal. Namun dalam keseronokan menikmati dunia air bagai kami yg punya tiba-tiba terbantut oleh kelibat sepasang tangan terkapai-kapai di tengah kolam. 
"Woi! budak lemas lah woi!! cepat selamatkan dia!!" Jerit Syam
Namanya Asrul pelajar 5 Delta. Muka tampan persis salah seorang ahli boy band jonas brothers. Selepas diselamatkan dia terbatuk-batuk hingga memuntahkan air yg banyak.
"Phew! nasib baik dia hidup kalau mati kitorang leh jadi suspect utama" Kata Syam termengah=mengah kerana dia menjadi penyelamat utama.
"Apasal korang selamatkan aku..?" Tanya Asrul
"Tak kenang budi punya budak. Nak mati cari kolam lain" Tengking aku sambil menampar dahi Asrul
Mangsa lemas yg baru diselamatkan itu hanya membatu lemah. Tiada kuasa mahu melawan.
"Apasal kau ni Asrul??" Syam bertanya
"Hidup ni dah tak bermaknan lagi" Kata Asrul
"Hei.. hei geng, bunuh diri bukan penyelesaian ok. Kat dunia ni banyak lagi cara nak selesaikan masalah" Pujuk Yazid sambil menepuk bahu Asrul
"tapi kalau kekasih sejati dah tinggalkan aku... hidup dah takde maknanya" Jelas Asrul
"Ces..ces..ces mat jiwang rupanya, biar aku sekolahkan kau.. What is life" Aku kekal dengan tegasnya
"Huh?? what is life??" Tanya Asrul terkebil-kebil
Keesokan hari Asrul dengan rela dalam terpaksa menjadi anak murid aku. Seperti pernah Yazid lalui begitu juga yg Asrul terpaksa lalui. Bezanya kali ini teknik berbeza. Hari pertama aku menguji keberanian Asrul dengan mengajarnya mengintip bawah kain pelajar perempuan mengunankan cermin pengasah pensel yg ditampal di hujung kasut sekolah. Sememangnya teknik bijak mengintip dalam kain pelajar perempuan yg memakai seragam skirt. Mangsa pertama Sasha gemuk datang menyerah diri apabila tiba-tiba dia berdiri membelakangi Asrul. Tanpa lengah Asrul cuba menguji teknik pengintipan tersebut. Malang tidak berbau pembalikan cahaya mentari membawa kilauan yg menyedarkan Sasha.
DUUUSSYYUUUMMM!!!
"Adoi!!" Jerit Asrul saat penumbuk gemuk yg anjal tepat di mata kirinya.
Aku, Syam dan Yazid tersenyum selamba. Asrul rupanya lebih kental daripada apa yg aku sangkakan, hari kedua dia masih mengikuti kami. Seperti Yazid, dia mungkin sudah bertemu 'sahabatnya'.
"Buktikan kejantanan kau! ni misi kedua" Kata aku sambil menyuruh Asrul melakukan sesuatu
"Apasal lu mat? gua suruh lu pau budak tu bukan kena pau" Aku meradang
"Kesian dia la.. dia kata dia anak yatim. Mak dia kena kanser. Duit takde'' Selamba Asrul menjawab
"Haaaa???!!!"
Yazid dan Syam saling tersenyum sesama sendiri manakala aku semestinya bengang tak sudah. Selepas tiga hari diorientasi akhirnya Asrul tidak lagi si pencinta yg lemah. Kekecewaanya terubat dan dia tidak lagi melihat mati sebagai jalan penyudah namun Asrul tetap Asrul yg berjiwa pemurah.
"Trimas! korang telah memberikan aku keyakinan baru. Kebahagiaan kini terletak di tangan aku sendiri" Asrul dengan bersunguh menghargai bantuan kami
"Aku akan cakap dengan dia..." Asrul menanbah
Kami terpinga tiba-tiba. Nampaknya dia masih belum dapat melupakan bekas kekasihnya
"Cakap apa mat? kau kan dah putus dengan dia??" Aku mengingatkan keras
"Aku nak cakap dengan dia, Ya! kita dah putus tapi perpisahan itu bukan menjadikan aku semakin lemah tetapi semakin kuat. Walau apa yg terjadi aku akan tunggu dia sampai bila-bila" Hujah Asrul bersungguh-sungguh
"Fuyooo ni dah kes serius ni" Syam bersuara
"Yaa aku akan tarik dia kesini dan luahkan perasaan aku pada dia depan korang" Asrul menyakinkan
"Hmmm... bagus gak. nak sangat kitaorang tengok rupa awek yg kau gila-gilakan tu" Syam mempersetujui
"Jap lagi dia sampai... aku dah call dia tadi" Pantas Asrul bertindak
Cinta boleh membuatkan yg normal menjadi tidak normal, yg abnormal menjadi normal
"Asrul!! berapa kali saya dah cakap! awak pelajar saya guru. Hubungan kita setakat tu ajer.. faham!"
Ayat pertama yg terpancul dari mulut Cikgu Nora saat berdiri di hadapan Asrul. Aku, Syam dan Yazid hanya terpaku mengharapkan kewujudan kami tidak diperdulikan olehnya. Apatah lagi yg dimaksudkan cinta hati Asrul itu adalah cikgu persis singa betina, rupa bengis cantik seiras haiwan tersebut. Jauh beza berbanding Cikgu Nora yg pernah aku temui ketika pertama kali menjejakkan kaki di sekolah ini.
"Tidak cikgu! cinta tak mengenal usia! saya akan tunggu cikgu sampai bila-bila" Asrul menegaskan
"Diam! awak jumpa cikgu untuk belajar bukan bercinta faham tak?? kenapa miang sangat ni" Cikgu Nora tegas dengan pendirianya
"Tapi cikgu...." Asrul kekal mahu membuktikan keyakinanya
"Sudah! mari ikut saya balik ke kelas jangan nak melepak tak tentu hala! korang bertiga pergi balik kelas korang!!" Tengking Cikgu Nora lantas menarik tangan Asrul
Asrul meronta tidak mahu pulang ke kelas. Aku hanya tergamam melihat drama cinta tidak berbalas antara anak murid dan gurunya. Sadis sungguh lebih sadis bila Asrul yg tampan mencintai Cikgu Nora tembam yg bersolek bak badut sarkas.
"Apalah nak jadi dengan sekolah kita ni...." Rungut aku sambil menggaru kulit kepala yg tidak gatal
"Manusia buta nafsu camtu pun ada.... tak faham... tak faham.." Syam pula bersuara
"Cinta itu buta woi..." Kata Yazid lantas berlalu mengikuti aku dan Syam pergi..


THE END
P/S= Tenet aku dah tidak menjadi tenuk huhuhu sudah pantas seperti biase dan bolehlah aku berkarya kembali hukhuk setelah lebih sebulan tenet aku buat hal tenat tenuk.. wwiieeeee =)


MEMO= Cerita cerpin di atas adalah rekaan semata-mata, sekolah aku dulu mana ada kolam renang hehehe. Nama yg di gunakan adalah dari sahabat2 aku di waktu persekolahan dulu. Kisah ini di cipta sebab dulu masa sekolah ada kawan aku memberitahu aku yg dia suka pada seorang cikgu hehehe tapi tak lah dia bertindak gila seperti cerita yg direka ini. Nasihat pada adik2 pergi sekolah untuk berlajar bukan bercinta atau nak jumpa kawan2 semata-mata.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!