Isnin, 28 Februari 2011

Awas taktik baru perompak

Mesej penting untuk semua golongan wanita yg mahu ke tempat kerja, sekolah atau ke kolej seorang diri. Jika terjumpa kanak-kanak sedang menangis di jalanan sambil menunjukkan anda alamat tempat tinggalnya dan meminta anda membawanya ke tempat tersebut tolong bawa kanak-kanak itu ke balai polis yg berhampiran. Jangan sesekali pergi ke alamat yg ditunjukan itu kerana ini taktik baru kumpulan yg ingin merompak, menculik atau merogol anda. Sila sebarkan maklumat ini kepada rakan anda.

ASP Suman Kumar
D9 Bukit Aman.


Aku tak pasti dengan maklumat ini betul atau salah tapi lebih baik kita berwaspada sebelum terkena kan..kan..kan..

Haaaa yg ni pun penting juga, bagi korang yg suka membeli secara online (zaman it sekarang ni) hendaklah berhati-hati supaya tidak tertipu. Sila periksa dulu dengan sapa yg korang ingin berurusan tu, jika dari syarikat tertentu tu agak boleh dipercayai 100% tapi jika dari orang persorangan tu sila berhati-hati. Kalau seseorang itu mengunakan akaun bank "WIRA HELLO" dia tu adalah pernipu dan korang jangan berurus niaga dengan dia. Aku cadangkan kalau korang ingin membeli sesuatu dari internet ni lebih baik korang berurusan secara berjumpa, bayar dan ambil barang tersebut. Aku jamin yg banyak kegiatan perniagaan secara maya ni mesti suruh kita bank in dulu kan... kalau kita dah bank in tapi barang tak dapat macam mana? errkkk kalau barang dah dapat tapi kita tak bank in (bayar) macam mana pula ek?? hahaha pandai2 korang lah. Apa2 pun kejujuran perlu ada dalam taktik perniagaan seperti ini. Kadang2 kelewatan abang posmen mengugat jugak hukhukhuk

Sms pernipuan hakhakhak korang mesti ada dapat kan. Kalau dulu pasal akademi fantasia dan powerroot sekarang pasal topup untuk ayah pulak, ish..ish.. macam2 lah sekarang ni. Ok ayah aku dah lebih 10 tahun meningal tapi tiba2 aku dapat pulak sms suruh topupkan harharhar lawak giler.. dah lah tulis pun tak betul. Yg pelik tu bukan nombor telefon aku yg terima tapi broudband aku hahahahaha. Opss lagi satu keluarga aku guna bill lah bukan prepaid nak topup2 ni, kitaorang bayar bulan punya lah jadi sila tukarkan taktik pernipuan tu biar lah logik ok waahahahahhaa.

Kadang2 kita akan dapat sms iklan, ni bukan sebuah pernipuan tapi iklan untuk kita mendaftar untuk apa2 jenis lagangan untuk handfon kita. Ada yg untuk video, mesej bergambar takpun nada dering. Korang tak rasa pelik ke?? kat mana diaorang dapat nombor kita ni?? dan aku ada jugak dapat iklan dari nombor telefon bukan dari nombor yg ada 5 angka tu je tapi nombor yg ada 10 angka. Aku kadang2 rimas jugak dengan iklan ni, korang pula macam mana? ok ini adalah perkara yg betul ingin aku kongsikan pada korang macam mana nombor kita ada pada para periklan ini. Ceritanya bergini..... jeng..jeng..jeng... dulu (masa muda2 hakhak) aku berkerja sementara dengan sebuah syarikat besar ni dan aku ditugaskan untuk mengumpul sambil menguruskan satu peraduan yg sedang berlangsung. Peraduan ni dibuat oleh syarikat tersebutlah, aku kena menguruskan peraduan ini dan membuang mana2 borang peraduan yg tak lengkap atau rosak sebelum dihantar ke ibu pejabat (kat kuala lumpur) untuk di buat cabutan. Pada suatu hari ada lah seorang manusia ni datang berjumpa dengan aku (aku kenal sebab selalu berjumpa dengan dia ni tapi sekadar tegur dan borak2 sekejap je lah) dan dia tahu aku yg menguruskan sebuah peraduan. Dia suruh atau minta aku menyalin nombor telefon yg terdapat pada borang tu (yg diisi oleh korang tu), hanya nombor telefon je alamat atau nama dia tak nak dan dia akan bayar kat aku pada sesuatu harga. Korang rasa apa tindakan aku?? haaa korang silap sebenarnya aku tak bagi pun nombor telefon tu sebab aku sendiri pun tak suka bila orang suka2 hati bagi nombor telefon aku kat orang. Bukan hak aku untuk bagi nambor telefon korang kat dia. Dan mungkin dari borang yg kita isi atau peraduan yg kita sertai, para periklan ini mendapat nombor kita. 

P/S= terima kasih pada abe Rio Rashid hehehe kalau korang perasan post sebelum ini di padam oleh sebab aku sudah dapat sesuatu yg benar oleh bantuan abe Rio yg kacak, hensem gagah perkasa, awet muda tu (bodek ada makna hahahaha). Sebab tu aku suka bila sahabat2 menegur bila terdapat kesilapan =))  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!