Jumaat, 4 Februari 2011
Kenali lelaki dan ragam mereka
Lelaki 'PLAYBOY' bagaimana mengenali mereka;
selalunya mereka ini seorang yg berpenampilan menarik dan up to date biarpun kekadang mereka tu taklah bergitu kacak sangat dari segi rupa paras tapi pernampilan diri buat mereka cukup menawan. Kalau bercakap memang romantis sekali. Kiranya pandai ayatlah ni! mereka selalunya memiliki kereta berjenama terkenal dan tinggal di kawasan mewah. Jarang sekali mereka bercakap tentang keluarga.
MAKNANYA;
mungkin mereka ini belum terfikir untuk kehidupan berkeluarga. Hanya mementingkan keseronokan hidup sahaja dan mustahil jika mereka inginkan sesuatu yg teramat berhaga daripada perempuan. Mungkin kerana penampilan diri yg menarik hati membuatkan mereka sering menjadi perhatian. Jadi berhati-hatilah ada yg berjaya mengikis sikap itu bila usia makin menginjak dewasa tapi usah terperanjat kerana ada yg masih kekal dengan perangai itu biarpun usia dah veteran.
Lelaki 'TRADISI' bagaimana mengenali mereka;
corak berpakaian mereka selalunya sederhana saja taklah terlalu kuno atau up to date sangat tapi lelaki golongan ini agak suka memerintah orang lain menuruti kehendak mereka. Selain itu mereka sangat bijak mengatur soal kewangannya dan sukakan perempuan yg mampu membuatkan jiwanya tenang.
MAKNANYA;
bermakna mereka ini mampu menjadi suami yg baik nanti. Bagi dirinya keluarga adalah segala-gala dalam hidup. Mereka impikan sebuah keluarga yg bahagia dan itu juga bermakna dia tak takutkan komitmen.
Lelaki 'KORPORAT' bagaimana mengenali mereka;
selalunya mereka ini agak pendiam dan suka berfikir secara logik serta rasional. Bagi dirinya kerjaya adalah perkara yg paling penting dalam hidup. Dia jugak pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Jika di tanya mungkin akan mengatakan bahawa mereka tidak merancang untuk membina keluarga dalam masa yg terdekat itu.
MAKNANYA;
ternyata mereka ini lebih pentingkan kerjaya dan kejayaan dalam hidup. Sebab itulah dia akan memilih wanita yg pandai berdikari sebagai pasangan biarpun romantis tapi kamu tetap akan jadi yg kedua dalam hidup selepas kerjaya.
Lelaki 'KEPARAT' bagaimana mengenali mereka;
lelaki jenis ini suka bersikap ego dan mementingkan diri sendiri berbeza dengan lelaki korporat yg berfikiran rasional lelaki jenis ini selalu memerintah dan memeras ugut sesiapa saja. Lelaki ini boleh dilihat di kawasan parking kereta dan tempat di mana kutu rayau selau berada.
MAKNANYA;
lelaki jenis ini tidak sesuai dijadikan suami kerana perangainya memang kekeparatan dan asyik meminta wang saja. Lagi pun wang yg diperolehi digunakan untuk membeli sesuatu yg tak berfaedah mungkin anda juga boleh dijual atau dijadikan bola.
P/S= Lelaki mempunyai banyak karenah dan mereka sering inginkan perhatian, wanita perlu tahu tabiat lelaki yg sebenar.
MEMO= sekadar pendapat yg dicoretkan hehehe tak tahu lah benar atau tidak aku hanya mengagak sahaja. Jadi korang dari jenis yg mana ek?? hehehehe
Label:
aku yg ego..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan