Beruang yg baik
"Alkisah... .. Seorang lelaki islam ponteng sembahyang Jumaat, sebaliknya dia masuk hutan untuk memburu beruang.
Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar dengan seekor beruang.
Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang.Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KR...AKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita buruknya adalah beruang tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah tak boleh bergerak lagi.
"Ya Allah," doa lelaki tersebut,"Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah beruang yang memburuku Muslim yangberiman .. tolong ya Allah! Aminnn.."
Tiba2 guruh berdentum! Beruang tadi tiba2 terhenti betul2 di hadapan lelaki tadi. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. beruang tersebut pun berdoa,
"Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azabbannar.Amin! " (Doa makan)
ekekekeke...
P/S= Setiap sesuatu di muka bumi ini dijadikan serba saling bertindak balas antara satu sama lain. Biarpun tindak balasnya seakan sama tetapi tetap berbeza. Sebagai contoh mungkin takdir itu sama tetapi situasinya berbeza.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan