Dulu beberapa tahun yg lepas sebelum aku menemui rakan2 sekolah aku yg dulu2 aku sering berangan ingin membuat perjumpaan semula bersama mereka. Di dalam sudut terpencil di dalam hati aku merasakan penberontakan untuk bertemu semula dengan teman2 seperjuangan dahulu. Bertapa seronoknya kalau bertemu kembali, melihat wajah2 yg dahulu muda remaja dan sekarang makin kian mentua hahaha, bersua kembali dengan teman yg sering bergaduh, bergurau senda dan melakukan perbuatan yg kurang normal semasa sekolah dulu dengan iringan darah muda yg membuak-buak tanpa berfikir tentang masalah memang seronok huhuhu. Ingin aku bertemu kembali dan bertanya khabar berita apa yg teman2 aku lalui selepas zaman sekolah, masih dengan perangai lama ataupun sudah berubah??
Alangkah seronoknya bila aku boleh kembali pada saat lalu dan mengubah kembali jalan kehidupan aku. Memang betul apa yg dikatakan orang apabila kita sudah meningkat tua baru kita sedar yg apa kita lakukan dahulu semasa remaja ada yg tidak mendatangkan faedah lansung. OK kembali pada pertemuan teman persekolah takdi, sekarang selepas aku jumpa kembali teman2 aku dulu hanya di sebuah laman sosial mereka bercadang ingin membuat pertemuan bersemuka dan ada yg rasa seronok sangat sebab dapat bertemu kembali teman2 lama tetapi aku pula yg dulunya berasa sangat seronok tahap highper bila dapat perluang yg macam ini tiba2 rasa kehilangan semangat itu. Entah lah aku sendiri pun tak tahu kenapa?? Rasa dingin je ingin berjuma mereka kembali. Adakah aku akan menghadirkan diri pada pertemuan tersebut?? masih menjadi tanda tanya dan kenapa tiba2 aku hilang semangat ini pun masih menjadi tanda tanya hehehe
Sekarang aku nak cerita pasal game pula, memang aku suka bermain game hehehe tetapi tidak lah sampai tahap menghanbakan diri pada game. Ada sahabat aku yg terlalu fanastik pada game ini sampaikan sangup bermasam muka pada teman sebab game. Pelik kan dan pasti korang tak percaya apa yg aku katakan ini, adakah manusia yg sebergini atas muka bumi ni?? Haaa memang ada dan mungkin korang tak pernah jumpa lagi jenis golongan ini. Aku nak nasihatkan pada sesiapa yg terasa dan merasa tu, hentikan lah... game sekadar untuk hiburan je atau mengisi masa lapang je jangan lah kerana menda alaf tu sampai sangup bermasa muka dengan orang yg nyata ni. Ada yg sampai bergaduh di sebabkan menda alaf ni... korang kena ingat kawan itu nyata dan game tu fantasi je. Game tak menolong korang pada saat korang kesusahan, kawan2 lah yg membantu tau. Jangan biarkan hidup anda menjadi hamba game, sampai tak mahu bersosial dan duk mengadap game aje dan paling teruk marah dan terasa hati kat aku disebabkan oleh game yg tak mendatangkan faedah selain hiburan sahaja.
ok sampai sini dulu coretan aku untuk kali ini, semakin meningkat usia semakin orang berubah kalau perubahan pada kebaikan tidak mengapa tetapi kalau sebaliknya korang fikirkan lah sendiri eekkk wasalam.
P/S= Aku terkilan kerana baru sebentar bertemu sahabat lama, dia sudah meningalkan dunia yg penuh dengan pancaroba ini. Al-Fatihah untuk sahabat aku. Dan pada sahabat yg masih belum aku ketemukan, dimana korang berada??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan