Jumaat, 25 Februari 2011

Ayam oh ayam

Pada suatu hari ada seorang lelaki kaya ingin mengadakan kenduri untuk anaknya.
Untuk itu dia berjumpa Pak Seman “Tauke Ayam” untuk membeli ayam .
Lelaki kaya : “Saya ingin menempah 20 ekor ayam untuk besok, ini alamat saya (sambil memberikan kad namanya yang mengandungi alamat rumah)
Pak Seman : “baiklah, saya akan suruh anak buah saya ...untuk menghantarkan ayam-ayam ini ke rumah anda besok”

Setelah itu Pak Seman memanggil Usin dan berkata….
Pak Seman : “Sin, besok tolong antar 20 ekor ayam ke alamat ini (Sambil memberikan kad nama lelaki kaya tersebut)”
Usin : Antar ayam?.. siap Boss….

Keesokan harinya Usin membawa 20 ekor ayam dengan motosikalnya. 10 ekor diletakkan di sisi kanan, dan 10 ekor diletakkan di sisi kiri. Akan tetapi malangnya, di dalam perjalanan dia eksiden terlanggar lubang…, ayam-ayam yang dia bawa langsung terlepas dan lari behamburan. Orang ramai datang untuk melihat keadaan Usin, akan tetapi Usin hanya ketawa mengilai ngilai dan berguling guling.

Orang yg bertanya : “Bang, abang ok ker?.. ? takde cedera mana mana kan?”
Usin : “Ha… ha… ha… !”
Orang yang bertanya : “Bang, kenapa abang lain macam je ni ?”
Usin : “Ha… ha… ha…, dasar ayam-ayam bodoh, mereka nak lari ke mana? alamatnya kan ada pada aku… Hua.. ha.. ha.. ha…”

lari ayam lari hakhakhak
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!