Jumaat, 18 Februari 2011

Always something for everything

Sebelum hari perkahwinan sahabat aku tu (yg post kat bawah ni) aku ada pergi ke Kelantan... balik kampung hoo hoo hooo balik kampung huhuhu. Aku balik sebab sepupu aku telah meningalkan dunia yg fana ini... Al-Fatihan untuk berliau.
Aku nak bercerita sedikit tentang dan semasa aku berada kat kelantan hari tu hehehe, kalau balik je kat sana aku mesti pergi kat pantai huhuhu dan dalam fikiran aku terdetik yg negeri kelantan ni penuh dengan pantai. Mungkin negeri yg paling banyak pantai kot.
Depan rumah pakcik aku ade tempat untuk bersantai... ade kerusi simen yg diukir seperti kayu tu kalau korang perasan dan memang tahu lah kerusi jenis tu ada di mana2 je sunguh mudah untuk dijumpai hehehe. Ada jugak tempat tido atau buayan gayut ni (seperti gambar di atas hehehe) memang best petang2 lepak di situ huhu. Dulu masa aku muda2 remaja eewwaahh hakhak bila kat kelantan ni memang susah nak tengok anak dara merewang atau nak jumpa anak2 dara, diaorang duk teperap kat rumah je tapi sekarang waahhhh dah lain lah... kejap2 ade je yg lalu lalang kat jalan depan tu dah berbeza sangat dengan keadaan dulu2.

Haaaa yg ini pasal budak kecik berbadan besar ni lak hukhuk walaupun baru jumpa aku sehari dan aku tak kenal pun dia. Anak jiran pakcik aku ni sunguh selamba hahaha dia buat macam dah kenal aku setahun... pelik sunguh. Selamba je dia berborak dan menjadikan aku sebagai mangsa untuk menyiapkan perangkap burung dia tu hahaha. Mangsa yg sekarelawan aku ni, dulu masa kecik2 pun aku ade buat jugak dan di namakan sebagai "Jebok". Kat kelantan aku tak tahu diaorang pangil ape, dan aku bermain burung serindit dulu hehehe tapi sekarang Megas tua dah marah kalau pelihara burung tu kena ada lesen dulu. Letih aku duk senyum pada makcik2 dan pakcik2 kampung tu bila diaorang duk lalu lalang hehehe aku memang suka kat kelantan sebab warga tua tak pernak lokek dengan senyuman... setiasa senyum bila selisih walaupun aku ni orang luar.

Pelik tapi benar huhuhu pertama kali aku jumpa roundbot yg mempunyai lampu isyarat???? Ni jalan nak ke Tesko, memang pelik je aku rasa jalan2 kat kelantan ni huhuhu agak kucar kacir mungkin disebabkan oleh perbinaan jambatan kat sungai kelantan yg tak tahu bila nak siap tu, dari tahun lepas sampai sekarang masih macam tu je lembab betul diaorang bina. Selagi jambatan tu tak siap di bina selagi tu lah berlakunya kesesakan. Oleh di sebabkan mak aku di masukan wad pada hari rabu tu jadi aku terpaksa pulang ke temerloh lebih awal dan tak sempatlah aku nak tahlil sampai malam ketujuh. Malam ke enam tu selepas tahlil aku dan sepupu sepapat aku pergi ke bandar dengan berbaju melaju dan berkain pelikat je untuk mencari tiket tapi hampa sebab semua kuanter dah tutup jadi kitaorang merewang lah pergi ke lapangan terbang. Aku lupa dah nama kat situ hehehe tapi kat jalan raya sebelah lapangan tu ada berlakunya kemalangan yg mengakibatkan kematian. Mat rempit yg tengah lumba (budak sekolah lg aku rasa) dengan tak pakai helmet telah melangar kereta wira yg parking kat tepi jalan, peerrhhh sampai pecah tayar kereta tu korang bayangkanlah kuat punya hentakan motor budak tu dan kalau itu tidak menjadi sebagai pengajaran pada kawan2 budak tu aku tak tau nak kata apa lah. Aku ada rakam sebuah persawat MAS mendarat nanti aku nak uploud kat youtube kata UFO mendarat hahahaha tengok berapa ramai yg tertipu.

Kalau ke kelantan mestilah aku pergi berjumpa kekasih hati aku yg sorang ni hehehe. Sudah menjadi kebiasaan keluarga pakcik aku bila tiba2 aku hilang secara senyap2 atau diaorang perasan huhuhu tidak lain mesti aku kuar dating huuhahaha berjumpa kekasih hati aku ni. Aku sebenarnya sayang sangat kat dia ni... cinta sepenuh hati hehehe jadi mat jiwang jap tapi aku tak pernah pun bagi tau kat dia huhuhu kalau dia tanya aku senyap je kehkehkeh.... dia segalanya bagi aku tapi entah aku tak pandai nak buat dia merasa atau tahu tentang itu. Semasa aku pulang ke temerloh aku membawa dia bersama untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku tu dan kawan dia jugak hehehe 


P/S= Cinta tidak pernah berpisah dengan setiap manusia kerana ia bakteria semulajadi dalam sistem imunisasi manusia 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!