Khamis, 17 Februari 2011

Hantu Tiom


Di tempat tinggalnya, kawasan kampung di sebuah negeri, Kamal dikenali dengan tabiat "hantu nombor" yg bermaksud orang yg suka mencari nombor ekor di tempat-tempat keramat atau tempat-tempat yg didengari boleh memberinya nombor-nombor ramalan itu. Kerana pada waktu ini Kamal adalah seorang pengangur terhormat di dalam kampungnya. Hari-hari banyak masa di habiskan nombor-nombor itu.
Pada suatu malam Kamal dikunjungi oleh seorang sahabat yg mempunyai hobi yg sama dengannya. Temannya Supian mengajak Kamal pada malam itu pergi ke sebuah Komplek kubur cina yg terletak di selatan kampung mereka iaitu sebuah makam cina kubur seorang wanita Mongol yg dikatakan boleh memberikan nombor bertuah itu. Lalu keduanya mulakan bersiap-siap untuk "menurun" (memuja) di kubur tersebut. Selepas sampai tanpa berlingah lagi mereka pun mulakan upacara menurun ni, membakar dupa dan minyak-minyak arab serta duduk membaca sesuatu sambil menunggu di situ sehinga tengah malam.
Tiba-tiba Kamal dan Supian terbau sesuatu yg sangat harum, makin lama bau wangi itu semakin menusuk ke hidung. Masing-masing mula berasa takut tapi mereka cuba memberanikan diri mereka. Mereka bertekad untuk mendapatkan nombor yg dikatakan bertuah itu. Sedang asyik menurun mereka tidak menyedari satu bayangan putih telah berdiri di belakang Kamal. Kamal menoleh apabila terasa sesuatu menyentuh badanya. Dia merasa seperti mahu menjerit sekuat-kuatnya apabila seorang wanita cantik bermata sepet berdiri di belakangnya. Kamal tahu bahawa wanita itu bukan manusia.
"Hei! kenapa kamu beradaa di sini?" bentak wanita itu. Kamal tidak mampu menjawab tubuhnya gementar.
"Mahu minta nombor ya!" wanita bermata sepet itu bertanya lagi. Kamal tidak menjawab lagi.
"Kalau hendak dapatkan nombor yg baik ada syaratnya. Saya kena mencium kamu terlebih dahulu". Kamal terkejut dengan permintaan wanita tersebut tetapi kerna tidak mahu pulang dengan tangan kosong dan mengsia-siakan usahanya yg memuja setelah lebih empat jam disitu sudah kebas badanya yg menjadi mangsa serangan nyamuk-nyamuk yg kelaparan itu. Dia pun dengan perlahan-lahan memusingkan badanya mengadap wanita itu sambil mendongakan kepalanya untuk menuruti permintaan wanita itu. Dia dapat melihat dengan jelas wanita itu, cantik tapi wajahnya bergitu dingin dan mengerikan.
"Mari sini saya mahu mencium kamu!" Kamal tidak mengelak lantas pipi kirinya dicium. Ketika bibir si cantik itu menyentuh pipinya dia merasa seperti sentuhan ais. Meskipun merelakan pipinya dicium oleh hantu cina itu, hati Kamal sangat gembira kerana kini dia telah mendapat nombor pemberian si cantik itu. Esoknya kerana terlalu percaya dengan nombor pemberian si cantik itu Kamal membeli nombor tersebut dengan jumlah yg besar tapi rupanya nombor itu ternyata tidak tepat. Rupanya dia telah dipermainkan oleh hantu cina tersebut. Kamal terlalu marah dia menjadi bingung kerana kepada siapa harus dia marah. Pada keesokan harinya Kamal semakin meradang kerana bekas ciuman hantu itu telah meningalkan parut hitam yg besar di pipinya. Parut hitam itu pula tidak boleh hilang.
"Cilaka punya hantu, memang hantu punya hantu, tak guna punya hantu penipu! nanti kau!" katanya dalam hati.







P/S= Berjudi itu haram dan melakuan permujaan itu bertambahlah keharaman hehehe sekadar cerita yg direka oleh aku tiada berkait atau ingin memalukan sesiapa. Semoga dapat memberi terladan kepada anda huuhuhuhu

MEMO= Cerita ini adalah gantian dari cerita yg aku reka iaitu Saka Centayu yg tak dapat di terbitkan oleh sebab tidak dapat  kelulusan dari perjabat penapisan filem negara dan tuan punya hak cipta "centayu" itu sendiri hehehe. Harap maklum dan maaf diatas kesulitan yg terjadi hukhukhuk
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!