kisah tiga kutu lepak
Suatu petang, di sebuah kampung, kelihatan 3 pemuda yg gelap masa depan sedang melepakkan diri di tepi jalan. Sorg main gitar, sorg lagi wat gaya ala main drum & sorg lagi melalak walaupun dia sedar ketidaksedapan suaranya. Budin, Kadir & Samad, begitulah nama diberi.
Waktu menunjukkan jam 6.45 petang. kelihatan sesusuk tubuh berkopiah... dan berbaju melayu berjalan ke menuju ke surau. beliau berjalan di hadapan pemuda2 tadi..
"Assalamualaikum" beliau memberi salam
"Waalaikumussalam.. eh! tok imam" jawab mereka serentak.
"Apa nak jadi ngan korang bertiga ni.. memalukan mak bapak je. sudah. balik mandi, pastu bersiap. aku tunggu kat surau. kita solat sekali"
"baik tok imam!!!" diorang terus setuju. bukan ape. saje nak amik hati org tua tu. kalau nak jadi rezeki bleh jadi menantu. anak dara tok imam yg cun melecun tak hingat tu memang jadi impian diorang..
"tok imam. kami dah sampai" kata Budin.
"haaa.. Budin.. kamu pegi azan. dah masuk waktu ni" tok imam bagi arahan. Orang2 kampung termasuk Tok Bilal hanya tersenyum.
Tanpa banyak alasan Budin terus mencapai mikrofon. Budin memang tak kisah kalau setakat jadi bilal. jadi imam je dia tak sanggup.
Budin bersedia utk azan.. tiba-tiba kedengaran..
"ALLAH TA'ALA.. ALLAH TA'ALA......"
"WOI... sape ajar kamu azan sebut ALLAH TAALA? Astaghfirullah" tok imam geleng kepala..
kah kah kah.. Kadir & Samad gelak besar.
"Bilal. Azan"
Selesai tok bilal azan.. tok bilal iqamah & diorang bersedia utk solat maghrib berjemaah.
Tok imam menuju ke sejadah imam. Semua makmum meluruskan & merapatkan saf.
"Allah.. Allah.. Astaghfirullah.." tok imam memang jenis was-was.. 2, 3 kali angkat takbir tapi tak jadi.
"Tok.. biar saya jadi imam" Kadir menawarkan diri. Imam undur ke belakang & Kadir melangkah kedepan.
"Allahu Akbar.." Kadir memulakan solat. Semua makmum turut takbir. Tiba-tiba..
"HAAAA.. TENGOK TOK, SEKALI JE SAYA TAKBIR!! APESAL SUSAH SANGAT?" kata Kadir sambil memusingkan kepalanya ke belakang!!!
Kah kah kah.. semua batal solat..
"Tok.. biar saya yg jadi imam.."Samad pulak yg menawarkan diri. Tok imam setuju.
Samad melangkah ke depan.. mengangkat takbir dan mengetuai jemaah dengan cukup sempurna.
bacaan yg bagus.. tomakninah yg baik, suara pun sedap.. memang pemuda contoh.
Selesai solat maghrib.. Setelah Samad tamatkan bacaan doa.. Tok imam mencelah.
"Budin, Kadir.. Contohi la Samad. Tengok macamana dia jadi imam tadi. Khusyuk aku solat hari ni. Samad, bagus! mesti mak bapak kamu bangga dapat anak macam kamu ni. Sedap jugak suara kamu.."
Samad: "SEDAP KE TOK? TU BELUM AMIK WUDHUK LAGI TU.. KALAU AMIK WUDHUK MESTI LAAAAGI SEDAP!!!!"
AYAAARRRRRKKKKK!!!!!!!!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan