Selasa, 1 Februari 2011

Dream of your sweet nightmare

Malam2 aku sendiri dengan mata duk terkebil-kebil tak bleh nak tido huuuaaaayaa bosan betul huhuhu. Disaat semua orang sedang enak bermimpi indah dan tido aku pula duk terjaga sorang2. Ok sebenarnya sebelum tido takdi kepala aku sakit tapi bukan berdenyut2 lah dan aku rase seperti ada mercun meletop dalam kepala aku huuuiiieeee betul aku tak tipu, rasa ada benda meletop dalam otak aku dan telinga pun tiba2 berdesing aje. Tapi aku tertido jua huuhahaha dan masa tengah syok tido tu lah aku bermimpi dan mimpi ni pelik sunguh rasanya sebab aku kurang mengerti dengan mimpi ini hahaha. Perlakon dalam mimpi aku tu pun agak mengelirukan sebab beberapa orang yg sangat dikenali dan aku tak tahu kenapa dia boleh masuk dalam mimpi aku, kebiasanya perlakon tambahan dalam mimpi aku ni orang yg tak dikenali. Siapa yg terlibat tu aku rahsiakan huhuhu adalah 4 5 orang yg aku kenal dan mimpi tu agak pelik biarlah menjadi rahsia huhuhu mimpi yg bersambung dari mimpi yg sebelumnya, boleh buat filem gitu harharhar. Dan kebiasanya bila aku bermimpi macam ni itu pertanda aku akan mengalami sesuatu yg teruk hukhuk demam yg teruk beserta badan mengalami sakit yg teruk.
Selepas aku tersedar badan aku rasa panas sangat dan kepala aku sunguh sakit waaaaaa tak tahu kenapa, aku dah tak boleh nak sambung tido pula adooiiii dan aku buka leptop aku ni mengonlinekan diri sambil duk membelek-belek blog orang hukhukhuk dan terjadilah coretan ini yg korang tangah baca ni huhuhu, aku bosan tak tau nak wat ape jadi merapu je lah kat blog aku ni sambil menungu waktu subuh tiba. Waktu terasa sunguh lambat berlalu jam macam sunguh berat untuk bergerak dan aku lagi lah rasa sunguh bosan hukhuk 
Ok mari kita bercerita pasal mimpi lah ek, ada bermacam mimpi  ada yg fantasi ada yg realiti dan ada yg korang sendiri tak faham dengan mimpi tu hahaha. Dulu masa waktu aku sekolah menengah aku selalu bermimpi "masa hadapan", bukan aku bermimpi dalam kereta terbang, robot2 berlarian di taman atau zaman 2020 huhuhu maksud aku apa yg aku mimpi tu akan berlaku pada masa akan datang dalam hidup aku, contoh hari ini aku bermimpi dan minggu depan perkara, perbuatan dan gambaran persekitaran yg sama dalam mimpi aku tu terjadi. Dalam masa tu aku akan tersedar... eehh aku pernah mimpi menda ini lah dan kerap kali jugak aku bermimpi sebergitu tak tahu lah kenapa?? ada jugak kawan aku yg bermimpi macam tu dan ianya menjadi tanda tanya huhuhu.
Wokey sampai sini dulu jangan biarkan hidup anda diselubungi mimpi ngeri muuhahahaha. Pasal mimpi aku takdi fantasi bukan realiti pun bukan, alam bunian kot hahaha


P/S= Bila status yg pelik2 kat facebook, mesti blog aku ramai orang yg lawati hahaha pelik kan...

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!