Lawak je gambar tu haha tak pasal2 Digi terbabit... aku dapat gambar ni di Facebook memang kraetif orang yg buat ni. Serius aku tak faham kenapa ada orang islam join pertubuhan ni, mengikut beberapa sumber yg mengatakan 70% motif pertubuhan ni adalah ingin membubarkan Islam. Jadi mengapa ada orang islam yg turut sama dalam pertubuhan ini??
Soya.. air soya weewit =D ok aku dapat tahu bahawa air soya yg kita tahu sememangnya banyak manfaatnya itu sebenarnya adalah tidak baik untuk badan kita. Sebenarnya 80% lebih banyak keburukannya, jadi selepas ni terpaksa lah aku tukar minum air lain pula. Korang pun boleh lah kurangkan atau tak perlu dah minum air ni.
Apabila orang bertanya kenapa aku bertukar aweks... waahahaha lawak doohhh. Serius ada orang bertanya macam tu dan bukan dia bertanya kat aku terus tapi pada orang lain. Bila orang tu cakap kat aku dengan sendirinya terjadilah ketawa besar hahaha. Apa ingat aku ni playboy ke?? malu bertanya sesat jalan hehe korang kalau ade apa2 tanye terus kat aku baru tak ada salah faham. Sebenarnya aweks-aweks yg korang nampak tu adalah ANAK SEDARA aku lah.... semua anak sedara aku dah besar2 kedabak dah sekarang ni semua dah 20-an keatas dah dan aku tak suka bila korang nak ngorat. Meh aku sekeh kepala sorang sedas dulu... aku tak suka lah anak buah aku nak berpakwe dengan orang yg kurang kacak dari aku hehehe.
Jatuhnya mertabat sebagai orang brutal.... apabila aku masuk kedai buku dan mencari sebuah novel. Yaaaa memang aku tak suka pun baca novel, dengan malu2 berserta ketekatan yg jitu aku masuk ke kedai buku hakhak. Apabila seorang yg muka ganas masuk ke kedai buku dan mencari novel cinta..... hakhakhak.... terkejut juga lah adik yg berkerja kat situ. Buang segala perasan malu untuk sidia =P aku masuk lah juga kedai tu. Aku mencari novel "Stanza Cinta" untuk mek aku tu tapi tiada kat kedai tu. Baru aku tahu yg novel ni ade banyak jenis rupanya, satu novel tapi banyak lah dia punya apa tah adik tu cakap hehehe. Dulu aku ada baca novel juga cuba korang cari kalau ade lagi novel ni "Bercakap Dengan Jin" yaaa novel seram tapi best weh. Banyak siri buku ni sesiapa yg masih ada buku ni boleh jualkan kat aku hehehehe
Tiada ulasan:
Catat Ulasan