Sabtu, 6 Ogos 2011

3 Persoalan, 2 Pemberitahuan Dan 1 Jawapan

Amaran: Artikel ini bukan lah artikel lawak
Kegelapan Malam
Kesunyian Menyerpa
Diterangi Pancaran Bulan
Dihembusi Kabus Malam
Menyapa Kulit Tubuh Kedinginan
Kerlipan Hati Kian Suram
Syahdunya Malam
Mungkinkah Siang Akan Bersinar?
Tahun Ini, Bulan Ini Dan Hari Ini
Tidak Lagi Seperti Dahulu
Tidak Pernah Menyangka Seperit Ini
Menempuhi Dengan Kudrat Halus
Sungguh Mudah Hancur Bila Dibedai
Hanya Berpaut Pada Rantingan
Tunggu Masa Untuk Patah
Umpama Dedaun Berlambai Ditiup Sang Bayu
Terlerailah Pada Pautan Sekiranya Dibedai Kencang
Gagah Hanya Disebalik Kaca Mata Meraka
Pandangan Yang Kabur Sahaja
Sisipan Hari Ini Dan Semalam
Tiada Makna Untuk Hari Esok
Saban Nafas Dihembus
Mengorak Misteri Sanubari Diri
Bumi Tidak Dicetak Mengikut Kehendak Hati
Layaran Kehidupan Yang Bergelora
Lendakan Ombak Dan Badai
Menanti Untuk Karam Di Lautan
Kecekalan Menawan Puncak
Menjadi Pedoman Zaman
Ewah... korang penin?? tak faham apa yg ditulis?? hahahaha tak apa sebenarnya apa yg ditulis kat atas tu tiada kaitan pun dengan apa yg aku nak pembentangkan kat sini. Lama sangat dah aku tak RockMantik disini huhuhuhu. Jadi korang abaikanlah menda tu, aku tetiba je dapat idea tu semasa kuar bersahur. Ada maksud yg mendalam tu tentang dunia hari ini.
Wokey berbalik pada tajuk... apakah 2 pemberitahuan itu?? Yaaa 2 itu adalah fikiran dan diri huhuhu cukup mudah. Kita berbalik pada kisah dulu.... rrrrrrr bukan kisah lah.. lebih kepada persoalan. Aku dulu masa muda2 kacak bergaya hehehe (zaman remaja lah) selalu dengar orang berkata sebergini "Kita hidup untuk membantu orang lain". Korang biasa dengar tak orang cakap macam tu kat korang? Sampaikan aku penah bertanya kepada semua kawan aku soalan ini "Jika kita hidup untuk membantu orang lain JADI untuk apa orang lain hidup?" dan sampai sekarang tak ada yg boleh jawab. Bagi yg slow tak faham apa tu mudah cerita macam ni... kalau tujuan kita hidup untuk membantu orang lain jadi apa tujuan orang lain tu hidup.
Fikir punyalah aku fikir huhuhu ok aku sebenarnya bodoh tak boleh berfikir seperti korang yg cerdik tu. Aku pun dapatlah jawapannya, korang nak tahu tak apa yg aku dapat tu?? dari fikiran aku lah ini jawapannya. Semua orang dihidupkan atas dunia ni ada tujuan masing2, contohnya aku huhuhu aku ni bila buat pun kena caci tak buat apa2 pun kena caci jugak. Memang muka cacian betullah aku ni hahahaha itu adalah mengapa aku dihidupkan di dunia ni. Untuk dicaci dan hamun je huhuhu kesimpulanya kalau korang tu selalu kena marah atau kena "tieau" walaupun bukan salah korang tak perlulah nak memberang atau berontak sebab itu adalah tujuan korang dihidupkan. Kalau korang pergi kerja sampai je kat tempat kerja tiba2 kena marah dengan bos korang walaupun bukan korang yg buat kesalah tu hahaha don't worry be happy buat selamber je sebab korang tu wujud untuk menjadi bahan marah untuk orang lain.
Memang susah untuk membuat orang lain membuat apa kehendak hati kita. Walaupun korang bayar sekali pun huhuhu yelah.. walaupun korang bos bayar gaji pekerja untuk membuat sesuatu untuk korang memanglah dibuat tapi bukan 100% ada juga ngelat dia huhuhu betul tak?? Jadi memang susah lah untuk membuat seseorang tu mengikut kehendak hati kita. Tak perlu risau huhu buat je cara lain atau lebih tepat eltenatif lain, jalan pun ada jalan altenatif... kalau korang tak percaya cuba tengok singbord mesti ada tulis jalan altenatif ke sesuatu tempat tu. Buat lah altenatif lain untuk memuaskan hati korang tu seperti mana yg aku sering buat huhuhu.
Hidup ni kalau selalu banyak tekanan akan membuatkan korang cepat beruban tau huhuhu. Biasa kita lihat orang tua je yg ada uban dikepala kan tapi sekarang budak baru umur 20 tahun pun ada ada uban. Sebab banyak sangat tekanan dalam hidup dan duk berfikir je huhuhu, jadi biarlah rileks sekali sekala dalam kehidupan diri ni. Bukan lama pun kita hidup jadi buat apa nak terjah macam tak akan mati je. Masing2 ada tujuan masing2 yg mesti dilakukan, sebab itu adalah kenapa dia dihidupkan atas bumi ni. Korang jangan lah nak jadi seperti orang lain sebab kita semua berbeza, kanapa aku tidak menjadi pelakon filem?? kenapa aku tidak menjadi penyanyi rock macam Amuk tu? sebab aku tak dilahirkan untuk menjadi seperti itu kalau aku kena menjadi seperti mereka tu aku akan dilahirkan sebagai mereka. Korang carilah siapa diri korang sendiri jangan nak tiru macam orang lain. Menda apa yg aku duk merepek ni?? hahaha aku saje je nak mengomel huhuhu lama dah aku tak mengomel kat sini. Jadi Selamberkan Hidup Korang tu... LAYANSSSS.....
DON'T WORY BE HAPPY PANDU LORI MAKAN KARI =D  
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!