Sabtu, 30 Oktober 2010

KELAKARNYA SUAMI AKU NIH....

Bila aku teringat balik cerita nih..aku mesti tergelak sorang-sorang…

Alkisahnya…aku nih ditakdirkanlah kawin dengan sorang mamat nih..ntah dari mana la datangnya…mak aku yang suruh..dia kata budak nih baik la alim la pandai la..lepas tu terus kami kawin.

Masa first time kawin tu, memang kucar kacir gak arr rumah tangga kami..dan yang aku paling tak tahan tu dia memang selalu saja buat aku sakit hati…

Eiiiii…geramnya aku!!!

Mana taknya,aku basuh baju dia sekali la ngan baju aku..then lepas basuh..nak jadi cerita..ada lah plak baju dia yang turun warna melekat kat baju aku….haihhh..memang sakit hati…baju baru kot…mahal lagi!!! Then bila aku tanya dia..kenapalah tak bagitau aku yang baju dia ada yang turun warna..dengan slumber dia kata..

”Lah..awat tak tanya…”

Eiii..geramnya aku!!!

Selang beberapa hari, dia ada ajak aku pi shopping.Ok,fine..aku ikut jer la…weekend la katakan. Lepas tu nak jadi cerita, dia punyalah excited nak pi shopping..sampai aku kalih kalih belakang..HILANG!!..

Aku cari gak dekat dekat area situ kot kot ada tapi memang hampeh…Aku try call, tak angkat..call lagi pon tak angkat..huhh..tension betul!! Then, aku amik keputusan tunggu kat kereta jer..seminit,..lepas tu dua minit,… lepas tu….SEJAM KOT!! Huhh..memang sakit hati betul!! Then bila dia mai dekat kereta, aku tanya, pegi mana? kenapa call tak angkat??!! Yang aku tak tahan, dia dengan slumber jawab..

“Lah..gi shopping la sayang…owh..ada call ekk?? Alah..lupa nak bagi tau…terlupa bawa hanset..hehe..”

Eiiii..geramnya aku!!!!

 Seminggu lepas tuh..dia kata teringin nak makan masak ayam berempah dengan masak lemak cili  api.. ok..fine…aku masak jer…Tapi memang la aku nih tak la pandai masak sangat…tapi bolehlah klu setakat nak makan kan..aku hidang bagi dia makan…Masa first time dia suap kat mulut tuh…Aku bajet dia nak kata apa-apa..Tapi dia diam..Memang tak kata apa-apa pon sampai dia habis makan..Habis makan pon tak kata apa..

Aku pon confius…dia ni no respond..sedap ka tak?? Hmm..klu ikut aku la..orang yang masak ni la kan…aku rasa ok jah lah..tapi tak tau la orang yang makan nak kata apa..huhhh…..

Esok plak, time aku on the way nak balik dari tempat keje, kereta aku plak wat hal..tak boleh start..panik gak arr aku time tuh..malam dah nih..nak masuk Isyak dah…haihh..time aku balik keje lewat2 lah keta nak wat hal..then, aku call dia…

Yang aku tak boleh tahan tu..dia dengan slumber kata..

“Lah awat la call saya…call la mekanik…ingat call saya keta awak bleh jalan??….”

Eiii…geramnya aku!!!

Tapi…dia mai jugak lepas tuh…ada lah dia check apa ntah kt depan bonet tuh…dan lepas start…terus boleh…hmmm..dalam hati…aku kata,

“bleh la jugak mamat nih nak diharap…mekanik kecil-kecilan, janji free”…

Satu hari, dia ada bagitau yang dia kena pi outstation kat overseas. Dia kata pi kejap jah…2 MINGGU!!..hmm..aku memang no komen lah…dia nak pi buat keja dia…takkan nak kata tak boleh kot…keja arkitek…biasalah…busy la kot…

Tapi..memang agak sakit hati jugak lah..bleh dia lesap macam tu jah..lepas2 naik flight....kot2 la nak call bagitau dah sampai ka..ada kat mana ka…tapi memang hampeh!!..langsung dia tak call!! Kot2 la nak bagi emel ka..tapi memang tak dak…kosong inbox!!

Eiii…geramnya aku!!!

Pagi tuh..aku basuh baju…ok..sekarang aku dah taw dah baju mana yang turun warna…aku ambik satu persatu dalam bakul nak basuh..sampai la aku jumpa bungkusan misteri dekat bahagian bawah baju-baju tuh…jeng3..huishh..siap dengan surat lagi..

Suratnya berbunyi begini:

Kehadapan isteriku (cewahhh..),

            Semoga berada dalam keadaan yang sihat sentiasa…jangan marah-marah ek..hehe..Saya bukannya apa…saja tulih surat nih..bosan…tak tau nak buat apa…hihi
            Pertama sekali…saya nak bagi tau lah..mungkin awak tak kenal saya..tapi saya kenal jer awak…sejak awak darjah 6 lagi kot!! Haha..eh..awak tak ingat ka anak Pak Mail kawan ayah awak yang mai beraya kat umah awak time tuh??!! …Masa tuh..saya nampak awak dok main masak-masak kat belakang umah…hahaha…memang sangat lucu…saya nampak awak macam 'anak patung'..comel sangat…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keduanya, sori la pasal hal shopping tuh..memang saja jer saya tak mau bawa hanset time tuh…hihi..takot terkantoi…yer la…saya pi cari baju awak kot!! Ingat baju yang awak kata terkena warna tuh?? Huh…memang tension..susah btul nak cari..memang patut la mahal dan memang patot la awak bengang satu hari…hihi…

            Ketiganya, pasal ayam berempah dengan masak cili api yang awak masak…hmm…mesti awak bengang kan sebab saya no respond…huhu…sebab SEDAPPPP SAAANGAT  sampai saya jadi tak terkata…Eh,saya makan dalam masa 5 minit ja kot..ikut jam dinding kat umah kita…

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Keempatnya…time keta awak rosak…hmm..awak tau tak saya CANCELLLL appointment saya dengan klien penting dari overseas sebab nak pi kat awak??!! Lepas2 tuh..jenuh saya nak pujuk diorang balik…Tau tak saya langgar smua traffic light merah!! Baju saya basah dengan peluh masa saya sampai kat awak??

Ishkk..awak ni..tak berasan ker??

            Tapi lepas saya tahu saya kena pi outstation kt overseas..saya lagi seronok…happy glerr..sebab saya tau awak mesti rinduuu kat saya kan..kan2?? Saya memang saja jer tak call awak…hihi…tapi saya ok jah…saya rasa saya dah sampai dah kot lepas awak baca surat nih…

“Wow,look at the Eiffel Tower!! Fuyoo!!! Cantik kot!! “

Hahahahahaaaaaaaa..jangan jeles..(^-^)

            Last but not least…awak..awak jangan nakal-nakal ekk…sebab saya saaaaayang awak…

P/S: Try tengok sama x dengan baju awak yang rosak ari tu “bungkusan” nih…hihi

                                                                                                            Love,
                                                                                                            Suamimu



Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Kelantan menang piala malaysia 2010


Taniah kepada pasukan kelantan gomo kelate gomo. Esok cuti bagi negeri kelantan sahaje hehehehehe. ok sebelum perlawanan malam takdi semasa petang hari itu terlah berlakunya pergaduhan antara penyokong kelantan dan............ cuba kowang teka dengan penyokong negeri mane??? kalau jawapan kowang penyokong negeri sembilan.... haaaaaaa kowang memang salah hahahahaa. sebenarnya dengan penyokong negeri selangor.... kira pembalasan dari tindakan penyokong selagor yg terdahulu. Dari mane aku tahu ni??? hehehe ade lah dari infomasi aku sendiri.... walaupun aku tak berada di kuala lumpur hari ini.
sini aku ade tak puas hati sikit dengan mamat kat facebook.... name di rahsiakan.. dia komen kat status seorang awek ni yg merupakan fren aku lah... dia cakap yg orang kelantan berpuak-puak..... yeke??? ko ni puak ape?? suka hati je cakap cam tu... kalau nak ejas aweks tu pun jagan lah nak komen beremosi sampai cam tu. bagi aku tak ade pulak aku berpuak... semua orang aku kawan tak kira orang dari negeri mane. ade je aku kawan dari orang kedah, n.9, perak, selangor dan banyak lagi lah negeri. mungkin dia tu yg suka berpuak-puak lepas tu cakap kat orang lain pulak.... hampeh tul.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 29 Oktober 2010

someone that brings meaning to life

You brought happiness into my lonely heart
You brought emotions alive again
You were not prepared what we were to start
You were not ready for what was to begin
You saw my pain and my sorrow
You made me look forward to another tomorrow
You made me laugh and you made me cry
But most of all you made me feel alive
You've taught the truth behind my lies
You've been the tears behind my cries
You've been the blanket that keeps me warm
You've been the shelter during our storm
You've been my aid to learning what's new
You've been my experience from what we've been through
You've shown me emotions I never thought I'd feel
For all this, I know my feelings are real
My one wish, that I pray stays true
My love, I hope, forever, you.
IF ONE DAY YOU WANT TO RUN AWAY
DON,T BE AFRAID TO CALL ME,
I DON'T PROMISE TO ASK YOU TO STOP
BUT I CAN RUN WITH YOU 
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

CANTIKNYA SEORANG WANITA ITU

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! GAD!S
BukaN keRaNa MeRah k!LauaN L!pst!k
Pada b!b!r MeMekaR seNyuMaN kosMet!k
Tetap! pada kepeR!bad!aN teRpeL!haRa
KeLeMbutaN kesopaNaN MeNgh!as! j!wa

CaNt!kNya seoRaNg wan!ta !tu sebaga! REMAJA
T!dak pada kuL!tNya muLus MeNggebu teRdedah
UNtuk MeNggoda paNdaNgaN Nafsu Mata
Tetap! pada keh!dupaN teRjaga
DaR! MeNjad! MaNgsa tohMahaN duN!a

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! HAWA
T!dak keRaNa b!jak MeRuNtuN !MaN kauM AdaM
Seh!Ngga tuRuNkaN !NsaN ke duN!a
Tetap! MeNjad! peMbakaR seMaNgat pew!Ra
MeNjad! tuNjaNg peRjuaNgaN syuhada

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ANAK
T!dak MeNjeRat d!R! pada leMbah keduRhakaaN
MeNgaL!r Mut!aRa d! keLopak mata
Tetap! MeNjad! peNyeLaMat !bu bapa
Pada haR! kebaNgk!taN beRmuLa

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! ISTERI
BukaN keRaNa peNeRaju keRjaya daLaM RuMahtaNgga
Tetap! seNt!asa beRsaMa
MeNeMpuh bada! d!s!s! suaM! teRc!Nta

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MENANTU
BukaN keRaNa keMewahaN d!Mata
Tetap! b!jak daLaM MeNjauh! peRseNgkoLaN ipaR LaMa!
MeNjad! peNgh!buR hat! peRMata keh!dupaN


CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! IBU
BukaN teRLetak pada kebaNgk!taN aNak
DaLaM set!ap peRteL!NgkahaN
Tetap! d!bawah LeMbayuNg kejayaaN
MeMbua! aNak d!kaLa suaM! MeNjaL!N !Mp!aN


CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! MERTUA
T!dak keRaNa beRjaya MeRuNtuh !staNa
Tetap! jaL!NaN kas!h sayaNg
TuLus hat! MeNgag!h kas!h setaRa pada seMua

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! NENEK
BukaN MeMbeR! haRta duN!a
Seh!Ngga geNeRas! Lupa
Tetap! MeNjad! pada peNd!ta
MeNjaR!Ng teLadaN paRa aNb!a pada aNak baNgsa

CaNt!kNya seoRaNg waN!ta !tu sebaga! WARGANEGARA
BukaN keRaNa MeNyaNdaNg puNcak duNia
Tetap! b!jak MeNaNgk!s R!NtaNgaN
Peka MeMbeLa nas!b daN MaRuah NegaRa
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

HARAP MAAF

HARAP MAAF PADA SEMUA, OLEH KERNA OTAK AKU MENGALAMI SISTOM BLUR DAN HENG DAN PERLU DI RESTART SEMULA TAK DAPAT LAH AKU NAK UPDATE BLOG INI UNTUK SEMENTARA WAKTU.... di harap kowang dengan sabarnya menanti coretan terbaru dari aku ek walaupun kowang tu seorang yg kurang sabar hehehehe
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Selasa, 19 Oktober 2010

keluhan merapu hahaha

Gambar kat atas ni tiada kaitan degan ape yg aku nak merapu kat sini hehehehe. lame dah aku tak merapu meraban kat sini... ape yg aku nak tulis ni tiada kena mengena dengan orang yg masih hidup ataupun yg dah tak hidup.... leceh kan bila kena bagi tau cam ni kan... yelah kalau tak bagi tau kang ade je yg terperah santan hehehe kowang faham2 sendirilah hehehehe. tak banyak benda yg aku nak sentuh dalam edisi meraban aku kali ni... kalau korang rajin baca lah...
Mula2 sekali berkenan FREEMASON... korang tahu ape ni?? ade gak yg tak tahu dan tak ambik tahu... ni adalah kempulan ahli kegelapan... mudah cerita kempulan yg menyembah saitan dan iblis... lebih best kalau di pangil askar2 dajjal... Aku ade tengok video yg membongkar semua ni.... korang cuba lah cari dan selidik tentang ni.. jangan ambil mudah dan buat tak tahu je... ni berkenanan dengan kehidupan kita di dunia dan akhirat.. banyak pernipuan terbesar yg berlaku dan kita dengan mudah tertipu dari dulu sampai sekarang... ahli kempulan ni ingin menakluki dunia bersama dajjal.
Ok sekarang pasal menakluki orang pulak... bila korang nk menguasai seseorang tu ape yg korang sangup korbankan?? ramai di antara kita nak orang ikut telunjuk kita (menguasai) tapi tak pandai macam mana untuk berbuat demikian... macam aku mudah je.. dari dulu sampai sekarang di jajah hahaha maksud aku hidup aku yg terkong-kong... memang bosan tapi aku tak kisah.. dah nasib huhuhuhu
Aku ambil mudah je dengan RULE hidup aku, ape yg aku tak suka orang buat kat aku aku takan buat menda tu kat orang... yg ni memang orang susah nak faham dengan aku... sebenarnya mudah je... kalau aku tak lempang korang tu bermaksud aku tak suka korang lempang aku hahahaha contoh je lah kan... jadi menda ape yg aku tak buat kat korang menda tu lah aku tak suka korang buat kat aku. dan same macam korang... bila korang tak layan aku jangan marah lah bila aku wat tak tahu je kat korang... 
Masa untuk bersendirian... korang kena tahu bila mase member korang nk bersendiri walaupun mase tu dia duk melepak dengan korang tapi sebenarnya dia nk layan feeling hahahaha... jadi korang wat tak kesah lah kalau dia duk senyap je.. tapi pelik gak bila smua senyap kan hahaha macam mase aku duk melepak makan takdi, semua senyap je sepatah kata je kuar.. hari suram sedunia kot hahahaha.
Hobi yg mahal huhuhuhu, aku punya hobi memang aaiiisseeyyy agak mahal huhuhu, yg paling utama mainan control huhuhu kereta control yg berharga beratus ringit... yg ni kaum2 perempuan memang jelik ( tak suka) kan..kan..kan.. bila pakwe atau laki depa nak beli kompom kena bebel waahahaha ni kenyataan.. ok dari segi negetif memang nampak membazir tapi kalau perempuan beli mekaup mahal2 tu tak ape pulak... beg, kasut, baju... macam2 lagi lah.. dari segi positif lak.. cuba korang fikir mane lagi bagus antara laki korang main game dan mainan ni dari pergi mengatal atau main perempuan lain?? (curang)... ok ape kalau dia duk mengadap game atau pergi mancing, main kereta control dari dia pergi duk mengatal..
Karenah... semua orang ade karenah masing2 kan... yg si perempuan ni nak lelaki dia melayan karenah dia tak kira masa... kalau dapat lelaki yg jenis banyak bersabar macam aku ni tak kisah sangat lah tapi kalau dapat lelaki yg kureng dia punya sabar sendiri mau ingat lah hahaha tapi kadang2 aku kesian gak tengok makwe2 member aku yg dapat pakwe yg kurang sabar ni... tapi ade gak makwe2 yg merlampau2 dia punya karenah... lelaki pun ade karenah masing2 nak jugak makwe dia melayan tapi bila tak di layan korang makwe2 ni sendiri mau ingat lah...
Pemandu yg macam ape2 entah, yg ni agak memanaskan hati.. pandu pelahan 40k/m sejam tapi duk kat line 2 ape kes?? menyusahkan pemandu lain je.. kadang2 aku tersempak dengan pemandu macam ni yg wat tak tahu je mase tu ambulan duk kat belakang dia.... di manakah letaknya otak pemandu seperti ini?? ke otak tertingal kat rumah... lu pikir lah sendiri.

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Khamis, 14 Oktober 2010

Masih Hidup Atau Mati?


Sedih dan pilu mengenang peristiwa yang menimpa salah seorang penyokong Kelantan di Stadium Shah Alam Selangor selasa lalu. Malah lebih perit dan pilu apabila membaca luahan salah seorang penyokong Selangor yang berbangga memukul mangsa setengah mati. Apa yang ingin didedahkan ini bukan untuk mengapi-apikan suasana tetapi ingin minta jasa baik kekawan yang menyaksikan kejadian ini membantu pihak sukarela yang ingin membantu kes ini untuk bertindak mengikut undang-undang.
Amat kecewa bercampur geram setiap kali memgimbau kembali peristiwa ini apabila membuka laman web sosial tetapi ini bukan alasan untuk seluruh penyokong Kelantan membalas dendam, dimana ianya akan dilihat lebih memburukkan keadaan dan persepsi masyarakat luar apabila isu keganasan penyokong sering dilaporkan secara berat sebelah.
Kami cuba merungkai kejadian mangsa yang dipukul ini samada masih hidup atau mati kerana salah seorang yang mendapatkan mangsa telah mengemailkannya kepada kami gambar-gambar. Sinopsis kes ini cuba dirungkai dan masih perlukan bantuan dari mereka yang tahu kejadian ini.


Berdasarkan Pengakuan Si Pemukul:



Berita Kereta Polis dipecahkan cermin dan dikemekkan oleh penyokong Selangor tidak pernah disiarkan







KAMI BERHARAP MEREKA YANG TAHU KEADAAN MANGSA SEKARANG SILA HUBUNGI info@theredwarriors.com
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Rabu, 13 Oktober 2010

Kisah 3 Orang Menteri


Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang ‘mengeteh’.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah mengenal teknologi WIRELESS!
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Lawak Pagi !

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.

MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR

Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke klinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa ...?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa....
Doktor : " Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sebab Kena Tindih Waktu Tidur

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum isteri tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....

Heheheeeee…..
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 8 Oktober 2010

Perbezaannya Antara Lelaki Dan Perempuan

1. Wanita menarik nafas lebih kerap dari...pada lelaki, manakala lelaki menarik nafas lebih dalam daripada wanita.

2. Sistem badan lelaki dan wanita pun tidak sama. Lelaki lebih banyak memerlukan oksigen berbanding wanita supaya mereka dapat menukarnya menjadi tenaga.

3. Kulit lelaki lebih kasar, kulit perempuan lebih halus.

4. Perempuan lebih halus suara berbanding lelaki yang kasar dan besar suaranya.

5. Lelaki memiliki tulang anggota yang lebih panjang berbanding wanita. Tulang wanita bukan sekadar lebih kecil malah susunannya berbeza disebabkan wanita diciptakan Tuhan dengan struktur tubuh bagi melahirkan anak.

6. Demikian juga pada segi psikologi, wanita secara umum lebih bersikap mudah mengikut kata hati, lebih berminat kepada cinta dan kasih sayang dan hubungan perasaan.

7. Apabila mengamati benda, kedua-duanya juga berbeza. Lelaki lebih menggunakan pengamatan tumpuan. Manakala wanita menggunakan lebih pengamatan luas dan membesar. Pengamatan lelaki ibarat cahaya laser yang menumpu kepada sesuatu objek. Manakala, pengamatan wanita ibarat lampu suluh, yang membuka; menampakkan banyak benda.

8. Wanita mahu mengambil tahu semua perkara. Daripada perkara kecil sehingga perkara besar. Sementara lelaki hanya menumpukan kepada matlamat utama;

9. Cuba perhatikan kepada wanita, apa yang mereka bawa apabila berjalan keluar rumah. Tengok sahaja pada beg tangan mereka. Lebih besar daripada lelaki. Lelaki membawa beg kecil sahaja. Di dalamnya hanya ada lesen kenderaan, duit, surat-surat penting dan kad kredit bank. Dalam beg tangan wanita semuanya ada. Di dalam beg tangan perempuan ada dompet duit, kad kredit, buku bank, buku cek, ada alatan make-up, cermin, sikat rambut, tisu muka, pengetip kuku, kunci pen, pensel, ubat sakit kepala, gambar suami, gambar anak, cermin mata hitam, buku telefon, tuala ehem.. ehem...dan macam-macam lagi.

10. Kenapa sedemikian dilakukan oleh wanita? Jawabnya kerana wanita memikirkan pelbagai kemungkinan perkara yang boleh berlaku. Mereka lebih peka, apabila sesuatu terjadi, persediaan sudah pun dilakukan. Ini bermakna pemikiran dan penumpuan wanita lebih lebar.

11. Pada lelaki, cukup dengan lesen memandu dan duit. Sebab mereka mahu sampai ke matlamat. Duit untuk membeli. Lesen memandu supaya selamat daripada disoal polis.

Demikianlah perbezaan yang wujud antara lelaki dan wanita. Kerana itu, tidak hairan apabila suami isteri ini melihat banyak perkara secara berbeza. Urusan-urusan rumah tangga kadang-kadang ditangani secara berbeza. Contohnya, suami isteri yang kedua-duanya bekerja, mereka terpaksa keluar dari rumah awal 2 pagi.

Dalam banyak hal, wanita bekerja yang paling kerap bersungut. Suaminya, apabila keluar sahaja dari rumah, yang dibawa hanya kunci kereta, masuk dalam kereta dan hidupkan enjin, kemudian tunggu isteri. Matlamat mereka ke pejabat. Manakala si isteri, memikirkan apa yang anak bawa ke sekolah, baju di ampaian siapa hendak ambil, anak belum pakai baju lagi, anak belum makan lagi. Kalau bolehnya, dia mahu memikirkan semua benda, kerana padanya, apabila sesuatu terjadi, bagaimana kesudahannya? Biar lewat ke tempat kerja, asalkan semuanya beres.

Apabila si suami dan si isteri ke kompleks membeli belah. Si isteri, apabila masuk sahaja ke pusat membeli belah dia melihat banyak benda dahulu, satu persatu, perlahan-lahan, dari atas ke bawah, kain ini dipegang, diperhatikan digeselkan. Kemudian pegang pula kain lain, selepas berjam-jam barulah dibuat pilihan membeli.
Pendek kata, si suami yang menjadi pengikut setia mudah bosan. Bagi lelaki apabila hendak membeli sesuatu, terus dituju ke tempat yang ingin dibeli dan membeli. Membeli belah pada lelaki tidak mengambil masa yang lama seperti perempuan.

Contoh-contoh tersebut menunjukkan wanita mengamati sesuatu berbeza daripada lelaki. Sebab itu, jangan bergaduh selepas membeli belah, jangan bergaduh ketika mahu ke tempat kerja. Si isteri jangan putus asa melihat si suami, apabila keluar sahaja dari rumah terus masuk kereta.Tanpa mengangkat botol susu anak, kain lampin anak, dan berbagai lagi untuk dibawa ke rumah pengasuh.
Akuilah kita berbeza. Perbezaan bukan untuk bermusuh, sebaliknya bagi saling membantu dan berkasih sayang. Kerana kita berbeza, kita lebih berkasih sayang.

Jangan disebabkan perbezaan pada cara berkasih sayang antara lelaki dengan seorang wanita, maka timbul krisis rumah tangga berpuluh tahun. Tentulah kerana perbezaan yang ada antara kita itu, maka kita lebih berkasih sayang.

Kerana itu, kita berbeza supaya saling sayang menyayangi.
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Sabtu, 2 Oktober 2010

Linkin Park - Waiting For The End

This is not the end, this is not the beginning
Just a voice like a riot, rocking every revision
But you listen to the tone and the violent rhythm
Though the words sound steady, something empty's withing 'em
We say yeah
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there
'Cause we're living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead it, forget it, let it all disappear

Waiting for the end to come
Wishing I had strength to stand
This is not what I had planned
It's out of my control
Flying at the speed of light
Thoughts were spinning in my head
So many things were left unsaid
It's hard to let you go...

I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

Sitting in an empty room
Trying to forget the past
This was never meant to last
I wish it wasn't so...

I know what it takes to move on
I know how it feels to lie
All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

What was left when that fire was gone
I thought it felt right but that right was wrong
All caught up in the eye of the storm
And trying to figure out what it's like moving on
And I don't even know what kind of things I said
My mouth kept moving and my mind went dead
Picking up the pieces, now where to begin?
The hardest part of ending is starting again.

All I wanna do is trade this life for something new
Holding on to what I haven't got

This is not the end, this is not the beginning
Just a voice like a riot, rocking every revision
But you listen to the tone and the violent rhythm
Though the words sound steady, something empty's withing 'em
We say yeah
With fists flying up in the air
Like we're holding onto something that's invisible there
'Cause we're living at the mercy of the pain and the fear
Until we dead it, forget it, let it all disappear
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Jumaat, 1 Oktober 2010

RABITAH HATI


Hati ini telah bersatu,
Berkumpul di perut bumimu,
Hati ini telah berpadu,
Bersatu memikul beban dakwahmu

Hati ini telah mengikat setia,
Untuk mendaulat untuk mendokong,
Syariatmu di alam maya,
Maka ya Allah eratkanlah ikatan yang ada

Kekalkanlah kemesraan yang ada,
Tunjukkanlah jalan yang benar,
Penuhkanlah dengan cahaya-Mu,
Tiada malap terangi alam-Mu

Hidup suburkanlah dengan makrifat-Mu,
Tapi jika ingin mematikannya,
Matikanlah sebagai syuhada,
Dalam perjuangan menegakkan
Agama yang mulia
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!