Semalam tak cukup tido huhuhuhuhu, pergi kerja aku tak lalok lah pulak tapi kadang2 tu ngatuk gak. hari ni jari aku terluka lagi, adoi lah... ade masalah konflik dengan jari je aku ni.... tak tahu kena apa aku perasan je jari aku dah mendarahkan diri berliau hahahaha, pekat lak darah tu... tapi pelik je aku tak rasa sakit pun.... biasa sangat dah tercedera tampa sedar ni huhuhuhuhu.
hari ni aku boring tak ada siapa yg boleh aku kasi saiko hahahaha, nak saiko buah hati tak sampai hati lak, semalam dah saiko dia. kalau aku saiko dia hari2 leh majuk lagi dia kang hehehehe. jadi hari ini aku dengan kurang warasnya saiko boss aku sendiri waahahahahaha. ops.. lupa nak bagi tau yg hari ni aku lebih mengabiskan masa dan kerja dengan boss. dia sibuk2 duk tolong aku wat kerja hahahaha, mungkin dia saje nak lepak2 dan sembang2 dengan aku kot...
tangah duk sibuk2 tu untuk menghilangkan penat aku saiko boss aku huhuhu, mula2 aku kasi intro baik punya..... cerita kat dia yg aku hampa sebab tak boleh balik kelatan masa raya cina lepas... balik nak jumpa kekasih hati tapi hampa... aku saiko boss aku sebab ramai sangat budak2 ni dah cuti jadi aku tak boleh lah nak cuti (sedangkan boleh je aku nak cuti, tapi tangah saiko boss ni kan hahahahaha) aku cakap dengan nada sedih hahahaha...
punyalah baik aku saiko.... tapi bila dah nak sampai ke perhujung rancangan saiko aku yg tahap tip top ni tiba2 aku rasa macam aku pulak yg jena saiko dengan boss huhuhuhu. boleh dia cakap " susah2 awak jadi je ank menantu saya" hahahahaha. boss aku dah pandai saiko..... tak cukup dengan tu masa aku dah nak balik, boss aku tanya kenapa si Putri ni cuti? eh... mane lah aku tau, bukan aku jaga dia pun....
depan rakan sekerja aku yg lain boss aku cakap yg Putri ni cuti sebab bertunang (ada aku kisah? tak pun) lepas tu boss aku cakap kat aku depan budak2 ni " awak terlepas lah, lambat sangat awak ni, saya susah payah ambik Putri ni keja sebab nak gandingkan dengan awak" erk.... kena lagi aku.... waaaaaaaaaaaaaaaaaaa, aku hanya tersenyum je tapi dalam hati eyaaaaaaaaaaaaa punya lah bengan.. ape hal lak kenakan aku depan budak2 ni... aduss kompom aku jadi bahan gosip dan bahan saiko dari rakan2 kerja ni....
pelik ke boss carikan jodoh untuk aku hahahaha, boss aku tahu aku dah ade buah hati dan dia dah tangok gambar sayang aku ni hehehe (kantoi dengan boss hati tu lah sayang...hehehe sowi...)
nampaknya aku dah tak boleh nak saiko boss dah lepas ni sebab aku yg lagi teruk kang kena saiko balik dengan dia huhuhuhuhu. yg si Dira ni cuba nak jatuhkan aku depan boss masa balik takdi..ciss busuk hati punya orang, memang betul lah orang kata perempuan yg fizikal cam Dira ni memang berhati busuk.. tapi nasib baik boss wat tak tahu je ape yg dia cakap, boss lebih mengenali aku lah. buang masa je ko fitnah2 aku ni... goblok lah. aku tahu minah ni tak puas hati dengan aku sebab aku sudah di nobatkan sebagai "incas" dan di letakan kepercayaan kat aku ni. aku tahu lah ko nak di beri pangkat dan kuasa kan.. sebab nanti leh ko belagak...
aku sebenarnya bukan nak pun jadi "incas" ni, susah lah nak jaga semua orang.. bila budak2 ni wat salah aku gak yg kena marah sama... lagi pun aku tak gila kuasa dan tak kuasa nak layan budak2 yg banyak paner je ni hahahaha. dan seperti biasa aku terpinga2 bila dengar luahan tak berpuas hati boss kat perkeja lain, mana lah aku tahu apa yg diaorang dah wat, kerja aku pun bertimbun2 mana lah ade masa nak tengok kerja diaorang sama..
tapi tak apa aku dah biasa... jadi nanti aku saiko cukup2 budak ni hahahaha dan bagi minah tu kerja ko pun macam gampang.. ade hati nak jadi "incas" blah la woiii, aku harap ko sedarkan lah diri ko yg masih berfikiran sempit tu... bosan aku.....
sory boss, aku tak mahu jadi "incas" biarlah aku macam ni je tapi boss jangan bimbang nanti aku tegur2 jugak lah budak2 ni... sape yg melawan aku saiko tetap melawan gak aku siku lak hahahahahaha