Jumaat, 5 Februari 2010

THE DAY SO BEAUTIFUL ♥ ♥ ♥ ♥

 
Perhatian kepada pemandu semua bahaya minum semasa memandu, hehehehe. biasa kita dengar orang cakap bahaya mengunakan handfon semasa memandu je kan kali ni aku nak bagi tahu tentang bahaya minum semasa memandu. mula2 semasa aku memandu aku call seseorang tapi tak jawab pangilan aku tu gara2 aku mengunakan handfon semasa memandu (laju gak lah sebab aku tangah kejar masa masa tu) nyaris2 aku terjunam ke dalam gaung huhuhuhu. mata labih tertumpu pada jam bukan pada meter kelajuan hohohoho. oleh kerna aku masih tak makan lagi waktu tu, masa singah mengisi minyak aku ade beli air tin (nescafe). tengah memandu dari triang nak balik semula kat temerloh aku minum air tin tu sambil memandu dan nyaris2 lagi bertembung dengan lori besar huhuhuhu. tak tahu kenapa macam mana aku tak perasan dengan lori tu, nasib baik aku sempat tekan brek kalau nak elak tak mungkin sebab sebelah jalan tu ade gaung. lori tu masuk kat jalan aku gara2 dia memotong motosikal. terkejut jugak pemandu lori tu lihat kereta aku laju semacam je menghampiri dia sedangkan aku dah brek tu. kecut perut gak aku masa tu eyuuuuuuuuuuu.
 

kerja hari ni memang best, walaupun ade orang atasan yg datang kat tempat aku kerja ni selamber je aku bersembang dengan boss besar2 ni. aku pelik kenapa rakan2 sekerja aku takut untuk berjumpa dengan boss besar ni. aku releks je borak2 dengan diaorang, aku buat macam tiada pandang pangkat seseorang tu, layan macam orang biasa je sebab boss pun hanya insan biasa jugak, manusia jugak. ade pulak pekerja baru ni, lupa lak name panjang dia, name pendek dia PUTRI. orangnya tak seindah namenya huhuhuhu jahat aku waahahaha. semalam lagi dia mula kerja, oleh kerna mula2 masuk dah rakan2 kerja aku cakap yg bukan2 tentang aku, susah lah kerja dengan aku, selalu buli orang lah.... jadi budak ni jadi takut nk kerja dengan aku hohohoho. semalam aku hanya 20% je ngajar dia sebab ade sorang lagi yg berlagak nak mengajar budak baru ni. dia sendiri pun masih terumbang ambing kerja ada hati nak ajar orang lak...budus....
aku tak kisah pun, aku biar je malas nak campur. aku nak tengok macam mane dia ajar orang. mula2 dia dah kutuk aku cakap yg aku ni poyo tak tahu ape2 kat budak baru tu, aku sabar je dia ni memang kuat melawan. nak belagak pandai pun cari orang lain lah, aku ni taraf super penyelia dah ko tu masih hingusan kat sini. hari ni boss aku letak budak baru ni 100% bawah pengawasan aku hihihi, mula2 aku test dulu... aku nak tengok ape yg dia belajar semalam dengan org belagak tu. keputusannya HAMPEH je.. jadi aku ajar dia dari mula semula...ADOI..., semalam dia tak nak kerja dengan aku huhuhu hari ni dia terpaksa sebab boss yg suruh.
pagi2 lagi dia mintak aku jangan buli dia hahahahahak, ape hal lah makwe ni, bila lak aku nak buli, aku nak ajar je. selepas 2, 3 jam dia kerja dengan aku dia mula seronok sebab cara aku ajar mudah dia faham. aku terangkan dengan jelas dan ringkas. dia mula tak percaya dengan apa yg dia dengar tentang aku dari rakan2 kerja aku semalam. dari rasa takut dia rasa seronok kerja dengan aku, masa nak balik kerja takdi dia tak sabar2 nak kerja dengan aku lagi. apa yg boleh aku komen tentang budak PUTRI ni, otak dia memang pikap dah mudah nak faham, aku suka ngajar budak yg macam ni, tak perlu aku nak terangkan atau nak ulang kembali apa yg sudah di ajar.
apa yg aku nak bagi tahu kowang adalah jangan mudah percaya kata orang, kita kena selidik ketulinan apa yg orang lain cerita tu, tengok budak ni lepas betul2 duk kerja dengan aku baru dia tahu aku bukan lah kejam seperti apa yg orang cakap. aku tegas tapi tak memberi tekanan, aku tengok jugak kemampuan orang tu tahap mane baru aku suh dia wat kerja. siasat dulu cerita orang tu betul ke tidak jangan terus "cop" ape yg orang cerita tu. i don't know who to trust.....no surprise!!! 

Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!