Seorang guru yang sangat disayangi oleh anak-anak muridnya bertanya kepada murid-muridnya....
"siapa guru yang paling kamu semua suka disekolah ini?"
"cikgu la!" kata salah seorang murid sambil menunjuk kepada guru yg bertanya didepan kelas...
"kenapa saya?" tanya guru itu mula merasa bangga..
"kerana saya selalu berpeluang untuk tidur ketika cikgu mengajar.."
KELAS BISING
Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas... ketika dia kembali semula ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan... tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. lalu guru itu berkata...
"Selama saya mengajar awak semua.... tidak pernah pulak saya melihat keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yg terjadi??" guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...
tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata...
"Sebab.. cikgu pernah kata dulu.. jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai...... kelas kembali bising macam biasa...
(lawak jenaka yg di tujukan khas untuk my "syg" hehehehe)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan