Yaaa geng aku bukan geng mafia Brutal Mania ™ hukhuk ok. Kitaorang baik-baik punya orang, hati penuh dengan kesucian abadi. Geng aku memang dikenali sebagai geng yg smart dan jangok..... huik?? sebelum korang nak hamun dengan kata2 hina sebab merasakan yg aku ni and the geng ni perasan je lebih sila tunggu dulu.
Sebelum aku nak cerita pasal geng aku ni biarlah aku bermula dengan sesuatu yg agak pelik lagi harem punya. Semenjak dua tiga ratus puluh menjak ni aku perasan bahawanya ramai lah orang melayu muda remaja yg malas nak membajak tanah ni suka siak betul dengan lagu K-Pop Korea tu. Siap ada yg membandingkan lagi dengan kempulan cken-pop dari malaysia tu (entah harem pejadah tah name kempulan tu). Dia mengatakan yg dari malaysia tu tak mantop lah, lirik terabur lah, menari macam budak terencat lah. Wokey aku memang lah lebih kepada muzik jenis rocks tetapi aku masih boleh layan lagi lagu dari muzik aliran yg lain, mula2 aku tonton MTV lagu k-pop dari malaysia tu memang lah boleh tercirit dibuatnya... macam harem hahaha. Cuma yg menjadikan persoalanya tu yg korang duk suka dan puji-pujian bagai budak terencat ada saka kat mat korea tu apesal?? 100% aku yakin yg sepatah harem mat korea tu duk nyanyi korang tak faham menda ape yg dia sebut kan.. macam mana korang boleh suka pulak ek??? Entah diaorang duk caci carut kat korang pun korang tak tahu kan, memang pelik korang ni.
Aku ade lah buat terapi sehari dua ni. Alaaaa yg free tu kat tempat korang pun mesti ade punya, Dato Jaffar On sebagai duta tu. Sesaje je lah aku turut serta buat hehehe sekadar nak menemani sahabat. Kalau nak suruh diaorang pergi sorang2 mampus tak nak jadi dengan baik hati sesuci embun paginya aku teman lah. 5 tahun aku duk kat melangok kat hospital jadi aku dah lali dengan semua ni, nasihat aku tak salah mencuba perubatan kampung atau selain dari hospital. Aku tak ada pun apa2 penyakit lagi buat masa ni tapi selamber je aku turut menjalani terapi. Mencegah lagi bagus daripada merawat, yg penting yakin, usaha dan sabar huuuhahaha. Perubahan selepas menjalani terapi ni.... huurrmmm... yaaaa nyamuk semakin suka bermanja dengan aku hahaha dulu memang nyamuk ni dah suka dengan darah aku sampai aku sendiri pun pelik. Semasa duk melepak dengan geng2 semua aku sorang je yg kena serang... budak2 lain releks je tak ade pula nyamuk nak bermanja dengan diaorang. Sekarang makin lah nyamuk ni menganas mesra manja dengan aku uiikk.... menjadi ke terapi ni?? Mesti darah aku dah tip top huuhahaha.
Wokey sudah2 lah aku mengomel tu sekarang berbalik pada geng smart dan jangok. Yaaa memang lah geng aku tak kacak.... sebab tu aku tulis smart je hehehe tapi aku nak tanya pada korang yg kacak tu lah. Muka ala2 korea menjadi idaman gadis2 sedunia tu kan... penah tak perkara sengal seperti ini belaku kat korang?? Yup memang sengal apabila perempuan merisik lelaki huuiieeeee ape kes?? Biasa orang lelaki yg pergi merisik perempuan kan hehehe. Perkara ini telah pun belaku dalam geng aku ni... nak lagi hebat.. orang perempuan tu suruh bawa MAS kawin je tak payah duit hantaran. Ok korang yg kacak ni ade tak penah belaku??? tak ada kan jadi tak salah lah kalau aku kata geng aku ni smart dan jangok hehehe. Jangok ni bahasa kelantan ok bagi yg duk kompius tu. Pelik kan..... bila difikirkan kembali aku rasa tak apa pun orang perempuan yg bertindak dulu zaman sekarang ni. Zaman dah berubah kenalah ikut arus zaman, orang lelaki zaman sekarang ni pun ramai yg pemalu takot nak mulakan dulu. Opsss ape jadi pada yg merisik takdi?? haaaa itu biarlah menjadi rahsia geng aku jek hukhuk korang tak perlu tahu lah. Lama dah tak lepak same2 baru hari ni jap takdi boleh melepak, semua dah ada bisnes sendiri jadi sibuk lah... Jadi pada korang yg muka market dan korea tu huuhahaha kitaorang lagi kacak lah dari korang walaupun muka kitaorang ni brutal tak jambu yaahahaha.
1 ulasan:
kunjungan ke blog teman sambil minta sumbangan submit feeds saya :D
Catat Ulasan