a
Hari ni aku kembali ke GYM setelah sekian lama meningalkan besi-besi padu hukhuk. Oppsss lupa pulak, bukan pergi bersenam tetapi abe jangok ni... jeng..jeng..
Errkkk???? pelik kan, ape kejadahnya pergi pusat GYM pakai baju kemeja ni. Mereng sunguh lah hahaha, sebenarnya aku bersama sepupu aku pergi melawat pusat GYM kawan kitaorang yg baru nak buka. Dia ni dah ade 2 pusat GYM jadi yg ni adalah yg ke-3 cawangan dia. Terletak di Mentakab jadi sesiapa yg berdekatan boleh lah pergi bersenam disini, korang jangan risau sebab abang badan tegap tu akan memberikan tunjuk ajar kat korang sekiranya korang tak tahu cara mengunakan peralatan disitu. Memang selesa tempat ni, luas dan banyak peralatan, kalau tiada apa2 masalah minggu depan tempat ini akan dibuka dan beroperasi.
Jadi dengan bangga dan emosi kanak-kanak riang aku dan sepupu aku merasmikan peralatan disitu hukhukhuk. Mudah cerita aku test (uji) dulu lah alat2 tu untuk keselamatan penguna eewaaahhh. Free je aku guna huuhahaha tak perlu bayar pun, dah la free lepas tu abang badan tegap tu siap belanja makan lagi tu hehehe tips untuk korang yg sakit badan pergilah kat GYM huhuhu hilang rasa sakit badan aku beb... orang malas je yg gunakan kerusi urut tu.
Wokey untuk korang yg berbadan tegap atau perasan badan korang tu smart supa nyepak. Berita baik untuk korang.... bulan 12 ini bertempat di Dewan Temerloh (kalau tak ubah tempat lah) akan diadakan pertandingan bina badan terbuka. Semua orang boleh turut serta tapi yg berbadan tegap je lah kalau badan korang tu sekeping tak payah nak nyebok lah aku pinggg kang!!
3 ulasan:
support & keep write bro :D
don't forget read this http://showgan.blogspot.com/2011/08/beauty-of-central-java.html
salam...
boleh tau lokasi gym ni kat mentakab...apa kedai/premis yg bersebelahan dgn gym ni..thanks
zakiprudent@gmail.com
nk tw lokasi gym ni kt mne n ape no fon klu nk brhubung dngn pusat gym ni...
Catat Ulasan