Khamis, 12 Ogos 2010

GEGARAN KIAMAT

Bicara Agama Gegaran dahsyat hari kiamat
``Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya.
Serta
bumi itu mengeluarkan segala isinya.'' (Al-Zalzalah: 1 dan 2)

Huraian
Hidup manusia di muka bumi ini hanyalah bersifat sementara kerana
kehidupan
di akhirat sana adalah kehidupan yang kekal abadi. Walau bagaimanapun,
sebahagian manusia tidak sedar bahawa hidup mereka cuma sementara, lalu
mengejar kehidupan dunia umpama mereka akan hidup selamanya. Pada hal
hari
Kiamat akan tiba pada bila-bila masa dan manusia tidak tahu waktu dan
ketikanya. Sungguh luar biasa sekali kejadian hari itu, iaitu hari di
mana
Allah menepati janji-Nya kepada makhluk ciptaan-Nya. Tiada yang dapat
memberi pertolongan dan tiada tempat untuk mereka bersembunyi. Pada
waktu
itu, bumi akan digegarkan dengan gegaran yang amat dahsyat sehingga
terbongkar segala isi bumi yang terpendam selama ini. Langit akan
terbelah
dan gunung akan musnah berhamburan akibat hentaman yang mengerikan itu.
Semua planet di setiap galaksi akan berlaga sesama sendiri
mengakibatkan
alam maya ini hancur sama sekali.

Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah al-Waqi`ah ayat 4-6 yang
bermaksud: ``(Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan
sesungguh-sungguh
goncangan. Dan gunung ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya.
Lalu
menjadilah ia debu yang bertebaran.''

Begitulah Allah telah membukakan sedikit tabir rahsia-Nya kepada kita
mengenai Hari Perjanjian yang sudah pasti menjadi peringatan kepada
mereka
yang berfikir dan benar-benar berharap keredhaan daripada-Nya.

Setiap makhluk yang hidup pasti akan mati jua. Begitu juga dengan hayat
alam
akan berakhir dengan kemusnahan dan kehancuran.

Kesimpulan

Hari kiamat pasti akan tiba, cuma kita tidak mengetahui bila masanya.
Alam
maya ini akan hancur dengan kemusnahan yang amat dahsyat dan tidak
dapat
digambarkan oleh pancaindera. Setelah itu bermulalah alam baru, iaitu
alam
akhirat yang kekal abadi. Kita sebagai manusia perlu sedar bahawa kita
adalah milik Allah dan akan kembali kepada-Nya jua. Dengan itu
bersedialah
menghadapinya dengan amalan-amalan soleh agar mendapat kejayaan hidup
di
dunia mahupun di akhirat.

- Disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Stumble
Delicious
Technorati
Twitter
Digg
Facebook
Yahoo
Feed

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

shashinki

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!